Jun 30, 2011

Bila kita Bersedih tanda Allah masih sayang akan kita

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah.
Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi,
selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu.

Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita.
Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya.
Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.


Berpegang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya.

Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.


.

Jun 29, 2011

I like


Hadiah dari along..sukaaaaa sangaat,mcm kuih lapis.
Wedges tu cantik,tapi kaki yg sarung wedges tu..kakinya sangat gebu..,hahaha

----------
Sent from my Nokia phone


.

Rutin 2 minggu

Dah 2 minggu dok ulang alik KK Bangi.
Hari-hari check up,seminggu skali jumpa doctor,
arini jumpa doctor lagi,harap takde apa,lepas ni harap takyah dah g klinik.
Rasa nak bercuti g Taman Negara pulak.masuk hutan lagi.
----------
Sent from my Nokia phone
.

Jun 27, 2011

Ketagih

Hari-hari mau..dah mcm tagline viruspadu lak.
Hari2 nak makan laksa..hari2 nak pekena laksa
----------
Sent from my Nokia phone
.

Jun 24, 2011

Bawang nak buat apa?


Beli satu bundle bawang kat econsave,utk fir bagi cikgu.
Semuanya untuk hari kantin.
Budak tahun 2,wajib kasi bawang.
Along dok asyik tanya nak buat apa..ntah..manaleh orang tau..nak buat kenduri kot.

----------
Sent from my Nokia phone

.

Kalau depan mata kita tak hargai

Kenapa kita tak hargai kalau benda tu ada depan mata

bila dah takde baru kalut, baru menyesal , baru raasa..eh aku sayang benda tu

masa ada aku buat tak tau jer..

bila dah takde..menyesal pun dah tak guna..

Jun 23, 2011

Jangan Bomohkan saya

Memula senyum simpul dulu..
apa perasaan kita , tertiba kalau ada orang cakap
u jangan sesekali bomohkan i.

hahhahahhahahha..masa orang tu tanya..
tak tau nak buat reaksi muka macamana..kang buat muka blur semacam pulak, dia syak kita buat
padahal dalam hati nak tergelak-gelak nak ketawa..sebab tak tahan ngn statement tuh, kang gelak dia pikir lain lak.


apa pun tak boleh, apa pun tak boleh!

Bila je orang tu sebut pasal bomoh2 ni teringat mak itam dalam citer The kum kum series..tak sanggup rasanya ..tak pasal kang..

Tak nak lah jadik Tijah ..bomoh2 kan orang..
tak baik tau main bomoh2 nie..seumur hidup lom pernah lagi jumpa bomoh
tak terlintas langsung den nak jumpa bomoh ..simpang malaikat

Apa pun tak boleh..apa pun  tak boleh..
esok final Maharaja lawak..tak sabar nak tengok .

.

Jun 21, 2011

Agung kah cinta kita

Tajuk takde kaitan ngn entry

dua tiga menjak kalau drive , telinga asyik disajikan ngn lagu2 budak2 Af antaranya Hazama
lama-lama dengar , eh besh ler lagu ni ..syiok lak dengarnya

jom layan !



JUARA AF9 HAZAMA-CINTA TERAGUNG
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Paklang Kautim!

.
.

Jun 20, 2011

Macamana agaknya kalau berdendam

Dendam..kenapa kita berdendam..
kadang susah nak tafsirkan

dalam hati tak kata ada dendam, tapi marah je kot

semalam pergi kenduri kat umah kawan
aku dah datang lambat

ingat dah abis ler kawan2 datang , sekali hahahhahahhha..gelak dulu
bukan dah abis datang diaorg ni , rupanya semuanya pakat baru nak datang

Jadiknya berjumpaan lah setelah sekian lama, rasanya aku kot yg paling lama tak jumpa diaorg dalam 7 tahun rasanya .

Sedang borak2 ,tiba2 tuan umah cakap
hah ..ty ..tu pakwe lama kau datang..adoi..tepuk dahi acik..
pakwe lama den yang mana lak kak oooi..

Cepat2 aku kasi isyarat mata , mulut apa semua kat akak ni hah..my bff kat seblh dok dah gelak pecah perut.atenya al kisahnya bukan ler pakwe lama , hanya sekadar peminat aku je kot..dia minat aku , aku idak ler minat dia..

risau aku budak2 ni dok asyik perli2..masalah eh bini eh ada..udah ler masa laki nya gila bayang tu , bininya tau sampai majuk2..

Oleh sebab taknak ada sapa terluka..aku buat derk je lah kan..lagi pun bukan ada apa pun
pergi jugaklah kat bini org tu salam tp dia je yg aku salam tak kiss pipi,hihihihii..takut gak nak kiss tak tentu pasal....walupun tau akak tu mcm nak tak nak je ngn aku , marah ke kak?
akak kan tau ..saya takde apa ngn laki akak dari dulu hingga kini dan selamanya ,insyallah ..
jangan lah marah saya kak..

terpaksa ler aku balik awal..kalau lagi lama kang , lagi sakit hati org , yg budak2 ni tak berenti2 kasi isyarat perli aku je sokmo ..yg abang tu lak ..dtg2 je terus pergi kat aku..adoi tepuk dahi..mana ler bininya tak tarik muka..

bak kata amir..i'm sorry .

.

Jun 16, 2011

Bercuti dalam hutan

Hari tu kitaorang bercuti dalam hutan..kitaorg tu means my family lah kan
Percutian yang tidak dirancang sebenarnya ..
selalunya kitaorang akan bercuti ditepian pantai..tak pun aku suka bercuti g Langkawi atau Penang
Tapi tah macamana tertiba terplaning lak nak bercuti dalam hutan..hutan pun hutan lah janji dapat rehatkan minda yg berserabutkan.

Jadiknya terus Ingat Kalumpang Resort.
Nak pergi sini memang senang sangat Turun je Tol Tanjung Malim tak sampai 15minit sampai ler ke Kalumpang Resort.Kalau sesapa  nak terai pergi sini , sila google lah ye Kalumpang Resort.
Malas nak promote sgt..


Apa pandangan aku terhadap Resort nie.

Ate kitaorang sebenarnya lastminute booking , jadiknya takde banyak pilihan chalet yang kami ada
memula kami dapat chalet layang2..tapi last minute tak berkenan jadik kami tukar ke Chalet Tempua
Yang beshnya Chalet Tempua ni viewnya betul2 menghadap Sungai, Tapi ada gak yang tak beshnya chaletnya bagi aku agak mahal rm200 utk satu chalet , yang maybe selesa memuatkan dalam 3 org yakni satu family yg mempunyai ibu,bapa dan seorang anak,chalet okeh lah..boleh lah , ada katil queen, ada tv kecik ada astro , tp takde blanket ,takde tuala dan apalah salahnya kasi ler airmineral satu botol ke ,

 Chalet tempua 2 yang kita org sewa
dalam chalet lupas nak snap..

sediakan gelas ke , nan hado ,nasib memang bawak sendiri ,cuma sebab aku dah biasa sewa chalet kt tempat lain jadiknya aku rasa rm200 tu cam mahal gak lah banding ngn keadaan biliknya.Maybe nak menten hutan bukan senangkan , jadiknya faham2 sendiri jer lah, tp aku rasa pihak pengurusan kena upgrade lagi chalet dengan harga yg kiranya agak mahal tu..kiranya kalau mahal takpe kalau chalet tu canggih manggih orang kata, berbaloi lah rasanya .

Owh ye, ate kiranya kami ni bercamping tapi tak pakai khemah sebab sewa chaletkan , jadiknya banyak ler bekalan yang kami bawa untuk sepanjang 3 hari 2 malam di sana , dengan beg 3-4 biji..piuk nasi bagai , parking kete kat luar , lepas tu kena menapak jalan kaki ke chalet nak angkat barang..part ni memang mencabar, kadang terpikir kenapa lah pihak pengurusan tak buat troli ke, sewakan lah takpe , janji tak byk kali kena ulang g kete nak angkat barang ,Bila balik pun satu hal lagi nak ngangkut, part angkut mengangkut ni kadang memang penat sikit.Lenguh tangan acik! kurang berat badan 2kg..hahhahahha..ye sangat ler.

Nasib kami ada bawak bekalan ,sbb masa kami pergi , mcm susah sikit nak cari makanan, walupun ada kedai makan , tapi kitaorg tengok macam segan-segan je nak hidup, Setiap booking ada dapat 2 sarapan pagi percuma , tp bila kitaorg jenguk kat cafe , alahai nasi lemak je, tak banyak pilihan , memang bersyukur sangat ada bawak bekal,walupun ada aku google kata tak dibenarkan bawak bekal, kalau tak bawak bekal alamak kebuluran ler , sbb cafenya makanan kureng sedap, owh ye harga jajan pun agak mahal 0.50 sen sepeket kecik..

Dan satu lagi minah yang jaga frontdesk tu , aku harap diaorg leh lah senyum dan ramah tamah sikit, muka ketat jer , aku rasa hantu kat dalam hutan tu pun lagi manis senyuman dari muka minah2 yang jaga kaunter kat Resort tu..hahahhahaha..Tapi nasib ada beruk kat depan pintu gerbang resort tu,terhibur sikit pengunjung2 dari tengok muka2 minah kat kaunter tu.

walaupun mcm ada byk je masalah dari mula, penat mengangkat barang , tapi rasa berbaloi sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang indah.











ada kolam mandi jugak kalo taknak mandi sungai


Sepanjang berada di sini asal bukak je pintu akan kedengaran bunyi aliran sungai
Bagi orang bandar yang biasa semua kemudahan ada , yang biasa dengan Internet, dengan fb, twitter bagai ..kalau duduk sini memang kita akan rehat kan semua minda kita daripada dunia it dan teknologi nie, line telephone maxis ke celcom ke apa pun rasanya mcm susah sikit, hari pertama kami di sini line maxis langsung takde, Celcom ada gak 1 bar , tapi Line Maxis jangan harap..jadiknya beriyer bawak lappy , bawak broakband..nan hado..berehat lah betul2 ate cuti kan ..mandi manda ler kat sungai tu..

Tapi sungai memang besh..air nya yang tersangat lah sejuk..fuh mcm duk dalam frigde
Bila tengok view air terjun yang sangat cantik dan mendamaikan , hilang segala penat lelah ,ketidakpuasan hati kitaorg.Cuma pihak resort harap dapat mempertingkatkan lagi service , keadaan tandas awam , cafe yang harus di pelbagaikan jualan  dengan harga yang berpatutan.

Lepas ni dok ushar tempat lain..bak kata orang selagi tak cuba kita tak tau kan ..

itulah pengalaman aku bercuti dalam hutan, seumur hidup aku ,aku rasa ini lah kali ke 2 aku duduk dan bermalam dalam hutan , dulu pernah sekali masa sekolah , tu pun berkhemah , belakang umah kawan aku , belakang umah dia ada hutan. Sesekali tukar angin dan timba pengalaman , okeh jugak.

.okeh lepas ni nak cuti kat mana lak..rasanya cuti kat kg ku..
pakcik aku nak kawin.kitaorg, dah siap booked homestay.

malas nak buat berpart2..amik kau sekali hapdet je..sonang..

.

Jun 14, 2011

Tinggi lawannya rendah

Saya tak sihat. 2 hari sekali nak kena check up.

Puncanya,bila hari-hari sakit kepala. Malam tak boleh nak tidur.


----------
Sent from my Nokia phone

.

Jun 13, 2011

Indahnya

Sesekali bercuti dalam hutan, memang besh.

----------
Sent from my Nokia phone

.

Jun 8, 2011

Kasih Yang Suci

Sekarang kat mana-mana
rata-rata semua org dok cari novel "Kasih yang suci "
dulu aku jugak adalah sorang manusia yang tercari2 novel ni , lelagi aku memang suka baca novel ni ..
suka feeling2 bila baca novel walupun umur dah tua..hahahhahahha..

Semalam aku ngn akak g mengukur soping complex, biasa lah aktiviti kami
kedai yang wajib masuk haruslah kedai buku

Kami masuk kedai buku popular..seronok bila belek2 novel..
terus cakap kat akak .."kak..kalo ko nak kawin kan ..bakal laki ko harus bodek bakal mertua..
harus mesti belikan novel utk mama , paling kurang 3 buah novel sebulan , baru mama suka pakwe ko.hahahhahha, hantaran lak..salah satu hantaran mesti ada novel ..boleh ..gitu ..? boleh apa kalo nak buat , tak salah kan ..

itu lah semalam pergi Popular..sekali tengok berlambak ler novel kasih yang suci
tapi maaflah..eden dah baca abis dah pung..dah taknak dah novel ni..aritu cari tade..org dah baca ,sewa je , jimat duit

Minggu ni bz yang amat kat opis , dan kat tak opis pun..
dah berapa hari tak tgk tv..sokmo takde je kat umah ..nak layan tonton pun tak smpt..

perlukan cuti..rasanya

.akak lak dok merengak nak suh beli buku Dork Diaries..


notakaki : maaf ye minggu ni kurang blogwalking ate keje berlambak.nanti free kty jalan blog uols.
thanks pada sesiapa yang masih sudi singgah blog kty ..

.

Jun 6, 2011

Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules


Sekarang citer ni ada kat Pawagam terutamanya tgv
budak kat atas ni memang suka benor ngn citer nie,lagi dia mmg suka baca buku
diary of a wimpy kid nie.

Citernya sangat menghibur kan , dan sangat kelakar

walaupun tak pernah baca buku dia , tapi still leh paham jalan citer

.

Jun 3, 2011

Snickers


Bila Pms je,mulalah sindrom
nak makan benda mengarut.
Jap kang,nak manis-manis
jap kang,nak pedas-pedas
jap kang,nak masam-masam
jap kang pening
jap kang takde mood..
Jom layan snickers!

----------
Sent from my Nokia phone
.

Windows Corrupt

2 hari lepas , tertiba je windows pc aku kat opis ni bila start je terus kuar benda allah nie 


Ha amik ko..malas dah nak pening2 kepala repair..
kol je techinician suh datang repair sambil aku layan novel.

Alhamdulillah pc ku sudah sembuh
Terus beli anti virus baru >> Trend Micro Titanium

esok cuti , sabtu ahad ada kenduri kawin .

.

Jun 2, 2011

MFC@PIZZA HEAVEN

Hari tu balik dari kenduri kawin di Felda Besout Sungkai Perak..tah betul ke idak..
pergi balik yang mengambil masa 4 jam perjalanan..pergi kol 9am sampai umah pengantin kol 11..kol 12pm dah beransur balik , sampai Bangi balik pukul 2 pm , non stop, laju tak laju aku bawak..harap takde saman ..tp mana der laju ..ikut kelajuan maksimun yg ditetapkan ..kot..

Kat rumah pengantin lauk pauk adalah sangat shedap, makan sepinggan .lepas tu malu nak tambah ,
Jadiknya balik tu terus singgah MFC yg terletak di Seri Bangi berdepan dengan Tm Net bangi tuh

Bagi aku ayamnya tak shedap , tp pizzanya memang heaven..mabeles..
selain tu ada gak menu nasi ..tapi tak terai .

.jadik takleh ar nak cakap lebih2, kan bohong tak elok , berdosa
kata orang beriman, mana leh bohong2.
.tangan di dada ,mata ke atas ..bluwek..hahahhahahha..amik skrip karak..je kot.

Layan picture yang secoit ..kelupaan nak snap benornya




i like this piza so much..

.

Jun 1, 2011

KARAK


Filem Karak terbitan Kru production.

Bagi aku sebuah cerita yang memuaskan hati,kiranya tak rasa rugi beli tiket nak tengok citer karak.

Yang bestnya citer ni, ada kelakar,suspen seram,dan sedih part ending,yg kita tak akan duga ending camtu.
Berkisar 4 org student,yg nak pergi ke suatu tempat dan melalui jalan lama karak,bila mana highway jam.
Bila diaorang ikut je jalan lama,dari situlah bermula peristiwa malang yg menimpa..

Antara dialog yg aku suka>:-
"encikkkk,encikkk boleh bantu saya tak"

"abangggg nampak mak saya tak"

dan byk lagi dialog seram + kelakar.

Pengajaran dari filem ni byk sangat:_
jangan cakap besar
jangan tumpang toilet org,kalu toilet tu jauh ,lepas tu semacam
jangan gedik2 kalo org dah kasi tumpang bermalam..nak mandilah,rimaslah, gedik tul..lepas tu sanggup ler perrgi toilet jauh2 sebab konon rimas nak mandi ..lepas tu berkemban di malam buta ke perigi..

siap nyanyi lagi ..Hujan oh ujan kenapa ko turun..
lepas tu tertiba je ada back up singer..amik ko.padan muka ko ..hahhahahaha

yang lain2,uols g lah tgk sendiri

dan yang pada peminat shahir af 8 tu ..leh lah tgk lakonan shahir..tp den tak minat pung..
kiranya kalo selama ni dia kononnya alim cam mawi tu kan ..kalo dulu nyanyi ngn adira kan ..tak leh pegang tangan kan ..
tapi dalam citer ni , fuh siap awek tu peluk lagi, tapi..keciwa..shahir tak balas pun pelukan awek itu..kata beriman kan .mana leh balas..hahahhahahhaa

tapi shahir tak balas lah pelukan awek tu ..
tapi ..banyak nya tapi ..bila dah jadik cenggini..kty salute lagi Mawi..huhuhuhuh..

Apapun suka karektor yg jadi Jack dan Zura tu..

kty kasi 3 / 5.


----------
Sent from my Nokia phone

.
.