Dec 28, 2012

Silky White BB 2 Way Powder

Bulan nie , beli bedak lain pulak, selalu aku pakai bedak Pixy, tadi aku ke Guardian berdekatan opis aku, takde pulak

Nampak pulak silky girl ni
Jadik apasalah kita cuba
Harga pun tak mahal, mampu je dgn org macam aku nie.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Asalkan kita berada di situ


Dec 21, 2012

21122012 & 22122012

 
pic last year 2011
  Adik gelaran yang diberi, anak ke 2 aku yg sambut hari kelahirannya pada hari ini 21122012
dan kakak anak sulung aku dan satu-satunya anak perempuan aku  yg sambut harijadinya pada 22122012 
masing2 akan genap berumur 17 thn dan 18 tahun.
dah anak bujang ngn anak dara ,sekejap je masa berlalu 
to anak -anak mama ,
I am so blessed to have the two of you.. Love you both. Wishing you a wonderful birthday today & Tommorrow and continued good health and success for 2013.

Selamat Ulangtahun Kelahiran,

Moga diberkati rezeki, jadi anak yang soleh dan solehah

Dipanjangkan umur,

Berjaya dunia dan akhirat…. amin.

♥ ♥ ♥ xoxo : Mama

Dec 17, 2012

Bercamping

Now weols sedang bercuti di tepian pantai.

Firdaus sedang asyik memasang khemah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 12, 2012

12.12.12 special day

 yang berjubah hitam besday girl@wawa, perempuan gemuk sebelah tu abaikan

Hari ini hari yang istimewa untuk seorang sahabat yg telah lama ku kenali dari sejak bangku sekolah rendah
banyak kenangan bersama sahabat ku ini , suka duka pahit manis bersama
Kami ke sekolah menaiki basikal bersama, belajar bersama , pergi pasar malam , tawaf sampai 7 kali bersama ,

Seorang yang sangat tabah , Kami sebenarnya Bertiga , aku adalah yang tertua antara kami bertiga
ditakdirkan menjadi sahabat selamanya , amin ..insyallah
dengan memasing punya tarikh lahir yang unik , kalau aku 5.5, Nor 6.6 dan wawa 12.12

Yang besh setiap kali kali besday diaorg berdua mesti kasi hadiah kat aku..
nak tau hadiah apa , Buah pala..itu je yg mampu masa tu ..budak sekolah mana ada duit..belanja sekolah pun time tu 20 sen..kadang ada kadang tak..itu pun jenuh kot nak kumpul nak beli Hadiah utk aku buah pala tu

Untuk wawa yang sambut harijadinya hari ini , Selamat hari jadi wa..aku bersyukur punya kawan mcm kau ,
walaupun dulu aku tau, aku mcm tak berapa layan ko .. tapi akhirnya kita tau mana sahabat sejati mana tidak
Aku senantiasa doakan kebahagian kau dan family , seperti mana aku tau kau senantiasa mendoakan aku
senantiasa ada nama aku dalam doa kau ..

semoga kita akan kekal bersahabat selamanya ..amin ..

owh ye..semua orang suka pada tarikh yang cantik..seperti hari ni 12.12.12
bukan nak mengagung2 kan tapi fitrah manusia yg unik yang cantik jadi tumpuan

Tapi jangan lupa pada 12 Rabiul Awal (Maulidur Rasul) Nanti okeh..(Jangan lupa selawat ke atas junjungan S.A.W)
Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim)


untuk wawa..selamat hari jadi..

.


ww.Nasi Arab



Dec 10, 2012

Ye aku sudah bertaubat

Sedang aku kusyuk berbbm ngn my anak dara cerita pasal bayaran yuran pengajian, pasal dpt menginap asrama (syukur alhamdulillah)
dapat kol dari seorang sahabat lama

dah bagi salam ..salam pun dah dijawab
terus ler sahabat lama ini bagi soalan cepu emas..

Kawan : ko dah bertaubat ke ty ??
aty : dalam hati pelik jugak soalan nie , tapi jawab je lah ..ye lah ..bertaubat lah dari kurang baik menjadi kepada yang lebih baik lagi , insyallah ..amin .

kawan : Ye lah aku nengok ko lain je sekarang..
aty : apa yg lain ..aku sama je ..takde benda yg berubah pun ..kalo org buat lawak ,aku boleh ketawa lagi , takde pun tak ketawa..aku still ada lepak kedai mamak ..still tgk wayang ..takde apa pun yang lain

kawan : Takde lah ..aku dapat rasa ko lain ..

perasaan aku , bila org tanya part taubat ni , nak kata sensitif ke aku
tak jugak..tapi pelik itu ada sikit..kenapa susah ke orang nak terima perubahan yg baik
asal kita berubah jadik lebih baik ..org chop kita ni bertaubat..seolah2 sebelum ni jahat sangat kah kita ???

Bertaubat ikut cara aku ..dari segi pandangan mata aku
ada banyak cara taubat ..atau dikenali peralihan

kalau dulu kita tak cukup solat lima waktu ,sekarang kita cukupkan ..atau buat lagi solat2 sunat..kira overtime lah ..

kalau dulu kita tak rajin baca quran, sekarang hari2 kita mesti baca , walupun hanya satu muka surat

kalau dulu tak penah jejak kaki ke masjid, sekarang kita cuba solat berjemaah,..cuba pergi majlis ilmu yang di anjurkan di masjid..sbb sesiapa yg rajin berada di majlis ilmu insyallah allah tidak akan melalaikan nya ..

kalau dulu tak pakai tudung atau mendedahkan aurat, sekarang kita pakai tudung..tutup aurat

kalau nak ikutkan banyak nak sebut..tapi jari penat pulak menaip ..
benda ni senang je..

Semuanya datang dari hati , tapi taubat ni pun merupakan hidayah , jugak dari allah
ye lah kalau tanpa hidayah dari allah mana mungkin kita akan bertaubat

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

 ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Tetapi Hidayah dan iman perlu di cari
 sebagaimana sudah dinyatakan dalam surah Ar-Raad, ayat 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Jadi kita jangan pedulik apa orang nak kata pasal kita ,
anggap semua tu cabaran , sebab bukan senang nak senang..lelagi kalau kita nak buat benda yang baik.

.

Dec 9, 2012

Kebetulan

Percutian yg tidak dirancang.
Semalam ke Durian Tunggal ada majlis doa selamat sempena kenduri berkhatan.

Lepas tu terus kami bercadang ronda2 bandar Melaka dan ada pulak rezki kami bercuti ditepian pantai.

Yang paling gembira dan tentulah si FIrdaus. Kalau ikut kan bukan senang nak booked chalet or hotel cuti2 sekolah ni, tapi terai nasib pagi semalam, ada rezki kami..itulah dikatakan kalau rezeki tak akan ke mana. Alhamdulillah syukran.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 7, 2012

Zikir


Salam jumaat semua..

Hikmah berzikir
"Dan org2 lelaki yg byk menyebut (mengingati) allah dan org2 perempuan yg byk menyebut allah, maka allah telah sediakan utk mereka keampunan dan ganjaran pahala yg besar". (Al-Azhab 35).

Lagipun dengan selalu menyebut, mengingati allah jiwa akan menjadi lebih tenang.

Seperti dalam firman_Nya, "ingatlah kamu kepadaku maka aku akan mengingatimu"

Wallahualam.

Tasbih yg dihadiahkan oleh sahabatku yg dibeli di Mekah,suka kalernya, hijau..tq my friend.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.

Dec 5, 2012

Tukar lampu signal

Dua tiga hari ni, aku dapat merasakan kelainan pada lampu signal belah kanan, kelainan yg ku rasakan itulah adalah dr segi bunyi signal itu,

Tertiba je signal tu berbunyi sgt laju,mcm seolah2 bunyi bom jangka yg menunggu saat nak meletop, tak sedap hati betul, ke perasaan haku je.

Jadinya sebab tak sedap hati,terus pergi bawa kereta ke kedai aksesori kereta, suh budak tu check apa yg tak kena,

Rupanya benda tu akan jadi begitu,bila salah satu lampu signal belah kanan samaada lampu belah depan atau belakang sudah terbakar.

Jadinya problem selesai, dengan hanya menukar lampu signal yg baru, yg hanya berharga rm4 sahaja pun..

Baru ler hati senang bila nak bagi signal..bagi signal penting ye adik-adik.

Khidmat pesanan masyarakat: Hati-hati di jalan raya,ingat orang tersayang !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 4, 2012

Best sangat ke pergi MAHA

Budak yang nak sangat pergi MAHA, arii-ari merengek2 nak pergi MAHA.

Walupun dekatlah sangat MAHA tu dengan rumah

Sabtu lepas buat pertama kalinya attyfir sampai, teruk betul, org dr jauh2 siap buat rombongan, awak yg duduk dekat pun tak pernah pergi.

Akhirnya sampai jugak,
Tercapai sudah impian firdaus.nak ke MAHA.

Tujuan nak ke MAHA
Sebab nak tengok Dugong dan nak tengok Rangka IKan paus.

Lepas tu sukati sebab dapat tengok kucing2 comel.mmg comel pun,

Firdaus dah mcm nak mintak bela kucing, itu mmg takdpt ditunaikan, sebabnya kita dok rumah bertingkat2, susah nak bela kucing.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone