Oct 31, 2011

Walaupun berbagai dugaan,

Hari Jumaat aritu , lepas maghrib terus ke Nilai
umah Mak ucu along > cik imah 
Cik Imah akan menunaikan haji bersama suaminya pada 30 October
Sebenarnya banyak dugaan yang datang sebelum beliau dapat pergi 
tapi alhamdulillah semuanya settle..cuma hatinya risau pasal anak2
manakan tidak Si Angah ,
suaminya kena hantar Lebanon seminggu sebelum Cik Imah berlepas , suami angah akan pergi selama setahun bertugas di sana , meninggalkan angah dan 3 orang ,anak2 yang masih kecil..nenek ngn atuk pergi haji , jadi masalah sikit, lepas tu anak bongsu Cik imah pulak nak amik spm taun nie, tapi alhamdulillah ada jiran yang sudi jagakan , kiranya settle ler masalah

Apapun ,semoga Cik Imah dan Pak Nan dipermudahkan di sana
selamat pergi dan kembali , dan dapat haji yang mabrur , insyallah 

Kitaorang tak hantar pun kat Kelana Jaya
berpisah kt umah beliau jer


 Cik imah & Pak Nan

Cik imah wit my mil

Oct 30, 2011

Small-regular-large

Kisahnya ,pasal nak lepaskan geram, sebab dah nak seminggu deman on/off..sabtu lagi teruk deman &batuk,along lak ada umah sabtu,jadi kejenya asyik suh makan ubat. Bila dah makan ubat ,loklak..duk umah je x g mana..malam baru kuar,g jalan2 cari makan. Anak2 semua lepak umah nenek,teman nenek yg tak sihat gak.

Jadi ari ahad,badan dah sihat sikit,mulalah nak lepas geram. Apalagi nak berkaraOKe,masalahnya tmpt yg kitaorg selalu pergi nie,asyik le takde small room. Selalu kitaorg dapat medium room. Oklah dari takde..tapikan bila nak pergi bilik kitaorg tu,kitaorg tengok byk je bilik small yg kosong..menipulah kan.

Tapi tu ari lain ,bukan arinie,kes arini,small room memang jgn hrp ada,medium pun tkde gak,terus nak kasi large room..nak buat apa, bilik besar,kitaorg 2 org je..dahlah lift sokmo rosak.,terus cancel.

Sebab tak jadi karaoke,terus pergi tengok wayang citer REAL STEEL. Citer ni memang best,tak rugi kalau tengok.

----------
Sent from my Nokia phone

.

Oct 29, 2011

Home service

Perlukan perkhidmatan home service?

Hubungi no tel kat dalam gambar,area bangi/kajang.


----------
Sent from my Nokia phone

.

Oct 28, 2011

Birthday Party Yushua

Walaupun tak berapa sihat, akhirnya aku sampai jugak ke rumah wati@watieyaeesh
ada gak banyak kali watie buat kenduri..birthday party yaeesh yang kty tak dapat datang 
sebab takde kat bangi ,tapi kali ni alhamdulillah , dapat jugak menghadirkan diri 

Gambar pun tak banyak sangat amik 
ini pun ada antaranya cilok kat mamatisya@reen, nana@ibudamia dan ayu@iceboxrivet
ramai jugak blogger yang datang , tapi kty tak berapa kenal..
antara blogger yg hadir, mamatisya,nana,ayu,suziey,hotmama, nett,mummy_Ayu,E-car, tak sempat pun nak beramahmesra sangat..sebab tak berapa nak sihat ,
apa pun seronok dapat jumpa blogger yang lain ..

okeh kita tengok gambar yang tak banyak pun pembantu kty snap .

Candy buffet


blogger yang sampai awal bersama tuan umah ,watie

Badut yang lawak
 birthday boy

birthday boy tak reti blow candle..jadik yaeesh tolong


gambar beramai2 bersama semua blogger
 antara gambar yang sempat disnap bersama 

to watie selaku tuan rumah ..thanks sebab sudi jemput kami 
happy besday to yushua..semoga menjadi anak yang soleh , berjaya dunia dan akhirat.amin

.

Oct 25, 2011

My Condition right now

Hi Everyone,
I woke up this morning and I felt awful.
I am not feeling well right now 
and i am very sick with strep throat, fever,
and other minor things .

picture credit to google
 

Now, if you'll excuse me, I'm going to hit the bed and have a sound sleep. 
Hopefully by the end the day, the pain will almost be totally gone.Insyallah 

Esok ada besday party Yushua..insyallah kty akan datang 
jadik sesiapa yg kenal nanti sila tegur ya.



.

RM50 Gift Voucher from Mommy Lily


Voucher di atas boleh ditukar dengan barang ready stock dari online shop Princess Lily Closet
Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Kalaulah kty dapat voucher nie, boleh ler kty beli hadiah untuk anak buah kty yang baru tu.

Cara-caranya
1) Follow blog ini - sudah i follow
2) Buat satu entri dalam blog u all dengan subject RM50 Gift Voucher from Mommy Lily - done
3) Dalam entri anda sila letak (a) gambar voucher di atas dan (b) link blog ini.-done
4) Tak perlu jawab apa-apa soalan cuma bolehlah buat sepatah dua kata dalam entry untuk menyokong kemenangan.- done
5) Lepas tu letak link entry tu dalam komen box kat sini.-done
6) Oleh kerana tiada peraduan menjawab soalan atau apa-apa maka mami akan mencabut undi untuk mencari pemenang. Undi akan dibuat secara adil dan saksama. Makanya lagi siapa bertuah akan mendapat voucher tersebut lah. Mana tahu rezeki u all.

okeh apa lagi kwn2 , jom lah join mana tau rezeki kan .klik pada voucher di atas untuk join contest..

.

Hati aku yang tak puas hati

Aku hanya insan biasa ,
Kadang-kadang aku tak mampu nak puaskan hati semua orang
lagi dengan keadaan aku yang serba kekurangan
kadang kecil hati pada orang yang tak faham situasi aku
Yang anggap aku boleh penuhi impiannya, tak tercapai akal

Tidak mungkin dengan keadaan aku ini aku mampu .
.patik hamba yang hina
Cuba membahagiakan sermua orang disekeliling aku
nak aku buat yang tak termampu aku buat
tidak menghargai , setiap apa yang aku buat ,
aku beli ,aku kasi..sampai naik takut kadang2nya,
setiap perbuatan aku yang disalah tafsirkan

Jadinya membuatkan aku takut untuk membuat sesuatu ..
takut timbul ketidakpuasan di sebelah pihak
kadang semua ini mengecilkan hati aku
sebab saya hanya manusia biasa ,
punya hati dan perasaan yang kadang2 perlu jugak untuk dijaga


Tapi aku bangga punya anak2 disekeliling aku
anak2 yang tabah bersama ,
bangga punya anak yang matang
dalam memikirkan hidup penuh ranjau ini
dengarlah wahai anak2 ku ..cinta didunia hanya sementara
cinta kepada manusia , hati terluka ,(mama tak sanggup tgk anak mama disakiti,
cintailah hanya kepada dia allah s.w.t yang satu pasti cinta mu abadi selamanya .

Tapi bila pikir2..lantak lah semua tu

aku pegang pada satu je ..kita dah cuba puaskan hati orang..tapi orang tak faham2 ..jadik takyah pening2 kan kepala

Note : You have to find happiness in yourself before you can find it with someone

.

Oct 24, 2011

Nak mintak tolong

Nak minta tolong sikit , kalau sudi
Tolong kty like page nie ,pada sapa2 yang jadi member kty kat fb

 Homestay Melaka

okeh tq..semua .

Oct 23, 2011

I've fallen in love


fuh..mengugat iman dan jiwa ku
hasil merayau2 kt fb ..terjumpa
sangat2 lah buat saya jatuh cinta
Tapi orang mcm saya yang uwangnya bukanlah banyak 
walaupun harganya tidaklah mahal bagi setgh org 
tapi bagi orang macam saya , tetap kena menyimpan dulu 
baru boleh dapat..

Insyallah ada rezeki , nanti saya rembat..amin.
ke ada yang nak kasi hadiah ke..
besday lama lagi..

.


Oct 21, 2011

Nasi lemak simpanan jer

Kenapa lak tajuk entry cenggitu

ada dua cerita hari nie

Yang pertama
pasal nasi lemak , baru-baru ini aku temui satu gerai yang menjual nasi lemak , yg bagi aku , aku suka tapi dah 3 kali beli aku tak pernah pun makan .

Jadiknya semalam , pergi ler gerai tu , setelah lebih 1 minggu dok ushar gerai tu , tp tak buka
Nak dijadikan cerita , sambil aku order nasi lemak 3 bungkus ,sambil nak bungkus tu , akak tu bercerita
dia tak sihat , tu sebab tak buka..owh..gtu , patutlah lama gerai tutup..

dia kata byk order , tp dia tak larat nak buat. Sambil2 tu akak tu tanya kat aku , sedap ke nasi lemak akak jual nie , aku pun cakaplah ..saya tak pernah lagi makan , tapi anak saya selalu makan , dia cakap sedap, sambal pun okeh , pedas okeh janji jgn sambal manis sgt2..mmg jadik tak sedap..ada telur..ada ikan bilis dan ada timun yg fresh..sebab tu anak saya suka., terus akak tu upkan lagi timun ,sambal , ikan bilis ,kacang..bila dengar komen aku ..baguslah akak ni berniaga sambil tanya pendapat..okeh lah..

oleh sebab aku selalu tgk je nasi lemak tu .jadik semalam aku terai jugak satu untuk aku makan ..
tak sempat snap gambar dah  abis nasi lemak , baru teringat nak snap gambar
memang sedap lah ..i like..tapi tak boleh makan selalu, kang badan yang gebus makin membolat..

Cerita kedua
pasal simpanan..akhirnya dapat gak ler keputusan yang agak memberangsangkan dari takde
aku ni sebenarnya banyak kali dah interview gomen, tapi idak ler penah dapat..sampai malas dah nak harap
dan macam dah selesa dengan kerja sekarang , tapi bila semalam aku dapat surat , aku hanya diletakkan sebagai simpanan..aku senyum jer lah jadik ler dari sebelumnya ayat yg aku selalu baca 
permohonan anda tidak berjaya 
..dan aku tak mengharap dah pun, sebab rezeki aku bukan disitu,
Tapi andai ada rezeki , aku tak tolak 
insyallah kalau ada rezeki aku , mesti aku dapat
kalau tidak pasrah
, aku percaya aku akan dapat lebih baik dari sekarang .amin.


kita kena percaya ,Jodoh, Maut,Rezeki dan Takdir, Semuanya di Tangan Allah



Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Tidak ada yang mengetahui Jodoh, maut, rezeki dan takdir, semuanya ada di tangan Allah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” QS. 2:286
ALLAH Swt tidak akan memberi beban kepada manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya


happy weekend semua.

.

Oct 20, 2011

Orang lain tak sihat, orang lain yang jumpa doc camner ? My name is Haryati???

 Uiitt panjang nya tajuk entry
Orang lain yang sakit
Orang yang tak sakit jumpa doctor?
camner tu..ulang lagi..camner tu..?
Yang tak sihatnya along ..tapi yang masuk jumpa doctornya aku
aku bukan lah demam ke apa..
ada ler rasa nak demam..tapi lom demam..
Yang demam teruknya ialah along..
dengan batuk teruk nya yg mengganggu malam2 ku

Yang masuk jumpa doctornya aku
Kata along saje je suh aku test medical card aku..
yg tak pernah aku guna..alasang je tau ..
Ye lah , kalau aku mc ke , mana penah pun tunjuk slip mc
bos tak kesah..aiman lagi ler tak kesah
banyak betul alasan along ni tau
kata jer lah penakut jumpa doctor..banyaklah alasang..

Rentetan dari entry kat bawah tu
Malam tadi aku dan along pun g lah jumpa doc
masa nak masuk jumpa doctor , itu nurse asyik panggil nama Puan Haryati
Tapi nasib ler aku ni bukan ler sengal sangat ..jadiknya aku faham nama itu ditujukan pada aku

Tersenyum simpul aku , bila nurse panggil haryati..haryati 2-3 kali
rasa mcm ringan je mulut nak kasi tau..
bila lak mak ayah saya letak nama saya Haryati..
Tapi tak terkeluar lak , ayat tu ..elok je aku tak ringan mulut
Masa nak amik ubat pun , masih lagi panggil Haryati..dalam hati aku , 
aku salah isi form ke apa , itu salah satu sebab aku mendiamkan diri.

Masa nak sign resit..aku check , betul je ejaan nama aku ..
tapi aku agak terperanjat dengan medical feesnya

ubat-ubatnya 
 Total medical fees : rm117.80

Pengsan mak..nasib pakai kad Red Alert tu..
kalau tak kering kontang dihujung bulan ini..
dah ler gaji 2 minggu lagi.

hujung minggu ni sapa nak belanja saya berliburan..
saya on jer..hahahhahha

.


Oct 19, 2011

Oct 18, 2011

Not interested


I'm not interested in playing sudoku.
But my bos always forced me to play.

Sebab apa saya tak suka,sebab bos mengganggu
saya yg tgh asyik layan citer korean,
biasalah tgh bln, banyak free..

 Jom layan >>> Citer Korean
----------
Sent from my Nokia phone

.

Oct 17, 2011

Air barli
























----------
Sent from my Nokia phone


.

To my dear friend di kala susah

Sometimes, for one reason or another, we forget about the birthdays of our loved ones.
 
actually I am not forgotten  ,  just don't know how to wish

How can I forget that you are getting older?

although it has been a long time we lost contact, but i know that you always read my blog

Awaklah kawan time saya susah hati..tapi bila saya senang ,saya melupakan awak, tapi itu yang terbaik untuk kita..awak tahu itu..

I’m sorry for the belated wishes ,but for your birthday I wish somebody to love you like I do. 

Be happy, dear!


i am so lucky to have u,as my friend.

Happy Birthday to you


Happy birthday, dear!

Please, accept my belated excuse and wishes for a very, very happy birthday

Oct 14, 2011

Kelmarin kira sama , semalam kira sama

mesti pening kan baca tajuk tuh!

semalam masa lunch ngn along ,
masa nak bayar mamak tu datang kira

lepas tu tanya

mamak : kelmarin kira sama , semalam kira sama

yang kitaorang ni pun tercengang2 , terlopong
dalam hati..ingat yang kitaorg ni ada utang kt mamak tu
ye lah dok makan, lepak2..ada yg tak bayar ke? tak akan pulak..rasanya semuanya bayar ,takde utang2 nie

yang mamak ni dok ulang ayat sama..
mamak :kelmarin kira sama ngn semalam kira sama ya..

aku yg dengar ni..terlopong2..rasa nak hempuk mamak tu pun ada..
along lagi ler memang tak akan paham punya

aku pun tanya..
atty: what do u means?
lepas tu dia tanya ler lagi ..
mamak :saya mau tau..kelmarin dan semalam itu sama ka..? word meaning

aty : owh u means ..word ayat kelmarin dan semalam ..
mamak: yes..
aty : cakap ler..awal2..mana ler kawe paham..hahahahahaha..memang sama lah..

rupanya mamak tu nak belajar bahasa dgn weols..rupanya

siap duduk depan kitaorg , tanya lak ayat lain..

salah satunya nama2 ikan ..

dia kata kat malaysia nie
ikan kembong pun ada yang panggil ikan termenongkan ..ada gak yang panggil ikan lumahan (camtu lah mamak tu cakap)

lagi terror lak mamak ni dari aku pasal ikan ..aku part ikan ni mmg tak terror sangat ..

kalau kenang kan balik , adegan ngn mamak semalam memang lawak ar..udahnya aku blah awal..along je dok layan..

tapi bagus lah ..rajin bertanya..kalau malu bertanya sesat jalan


.



Nenek tak sayang dah




Nenek dah ada cucu baru,dah tak sayang dia,
ayat kat atas ayat menyakat si mama dan akak pada firdaus

Nanti fir mesti sedih...

Si firdaus pagi2 mesti nak makan roti canai 2keping, takpun roti sardin.

Malam kang kita tgk nenek..ngn adik yg belum fir tgk..ya..
Tapi fir sibuk nak layan citer Tahajud Cinta..mama pun tak layan tau..penah tgk sekali je citer tu ..masa seri kena pinang tu., lepas tu malas dah nak layan..leh sakit jiwa..

Macam biasa , kty selalu layan kalau episode last je..macam StANZA Cinta hari tu..yang last baru nengok..
Pada peminat Ustaz Shauki..jgn lupas ye..hahahahha...kdg lawak kalau baca timeline kt twitter pasal ustaz nie..

----------
Sent from my Nokia phone

.

Oct 13, 2011

Bersunat pakai gunting ke laser ?

Pagi tadi masa g sarapan
firdaus dok citer pasal bersunat
sebab insyallah , cuti sekolah bulan depan , firdaus akan bersunat.

lepas tu firdaus cakap, mama nanti nak sunat fir
pakai gunting ke laser

mama : mana ler mama tau ,bukan mama yang sunatkan fir , doc..nanti sukati doc ler nak pakai apa

fir : taknak sunat pakai laser , sebab nanti tak cantik ..
mama : apa nya yang tak cantik
fir : **** tu lah tak cantik kalau pakai laser..senget benget nanti potongannya
mama : mana fir tau ?
fir : fir tengok kawan fir punya, jadik fir cadang nak pakai gunting je..
mama : berani ke..?
fir : boleh punya, janji cantik..
mama : kan ke dalam seluar..sapa nak tengok pun!
fir : fir ari2 tengok..mesti lah nak cantik..taknak senget benget..

mama : @!#@#%%$% dalam hati benornya idak le tau lagi..lama dah tak sunatkan anak..dulu si adik je bersunat..

budak2 sekarang advance, semuanya tau..
nie fir dah sebut suh create acc fb lak ..dah lama dia suh..
arini kalau ada masa mama buatkan .

.






Semalam blog attyfir hilang

Semalam dalam pukul 3 camtu ..
tertiba je blog kty hilang

masa tu baru je hapdet entry ww.terbakar
lepas tu dapat sms from deekuntum tanya kenapa dengan blog kty?

bila nak masuk blog , blog not found
rasa sedih ..tp tawakal je, mana tau datang balik

tapi hari ni dah muncul balik..lepas ni jangan buat hal ye
sebenarnya ini adalah 2nd time blog jadik camni..tapi aritu taklama
dalam 1-2 jam je..tapi semalam lama jugak.
sekitar pukul 9.15am tadi baru okeh..

alhamdulillah..kalau tak rasa ralit gak, sbb dah lama blogging  tapi ilang semua..
syukran..


.

Oct 12, 2011

Ww.terbakar


Kejadian berlaku lunch hour tadi,
nasib takde kemalangan jiwa..

Iktibar dari kejadian..pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat.
ingat orang tersayang.

----------
Sent from my Nokia phone
.

111011

Our family so happy to announce that 11-10-11 baby girl was born at 4.00+pm on yesterday evening.

Welcome to our family..

----------
Sent from my Nokia phone

.

Oct 11, 2011

Tarikh Lahir yang cantik



 masa sekolah dulu , aku ada duaorg kawan baik,
Anor dan wawa..

Besday anor pada 6.6
wawa pada 12.12
dan aku 5.5

cantik je kan ..tarikh lahir kitaorg


dan adik aku pulak 1.1
anak-anak aku
si akak 221294
si adik 211295
si fir 030703

hari ni bertarikh 111011 cantik kan ..tarikh hari ni pun ..


notakaki ..entry mengarut..

Oct 10, 2011

Pergi kenduri tapi tak kenyang


Semalam ke Sri Damansara,ada kenduri kawin anak kawan along..
pergi berdua je & along..

Lauk macam-macam ada,selera membuak2 tgk lauk.

Tapi,potong stim..suapan pertama je,terus buat selera ku mati,lauknya manis.tak selera nak makan.

Jadik sebab kitaorang pun dah dekat ngn ikea,singgah jap..isi perut yg lapar.


----------
Sent from my Nokia phone


.

Oct 6, 2011

Jom Kita Ke Durian Tunggal Makan durian

Sebut Durian tunggal, orang yang macam aku yang suka sgt makan durian
mesti dah terbayang durian merata2..tapi nan hado.sejibik pun idak aku jumpa.
usahkan durian ..masa pagi sabtu kitaorang sampai ke Melaka se awal pukul 8 pagi , nak cari roti canai yang sedap sangat ler susah ..

Pagi tu lepas sarapan kat kedai kat area ayer keroh , baru gerak g durian tunggal
padahal pakngah ada je sediakan sarapan..tapi degil gak .nak gak rasa air tangan mamak gak yang buat..

sampai je rumah pakngah..tolong mak hias bilik..gambar semua dalam hp..bila nak upload tak boleh nak view..apa problem hp aku tuh ..

lepas siap hias bilik..mak buat lak pintu gerbang..aku idak nolong , mak , anak dara aku ngn maklong yang buat , aku tukang komen..aku memang tak berminat nak buat benda2 nie.

dan hasil seperti dibawah..ni pakai kamera lama..kamera baru si akak leh pulak buat hal pada hari kitaorg pergi melaka..gambar yg clear dlm hp.takleh nak view lak..hantam jer ler labu

 lepas siap je pintu gerbang, kitaorg terus check in resort yang kitaorg dah booked
(pergi tak kasi tau tuan rumah..puasler tuan rumah cari..kuikui..)
keluarga aku dan family maklong..kami amik bilik sebelah menyebelah ..
Pakngah ada jer sediakan lunch..tapi degil gak nak checkin bilik..sebab mak dah penat nak berehat.
lagi pun kitaorang ada bawak bekal , nasi + lauk pauk..dan fir pun dah tak sabar nak masuk kolam ..



resort yang kitaorg nginap , INB RESORT

Rehat-rehat kejap kat bilik, dalam pukul 4 siap2 lepas asar pergi balik rumah Pakngah 
sebab ema nak nikah petang tu .rupa2nya masa kami sampai tuan kadi tgh baca khutbah nikah dah
sebab buat dalam rumah..jadi sempit..susah nak snap gambar..


boleh sedondon lak ngn my cousin..tak tau pun dia pakai biru
lepas abis acara nikah , makan2 jap ..lepas tu aku & family g jalan2 shoping mall kat melaka
antaranya mydin..besh mydin kat cni..besar..dan macam2 ada ...

 Tengah sedap2 window sopink , maklong kol .
rupanya air mawar ngn bunga rampai ada kat kitaorg 
malam kang ada majlis berinai lepas tu nak merenjis skit..

kena ler pulak antar jap..tapi tak tunggu pun sampai majlis berlangsung 
gambar curi kat fb sedara mara , kira halal eh.

esoknya pulak , majlis persandingan 




selamat pengantin baru ema dan suami ,semoga bahagia hingga akhirhayat

kami tak tunggu majlis sampai abis, sbb kami nak check in resort tepi pantai pulak ..
nasib kol ada lagi kosong ..yang paling happy masa tu si firdaus.

masa ni baru sampai..pelik semua org kat situ kami beroren



 akhir sekali , orang yang tulis entry dan owner blog 
tiap2 minggu ada kenduri ..huhuhuuhu..
minggu ni sabtu/ahad ada..tp ahad g berdua je ngn along ..
leh dating2 sekali ..i like..

dan aku dah sewa lebih dari separuh resort yang ada untuk percutian raya cina nanti 
mesti lagi happening bila pergi bercuti ramai2..
kalau leh  hajat dihati nak buat family day .
tapi kalau lagi ramai lagi macam ragam , takpe buat kecil2 dulu 
nextime ada rezeki mana tau tertiba den kaya..
leh sponser hahhahahha..amin , kita bikin gempak.
time tu rasanya semua akan memberikan kerjasama..

.

.
..


Dirisik orang

hahahahhaha..belum karang entry dah gelak dulu
apa taknya ..ada ke patut, kitaorang memang selalu gini..gurau senda..kasar..+ mengong2

ada kawan aku kol..
tanya..aku nak tak adik dia..
giler apa kau..memang dah tak betul ler kawan aku sorang nie..

aku kan dah berlaki..ko bior benor..
andai kata aku single
pun idak ler aku berkenan kat adik ko..huhuhuuhuhuhu...
tensi gak dapat kawan..camnie...kelakar pun ada..huhuhuhuh..

lepas ni nak buat entry g melaka kampung mertua ku tercinta..
tapi mil dah duk bangi dah pun.
bila ler nak pindah melaka balik..senang takyah nak sewa otel..kalau balik melaka..

chow..tgh ralit pilih gambar..
sebelum tu ..

weekend setakat ni fully booked..huhuhuh..ramainya orang kawin dan dikawinkan.

paling mencabar nak kena drive sampai dah nak sampai taman negara pahang nanti ..sorang lak tu drive..tengah kuatkan mental dan fizikal..lelagi mental..

pelik tapi benar..g kenduri melaka..bagai nak rak sewa hotel ..leh lagi tambah lagi satu malam
pegi pahang nun jauh di sana ..sampai Taman Negara gtu rumahnya ,..idak ler pulak sewa otel..leh pulak pergi balik hari..

reason utama..si akak tengah spm gitu..tak senang hati nak tinggalkan .

.

.

Oct 5, 2011

Bukan Tak Faham..

Hari ni seawal pagi , pukul 7.30 pagi
aku dah siap2 hantar firdaus ke sekolah agamanya di Fasa 4..

seperti yang pernah diceritakan , sekolah firdaus dah berpindah untuk sementara waktu
kalau dulu boleh je jalan kaki dari umah nenek..sbb depan umah nenek je

tapi sekarang mmg agak jauh..jadiknya kena hantar dan ambil tiap kalinya
oleh itu aku ada sewakan fir van..utk amik tiap kali tamat waktu belajar sekolah agama..
van yang dibawak oleh mak usu nama diberi.

tapi sejak awal september aritu
mak usu asik ler kasi sms..
tak dpt nak amik atau hantar budak2 sbb ada emergency
memula dulu mak sakit.sehari dua je..

lepas tu minggu lepas
makcik lak ada meninggal seminggu terus amik cuti...
tapi nasib ler..minggu lepas mmg fir tak sekolah agama..sbb sekolah agama ada peperiksaan untuk tahun 6 gtu..
jadiknya aku tak kesah lah ..

sekali pagi tadi ..
ontheway aku ke opis , masa tu dah pukul 8.45 pagi..dpt sms
daripada mak usu..
maksu x ada sampai jumaat,balik kedah ada kematian..
adeh tepuk dahi aku dibuatnya ..puas pikir.
camne ni..sapa kang nak amik fir pukul 10.30..kang sian fir sorg2 kat sekolah tu ..
jadiknya terus aku pusing balik ke sekolah agama firdaus

terus jumpa cikgu kelas ..mintak izin untuk bawak fir pulang
cikgu pun faham..dan mana yang ada naik van tu pun kebykan nya mmg tak dtg pun..

dengan berat hati terpaksa jugak ler , bawa balik.dari fir terkontangkanting..
takper lah ..layankan je lah keerenah maksu..

bila kol along kasi tau..along cakap..lor ramai nya yang meninggal.
jgn maksu meninggal lak lepas ni sudah..

huuuhuuuu..tak baik tau..ckp org camtu..along hangin lah tu kot..takde niat pun nak mendoakan ..
takpelah ..ini masa maksu..nanti2 mana tau kita lak kan..

jgn minggu 17-21 oct maksu buat hal udah..time tu periksa akhir tahun..

.

Smile

----------
Sent from my Nokia phone

Oct 4, 2011

Lepas berjalan sakan datang lak sakit

Panjangnya tajuk entry..
Balik dari Melaka dah perasan ada yg tak kena dgn my car.

Bila laju je..bergaung bunyinya..
Bawak g check up..apalah problem..yg penting $$ brg byk lak yg kuar kalinie.

Oct 1, 2011

Weekend

Minggu ni kty berada di bandaraya bersejarah.

Tu mak ngn maklong busy buat pintu gerbang.
----------
Sent from my Nokia phone.