Feb 29, 2012

Nak g overseas

Akhirnya berjaya jugak aku buatnya, orang lain dah lama ada pasport
awak baru nak ada..
Memula malas nak buat dulu, sebab trip lagi satu tu bulan june

Ingat untuk Trip bulan march , pakai pasport berkumpulan je
Tapi lepas tu cam leceh, aku nak kena pergi Kl, ke jalan Duta tu apa semua
Kang kalau pergi sana minyak ,tol , kang singgah jalan2, makan2 banyak benor pitstopnya

Yang penting ,dah tentu aku kena apply cuti, sebab diaorang semua nak perginya hari biasa

Setelah dipertimbang-timbang, buat jer lah

Aku buat kat Kajang, proses dalam 1 jam setengah,tak payah amik cuti lari je kejap..2 jam gak lari,termasuk rehat 1 hour, 3 jam menular..kira halal ye bos

sepatutnya boleh lagi awal dari tu, Kaunter Pasport Malaysia ada 6 yang bukak ada 2 je ,

Nasib masa dekat kaunter pungutan tu cepat ,sampai aku terlepas no kaedahnya,ate seronok sangat cuci2 mata di kedai berhampiran, ye lah kata 1 jam..i follow
Apa pun syabas ler untuk Pihak Imigresen, yang peramah-ramah,mesra pelanggan

Berkhidmat untuk negara..

Tak sabar nak berjalan-jalan..

----------
Sent from my Nokia phone

Satay..satay


Kalau dulu aku pernah citer pasal Willy Satay
Nie pulak Satay Anugerah antara my feveret

Dua tiga menjak ni mood nak hapdet blog agak kelaut
sebabnya bz satu hal, asik layan movie satu hal
lepas tu mood nak pergi holiday yang banyak benor halnya ..
dok buat sikit kajian..bacaan..


Feb 28, 2012

Busy


Minggu nie agak bz skit
prepare payrol, ada farewell party utk staff yang nak berhenti.
Busy uruskan kontena..busy ngn imigresen, ngn kastam
macam2 hal.
Firdaus pun still tak sihat.Kesian dia, demam kali ni agak teruk
badan dah tak panas tapi lembik je sebab tak makan apa2,
masuk air je yg lalu, tu pun kena paksa
tapi tetap nak g sekolah

Bila petang , sampai jer umah
mandi apa semua ,terus lelap, siap mama kejut suh minum air..
semoga firdaus cepat sihat ..amin

----------
Sent from my Nokia phone

.

Feb 25, 2012

Alahai


Firdaus demam,kesian sangat,
diam je,tak bercakap,taknak makan.
Semoga firdaus cepat sihat.
----------
Sent from my Nokia phone
.

Feb 21, 2012

Dekat je pun

Sebenarnya aku dah buat keputusan 
Supaya firdaus ke sekolah kebangsaan dengan menaiki van
walupun rumah kitaorg dekat je..kalau jalan kaki dalam 8 minit je pun..
Tapi sebab faktor keselamatan dan takut aku tak sempat nak amik dia waktu tengahari tu 
sebab kadang2 aku kena jumpa customer tak dapat balik tepat pada waktunya 
jadi jalan yang terbaik adalah biar dia naik van ..walupun ..walupun kalau difikir2kan ..
alahai, sejengkal je umah ngn sekolahnya ..tapi..sebab firdauskan tangannya tak okeh..
risau kalau terjadi apa2 ditengah jalan..jadik baik aku amik tindakan dulu

sampai satu waktu , firdaus dah bersedia jalan kaki balik ke sekolah macam sebelum nie.
sebenarnya tangan firdaus dah sembuh pun
tangan yang patah tu dah elok, tulangnya dah bercantum, tak nampak langsung dah kesan patahnya 
cuma takut masih tidak kuat je..jadik doctor masih suh bandage lagi

maybe lagi 2 minggu baru takpayah berbandage
jadiknya keputusan yang aku buat ni 
untuk fir naik van ke sekolah setiap hari adalah muktamad.
aku sendiri takyah kelam kabut nak pikir nak hantar dia waktu tu..

 doctor suh buat exercise tangan

kena bandage lagi

kadang kita ni tak sampai hati..hari2 runsing fikir keadaan anak2
nak yang terbaik untuk anak2
semalam firdaus dah mula bersekolah setelah sebulan setengah jugak bercuti 
masa nak hantar tu , macam sedih pulak 
risaukan tangan dia..

Tapi alhamdulillah dia okeh je , pandai jaga diri.

.

Feb 20, 2012

Aktiviti Hari Sabtu

Hari sabtu, kami semua kat rumah Nur Rania Hani 
sebab ada kenduri Akikah 

ni sikit gambar..Rania Hani..








Akhirnya pengantin kepenatan..terus tido..

Feb 17, 2012

Bercuti2 tepi sungai yang bukan tempat berkelah tapi bahagia jer pun

Baru-baru nie , aku ke econsave
sapa-sapa yang duduk sana , mesti tahu ada sungai besar
 yang bukannya untuk mandi manda
airnya keroh jugak lah ..

masa aku drive tu dan lalu situ , dan terpandang satu family elok je berkelah
di samping si suami memancing, agaknya minat si suami memancing
disebabkan hari minggu , anak bini semua ikut , jadi ler manfaat kan hari tu,
 bersama2 family tercinta

Situasi masa aku lalu tu, si isteri sedang baca paper
anak2 sedang main2 ,ada yang baca buku , si suami tengah pegang pancing
diaorang siap bawak bekal, tikar bagai , bentang bawah pokok

dalam hati aku , kadang2 kita tak perlu bercuti
 luar negeri ke..jalan sakan ke,
Tapi kalau kita tanya semua orang, ada ke yang tak mau ?

 nak pergi jalan2, rasanya semua orang pun mahu, cuma mampu ke tidak jer
 tak tentu kita bahagia atau mengecapi kebahagian bila kita dapat bercuti jauh2
tengok diaorang, bentang tikar bawah pokok, tepi sungai tengah bandar
tapi semuanya nampak happy


Tapi bagi sesiapa yang berduit , boleh lah pergi bercuti jauh2 sikit
Yang tak berduit, kat mana pun tak kesah, yang penting satu family happy..

Insaf aku tengok diaorang satu family...

.

Busy sungguh minggu nie

Minggu ni benornya agak kebizian..
sebabnya ke 2-2 bos daku yang comel ada je kat opis

Tapi walupun bizi , tapi daku dapat jugak membooking tiket promo AA baru2 nie , ada 2 destinantion dah aku booking , insyallah kalau takde aral, sihat tubuh badan  dapat ler pergi holiday , tapi dekat2 je pun , bukan overseas..

Sebut pasal overseas..hahahhaha..taun ni ada juga nak holiday kat overseas..
tapi bukan ler negara omputeh,
cuma serumpun jer.
tapi bilanya nak gi imigresen buat pasport nie..?????????

Benornya aircond di opis aku dah rosak sejak 2 minggu lalu
tapi ada ler gak aircond lain, cuma yang kat tepi aku rosak..
Jadik kepanasan jugak ler..nasib ada kipas..

Tapi masa aku type entry ni
technician baru je sampai nak repair aircond..
baru ler semangat nak bekerja..

.

Feb 16, 2012

Salah siapa



Tajuk metro harinie
sapa nak disalahkan,diri sendiri,cobaan nak berlaku curangler namanya.
Pengajaran kepada bapak2 diluar sana..
----------
Sent from my Nokia phone
.

Feb 14, 2012

Kerana Valentine Day

Semalam masa nak balik ke opis lepas lunch
lalu kat area Sg Chua
Tertiba je kereta depan brek emergency
Aku pun brek..nasib jarak kete jauh
Memang aku tak suka follow orang dari dekat.
.takut jadik benda yang tak diingini

Ingatkan sebab apa ler kereta depan brek emergency
rupanya2 tertiba je muncul seorang lelaki tak perasan indian ke or negro ker sama je kalernya
kat tangan dia banyak bunga , tiba2 je nyanyi lagu rahimah rahim gadis dan bunga

lah apasal mamat ni , nak bunuh diri ke..nak jadi hantu bunga , kang tak pasal2 aku langgar kang..
aku yang trauma seumur hidup kanG dihantui mamat negro ditangannya penuh bunga ,


dalam 2 second camtu , baru otak berfungsi..
owh sempena valentine day ler kot..depa jual bunga ..
tapi x akan tengah2 jalan kot.agak2 ler..

i tak sambut valentine day..bagi kty hari2 pun hari2 kasih sayang ..
malam kang wajib berkasih sayang..sebab along nak dapat allowance
banyak dah list nak suh along approve..

i luv u lah along..tertiba.hahhahahhaa

.

Feb 13, 2012

Apa nak jadi dengan budak2 sekarang

Semalam aku ke sebuah kedai 
kedai tu harganya berpatutan ,
dengan tudung2 fesyen terkini 
aku pun mula ler rasa nak belikan 

Tapi masa nak bayar 
Aku dapat rasa budak cashier tu macam nak songlap duit aku
Tertiba jer hati dan perasaan aku dapat rasa ,
budak tu akan tipu aku..
aku pun rileks je..tengok macamana 

Sekali kan betul firasat aku 
budak tu pulangkan baki kurang sepuluh hengget


Terus aku tanya , eh ni tak cukup nie
Terus budak tu , bagi balik rm10 ,
dengan selambar dan takde perasaan 
cakap sorry..cara dia cakap sorry
adalah sangat2 mintak penampar jer dari aku 
Takpe semalam mood aku adalah baik..
janji aku dapat balik baki aku rm10 tu..
banyak tu rm10 , lepas lah makan kepsi .

Aku rasa budak ni memang selalu buat kerja ni 
sorg customer dia songlap paling skit rm5 atau 10 kaya dia .
Terus aku ngucap dalam hati ,
mintak dijauhkan supaya anak2 aku tak macam diaorang.

Aku nanti nak pergi lagi kedai tu 
nak beli baju, kali ni kalau budak tu cuba songlap lagi duit aku ..
kau tau lah camner aku nak bahasa kan kau ..

.

Feb 11, 2012

Ini Tidak Adil

Kadang-kadang rasa macam dunia ini tidak adil
Tapi malas nak amik port
Nanti kau tau ler bila aku dah takde kat situ
buat ler semuanya sendiri

Agak2nya , kalau aku ler cakap mcmana orang tu cakap
dapat tak aku imbuhan sebanyak orang tu dapat..mesti nan hado punya

Takpe..ada rezeki, mesti ada yang terbaik untuk diri aku .

Feb 10, 2012

Bila rasa nak pengsan menyampah tengok orang

Sebenarnya semalam aku adalah tidak berapa sihat
tertiba je masa kat opis sekitar pukul 11 am
badan aku sengal2 , belakang rasa sakit

lepas tu waktu lunch aku ke pejabat pos bayar bil2 opis campur bil umah mak
hazab pejabat pos ramai orang
tapi aku bernasib baik sebab dapat duduk sambil tunggu no giliran aku dipanggil
time tu terasa berpeluh2 badan aku
rasa mual2 nak muntah , segala rasa semua ada

Time tu pandang orang memang macam menyampah
tade mood nak pandang or senyum pada sesiapa pun
Tapi tertiba ada seorang kakak tu duduk sebelah aku
sambil senyum2
Tapi sebab aku tak berapa sihat aku buat derk jer
Tapi dalam kepala dok kira2, nak tegur ke tidak nie
kesian pulak kalau tidak dikasi tahu

Makanya walaupun takde mood
tapi aku tegur jugak ler kakak itu


kak , akak nak renew roadtax ngn insurance ye

kakak tu jawab, a'ah dik nak renew roadtax insurance

lepas tu aku jawab pulak , offline ler kak sambil tunjuk kat kaunter

tertiba disampuk pula oleh makcik sebelah kakak tu

makcik tu ler yang terangkan balik, time tu aku dah buat muka seposen , sebab rasa tak larat sangat

kakak tu sempat ucap terimakasih..

aku bukan apa, kalau ikutkan takde mood , tak sihat , macam nak pengsan apa semua
memang malas aku nak tegur..lantak kau lah
tapi kesian pulak kang kakak tu tunggu lelama , dah lama kang baru tau urusan yg dia nak buat offline

Tak sampai hati pulak
lepas je settle urusan aku kat pejabat pos

kelamkabut aku balik umah , terus tido dalam 1 jam..
lagi 1/2 jam nak pukul 5 baru aku balik opis
itupun sebab bos ada..kalau ikutkan , malas nak masuk langsung

Nak mc , rasa mcm dah terlalu banyak cuti , dah ler baru naik cuti
takper..selagi leh bertahan daku bertahan..

.

Feb 9, 2012

Firdaus serik tengok wayang dengan mama

Rasanya dah sebulan lebih citernya
sejak dari peristiwa kami layan citer seram yang pada aku biasa2 jer
tapi pada firdaus mesti lah seram, diakan budak2 lagi

Masa tu kami ke Jusco memang nak layan movie,
tp kami nak tengok movie ghostprotocol
(aku dah tgk , tapi layankan fir je)
sebelum tengok citer tu
kitaorang layan satu movie nie Sesuatu Yang Tertinggal
rupanya bila masuk je panggung ,
hanya kami berdua je dalam panggung tu
firdaus dah cuak ,ajak balik

Aku pun cakaplah, alor tak seram nya fir , mana seram
jadiknya dalam terpaksa rela,
fir layankan je mamanya sambil tutup2 mata
kadang mamanya yang tolong tutupkan mata .
.hahahhahhaha..kelakar pun ada

lepas abis movie, budak yang jaga panggung pun terkejut,
panggung sebesar2 tu hanya kami berdua..
tengoklah citer genre seram..

sejak tu bila aku ajak fir tengok wayang , kalau citer hantu
memang dia taknak dah ..serik ler tu ..

Dia akan pergi kalau org ramai dalam panggung tu
jadiknya fir cakap , dia nak tgk aku booking dulu ,
dia nampak penuh , baru dia nak follow..
kalau tak , jangan ajak dia..

Tapi lor nie dia nak ler sangat tengok
citer hantudalambotolkicap
adeh..tak kose mak ..


Feb 5, 2012

Kejam tak kalau mama tak jenguk

Panjang tajuk entry
5hb feb, ke Kem Geo Kosmo,padahal takde niat nak pergi,ate akak lagi sebulan setengah jer pun kat kem.

Tapi sebab akak dok sms, tak jenguk dia ke ..?

Itulah hati seorg mak ni,tak sampai hati ,jadi tanpa diduga tak plan apa semua,berdesup pergi jenguk, bawak mak sekali sebab kalau tak sorang2..

Dapat jenguk maklong aku sekali.

Kadang tu betul jugak ,sesuatu yg tak disangka ,seringkali mendatangi kita.

Kadang2 kita merancang, tapi tuhan yg akan menentukan

----------
Sent from my Nokia phone

Feb 3, 2012

Hari-hari masak

Aku nie nak kata setiap hari masak 
walupun simple , walupun hanya 1 lauk je pun dah cukup 
Ye lah dapat anak2 semua pemakan
dan sememangnya kuat2 makan

kadang aku cam dah lupa ,camne aku ajar anak2 aku makan masa kecik 
tapi alhamdulillah tekak anak2 dan along senang nak jaga
masaklah je apa2 ,dia org makan jer
yg paling penting mesti pedas

Hari ni masak spaggetti
sebab hanya aku ngn adik@anak no 2
aku jerr yang ada kat umah
senang ,simple, cepat tapi makan mau bertambah nie

kalau akak tengok ni mau terliur nie..


jemput makan semua

Satay Willy

Sebelum nie , aku pernah gak dengar pasal satay willy nie
Sekali hari tu kawan aku , Nora ada kol tanya , kat mana.
Udahnya nora yang bagi tau aku kat mana 
Rupanya tak jauh je dari Bandar Baru Bangi
Satay Willy terletak dekat Sg Ramal Luar berdekatan 
Restoren Yus kiranya berdepan dengan Shell kat Sg Ramal Luar tu .

Aku dulu pernah tinggal kat Kg Sg Ramal dalam lebih 5 tahun jugak, jadik senang ler aku nak cari tempat tu
Tempat dia macam food Court, yang besh macam2 makanan ada 
Cara nak order kita cari table , tengok no table lepas tu pergi kat gerai yang kita nak order 
nanti sebut no meja tu, nanti makanan atau minuman diaorang akan hantar,
time tu kita bayar lah harga makanan kita tu .






gambar tak clear snap pakai hp cokia jer

rasa dia lak camner
okeh lah terasa rempah2 dia 
kira sedap jugak lah 

Kat Area kajang , Bangi nie 
selain satay samuri , ada satay urat ketin 
ada jugak satay anugerah 
kira macam2 jenis satay lagi ada 
Tapikan sebenarnya aku lagi suka satay anugerah 
tak tau kenapa tekak memasing kot
cuma kekadang satay anugerah ni , kalau minta daging banyak benor letak lemak

okeh ..sapa nak cuba jangan lupa banjer kty sekali eh..
Happy weekend semua ..cuti panjang lagi..

Note : Belum gaji2 lagi..satu bos masih bercuti


Feb 1, 2012

Ww.lepak



----------
Sent from my Nokia phone

.

Cancel ke nak teruskan ?????


Sebab agak bz sikit dan macam2 hal yang terjadi sejak masuk tahun 2012
Agak terlupa pasal trip kitaorang nie

Tak tau samada nak teruskan ke tidak
sebabnya akak dah tentunya takde , yang ada hanya aku dan firdaus
dengan Firdaus tangan patahnya 
Tiket dah lama booking dari tahun lepas 
sebenarnya aku beli tiket ni sebab nak bawak firdaus merasa naik kapalterbang 

Tanya along , along kata kalau nak teruskan dia izinkan jer 
cuma risau sebab kami jer berdua, kalau ada sedara mara ke , dia tak kesah sangat 
Firdaus tak tau sebenarnya ni , pernah kasi tau masa memula beli tiket je
kalaulah dia tau , mesti mengelitis nak pergi nak merasa naik kapal terbang..

Kalaulah nama akak tu leh tukar jadik nama along , bagus jugak 
Maybe takde rezeki kot, nextime insyallah

.