Apr 17, 2014

Malu itu perlu

Kadang kita nie hidup kena ada segan
Kadang kita hidup kena fikir orang lain
Kadang jangan asik nak orang fikir pasal kita.
Kadang jangan ingat kita jer hidup susah atas dunia ini
Kadang jangan minta orang kasihan kan kita
Kadang kita tak sedar kita buat orang serba salah
Kadang hidup kena ada malu
Sebab malu itu adalah sebahagian daripada iman.

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.
Pentingnya memiliki sifat malu. Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.

Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh seperti melakukan maksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk mencuba sesuatu yang mungkar, Kerana malu telah menjadi perisai dalam diri kita.

posted from Bloggeroid

Apr 15, 2014

Low Profile

Sebenarnya lama dah tak jumpa blogger
Tapi masa feb tu dpt lah jumpa dee kuntum .. sebelum itu jumpa mummysyafie@nor

Akhirnya lepas 5 thn kenal , kitaorang dapat jumpa..yippie..sonok jumpa nik@ummiumarsuffiyah
perjumpaan yg tak disangka gak .. nik pm je kt fb .terus jadik
lama dah kenal nik kat blog, fb .
geram ngn anak2 nik yg comel bangat .
memang selalu masuk blog nik ..walupun kdg tak tinggal kan komen .
walupun tak pernah jumpa tapi kenal .
semoga ukhwah ini berkekalan ..

Insha allah ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye.

posted from Bloggeroid

Apr 11, 2014

Kadar Denda Jika Kad Pengenalan Hilang

Hari isnin haritu, aku dan sikakak pergi buat kad pengenalan baru di JPN Putrajaya.



Alhamdulillah masa tu kami sampai dalam pukuk 9 pagi, orang tak ramai pun sekejap je, tak sampai setengah jam.

Memula sampai ambil No.nanti no akan dipanggil, kita ke kaunter , ltk ibu jari kiri kanan kat mesin tu.
Lepas tu kita akan ditanya nak collect di JPN mana yg berdekatan. Aku nak collect kat Putrajaya juga, dan ic baru siap sehari lepas tu..tp kalau tak dapat ambil esoknya boleh je datang hari sabtu atau ahad , sebab dibuka setengah hari di Putrajaya. Kecuali cuti umum dan minggu pertama kalau tak silap aku.
Lepas tu kita diminta bayar rm10.
Kalau ic kita , kita hilangkan saja2.atas kecuaian sendiri , kita dikenakan bayaran rm110. Tapi kalau kes diragut, rompak ada laporan polis hanya dikenakan rm10.

Selepas itu kita diminta ke kaunter 18 kalau tak silap untuk snap gambar.Masa snap gambar ni ..
kalau rasa tak puas hati dgn gambar yg disnap kau boleh mintak snap lagi sekali..
lepas tu kalau tak puas hati lagi ..minta lagi snap lagi sekali ..
kalau tak puas hati jugak lagi.. mintalah lagi sekali..kalau nak rasa penampar kakak atau abang yg snap gambar kau tu..apa kau je sorang yg nak buat ic kat situ? hahahha

Lepas tu settle.esok dah boleh ambil, atau bila free, Jangan sampai setahun lak baru nak amik..kena denda lagi kalau lama sangat tak ambil.

Aku ambil selang lepas 2 hari siap.
Datang seawal pagi pukul 8.15, Tapi aku baca notis kat situ diaorg dah buka pukul 7.30 pagi.

Ambil no mcm biasa, serahkan slip masa nak ambil no..lepas tu kita ke kaunter 23, kasi slip dan no.



Tak lama lepas tu no akan dipanggil.
Scan ibu jari kanan.
Ic lama kita diaorg akan ambil balik.
Kita akan di tanya samada nak beli plastik case tuk ic , harga rm1..beli je lah..

Lepas tu yeaahh.. kita dapat ic baru..



Owh yeah , masa nak buat ic baru..tak kesah pun kau nak pakai tudung kaler apa..sukati je lah..kecuali warna putih atau cream.

Nak pakai tudung corak2 ke.. nak pakai tudung corak tribal ke..nak pakai contact lense ke..jgn lense mata rimau udahlah.
Nak pakao tudung layer bertingkek2 ke.
Nak pakai tudung AJ ke..

Yang penting kita sebagai orang islam
Pakailah tudung yg menepati syariat.mahal ke murah terpulang pada rezeki memasingkan.

Yg benornya rasa ralit je tak dpt pakai tudung tribal AJ.ingatkan tak boleh pakai tudung corak2..itu yg hitam je dr gmbr dulu hingga kini.

Sapa nak beli tudung AJ, nak baju koreanfashion, jubah..contact me..sempat lagi tu
jangan lupa follow ig attycycyshoppe dan like fb #Attycycyshoppe
posted from Bloggeroid

Apr 10, 2014

Genting.

Dah lama tak naik Genting Highland
Last naik masa bawa Firdaus sempena besday nya yg ke 7 tahun, dan tahun ni Firdaus nak masuk 11 tahun dah.

Genting untuk outdoor takde ye, sebab renovation until bila.tak pasti.

Jadi kita main indoor...sampai satu game asik kita..lepas tu kita lagi..eh lepas tu kita lagi..

Oklah orang tak ramai, jadi tak perlu queue lelama..jadi lepas kita naik. Kita lagi.. sampai ler rusa tu kalau boleh bercakap..bosan agaknya tengok muka kitaorang ni.





outdoor

kat pentas ni banyak show.ada magicshow, korean singer 
ada jugak lah kok tigershow..sbb tgk pompuan seksi menari..
itu kitaorg tak tgk..tak elok utk mata firdaus


penat berjalan kita makan ..
nikmat betul dpt makan piza dua slice




ini feveret firdaus
namanya firdaus panggil Rollercoster ferrari
mama pernahlah naik sekali masa tak berapa muda dulu
ni dah tua.. kim salam je lah .
jadi fir lah layan sorang2..mcm mr bean je dia kata




Balik bilik .terus kebaboom
Terimakasih ucu bawa Firdaus jalan_jalan.
posted from Bloggeroid

Apr 8, 2014

TakoYaki



Si kakak lah ni sibuk ajak mama
Makan TakoYaki
Katanya dia tau kat mana TakoYaki yg paling murah sekali..

Jadi kami ke Gateaway Bangi.
Murahlah , dalam rm4.50 6 ketul.
Kami order 2 set..

Nama kedai lupa dah !
posted from Bloggeroid

Apr 7, 2014

Masjid pun ada Penjahat



Kejadian berlaku hari sabtu yang lepas
Masa tu aku kat Genting.
Terus sentap hati aku , bila kakak whatsapp mama cakap kereta kena pecah akak kena rompak.handbag kakak pencuri ambil.

Puas kakak kena bebel..knp kakak tinggalkan handbag dlm kete..
Akak ckp dia sorok bwh kusi.
Kawan dia siap tinggal bag kat kerusi blkg.ada ipad, powerbank. Tak kena lak ambik .

Biasalah tgh marah..teruklah kakak dengar mama bebel..apapun redha jer.

Malam aku baca yassin dalam 2_3 kali.
Setiap kali sampai ayat Mubeen.. aku berdoa supaya semua brg kakak jumpa balik .

Esok tu kakak whatsapp mama dalam pukul 1.30 pm , cerita ada orang ketuk pintu rumah cari kakak ..
Rupanya org tu jumpa handbag kakak kat Toilet Petronas Seksyen 9 berdekatan Masjid.

Alhamdulillah..
Subhanallah.. nikmat Allah yang mana lagi harus didustakan.

posted from Bloggeroid

Apr 4, 2014

Simpan stok



Bangi pun akan kena catuan air.
Jadi aku ngn along dah siap awal_awal amik.stok air minum.

Selalu mmg kitaorang tak pernah masak air kt umah.kecuali kalau ada tetamu datang. Selalu kitaorang ambil air kt mesin je..mesin air yg ada gambar chef wan, sebabnya along percaya air dari mesin chef wan tu buat dia sehat dan kuat.

posted from Bloggeroid

Apr 3, 2014

Potong Barisan



Hari rabu aku ke pejabat pos utk pos brg customer.sbb nak buat pos biasa ke Australia.. terpaksa ke pejabat pos.
Kalau pos laju aku ke poslaju je di Selaman.

Pejabat pos buka pukul 8.30 pagi
Pukul 8.15 dah siap2 beratur semua orang pun, termasuk ler aku

Kira ada lagi lah 15 minit menunggukan nak buka. Kakak yg beratur belakang aku ni, aku rasa semacam je.. makin ke depan, ke depan dia potong aku..

Issh bohong ler aku tak marahkan..
Tapi malas nak bising2..aku marah je dalam hati.
Lepas tu sedikit2 kakak tu potong lak org depan aku tu.
Wah syabas lah kakak..

Kalau warga emas..aku tak kesah nak potong queue, memang dialu2kan
Ini tua pun maybe 2 thn dari aku..atau ntah2 muda lak dari aku kan..

Kadang2 org mmg tak marah..tapi diaorg marah dalam hati.org sumpah kita dalam hati..tak ke kalau 44 org sumpah kita..
Dah tak baik utk kita ..

Jadi bawaklah bersabar..
Kita hormat orang lain..kalau org tak hormat kita , itu antara dia dengan tuhan.
Janji kita jangan jadi manusia yg pentingkan diri sendiri.

posted from Bloggeroid

Apr 2, 2014

Harga Tong Air Macam Emas



Hari ni kat Bangi harga tong naik ..
Sebab semua pun berebut2 nak beli tong.

Bangi pun akan terbabit catuan air
Tapi rumah aku dah 2 thn rasanya tiap kol 7 pm smpi kol 2am camtu selalu takde air.
posted from Bloggeroid