Apr 30, 2009

Salah rompak

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

credit to Ceritalawak

Kenduri di Old Town


***************************************************************
Dalam kol 12 pm..aku dapat kol..
along suh dtg old town Bangi..

aku pun..start kete..
sampai je sana..dah ramai geng..
tengah sakan sembang..kawan kitaorg tu pun ade..

seperti bese kalo aku lepak sama diaorg nie .
aku jer ler sorang pompuan..

aku jer ler kena raging..kadang aku pulak raging diaorg balik..
dalam kol 2 aku blah..diaorg still cont..sembang..
banyak ler nak cerita tuh..lama kan tak jumpa..
happening sungguh meja kami..
tau jer ler kalo dah berkumpul ..
tadi yang ade..dalam gambo tu Mr.Manager..CikMan..
hehehe..dia tak pasan aku snap gambo..
lepas tu Mr.Director pun ado..dia pengarah drama tau..
tapi takleh cakap sapa..
yang lelain..ade ler artis..2 org..pun takleh kasi tau.nama..
tak popular pun..suam2 kuku jer..

gambar kawan aku..tu
aku takleh nak publish kat dalam blog nie..

Mekanik gembira bebas tuduhan edar kanabis

SHAH ALAM: “Saya gembira dengan keputusan ini,” kata Mohd Fariq Ismail, 35, di luar Mahkamah Tinggi semalam, selepas dibebaskan atas tuduhan mengedar kanabis seberat 1,081 gram, dua tahun lalu.



Mekanik itu enggan mengulas lanjut ketika wartawan bertanya rancangannya selepas dibebaskan.

Terdahulu, Mohd Fariq yang berada di kandang tertuduh kelihatan terkejut apabila mendengar keputusan itu dan terus bersalam dengan ibu bapanya yang berada di galeri awam.



Mohd Fariq menangis ketika bersalam dengan ibu bapanya sebelum diarahkan keluar dari mahkamah berkenaan berikutan mengganggu prosiding perbicaraan lain.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam penghakiman berkata, selepas mengkaji dan meneliti keterangan mendapati pendakwaan gagal kes prima facie terhadap tertuduh.

Menurutnya, pendakwaan gagal membuktikan ketulan kanabis yang dijumpai di halaman rumah jiran tertuduh dan dalam raga motosikalnya.



“Dua aspek itu tidak tercapai bagi kes prima facie kerana mengikut keterangan, ketulan itu tidak ditunjukkan kepada jiran.



“Berhubung ketulan mampat (kanabis) yang ditemui dalam raga motosikal, saya berpendapat kenderaan itu dibeli oleh ibunya untuk kegunaan tertuduh. Bagaimanapun mengikut keterangan ibu tertuduh pada hari kejadian motosikal itu digunakan kawan anaknya,” katanya.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

info dari Metro

*************************************************************************************
ini ler berita tuh..malam tadi along balik jer..
terus kejut aku..ckp pasal nie..
dah lama kes nie..2 thn..kawan aku nie..dia anak tunggal..
akibat tersalah pilih kawan akhir..skit lagi nak ke tali gantung..atau penjara..seumur hidup..

puas kami semua ..kawan2 sepakat..kumpul duit bagai..nak jamin..
dan selama dua tahun nie..kami sebagai kawan-kawan..tetap menyokong..dia..

dan dengan rela hati..aku,along dan beberapa org kawan lagi..kadang bergilir2 amik cuti..
utk teman mak dan ayah dia ke Mahkamah..

minggu lepas..pun ade bicara..kami sedikit putus harapan..ingat kalah..
semalam aku ngn along tak dpt cuti ..jadi ade kawan lain yg bawa mak dan bapak..dia..

dan malam tadi..along kejut ..citer ..kawan kami nie bebas tuduhan..
jadinya malam tadi..dari kul 12 - 5 am..kami dok bersembang..dan memberi sedikit nasihat kepada dia..mmg tak sangka...sungguh..kami memang dah lama kenal dr sek menengah lagi..sejak form 1..dan bulan depan bulan May/esok ar dah masuk May pun....aku,along dan sahabat ku itu..kami sambut besday pd bulan yang sama..

allah masih menyayangi beliau..sebab tu masih ade peluang..

i 'm so sleepy


Arinie aku lambat masuk opis..
Malam tadi..aku tido ade ler brp jam jer..
lepas tu along kejut..(hah jgn sangka yg bukan2 ye..ehhehehe)
kami adahal..
berita gumbira buat kami semua..

walupun minggu nie aku sedikit sedih + down bz bagai..
tp ade jugak berita yang mengembirakan kami..
setelah sekian lama..alhamdullilah..
next entry aku citer

Tak Payah Ke Pasar...



Kawan Aku nie ade buat bisnes supply dan hantar
barang-barang basah seperti ikan,sayur segala mcm barang basah utk
keperluan rumah, restoren,kedai..

untuk kita yang malas nak ke pasar..leh order je terus ..dr norish_nazli
untuk stok lauk 2-3 ari atau seminggu..atau untuk kenduri ke..kedai runcit ke..

untuk info lebih lanjut ..slik klik pada gambar

Apr 29, 2009

kenapa aku sedih semalam

Salam semua..
pagi nie aku bz..bukan bz apa..
ade tetamu kat opis..

pasal entry bawah itu..
aku adalah skit sentap..ngn orang..yg berkenaan..


nie pasal kes akak kt sekolah.. .
sepatutnya orang itu tanya kenapa, apa sebab...
tapi bukannya kol aku..terus nak marah2..
nak salahkan aku dalam semua hal..
memang buat aku sedih+sentap...
pada orang itu..
walupun ko tak baca blog aku..
tapi aku nak tulis jugak.
dan ko harus tau ..sedar diri..
apa kesalahan ko selama ini..
bila jadik gini..kadang aku terfikir ..terlintas dalam hati..aku..
sampai bila pun sukar aku maafkan perbuatan ko..


kau tak merasai..tak mengalami..
kau tak amik berat..
ko jangan kecoh..sepatutnya ko bincang cara baik..
bukan main terjah aku..
sekali lagi..semalam dan selamanya
kau buat aku marah..
dan kadang benci..



tq pada semua yang amik berat..
nie kty kasi kiss..skit..

Apr 28, 2009

Kesedihan




Saat hujan pernah datang
Saat hujan pernah melindungi
Kehidupan ini dari sinar
yang ada gembira padanya

Sinar terang pernah hilang
Sinar terang pernah sedih
Menghilang dari diri yang kegelapan
Meninggalku kesedihan


Mengapa aku yang merasa
Semua pahit duka ini
Mengapa aku yang merasa
Kesedihan yang kau beri


Oh tuhan aku tak tahan lagi
Ku ingin lari dari gelita ini
Oh tuhan tolonglah bantu hambamu
yang kini susah hatinya

Kala ku sendirian
Ku sedari sinar itu datang
Melindungi aku dari gelita
Ku harap gembira selama ini

Ke sekolah

Pagi nie seawal kol 8 aku dah ade kat sekolah akak..
settlekan kes pasal..yang aritu..
setelah aku cerita , dan terangkan perkara sebenar
akhirnya baru cikgu tu faham..
dan minta maaf..aku pun tak kesah sangat senarnya ..
cuma cara tu jer silap..

sambil tu aku tanya pretasi pelajaran akak..
akak camner..suh dia tengok kan sekali adik camner..
masa pergi sekolah tingat lak nostalgia..zaman aku sekolah dulu.
dulu aku pun sekolah , di sekolah yang sama..ngn akak..

lama jugak aku ngn cikgu berbincang..
dari kol 8 bawa sampai kol 11.30 am..
tu pun senarnya macam tak cukup time jer..
dah pesan kat cikgu..
kalo ade apa2 kol je aku terus..senang..
*************************************************
dapat award yg sangat cantik & kreatif
dari
terimakasih..sudi kasi award yg sangat kiut..

Apr 27, 2009

Tidur Sekatil Dengan Suami Orang

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.


Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan
ceria & suka tersenyum.



Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hatikepada Andy.



Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.


Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.


Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien. Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!



Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.


Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:


"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"


Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:


"Abg Andy..."


Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"



Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya: "Maksud abg Andy?"


"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"



sumber cerita dr sini

Ahad Sopink Time

lepas penat jalan...lepak starbuck..
ilangkan lenguh kaki..
sakit ooo kaki aku..



tu akak ngn fir punya..
aku minum je..

***********************************
Ahad seawal kol 10 pagi..
aku keluar pegi umah mak..

lepas tu kuar gi kamdar
dlm kol 1.30 gtu sampai umah balik..
lepas tu kol 3 kuar balik g cari kasut..
senarnya aku cari kasut..baru..lagi.

tapi semua aku tak kenan..
sampai ke malam udahnya pencarian aku tak berhasil..

Ari Sabtu Bz




lepas dah bincang ngn mak..
kami pun kol maklong aku kat Balakong ajak pegi sekali..
jenguk Maktam.

jadi aku balik umah siap2 kan fir..bagai..
kol 2.30 pm kitaorg gerak ke Balakong amik Maklong lepas tu gie Klang..
laluan agak jem aritu..masa on the way..ade kereta peronda polis..
tgh kejar mengejar ngn satu moto..napa ..aku pun tak tau..

sampai spital dalam kol 4.00 gitu..
rupa-rupanya masa sampai..semua makcik/pakcik..nenek aku pun ade..
seronok...lama dah tak jumpa..sembang-sembang..tanya kabar..
aku ngn makcik/pakcik aku semua..dok tukar2 citer masing2..
pengalaman..masa bersalin..
kol 5.. camtu mak ajak balik.
singgah umah maklong..dulu..nak amik baju utk pakai masa kenduri..
tema kami kali nie..MERAH...fuh..glemer masing2 nanti..

kol 8 malam sampai Bangi..
lepas antar mak...tau ler umah mak sabtu jem.sbb ade pasar malam..
lepas tu aku nak beli barang skit..
kelam kabut..nak tgk AF..nak masak lagi..nasib lauk dah siap masak..tinggal panas kan jer..
lepas tu layan AF....tak sangka aril kuar..walupun aku tak suka dia..
ingat kan Yazed atau aishah yang kuar dulu....

keadaan baby...
baby dah okeh..
cuma baby still tak menangis...

Baby Maktam- Muzaffar




Hari Sabtu ..lepas aku balik keje dalam kol 1 gitu..
pergi umah mak...
lepas tu kitaorg cadang
nak lawat Maktam anak banak kat Hospital Klang..

gambar-gambar baby kat atas..
.masatu baby baru dilahirkan pada 19 April yang lepas..
baby kritikal..masa tu sebab air ketuban dah masuk dalam kepala baby..



continued...

Apr 25, 2009

Cerita Pengantin Malam Pertama lagik..

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli.

Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad.

Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun...

"Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

credit to google..

Madam Moi

Company aku ade amik beberapa pekerja contract..
sbb keje tgh banyak..

boleh le pulak depa panggey aku semua..
MADAM AMOI..

memula diaorg panggey..aku buat derk je..
ingat sapa..

daH lah terjerit-jerit..macam panggey aku..
baru ler aku tau..diaorg semua panggey aku..

diaorg sebuk nak tanya gaji bila..bertambah keje aku ngn kehadiran mereka..heheheh
Gaji isnin dik ooi..nanti akak kasi korang cash money..

Apr 24, 2009

Email Untuk Puan Guru Besar

Kepada : Pengetua Sekolah SMK.......... & Guru Tingkatan 3......................




Salam cikgu,



Saya adalah emak kepada murid sekolah cikgu..
di sini saya ingin suarakan ketidakpuasan hati saya terhadap sikap seorang guru..

Ini adalah berdasar cerita yang disampaikan oleh anak saya

Harap cikgu baca dulu cerita ini..

ada seorang kawan anak saya..ponteng sekolah dan lari dari rumah..
jadi anak saya nasihatkan dia..jgn ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibubapa..
anak saya memberi cth kepada budak itu..
dia kalau tidak hadir ke sekolah dalam bahasa budak sekolah ponteng/tidak hadir
dia akan memberitahu ibu dia iaitu saya..(daripada dia ponteng/tidak hadir tanpa memberitahu saya)

Kawan kepada anak saya ini..telah dikaunseling oleh cikgu kaunseling..atas sebab dia lari dari rumah
dan budak itu memberitahu cikgu kaunseling bahawa anak saya sukahati sahaja nak ponteng..dengan kebenaran saya..

Untuk pengetahuan cikgu..guru kaunseling itu memanggil anak saya..dan ingin berjumpa saya atas sebab masalah ini..
masalahnya di sini, sampai saat ini cikgu itu tidak pun membuat panggilan untuk memanggil saya berjumpa beliau.

Dan saya tidak suka sikap cikgu itu
dimana dia masuk ke kelas anak saya dan memerli anak saya..
seperti kononnya saya membenarkan anak saya ponteng sesuka hati beliau..kononnya apalah saya sebagai ibu yang membiarkan anaknya ponteng sekolah

Dan apabila anak saya ingin menegakkan kebenaran..dia dikatakan biadap..
kalau cikgu pun ditempat anak saya tidakkah cikgu bengang bila mak bapak cikgu di kotakatikkan..Seolah-olah tidak mengambil berat..akan hal anak sendiri
saya tidak suka sikap cikgu itu yang memerli-merli anak saya di dalam kelas seperti itu,.
sebagai seorang cikgu..kenapa bersikap tidak matang seperti itu..


Dan utk pengetahuan cikgu..ponteng dalam istilah yang anak saya masukkan itu..
bila dia tidak sehat..dia akan memberitahu saya..yang dia tidak sehat dan tidak dapat hadir ke sekolah.Di sini saya memberi keizinan beliau utk tidak hadir ke sekolah..

Apa cikgu itu ingat saya seorang ibu yang tidak bertanggungjawab ?
Suka hati sahaja utk membiarkan anak saya ponteng sekolah..

Saya masih mempunyai akal fikiran..,dan apabila anak saya tidak hadir ke sekolah..saya akan memastikan anak saya duduk di rumah..
bukan seperti yang cikgu cakap..kononnya saya biarkan anak saya keluar bersuka ria.

Saya akan pastikan setiap 1 jam untuk membuat panggilan ke rumah memastikan anak saya ada di rumah, Apa cikgu yang mengata itu nampakkah apa yang saya buat.?

Dan apabila waktu tengahari , saya pulang ke rumah, untuk melihat anak saya.

Jadi saya tidak mahu cerita ini saya bawa lebih jauh..,dengan ketidakmatangan sikap cikgu ..yang sepatutnya ..mempunyai sikap yang patut dihormati oleh murid..dan menjadi contoh..tapi menghina ibubapa murid itu tanpa usul periksa, dan turut memberikesan kepada murid itu sendiri.

Jadi saya harap,Puan Pengetua dan Guru kelas beliau dapat memberitahu perkara ini kepada guru berkenaan.

Jika tidak puas hati sila telefon dan kita buat appointment..untuk berbincang lebih lanjut
tapi TOLONG..jangan perli anak saya..atau anak siapa-siapa pun itu adalah sikap seorang guru yang tidak ada tatasusila langsung.


Sekian terimakasih



P/S : Aku dapat kol masa aku tgh bz akak kol aku..cakap cikgu tu masuk kelas perli-perli akak bagai..

cikgu dia cakap gini...orang tu makbapak dia kasi..dia ponteng..lepas dia kuar bersukaria ..asyik tu jer..ulang..

mau akak tak hangen..lepas tu akak jawab..mak saya kasi tak dtg sekolah..bukan nya suh gi jalan2..saya pun duduk rumah je tak sehat..tp cikgu nie..membabi buta terus bebelkan.akak dalam kelas...nasib ler akak ngn kawan2 dia dah lali..ngn perangai cikgu yg mcm budak2 nie..




senarnya dari minggu lepas akak ade citer pasal nie..tp sampai ke ari nie aku tunggu cikgu tu kol...elek..

kalo aku seorang ibu yang panas baran..rasanya ..aku terus terjah je cikgu..tu..dan aku yakin..ade mak bapak akan buat seperti itu..tapi aku..aku malas nak bising2..aku kasi email...lepastu surat...nak tengok apa tindakan cikgu tu..



aku dah banyak kali dengar cikgu nie punya kes..suka perli2 budak2..kawan2 akak..dan aku rasa tindakan patut diambil..takleh biarkan jer..




akak tak tau pasal aku dah email Puan Pengetua dan kasi surat kepada cikgu dia..aku nak nama guru kaunseling akak tak kasi..dia takut ar tu..aku marah cikgu tuh..

Makan free...

kepak ayam goreng


bendi rebus

daging masak itam


tengahari tadi aku dapat kol dari member aku..
dia suh aku lunch kat umah dia..
yang berdekatan je ngn opis aku.
aku pun apa lagi.sanggup panjat tangga umah dia..
eheheh..konyang den..


entry lepas nie entry sentap..
sian akak...nanti..kan..surat aku kepada Puan Guru Besar

Bos Nak Outstation

Oleh sebab bos nak outstation..
jadi aku kena ler dengan pantas nya menyiapkan gaji aku dan semua staff

saat nie..aku kelam kabut mengira..
kena cepat..nak suh bos sign...huhuhuh..

mana payment..lain lagi nak prepare..
berpeluh aku walupun di dalam aircong

Meeting

Semalam start kol 10 pagi aku dah bz.
bz uruskan pasal SSM..sebab ade pemegang saham yg kuar..syer..sbb nak berhijrah,..
kena g persuruhjaya sumpah..bagai..

lepas tu aku pergi Maybank Serdang lak ..uruskan account,,
sbb nak tukar signature..

arinie lak..semua ade meeting..
semua pemegang syer..jap2 lagi..sampai ar nie..

nanti kalo dah settle..baru aku blogwalking..
tak tau kol bapa nak settle..atau lepas aku buat apa yg patut kalo tak babitkan aku
leh ar sambil2 tu blogwalking..hehehehe..;

Apr 23, 2009

still remember ?@


TAG MASIHKAH KAU INGAT???
kali nie aku dpt tag dari ciklinn
ciklinn ni kalo uols tgk dia akan type..
nama aku seperti ini kyatt....
itu adalah aku yer...jgn tak percaya..
nama ini diberi oleh ..group yg havoc lagi meletops kalo jumpa..
TKB FOTOPAGES.

1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …
kenal along sejak aku darjah lima lagi....
2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
sebab kenal dr kecik..dan aku merupakan rakan karib adik dia. bila aku dtg je umah dia..dia suka panggey aku ngn panggilan ... ROSEYATIMAH..(menci betui)

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Kat bukit bintang masa tu malam tahun baru..dia cakap pun aku tak dgr sebab masa tu bunyi mercun....kira declare couple ar..

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …


5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
one year gitu..
6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
pikir ar sendiri..

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
ari-ari along buat aku terkejut..boleh gitu..


8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
nak bahagia..dan senang dalam erti kata..no hutang..dah nak mencapai target..

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
along selalu cakap aku manja kan anak2..padehal aku ler yg teramat garang.. yang along lak...yg selalu layan..bagi muka..


10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
okeh je..sbb aku dua beradik je..kan susah..ngn sanak sedara.layannn..


aku nak tag:-
Mommy Lily
Mrs LVoe
syanis

Nama Blog aku @

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Pyzam Glitter Text Maker


nama blog aku atty
sebab nama aku..ler tu..takan ler nak ltk nama Peah..
tade kaitan ngn aku..


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://attyfir.blogspot.com
Pilih nama tu sempena nama aku..firdaus &fairus..
boleh gtu..sapa nama2 itu dalam hidup aku..
Lu Pk Ar Sendiri..


3. APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA

kebanyakan story dalam blog aku berkisar mengenai aku & family
luahan hati aku..perasaan benci, suka duka aku..
dan kadang2 isu semasa..petua..yang palin aku suka citer lawak..
kalo tensi buat keje..aku suka cari citer lawak..lepas tu gelak sorang2

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

buat masa nie takde niat langsung


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
nama dia aspalela..
nama blog AKU MASIH SIUMAN
SUKA blog NIE ..sebab senang nak baca & simple..i liked..
gaya penulisan..yg senang kty faham..tu yg selalu suka masuk blog ASPALELA...
dan yang palin..aku suka..bila aku klik ke blog dia..
akan tertera AKU MASIH SIUMAN..
dan aku tersenyum..sbb aku tau..aku masih siuman..wakakkakka


kty nak tag..
sapa yg tertengok..terbaca..apa semua..
kena buat...jgn tipu2 ye..


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Apr 22, 2009

Malam Pertama

Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri.

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah
si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.

" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara
berdebar dada si ayah mendengarnya.
" Boleh saja biar abang masukkan?"
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya.
"Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya.

" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara
Ketawa pengantin berjela-jela.
Ternyata si ayah silap sangka.

sumber dari mr.google

aku yg baca pun gelak gulin-gulin..

Wallpaper orang malas

dapat tag dari
ciare, faizah,fantaghirolynn,jivebumz
1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

kenapa aku suka...aku tak suka pun..sbb malas nak cari wallpaper..
dulu aku suka ltk gambar air terjun..gambar gunung -ganang..sekarang malas..bior je yg ori..




Voucher Hotel

Semalam pagi, aku dapat kol
dari sebuah Hotel..
dia kata nak kasi baucer penginapan Hotel.
aku malas nak layan..aku suh kol. lepas kol 1

lepas tu dalam kol 2
ade dpt kol lagi.
kata nak kasi voucher utk penginapan hotel 2 ari 1 malam..
macam ler aku heran sangat..dah tau dah semua nie..
dah banyak kali/selalu sgt dpt kol camnier...

lepas tu dia suh dtg hotel tu ade skit blabla..
pengenalan ttg hotel..tuh..
leepas tu tanya aku pemegang card credit ke..
aku cakap im sorry. no credit card..debit only..

wahahahha.langsung dan-dan im sorry ,kami nak org yg ada credit card je.
aku pun kan nak layan itu orang buang masa ,airliur aku jer..

kalo nak kasi..postkan je..ke alamat kan senang..wahhahaha..

2 pagi dah bangun

firdaus pagi tadi..aku sedar...
dia seawal 2 pagi dah bangun..
pergi toilet ..kencing..lepas tu
dia tengok tv..seseorang..

dalam kol 5.30 gtu dia mandi lak..
lepas tu along bangun dalam kol 5.40..terkejut tgk..
fir dah siap pakai baju sekolah..semua..

lepas tu along pergi keje..
dalam kol 6..fir masuk bilik..
tanya mama..mama..ari nie kita sekolah ke..
aku jawab ar sekolah , napa?
mama tak bangun pun...hehehe..

lepastu aku bangun mandi semua..
kol 6.50 kitaorg gerak pergi sekolah firdaus..
lepas tu aku cakap ngn dia apsal bangun awal.
dia cakap takleh tido..

Apr 21, 2009

Datang bulan 5, 6 bulan sekali

SAYA berusia 21 tahun dan sudah berkahwin selama tiga tahun, tetapi belum dikurniakan anak. Saya mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala sejak berkahwin, haid saya mula tidak teratur.

Haid terakhir saya adalah pada Oktober 2008. Secara purata, haid saya datang hanya lima atau enam bulan sekali. Apabila didatangi haid, ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk berhenti.


Saya juga mempunyai masalah senggugut. Doktor memberikan ubat untuk menghentikan darah saja dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah pada rahim. Adakah saya sukar hamil disebabkan haid tidak teratur? Apakah rawatan yang doktor sarankan untuk kami mempunyai cahaya mata?



ALIA,

Temiang, Seremban.




PUNCA haid tidak teratur dan jarang-jarang bukanlah disebabkan penyakit pada rahim. Lazimnya, ia mempunyai kaitan dengan pengeluaran telur oleh ovari kanan dan kiri. Ketiadaan ovulasi ini mengakibatkan masalah kesuburan di samping gangguan haid sebagai masalah sampingan.

Pada mulanya haid jarang-jarang beberapa bulan, kemudian keluar sedikit-sedikit, tetapi berpanjangan. Rawatan mendatangkan mahupun menghentikan haid hanyalah bertindak pada rahim saja, ia tidak merawat penyebab asal atau sebenar. Anda mungkin mempunyai masalah ovulasi, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan ovulasi atau kesuburan.

Selain itu, pemeriksaan lain dapat dilakukan termasuk ujian air mani suami.


credit to metro


p/s : aku mengalami masalah yang sama..jugak..nie..lom ade masa nak check up.

Anjing ko..

Kadang kalo aku tengah syiok buat keje..
atau yang sebenar-benarnya tgh syiok chatting ke..
blogwalking ke..

tetiba dgr ler bunyi dingdong..
maknanya ade ler org dtg nak antor barang..tensi sungguh aku..



kenapa aku tensi sebabnya..
aku takut kat binatang bawah nie.
selalunya barang akan dihantar ke opis company lagi satu
selang 2-3 biji bangunan jer..dari opis aku..


tengok ar dia pandang camner..
itu sekor je..tuh..senarnya ade geng dia lagi tuh..
kalo si Ah Cong ade dia ler iring aku..gi sana..
kalo tak aku bawa kayu..

tapi kan senarnya..aku tgk..anjing tu pun takut ngn aku..
wakakaka..kadang2 kami sama2 terkejut..memasing ketakutan..

nasib ler sekrang mcm dah kurang skit..anjing-anjing nie.

Ade keje.

Ari nie aku ade keje skit..
nak buat benda kat bawah nie..
aku bukan le reti ..
aritu bos ade suh aku g kelas..
suh study autocad..semua perbelanjaan dia support..
dah 2 tahun benda ni dia suh..aku degil.

sapa tau kat kajang..bangi nie ..
mana leh kita belajau autocad nie..
kalo tau kasi aku info yer..tq..

nanti kalo aku penin ..aku jenguk2 blog korang semua ye..
mana yang aku sempat..

Apr 20, 2009

Muka Alergic

Ari sabtu kan aku kiranya berjemur..
sbb tgk fir main futsal...
takde lama mana pun..
tapi muka kena jugak sunburn..
lor nie mcm merah2 sekitar dahi..hidung dan pipi skit.
lepas tu rasa gatal je..mata pun gtu..huhuhuh..
tak selesa..sungguh..

aku mmg takleh kena matahari sangat jadik gini ler..

p/s : gambar hanya hiasan...credit to google..

Tak tau lagi

petang ni aku tau ler jadik ke idak nak ke hospital kelang..
sebabnya may be nak bertolak dr umah pun dah dkt kol 6..kang jem bagai.

lagi pun cousin aku cakap.
kan leh tgk..kecuali makpak baby je..

apa-apa keputusan terpulang pada mak..
kalo mak nak pergi aku bawa..tak dpt tgk baby ..
dpt jumpa nenek pun kira orait..

tak tau lagi..apa citer terkini ngn baby..harap semua okeh.
**********************
dapat award dari sis rasp..
thank you so much..seksi ar..suka..elegent..gtu.

Baby Maktam Tak Menangis

Pagi nie aku dapat kol
dari emak, maktam aku dah selamat melahirkan
BABY BOY 3.49KG...

Mak tam bersalin di hospital Sabak Bernam..
tapi ade masalah pada babynya ..
babynya langsung tak menangis..sejak dilahirkan..

jadi baby terpaksa di bawa ke Hospital Kelang.
nenek aku jaga baby kat sana..
tengok ler camner..petang ni kot baru aku nak pegi tengok..
doctor kata baby dalam keadaan kritikal..
pada semua kawan2 tolong doakan sepupu aku tu selamat ye..
dan sepupu aku kasi tau ..
Mak tam kena jahit..sebyk 50 jahitan..mak aii ngeri aku dgr..
aku doakan semoga baby dan maktam selamat amin..

Sukan di Pagi sabtu





fir bersemangat nak jaga gol

***************************

Pagi Sabtu se awal kol 5 pagi aku dan akak serta fir dah bangun..
siap -siap semua dalam kol 6.15 gerak g bfast..
lepas tu gi sekolah..tolong cikgu kemas apa yang patut..
barang2 yang nak di bawa ..

Fir seronok sangat sebab dia ngn geng naik bus..
mak bapak naik kenderaan memasing..

cocer sabtu tu ..memang cantek..
panas ..huhuhu..tak tahan asyik haus jer..aritu ..

fir dapat main sampai separuh akhir..
lepas tu kalah..ehehehe..takper ler..janji yg penting ade semangat kesukanan di situ..
seronok tengok budak-budak kecik main..

ade hikmah jugak fir tak menang..sebab nanti
kalo menang akan wakil daerah..pada 3 hb May..
dan pada ari tu aku dah ade agenda lain..tak dpt nak menghadirkan diri..
sebab pak ngah aku kenduri..

Handphone Rosak


Handphone aku rosak..
bukan rosak apa..keypad je yg rosak..
jadi aku takleh nak sms...
setakat kol ngn terima kol..leh lagi..

jadi sapa sms aku..
aku minta maaf banyak2..takleh replay,.
nanti baru bawa jumpa doctor..hehehhe..

macam nak suh tuko baru je kan..
tapi tak mau ar..
besday aku nanti, aku dah mintak benda len..
taknak handphone..

Apr 19, 2009

Gadis dirogol 15 mat rempit

KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.



"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan.

"Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.



Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.

Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu.

Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.




p/s:- budak-budak sekarang berani sangat nak ikut kawan ler..atau org yg baru dikenali..

harap semua nie takan ter jadi kepada family kita.




*******************************************************************************

dapat lagi award dr fafau fotopages..rasa ramai yg kenal..

thank fau..den berjaya lagi mencopet 3rd commentor...buat kali ke 8..



Apr 18, 2009

sapa aku

dapat tag dari adik yg manis..cun..mecun..sapa lagi kalo bukan
lieya lieyani & ena@qaisyablog

1) nama timangan
kty,atty,ayang,mama
dan aku lupalak satu..
satu lagi nama aku Yatt..
selalu geng tkb fotopages..panggey..

2) anda seorang yang......
yang suka berkawan..

3) insan istimewa dan knp dia teramat istimewa......
my family..tanpa diaorang semua sapa ler aku..

4) lagu kesukaan sekarang.......?

banyak ar..semua lagu yg sedap aku suka..

5) warna kegemaran....

suka kaler grey & coklat

6) benda wajib lam handbeg.....?
kunci,purse,handphone,bedak,lipstick

7) kali terakhir nangis....?
tak ingat ar..

8) tag 6 rakan anda...
sapa nak buat, dipersilakan..heheehe..

Apr 17, 2009

Fir esok ade game futsal


Minggu lepas fir....ade bolasepak.
minggu nie...esok..ade fustal lak..
minggu lepas along .stanby..
minggu nie aku..lak..aku keje sabtu kan.
jadi kena gilir2 ngn along.

sok pagi2 nak kena bangun ..sbb kena berkumpul
kat sekolah pukul 7...budak-budak naik bas..

aku follow dr belakang jer..
fir kata dia jadik penjaga gol..excited nie aku nak tgk dia main..
kalahke menang ..tak penting..

Ayam Dalam Wachine Machine,tag wallpaper



tu nampak tak ayam kfc..

*****************************

Masa nak tengok wayang ari rabu aritu..
lepas makan ...ronda2 jap kt kedai2 kat situ...
kitaorang masuk..kedai letrik Jaya jusco ler camtu..

tengok2 gadget yang menarik..
lepas tu tergerak nak survey mesin basuh..
kot ade yg berkenan ke
sbb ingat nak beli mesin basuh baru ler.

belek- belek mesin basuh..
buka tutup..sekali ade satu tu..
aku buka je penutup dia..tup ade ayam kfc..
ade dua ketul lagi..ayam nya..

sapa punya keje ler..mesti ler staff kat situ tu..
apa ler..dah tentu ler customer akan buka tengok..

******************************
dapat tag dari
ciare & faizah
1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

kenapa aku suka...aku tak suka pun..sbb malas nak cari wallpaper..
dulu aku suka ltk gambar air terjun..gambar gunung -ganang..sekarang malas..bior je yg ori..


3) tag 10 people...

MORALLE,Mylovelyblog,Masviona,Dylarizadi,Ratna,Eja,
LIYANNUAR,su,elly,MissDianaKay,SIS SYAZANA
  • sesapa yg kena tag..kalo dah buat.
  • tak payah buat lagi yer..





Rumah Ku Banjir

nie dah kurang skit airnya.
along dah tolong timba..

abis dinding...tu yg malas nak cat..
nampak gaya along kena ler cat lagi taun nie..

yang palin haru..kipas ar..takut rosak jer..


note utk adik..
takut dia tak ingat , aku tinggalkan note..
jangan "ON" kipas satu ari nie..

***************************************
Pagi tadi sedap aku tido..
tetiba along kejut dalam kol 3 gitu..
kata umah banjir..adoi..kacau jer le orang tgh mimpi..

ate semalam petang masa balik keje ..no water kan
jadi orang atas umah aku..
mesti lupa tutup pipe sinki..

masa nak pegi keje..jumpa orang ting 2..
dia kena lagi teruk..
abis sofa..hp semua masuk air..

tu ler nasib kalo duk flat..
nak buat camner kan..itu jer umah mampu den beli..
nasib dah biasa..dulu pernah kena lagik teruk dari ari nie..

dugaan di pagi jumaat..terima jer ler..
ade hikmahnya..
dapat buat senaman lengan bagi kurus skit lengan..nie.