Apr 30, 2010

Nasi goreng apa nie.???



Lunch tadi aku dengan akak ..makan kat kedai hassan Cafe..

tapi aku dah agak 5 minit..(ceh baru 5 min..kepochi)
mamak tu tak amik2 order..aku panggey ..
anney ..amik order lah ..
lepas tu anney tanya ..lom order lagi ke kakak..
aku cakap.sudah satu taun saya duduk sini ..awak tarak nampak kah..
senyum je anne..

aku order nasi goreng kampung..tak lama dalam 10 min..sampai nasi goreng aku
tapi bukan macam nasi goreng yang aku order je..sebab aku order kan nasi goreng kampung..apsal ini nasi goreng ade udang..malas aku nak bising aku balun je..( ye lah sedap balun.lah kan,cuba tak sedap dah kena maki mamak tu kot..)


tapi dalam diam..rupanya abis jugak lah nasi ..tu ..
leh tahan gak..sodap gak ..tah sapa yg order dapat kat aku ..
lantak ko lah mamak ..bukan aku yang salah ..mamak yang salah
nasib lah sedap

nasi goreng tak tau nama tu berharga rm4.90
berbaloi tak..memang berbaloi..licin pinggan.

Tekanan Darah Tinggi

Pengenalan
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan
banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.
Tekanan darah diukur
dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
• Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal
Kategori Sistolik Diastolik
Normal bawah 120 dan bawah 80
Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas
Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90

Penyebabpenyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

• Penyakit buah pinggang
• Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
• Faktor keturunan
• Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk
penyakit jantung dan strok/angin ahmar)


Tanda & dan gejala
• Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
• Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti
pening atau sakit kepala.
• Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor
akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.


Komplikasikomplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ
penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis
kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah, Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
-jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
-pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
-buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
-mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak- strok/angin ahmar


Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
• Rawatan tanpa ubatan
- Anda perlu mengubah cara hidup seperti
- Kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress
- Rawatan Ubatan

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



sumber dari email.

Apr 29, 2010

Aku terkunci di dalam ofis ku sendiri

Lepas Balik meeting  dalam pukul 11 pagi tadi..
baru lah aku nak bergossip ngn cousin aku
tertiba bos suh cari operation manual utk Samsung Thailand
di Factory No 32 yakni opis aku lagi satu yang selang 3 biji je dr opis yang selalu aku duduk tu..

Setiap kali kalau masuk opis nie
aku mesti kunci balik pintu ..takut apa2 jadik kang bila aku kat atas..(opis ni pintu pakai solex je )
jadi lepas dapat apa yang aku cari .aku pun turun ..

Sekali nak bukak kunci solex tu tak boleh ..
padahal itu lah kunci yang sama masa aku nak bukak pintu tu
aku tengok anjing kat luar macam tersengih2 kan aku .(dalam ati jaga kau nanti anjing aku baling kasut)
oh yer..anjing2 kat sinikan, aku dah tak takut..walupun ade sedozen...diaorg yang kalau nampak aku ..bertaburan lari.tah-tah dalam hati anjing..lari.perempuan gemuk lalu ..ekekeke

setelah ku cuba berkali2 bukak solex tu tapi tak berhasil.
aku terai kol bos aku ..(nasib bawa hp ko..selalu tak), tapi tak berjaya takde signal .udah.
dalam ati aku .aku tak bayau bil ko apa ..nie ..aku bukak bateri hp .lepas tu pasang balik .yeah ade signal
terus kol bos aku ..bila aku cerita..yang aku terkunci ..bos aku bantai gelak tak hengat..

Anjing2 kat luar pun menyalak kuat ..tanda gelak kan aku ..
lepas 1/2 jam ..bos aku pun datang..nasib bos aku ada kat serdang je time tu .huhuhuh
lepas aku dapat keluar..semua anjing2 tu kerumun aku ..agaknya diaorg padankan muka aku lah tu ..
macam ade hantu je kat opis tu pelik aku ..kunci yang sama aku guna ..bila nak buka balik tak boleh
takut mak nie..!! mystery nusantara sungguh ..udahler aku ari-ari keseorangan ..

Kepelbagaian guna cuka

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.


  • Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.




  • Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.





  • Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.





  • Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.





  • Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.





  • Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.





  • Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.





  • Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.





  • Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.





  • Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.





  • Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.





  • Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.





  • Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.





  • sumber dari utusan malaysia

    SuperWoman.


    Petang Semalam bos kecik dah sms..
    bagitau arinie aku kena ganti dia pergi meeting

     Tapi maybe dalam pukul 11 meeting abis leh masuk opis..
    lepas tu ada hal yang aku kena uruskan kat luar..
    ok semua ..selamat bekerja..

    Apr 28, 2010

    Demam Urat

    Mesti ade yang pernah dengar..dan ada jugak yang belum pernah dengar
    aku pernah lah dengar ..tapi belom pernah alami.
    dan buat pertama kalinya aku alami..dah beberapa hari

    leher dah badan aku sakit2 sampai leher aku nak pusing pun ..tak berapa boleh nie
    kawan aku cakap demam urat..maybe ade kebenaran, terjadi demam urat kerana:-

    Adakalanya kita terasa kekejangan urat dan otot, kekadang terasa seperti demam, dan adakalanya urat membengkak

    Kenapa ia berlaku?

    Sakit urat ni ada sebab2 dia:-

    *Kalau Demam urat kamu tak biasa bersukan atau sekali-sekala bersukan ~ maybe..sbb aku skrg kan tgh belajar berenang..jumaat lepas ..tanpa buat stretching..aku terus ..buat kuak lentang, rama-rama bagai..(ade ke kuak rama2)

    *Kalau kamu suka makan-makanan yang sejuk kamu mudah kekejangan otot~ tak de lak amik benda yg sejuk

    *Stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk dan kerja yang banyak~ tempat keje tade stress..aku sorg je..takdelak sejuk sgt..keroje pun bukan ade sgt..kalo tak mcmana aku leh fulltime blogging..kecuali kalo kena g luar je lah ..agaknya stress gaji lambat..ekekekke

    *Urat kalau anda membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betul dalam tubuh kita bermacam jenis urat ~ aku tgh alami nie.




    badan rasa nak demam..mood pun elek..huhuhuuh..kawan ajak lak makan2..nak buat kejutan bagai..huhuhuh..takde mood.

    Nak Buat Suprise

    Ade kawan aku kol..tanya aku free ke hujung minggu nie..
    aku tanya ..kenapa..
    dia kata nak ajak aku keluar..kalo nak ajak aku keluar..selalunya kawan aku ..mesti tau.
    kalau ada aku ..mesti ada akak ngn fir..itu sebab ajak..time weekend..
    ke mana..buat apa ..dia kata biarlah rahsia..

    aku sebenarnya dapat agak..diaorg ni plan sesuatu utk aku..jadik nanti aku kena pura-pura terkejut.

    Apr 27, 2010

    Sakit Leher

    Dah beberapa hari aku sakit leher..
    susah nak pusing-pusing jadiknya 
    nak mc sayang lak ..rekod bulan ni baik..huhuhuh(senarnya bulan lepas dah byk mc..)


    ada sesapa tak ade petua nak ilangkan sakit leher nie..?
    ada orang kata sebab salah tido..
    ada yang kasi petua nie
    jemur bantal lepas tu ..kalo perempuan , lelaki yang buat .
    amik bantak yg dijemur tadi , pukul2 kan kat belakang .badan ngn leher.selawat dulu sebelom tu.
    lom ada masa lagi nak jemur bantal ..minggu keroje.tunggu cuti ler kot..

    Bersunat

    Pagi tadi masa nak hantar fir pergi umah nenek
    dia cakap ngn aku
    fir:sabtu nie boleh tak mama hantar fir pergi hospital
    aku tanya lah : kenapa ?
    fir:fir nak bersunat!
    aku: aiik..tak cuti sekolah mana leh bersunat
    fir:boleh je lah mama..
    aku: tak takut ke nak sunat.?
    fir: apa nak takut..gigi 4 batang fir leh cabut kt spital..lagi lah bersunat..


    nampaknya firdaus dah beriyer -iyer sangat nak bersunat..tapi aku dengan along bercadang dia masuk  tahun 2 nanti .cuti sekolah akhir tahun nanti baru nak sunatkan ..sabar eh fir..bukan firdaus ..nak kawin pun kan ..sekarang..ekekkeke..

    Mengantuk Satu Penyakit

    Tidur merupakan satu-satunya waktu privasi untuk merehatkan badan dan minda. 
    Ia juga satu keperluan asas biologi manusia.
    Seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang men cukupi cenderung untuk mengantuk.

    Mengantuk bukan sahaja terjadi berikutan waktu tidur
    tidak mencukupi malah disebabkan gangguan tidur yang dialami oleh seseorang individu.

    "Waktu tidur paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan rasa mengantuk.
    "Jika seseorang itu masih rasa mengantuk, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali.
    untuk butiran lanjut klik >>>>kosmo

    Masuk Office Lewat

    Hari nie aku akan lewat masuk opis
    sebabnya semalam ..lagi setengah jam nak balik..tetiba blackout..
    itu pun nasib aku berjaya settlekan apa yang bos aku nak ..

    jadiknya pagi nie..aku lewat masuk opis..
    mana ade sapa kat opis nak tolong tgkkan ..
    tak perlu nak panggil tnb.
    sebab bukan masalah besar..tunggu ahcong ngn uncle balik ..
    diaorang arinie ade kerja kat Shah Alam..
    tah balik pukul berapa..

    Tapi dalam pukul 12 nanti aku rasa diaorg balik lah tu ..
    lepas antar firdaus ke sekolah ..aku masuklah opis..

    notakaki:masuk lewat pun still kena kerja gak dari rumah ..huhuhuh..
    bos ..asik kol..suh forwardkan email ..lah ..booking tiket flight lah ..

    Apr 26, 2010

    Malam semalam ku di mana ?

    Malam semalam saat ini 
    aku ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.
    hanya aku dan akak jer..
    kami buat apa .biarlah rahsia..ekekekkekeke

    Lepak-lepak sambil makan goreng pisang..
    (tak sempat snap gambar..licin..)
    makan burger, lepas tu kopok lekor..
    jauh benor rasanya ..pergi ke sana ..
    hanya kerana nak makan benda tu semua 
    apa kat bangi idak ade ke..ek..

    tapi memang sedap lah ..goreng pisang ngn kopok lekor dia
    burger tak dpt nak rasa..punya panjang org queue
    laku betui kalo berniaga area situ ..leh cepat lah jadik kaya ..


    Merah + Putih

    Sampai rumah mak semalam 
    tengok ada hantaran merah + putih 
    aku sukakan kombinasi kaler merah + putih 
    rasa mcm menarik ..tapi gubahan yang lebih kurang sama je stylenya 
    menggunakan kotak ..sebab jauh .takleh nak gubah2..just masuk je dalam kotak senang

    Semalam maklong & family datang umah 
    diaorg nak ke nilai 3 bersama mak aku ..
    sebelum pergi buat perkiraan berapa lagi kotak yang tak cukup 
    dan bahan2 yang diperlukan 
    setelah dicongak-congak 
    untuk majlis nikah akan ada 3 hantaran 
    dan disusuli maybe 5,6,7 lagi hantaran masa bersanding..

    aku rasa wedding kali ni amatlah meriah 
    dari acara merisik ada hantaran , bertunang pun banyak ..nikah .dan bersanding..
    untung pengantin ..hehehhee..mcm nak menikah lagi sekali sebab best dapat banyak kali  hantaran .

    hantaran ini adalah untuk majlis yang akan berlangsung bulan Mei nanti 
    family attyfir & co ..serta sanak sedara akan bz mulai awal bulan mei hingga pertengahan june
    lepas nie kena tunggu majlis anak2 aku sendiri pulak ..lambat lagi..
    leh ar kumpul duit untuk beli hadiah gadang..

    Lunch Semalam

    Semalam lunch aku masak kat rumah mak 
    tapi aku bz masak kt umah 
    fir sebok ajak neneknya makan kfc 

    neneknya ngn fir je g warta
    aku teruskan memasak..
    tapi semalam menu simple je..aku just masak kerang + goreng ikan 
    sayur campur je sikit..

    menu yang simple..tapi bikin perut senak
    sebab asik ulang je makan ..
    cicah kerang ngn kicap.takpun sambal belacan..fuh .terbayang-bayang..

    Lagi murid cuba terjun dari bangunan sekolah

    Apa nak jadi ye sekarang..
    budak-budak asik nak terjun jer ..minggu lepas pun ada kes budak terjun gak

    macam kes yang berlaku nie.budak umur 11 tahun..
    cuba terjun bangunan angkara tidak tahan diejek oleh rakan-rakan .

    itulah ..rakan-rakan pun satu jangan lah diejek kawan2..andai ade kekurangan
    harap kejadian ini tidak berlaku kepada anak-anak kita..
    cerita selanjutnya klik sini >>> kosmo

    Minox

    Benda kat atas nie aku panggey minox..
    orang len aku tak tau lerrr..panggey apa.nya 

    Customer salah hantar..hari ni kena tukar..
    aku nak 1 1/2" tapi dapat 1" 

    nasib bos tade ari nie ..
    pepagi lagi bos dah kol , kata dia ke lcct ..utk flight ke alor star..
    ade urgent meeting..


    Tapi arinie ..banyak kerja nak kena settle..
    maybe ada yang dah gaji ..tapi aku baru nak kira-kira..

    minggu depan tak pun palin lewat.,,jumaat nie..
    selagi bos tak balik ..cek takleh sign ..

    ok ..kerja..keerja..settle kerja ..kang leh blogwalking..


    Apr 25, 2010

    3 layer

    Sekarang aku tengah berada di kedai mamak sek 15 dating dengan along..ar
    tengah layan 3 layer tea..
    argh nikmat..sedap rasanya 
    tak manis...lemak-lemak gitu .

    Pagi-Pagi ke Pasar


    Baru Balik dari Pasar..nak kata pasar bukan ..kot
    aku pergi kedai acheh je kat fasa 4 
    beli ayam skit.sayur -mayur..utk lunch karang

    fir tukang teman..di pagi hari ..muka monyok..sebab ahad pun kena bangun awal..

    Apr 24, 2010

    Hari Nie Hari Persekolahan

    Hari nie akak ngn adik sekolah ganti
    untuk hari raya nanti

    Jadiknya apa pun program
    kena tunggu akak balik dulu ..

    Apr 23, 2010

    If you get RM10.00 in your car door handle


    Dear all, Do pass this on to your list of people especially women who drive.
    If you get RM10.00 in your car door handle, use tissue paper or cloth to remove it without opening it and if possible bag it. Drive away immediately.

    Don't check the note until you are in the company of your friends or relatives. The note could either contain powdered drugs to knock you out or make you wonder if some guilty motorist is compensating you for a knock or scratch on your car; while you are still wondering, the robber(s) will attack you as you check the car.




    This had happened in Johor.

    p/s : dapat dari email..

    Taukeh Ayam


    Setiap pagi rutin harian aku mesti lah hantar akak dan firdaus ke sekolah .Adik dia selalu pergi sendiri..tak macho lah kalau mama antor kot..apa-apa lah budak2 sekarang nie kan

    Pagi tadi lepas hantar akak..lalu tepi pasar
    fir nampak satu lori ayam , ayam yg dah dibuang bulu penuh satu lori ,

    Terus dia cakap ..
    fir : "Mama , dah besar fir nak jadi tauke ayam lah .."
    aku: napa pulak nak jadik tauke ayam
    fir: leh fir makan kepak ayam hari-hari ..(feveret dia kepak ayam )
    aku: betui gak tu .takyah dah mama beli ..leh dapat free..

    Aku tengok kagum betui dia tengokk ayam penuh satu lori..agaknya fir terbayang2 kepak ayam gorenglah tu kot..

    Jiwa tak kacau ..lagi



    Nie jalan masuk ke kawasan tempat aku bekerja
    Setiap kali nak masuk sini mesti jiwa kacau..
    sebab keadaannya ..yang berlubang sana sini
    lubang nya bukan kecik..besar gabak..
    bayangkan kalau kita drive kereta hari2
    dengan keadaan jalan raya berlubang-lubang

    Rasanya dah lama benda nie berlaku dari tahun lepas..
    tapi tiap kali repair pun ..memang akan jadi balik lubang-lubangnya
    sebab banyak lori keluar masukkan ..kawasan industri biasalah kan ..

    Semalam balik kerja..tengok ade dah orang repair..alhamdulillah
    kalau tak..payah benor..nak lepas..kena bawa selow..nak elak lubang-lubang tu semua ..

    Pagi nie pun aku lalu ..dah okeh jalan nya ..senang ati je..aku drive..
    tapi tah berapa lama ler eloknya jalan tu .

    dapat award dari KuE
    aku pernah jumpa Kue sekali
    masa gathering portluck redmummy
    Gigih orangnya sanggup datang dari jauh
    untuk join apa2 event..
    bila ye kue kita dpt jumpa lagi



    ok..kty kasi semua pengunjung blog kty award nie .sila ar amik ..

    Roadblock


    Gambar kelmarin aku snap..

    Sekarang ..kalau aku lalu area Sg Ramal dekat ngn Shell tu
    Hari - hari ada sekatan Jalan Raya
    kenapa eh ..??

    Jadiknya kalau pagi ..ngn time balik keroje memang jem lah area sini
    ramai polisi ..

    Tapi aku jarang lalu depan polis tu
    sampai je area shell aku masuk simpang ke kiri ..ikut jalan kampung tuh..
    dah seminggu..polis buat sekatan jalan raya. .cari perompak ke , pembunuh bersiri ke?

    INTERESTING BLOG


    Lama dah tak buat tag-tag nie..
    sebab free leh ar buat ..kalau tak ..sorry lah sapa2 yang tag tu yer
    tak sompek nak buek..ampun..



    1. Thank and link the person that gave you the award.
    kali ni kty dapat tag dari adik atin..yang comey , tq atin..

    2. Pass this award to 8 bloggers you've recently discovered.
    sapa2 yang takde keje..rasa rajin ..buat lah ..hihihihih

    3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.

    -

    4. State seven things about yourself.
    suka tgk scary movie
    suka makan cokelat
    skrg tgh belajar berenang
    tak suka kawan orang yang penting diri sendiri
    suka nasi goreng kg
    suka blogging
    suka dgr radio kuat2 dalam kereta

    TAG ! TAG ! TAG !

    1. How tall should he be?
    yang sedang2 jer..tinggi sikit..dari aku

    2. What hair colour should he have?
    itam + nak memutih , nak tumbuh uban ..

    3. What kind of personality should he have?
    baik ..& caring

    4. Older or younger?
    older

    5. What film actor should he most be like?
    ontah...janji citer besh..tak kira sapa pelakon

    6. What singer should he most be like?
    nan ado..

    7. Do they need to cook?
    masak maggi leh kot

    8. What is his best body part?
    biarlah rahsia.

    9. What car should he drive?
    kete den ar..tu je yang ade

    10. What one thing completely turns you on?
    rahsia

    11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
    along

    12. Tag 6 people to do this survey too.
    tak sampai ati nak tag sesapa..ekekkekeke
    sapa rajin buat lah


    apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
    biarlah .nak tikam ke nak cucuk ke..tak kose nak layan.

    6 org di hati anda ?
    all my lovely family ..lebih 6 org

    anda rasa anda comel ?
    mesti lah .terlebih-lebih comey

    single or taken ?
    ayorrk..udah kawen bertaun2 ..wakakkaka..
    kelakar lah soalan nie .

    blog yang anda suka ?
    yang simple..tapi menarik ..

    adakah bilik anda kemas setiap hari ?
    kalo tak sempat nak kemas..along lah kemaskan

    lagu terakhir yang anda dengar ?
    lagu hafiz..

    last text message ?
    fb message

    last phone call ?
    customer opis..sbb divert phone opis to my hp

    hari terakhir anda menangis ?
    ade tapi tak ingat ..tgk tv rasanya

    list lima faberet colour anda .
    brown
    grey
    ijau pekat
    biru black
    purple

    website yang paling anda suka ?
    forum,blog,facebook

    orang terakhir anda ber"ym" ?
    za

    game yang anda paling suka ?
    lama dah tak main game

    adakah anda peminat MCR ?
    tak minat

    apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
    soalan tak sesuai ngn aku

    anda rasa tag ni best ?
    tak besh .

    pesanan untuk orang yang anda tag ?
    tade tag sapa pun ..ekekeke

    Apr 22, 2010

    Siku

    Siku aku sakit sangat
    sebabnya tadi masa tengah tengok tv
    tertiba siku terantuk kena paku ..kat tepi dinding..tuh..

    huhuhu..rasa nak menangis sakit..
    sampai sekarang rasa kebas lagi....memang sakit tau

    sapa penah siku terhantuk mesti tau macamana sakit..!!

    Cakap cina kat ofis

    Bahasa yang selalu diguna pakai kat opis aku adalah bahasa cina.
    tapi dalam dialek apa aku tak tau ..lah .kan ..

    selalunya bos aku berkomunikasi dalam bahasa cina..tapi bukan lah dengan aku
    kalau dengan aku ..diaorang cakap jawa..eh cakap melayu lah .

    Itu pun kitaorg berkomunikasi kalo ade kerja nak suh buat
    selebihnya sudah pasti lah ..bos besau ngn bos kecik .cingcong sesama sendiri

    Kalau aritu diaorg ade keerja kat luar..kena gi site kaedahnya
    aku leh faham ..kalo bos ..cakap..tapau ..tapau, chi fan..chi fan ..maknanya aku tau lah jap2 lagi diaorg
    nak pegi site..ekekeke..jadik bos suh .budak-budak yang kena g site makan ke.dulu atau tapau

    banyak gak bahasa cina yang aku leh faham ..tapi takleh lah cakap ..sebabnya aku dah lama kan kat sini ..

    selalu kalo ade orang kol ..aku leh jawab.sebab dia org selalu cakap cina..
    sebab ingat aku chinesse,.kalo diaorg tanya nama..
    wo jiao atty..eekekkee..tah betui ke idak..main taram je..
    ni hao ma...rasanya ni sapa2 pun tau ekeekke..

    ok.. ..xiexie...

    Perkeso Kajang

    Pejabat Perkeso Kajang letaknya
    betul-betul berhadapan Stesen Bus
    dekat Perhentian Kajang




    Minggu lepas aku ade urusan nak kena pergi perkeso
    jadik nya aku tak tahu kat mana letaknya perkeso area kajang
    aku pun buat status facebook..


    Jadiknya setelah dpt info dari kawan2 di fb (Thanks semua terutama pidah)
    aku tau kat mana Pejabat Perkeso Kajang
    Pada sapa yang tak tau..macam aku
    Pejabat Perkeso Kajang terletak di Perhentian Kajang
    betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas

    Pengurus Pejabat PERKESO
    No. 15, Jalan Hentian 1A
    Pusat Hentian Kajang
    Jalan Reko
    43000 Kajang, Selangor
    03-87330230
    untuk tempat2 lain berdekatan anda sila klik PERKESO

    goggles for swimming

    credit to googles

    Nampaknya ..kalo aku nak berenang
    dengan lebih cekap..aku harus dapatkan benda nie..
    aritu guru-guru tak bertauliah aku ..suh terai ..
    memang lepas pakai googgles tu baru berkeyakinan
    tak rasa takut..dan lebih berkeyakinan..leh lah kalo setakat nak wakil negeri..wakakakakakka..
    baru pandai apung badan ..dan berangan..

    Sekarang aku tengah survey ..
    nak beli bentuk camne..(mcm ler teror sgt..iyer-iyer oo je ko ..)
    ke nak ltk dalam senarai wishlist sempena besday ..
    takyah lah kot..aku leh beli sendiri je..



    Soto



    Pagi nie aku sarapan soto
    Tapi soto itu abis bukan aku yang makan
    tapi firdaus..


    makan soto kena pulak dengan sambal kicap..pergh ...memang kaw
    firdaus pun hantu pedas..sekali banyak dia letak ..tahan betul.
    aku suka bergedil tu ..

    Time cuti nanti ..leh ar buat soto ...



    SMS tipu

    Masih ramai terperangkap SMS tipu


    contoh SMS yang cuba menipu mangsa. - Gambar hiasan


    KOTA BHARU - Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti namun mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

    Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.


    p/s: selalu gak dapat sms mcm nie..tapi ignore je lah ..memang tak boleh dipercayai.

    Apr 21, 2010

    Accident


    Masa nak lunch tadi ..aku ternampak accident
    nasib lah takde apa2..drivernya .
    bertentangan arah ..agaknya nak mengelak lepas tu terbabas
    sikit lagi nak kena lampu merah..

    Kadang kita dah bawa berhati-hati
    tapi orang lain pulak yang bawa ikut sukati
    tapi kita kenalah senantiasa wasapada jangan ikut kata hati
    nanti binasa diri

    p/s : berhati-hati di jalan raya..

    Penyata Gaji Pekerja Swasta EA

    Semalam aku dah kasi semua Penyata EA
    kat budak-budak bawah ..

    Sudahnya hari nie diaorg semua naik dok tanya
    diaorang kena cukai ke apa..

    Aku tau ..diaorang tak faham sebenarnya
    apa kegunaan Penyata tu ..
    cuma yang aku boleh cakap u simpan je lah
    sebab kadang kalau u nak beli rumah ke.
    nak buat loan ke..mesti nak kena ada Penyata tu
    Jadi simpan je lah elok-elok
    (tu je lah leh aku terangkan , lebih2 aku sendiri pun tak tau )

    Bila dapat je..memasing risau kot kena cukai ..ekekekeke..
    tapi aku rasa memang kenalah ..sebab gaji memasing..ribu -riban
    lain ler aku yang kuli nie..memang lah tak kena..
    gaji aku ciput je..
    aku suh diaorg cek ar ngn bos..itu dah luar bidang kuasa aku ..

    Dah sakit kena tanggung sendiri

    Aku tak faham ..sebenarnya ..
    mengadu sakit..itu lah ini lah ..
    memang macam dah nazak ..tapi ..yang buat aku tak paham
    kenapa tak nak makan ubat ..

    kalau dah sakit makan lah ubat ..
    kalau pergi jumpa doctor pun ...ubat itu jugak yang doctor kasi
    aku tau lah ..sebab aku pernah kan kerja dengan doctor..sikit2 kalau sakit itu ini
    aku leh je ..tau apa ubat nya ..

    Dah sediakan atas meja..siap air..
    makan je lah ubat tu .nie tak ..sanggup derita sakit.
    jadiknya apa yang aku mampu buat ..
    kalau sakit itu leh alih-alih ..pindah-pindah kan kat aku ..aku sanggup jer terima..
    tapi masalahnya tak boleh ..

    Jadiknya ..kalau dah sakit..tanggung jer lah sendiri sakit tuuu..tak dapek den nak nolong..

    Jelajah Blog @ Ben Ashaari

    Rata-rata kalo aku blogwalking , mesti ade kempen jelajah blog nie
    jadik aku pun nak lah jugak Ben Ashaari Jelajah blog aku yang tah apa-apa nie..hehehhe
    syarat-syaratnya

    APA YANG PERLU ANDA BUAT IALAH ;
    1 ) HEADER blog BEN ASHAARI
    - settle

    2) linkkan ke entri ini .. -
    settle

    3) cerita serba sedikit mengenai blog anda ... itu akan membantu promosi blog anda ..
    Blog attyfir mengisahkan cerita mengenai atty & fir ,
    atty adalah aku dan fir adalah anak bongsu aku ..selain tu mengenai ahli keluarga yang lain juga.
    di blog ini juga , aku suka citer apa yang aku lihat disekitar aku
    aku berblog since 2006..tapi tak penah publish kat sesapa ..
    blog itu kiranya diari hidup aku ..until aku nengok .besh lak kalo
    ramai orang dtg blog kita..jadik aku bukak lah blog attyfir nie..
    dari 2007  bulan 12 tapi jrg update..sehinggalah 2008 baru aku aktif berblog..itu pun gtu2 je..sampai lor nie
    dah ramai gak otai2 blogger yg popular aku dah jumpa..mcm2 ragam ..org aku dah lihat


    4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..
    Aku terbaca masa masuk blog liza , blog wajib aku masuk ...tapi kadang tak tinggal komen ..baca je..

    saja nak tengok.apa pandangan orang lain terhadap blog aku ..yang bagi aku hanya catatan peribadi utk rujukan fir bila dia besar nanti , lagipun aku tak tau pandangan orang terhadap blog ini elok ..ke tak elok ke..ada kekurangan ke..

    Apr 20, 2010

    Nak bergaduh ke ?


    Kejadian berlaku depan mata aku
    waktu aku menunggu fir balik sekolah petang semalam
    tertiba jer ada dua orang mamat nie
    bergaduh ke ..peluk-peluk ke...aku pun tak amik port
    tapi betul-betul depan kereta aku je

    Lepas tu baru aku terfikir..
    ke nak tunjuk kehebatan dan kekuatan pada aku
    yang diaorg merupakan calon menantu yang sesuai
    sebab akak pun ada kan teman aku ..
    jadiknya dua orang mamat nie memang tiap petang kami tunggu fir
    diaorang mesti ada je..sambil tersengih-sengih..
    ..

    oku ke..?


    Pelik aku nengok..
    bukan ke ini tempat parking utk orang oku
    jadiknya napa di parking di situ

    ke atau memang moto2 itu kepunyaan orang2 oku ..
    tapi moto utk orang oku kan lain
    kadang terpikir..tak sekolah ke semua orang yang parking kt situ

    Atau buat-buat tak nampak je..

    T-Shirt Percuma @netQueen


    sticky mode for 24hrs.
    please scroll down for new entry
    klik picture utk butiran

    Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaraan pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

    slik klik gambar

    Daftar sebagai ahli netQueen disini.

    siapa cepat dia dapat..

    note: tau pasal netqueen ni dari deekuntum

    Apr 19, 2010

    Tapai Ubi



    Tapai ubi ..memang feveret aku
    tapi ..semalam baru makan seketul
    dah macam nak semput dada aku
    jadiknya malam semalam asik batuk je lah
    dengan cocer ..ujan lebat bagai .sakit peyut (pms) nya lagi

    bangun tengahmalam makan ubat batuk
    udahnya pagi ni , mata aku tersangat berat ..sampai nak bukak pun takleh .
    macam aku takde je kat dunia nie..jalan terapung jer rasa..
    telinga pun macam pekak..

    Ubat untuk penyakit nie semua..harus lah tido...baru lega..
    jadiknya arini tak dpt nak jalan2 blogwalking
    tp sejak2 akhirnya mesti jarang kan nampak aku blogwalking
    tapi ade je..cuma tak tinggal komen ...
    aku mmg akan senantiasa lawat blog semua org..
    sebab aku bukan ade kerja pun kan ..jadik banyak masa..nak blogwalking
    kecuali kalo time tak sht..cuma aku tidak meninggalkan jejak jer..

    okeh nak tido...mata dah nak rabak ..

    Apr 17, 2010

    Nak bUat pe ye

    Hari nie lom tau lagi aktiviti apa nak buat
    malam tadi kitaorg semua g swimming..
    tersangat lah penat rasanya..

    nampaknya aku dah semakin leh mengapungkan diri..hehehhe
    walaupun pada mulanya aku takut telinga masuk air lah ..takut lemas lah

    tapi semalam nampak aku semakin berani..
    yeahhh..ade peningkatan..

    nak masak..untuk lunch...lepas lunch baru pk ..nak g mana....

    Apr 16, 2010

    Aku bz lagi @ Kisah orang tua

    Hari nie aku ade kerja kat luar lagi
    semalamnya kes tak settle-settle lagi ..
    ade ke bos aku kasi copy ic zaman datuk kaduk..
    yang aku sendiri tak perasan akan keujudan..ic tu ..
    wahahhahahah..alor ic yg seblom ic skrg nie kan ..yg mcm lesen skit tu..

    nampak benor Malaysia asik tukor ic..sampai aku sendiri tak hengat ..yang aku ade ic rupa itu..
    mcm lebih kurang je.lepas di photostat

    jadiknya ari nie .kena ulang balik..aku suka..hehehhe

    semalam masa aku menguruskan kerja..aku
    pusing2 cari parking..dan terjumpa parking..tp dan -dan ade pakcik yang sangat tua
    menyapu lak kt parking tu..takpe lah .aku tunggu..jap, dah kerja dia kan
    dari pemerhatian aku pakcik nie sangatlah teliti walupun hanya menyapu , bersungguh dia menyapu walupun badan nya tak berapa larat..tapi dia tak curi tulang pun

    walupun dia tau aku nak parking tu ..mungkin ade separuh org ingat pakcik tua tu mcm sengal ke apa..sbb org nak parking kete ni...tapi time tu lah pakcik tu nak menyapu ..tidak ye..dari pemerhatian aku ..dia tau ..aku sedang menunggu..dan dia sedaya upaya membuat kerja dia ..sbb dia takut kot ..aku marah...aku nak je cakap ..takpe pakcik..sapu lah .saya boleh tunggu..



    tapi hati aku tertiba jadi sangat sayu ..walupun uzur dia tak mintak sedekah
    terus berusaha mencari sesuap nasi , dan sian sangat dah uzur masih kena kerja lagi..huhuhuh..

    jadinya lepas dia selesai kerja
    baru lah aku parkingkan kereta aku ..dan hulur kan sedikit duit pada akak@nurul
    untuk dikasi kepada orang tua itu ..aku tengok lama gak akak memujuk orang tua itu
    dia tetap geleng2 kan kepala nya ..last-last aku tengok akak masuk kan je dalam pocket orang tua itu ..terpikir aku betapa bermaruahnya pakcik tu ..sebab dia bukan peminta sedekah ..itu yang dia taknak terima..tapi aku kasi wang itu atas dasar kasihan..

    Selesai urusan ..kami terus ke parking kereta
    dan tgk troli sampah orang tua tadi ade ditepi sebuah kedai makan
    agaknya dia ada dalam kedai tu tengah makan ..sian dia..agaknya dari pagi tak makan apa..

    terpikir..apa kah nasib kita nanti di hari tua..

    Apr 15, 2010

    2 buah Kerete untuk sambung bayar & 1 biji kereta untuk dijual

    deposit cuma rm5000 ( masih boleh bincang )
    mthly paling mahal rm400 ( tiada tunggakan )
    pinjaman tinggal 4thn lebih lagi ( paling lama )
    segala perjanjian sambung bayar akan disiapkan oleh penjual.

    untuk gambar dan pertanyaan sila hubungi : 012 - 3559200

    okeh pada sapa yang berminat terus kol no tu ye..

    tolong-tolong kawan je nie..

    Apr 14, 2010

    Bulan Berapa dah nie..??

    Semalam masa tengah tunggu fir balik dari sekolah
    dapat sms ..

    sms: Yatie..kat mana bangunan purple yang ko kata banyak keroje kosong..(tak suka org panggil yatie..selalunya kalo panggil nama tu tak rapat ngn aku,kalo ade yg panggey ..selalunya aku akan blur..dan terlupa itu nama aku ..sbb tak bese..bos je dulu ..panggey ngn nama tu ..lor nie dah berubah tau.dia panggil aku atty.eja pun ..sbb dia tau aku ade belog..hehehe..)

    aku : ko sapa..bangunan mana...kalo tak silap aku ..dah berabad iklan tu ..tak ke dari bulan Nov..tahun lepas..aku kasi tau ko

    sms: aku lah L****a, ko tak save no aku ke

    aku: ade le...ko yg pakai no lain ni ..ko ..betui ke idak nie.

    sms: ko tau dak kat mana2 nak pakai kerani

    aku : aritu ko kata nak exec je..kerani mana padan ngn ko kan ..

    itu lah sebahagian sms aku ngn member aku ..apa yg aku kelakar..
    aku terjumpa dia..masa bulan nov tahun lepas..dia ade tanya ..ade tak ko nampak mana2 nak pakai pekerja..sbb dia baru benti kerja..aku ckplah kat sekian2..

    nie dah nak masuk bulan 5..baru ko nak tanya balik ..bior benor..kawan aku ni ..
    kadang2..penin gak layan ...orang-orang macam nie..

    nie aku baru masuk opis lepas satu ari kat luar..nak rest sat..sambil cuci2 mata ..

    Apr 13, 2010

    Menyusahkan diri sendiri

    Arinie aku ade sedikit tidak siuman
    prepare cek utk bayar bil..kepada syabas..
    selalunya aku type "POS MALAYSIA BERHAD"

    Tapi arinie ..aku tertype.."SYABAS"
    amik ..sendiri punya salah ..
    kenapa salah .sebab ..kalo dah tulis gtu rupa..
    nampaknya aku kena g kajang lah ..ni yg malas masuk pekan kajang..
    jem..mmg besh lah kan leh nular..cuci mata ..tp susah nak cari parking..
    kat Kajang jer ade ...Pejabat Syabas nie..

    Jadik alang palang sampai kajang ..koling2 kawan aku yang lama tak jumpa
    dia ade area situ2 je..
    jadik dia ajak jumpa kat Metro Point..
    Jadiknya ..ade hikmah gak ..bila dah salah .buat kerja..dapat makan Kenny rogers.
    tapi .harap lepas ni jangan lah silap lagi..aku palin mencik masuk pekan kajang time lunch hour.

    izzul helmi..is not my name

    adik @ anak lelaki aku ..
    bercerita pada aku ..

    yang cikgu dia suka sangat panggil dia dengan nama izzul helmi .
    jadi tiap kali kalo cikgu sebut nama tuh ..
    dia buat derk je lah ..dah bukan nama dia kan ..

    Satu hari ..
    cikgu panggil lah ..izzul helmi ..
    dia buat tak tahu je.
    lepas tu cikgu pergi kat dia ..cikgu tanya .
    kenapa saya panggil awak ..awak buat tak tau jer..

    adik jawab lah ..
    itu bukan nama saya cikgu..jadik macamana saya nak nyahut..

    lepas tu cikgu pun belek2 lak buku tulis adik .
    tengok nama sebenar adik ..

    aku yang dengar cerita dari adik pun nak tergolak.
    yelah ..dah cikgu panggil bukan nama dia..takan lah dia nak sahut lak kan ..
    jadik dia buat derk je lah ..ade kebenaran jugak cakap adik tu ..

    Apr 12, 2010

    Tolong Doakan

    Saat Ini ..aku mendoakan ..utk abah sahabat aku Lina.
    semoga abah beliau ..dilindungi allah selalu ....
    ya allah selamatkan lah abah lina.,,
    yang kini berada di icu..semoga abah lina sehat seperti sediakala..amin

    untuk lina..semoga lina tabah hadapi dugaan ini ..
    kawan-kawan semua akan menyokong lina..

    kawan2 semua tolonglah doakan utk abah lina..ye.

    Hari Nie Kena Purak2

    Hari nie ..bos aku balik ., kerja..buat kerja..
    jadik maybe bz skit dalam 1 jam .lepas tu leh
    bertenet balik...

    Yang Sebenarnya .,.semua kegiatan Internet..aku ..
    bos aku memang tau .dia tak kesah ..janji aku pandai kontrol diri sendiri
    jangan terjebak dengan kegiatan2 yg tak baik ..contoh.nya .berkawan ..dengan orang2 yang tak betul .nanti akan menyusahkan diri sendiri..nanti sapa jugak yang susah ..bos aku ..jugak..

    Yelah dah Pembantunya tade mood..pretasi kerja pun berkurang..
    wahahahahhaa..macam lah aku buat kerja bagus sangat eh ..
    padahal ..kerja 8 jam..1 jam je yg keje betul-betulnya ..yg selebihnya layan drama online,forum,blog,fb,soping online..

    jangan jeles..kau ada..!!!

    Apr 11, 2010

    Makan..Tido..Makan..Tido

    Ahad : 11 April 2010

    Hari nIe ada kenduri ..
    jadiknya ..arinie selain kat umah makan saje.

    pergi kenduri nanti makan lagi..makan .makan .tido makan tido..

    Apr 10, 2010

    Joging




    Sabtu ..aku tak kerja..
    budak-budak pun tak sekolah
    jadik aktiviti kami ..pergi jogging..

    tapi tulah lepas jogging perut rasa lapar..
    balik je jogging aku singgah mamak warta tak pun sek 15 pekena tosai
    dari mamak ..pergi pasar lak beli lauk untuk dimasak tengahari nanti..

    jadiknya macamana nak selim eh..ekekeke.takpelah ..janji sehat..

    p/s: tp aku ade tanya kat anak lelaki aku @ adik ..ko suka perempuan kurus ke.berisi
    dia suka perempuan berisi..tp kalo gomuk .tak suka lah ..ekekekkeke..


    Apr 9, 2010

    Tolak seks, isteri melecur kena simbah cuka getah

    KUANTAN: Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, dekat sini, awal pagi kelmarin.


    Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian.


    Turut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

    Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.

    Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.

    "Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.
    Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.

    Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.

    "Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh," katanya.

    Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.

    Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.

    "Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu," katanya.

    Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah.

    p/s : apa punya laki lah ..pikir nafsu dia je..nie bini dah cacat ..jadiknya ..anak2 pun jadik mangsa.
    apa hukuman patut diberikan kat lelaki macamnie.

    Puyuh

    Tetiba bila ternampak gambar puyuh bakar nie
    aku teringat kesedapannya ..
    masa kami berbbq di Melaka aritu
    semua penghuni chalet..semua berbbq
    jadik kami bertukar2 menu ..walupun lebih kurang sama
    tapi seorang jiran kami nie menu dia lain sikit..Burung Puyuh..wak luu sedap..sesgt..manis..terasa rempahnya ..

    ada seorang lagi jiran kami lak ..
    dia bakar petai ..amik ko ..punyalah banyak aku tgk dia bakar petai.
    selain petai dia bakar ketam gak..tapi diaorg bakar tengah2 malam .sekitar pukul 12 am - ke 2 pagi..mungkin taknak orang terbau-bau wanginya petai tu..sodapnya petai masak sambal tumis udang..

    Aku Tengok Aku gelak..



    dapat dari email..aku tgk lepas tu aku tergelak
    padan muka..wakakakkaka..kelakar..
    moral dari citer ..ni..jangan sukati nak kenakan orang..
    tak tahan lah .sakit peyut..ketawa tak abis2..niew..

    Apr 8, 2010

    Hari Jadi Aku ..aku nak ..nie tau.


    Amboi kan main tajuk..entry
    macam paksa -paksa jew..

    takde apa pun ..
    semlm pasar malam ...aku borong lah tudung ekin awning silk..4 elai sekali
    jadiknya aku terpk lah ..

    kalau lah ari jadi aku nanti ..kawan2 nak kasi adiah ..sila lah kasi tudung ekin ni ye..awning silk..(demand..) sekali sekala apa salahnya ..

    tu ar..aku bukan nak diah mahai2 pun ..aku nak adiah yang aku suka..dan aku pakai .
    ngn along pun aku dah request nak 10 elai ..boleh ..!!! wahahahaha..

    Seksinya ..........

    Semalam time lunch hour
    aku ke Post Office...
    sedang aku duduk-duduk tunggu turn aku .
    baru aku pasan ah soh nie..punya lah seksi meksi..
    Ah soh ni ade kat Post Office..sbb dia ade offer loan ..tah dr bank mana .
    aku pun tak cek..

    Walaupun ah soh..tp dia pun seksi meksi nak tarik customer..
    kalo pakai skirt tau duk diam2 tak pe...
    nie jap kang mengangkang lah apa lah ..aku yg tertengok ni hah malu ..

    belakang aku budak2 bujang..syiok agaknya depa nie jamu mata..wakakakkaakka..
    syok ke suwey..wahahahhaha..

    Apr 7, 2010

    Teknik Buat Syabu

    Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan;

    Polis temui rahsia dalam stor kondo mewah



    KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.



    Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.


    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.





    MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).


    Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.


    Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.


    “Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.


    “Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
    Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.


    “Ini bagi memastikan semua bahan itu, termasuk sisa yang ditemui digunakan untuk membuat dadah. Kita turut merujuk Sistem Biofis Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti pemilik kesan cap jari pada peralatan yang ditemui itu,” katanya.



    Katanya, prosedur itu penting bagi menyiasat sama ada suspek bekerja sendiri atau menghasilkan bekalan dadah untuk sindiket tertentu di negara ini.


    “Polis sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran suspek, termasuk kemungkinan di kalangan rakan artis sendiri,” katanya.


    Beliau berkata, polis pada awalnya tidak mahu mendedahkan penemuan terbaru itu, tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini.


    Muhammad Sabtu turut menjelaskan penahanan semula Benjy selama 60 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) adalah sebahagian daripada prosedur siasatan.



    “Kita bukan mahu menganiaya sesiapa seperti didakwa kerana setiap tindakan tertakluk kepada undang-undang,” [sumber]



    p/s: macam2 lah sekarang..nak senang cepat ..jual dadah..

    Di mana Letaknya Persahabatan Kita

    sahabat dari alam cyber yang dah 4-5 tahun aku kenali
    perkenalan kami bermula dari dunia forum, fp , blog dan fb
    walupun jarang kol,sms ..tp alamcyber merapatkan kami..alhamdulillah ..
    miss uols..geng moms club..forever..

    terjumpa artikel nie..dan menarik minat aku ..jom kita kongsi bersama-sama
    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Mencari sahabat, bersahabat, berteman untuk menjadi penghibur kehidupan adalah lumrah kehidupan.

    Manusia tidak hidup berseorangan, bersendirian. Mereka memerlukan sahabat sebagai tempat meluah perasaan, bersama di dalam banyak waktu (untuk sama jantina sahaja ya).

    Tetapi pernahkah kita menilai atas dasar apa dibina persahabatan kita?

    Apakah persahabatan kita dibina di atas dasar cinta kepada Allah dan RasulNya? Apakah persahabatan itu terbina dengan berasaskan ketaqwaan kepada Allah?

    Soalan ini sungguh abstrak, dan mungkin sukar dijawab.

    Tetapi jawapannya ada pada diri kita, dapat kita lihat pada hubungan persahabatan kita dengan sahabat kita.

    Apakah persahabatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah? Atau semakin jauh kita daripadaNya?

    Apakah masa kita bersama-sama sahabat kita diisi dengan kegiatan berfaedah? Atau diisi dengan membuang masa?

    Apakah tatkala berbual-bual dengan sahabat kita, kata-kata yang keluar dari lidah kita ialah yang baik-baik sahaja? Atau perbualan kita dengan sahabat kita dipenuhi dengan fitnah lidah seperti mengumpat, fitnah, mengadu domba, lawak lucah dna lain-lain?

    Renung dan hayatilah amaran Allah:

    الأخِلاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلا الْمُتَّقِينَ (٦٧)


    “Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az Zukhruf: 67).

    Imam Ath Thabari rahimahullah mengatakan:

    المتخالون يوم القيامة على معاصي الله في الدنيا بعضهم لبعض عدو يتبرأ بعضهم من بعض إلا الذين كانوا تخالوا فيها على تقوى الله


    “Pada hari kiamat kelak, mereka yang saling mencintai di atas dasar kemaksiatan kepada Allah ketika di dunia, akan saling saling bermusuhan. Mereka saling berlepas diri (enggan membantu teman mereka)kecuali mereka yang saling mencintai di atas dasar ketakwaan kepada Allah ta’ala.

    -----

    Jika kita melihat ada kecacatan pada persahabatan kita. Masih belum terlambat. Ubahlah mulai sekarang.

    Penuhi masa bersama dengan saling nasihat menasihati.

    Penuhi masa bersama dengan bertadarus, saling memeriksa hafazan al-Quran satu sama lain, saling mentadabbur al-Quran.

    Penuhi masa dengan bersama-sama mengajak manusia ke jalan Allah.

    [bukan bermaksud tidak boleh bergembira dan bersenda gurau ketika bersama].

    Binalah persahabatan kita di atas dasar taqwa.

    silakan membaca:
    http://ikhwanmuslim.com/kaidah-dan-faidah/sahabat-sejati-adakah

    entry ni aku copy dari blog Lobai tampin

    p/s : renung-renungkan lah

    Baru Puas

    Yang sebenarnya ...
    dah lama aku rasa ..aku tak cukup tidur..

    semalam lepas balik dari umah makcik aku ..
    dalam pukul 10..malam ..

    aku terus tidur..sampai ke pagi..selalu sebelum alarm bunyi aku dah bangun
    layan tv sampai ke subuh..
    tapi arinie..alarm berbunyi baru aku tersedar ..maknanya tidurku lena..alhamdulillah..

    kalo tak dah beberapa hari aku rasa..macam nak rabak mata nie.
    kalo sembang ngn orang pun aku rasa..macam takleh bukak mata ..

    Baru Puas.....

    Apr 6, 2010

    Pantai Tanjung Bidara



    Story weekend aritu
    aku dan family bercuti di tepi pantai
    Pantai area Melaka..

    sampai-sampai je..fir ngn adik terus terjun laut..
    dalam pukul 2 pm - sampailah ke pukul 6 pm..
    tu pun puas paksa naik ..
    sampai majuk2..

    sunset





    nie ada hati lagi ..lepas dah mandi air bersih..
    sebok nak turun lagi..aku tak kasi..masuk senja..kami pun memulakan operasi berbbq
    mak aku punyalah banyak dia bawak..
    macam2..ayam..ikan siakap..cencaru..kerang.
    aku pun tak ingat ..sampai ke pukul 11..kami berbbq
    bila ingat balik saat berbbq nie..
    beshnya lahai .cam nak buat lagi..
    ingat next time nak ajak maklong & family lak..
    lagi ramai lagi happening..

    tak banyak snap gambar..sebab asik berendam

    p/s : ade perasan apa2 tak kat gambar..dah ade new watermark..aku order dr eyya..cun tak..
    ade muka fir..sbb mmg khas utk dia kan blog nie..selain kisah aku ..kisah fir gak..itu lah blog ni dipanggil attyfir..