Apr 30, 2010

Tekanan Darah Tinggi

Pengenalan
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan
banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.

Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.
Tekanan darah diukur
dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
• Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Tekanan Darah Abnormal
Kategori Sistolik Diastolik
Normal bawah 120 dan bawah 80
Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas
Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90

Penyebabpenyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.

Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

• Penyakit buah pinggang
• Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
• Faktor keturunan
• Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk
penyakit jantung dan strok/angin ahmar)


Tanda & dan gejala
• Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
• Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti
pening atau sakit kepala.
• Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor
akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.


Komplikasikomplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ
penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis
kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
Peningkatan mendadak tekanan darah, Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
-jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
-pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
-buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
-mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak- strok/angin ahmar


Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
• Rawatan tanpa ubatan
- Anda perlu mengubah cara hidup seperti
- Kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress
- Rawatan Ubatan

3 comments:

myQza said...

info di hari jumaat.

aku selalu sakit kepala. tekanan darah tinggi kot

attyfir said...

@sI tEDI
tedi penin napa ..ekeke?

Yaya said...

uish bahaye nye slalu gak sakit pala neh ..apekahhh???