Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan;
Polis temui rahsia dalam stor kondo mewah
KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.
Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.
MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).
Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.
Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.
“Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.
“Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
“Ini bagi memastikan semua bahan itu, termasuk sisa yang ditemui digunakan untuk membuat dadah. Kita turut merujuk Sistem Biofis Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti pemilik kesan cap jari pada peralatan yang ditemui itu,” katanya.
Katanya, prosedur itu penting bagi menyiasat sama ada suspek bekerja sendiri atau menghasilkan bekalan dadah untuk sindiket tertentu di negara ini.
“Polis sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran suspek, termasuk kemungkinan di kalangan rakan artis sendiri,” katanya.
Beliau berkata, polis pada awalnya tidak mahu mendedahkan penemuan terbaru itu, tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini.
Muhammad Sabtu turut menjelaskan penahanan semula Benjy selama 60 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) adalah sebahagian daripada prosedur siasatan.
“Kita bukan mahu menganiaya sesiapa seperti didakwa kerana setiap tindakan tertakluk kepada undang-undang,” [sumber]
6 comments:
internet ni ada pros and cons dia...
macam2 kita leh download and belajar kan...
pandai2 lah kita buat pertimbangan...
macam-macam kan..
perghhhh dasyattttt.... saintis tuu....rasanyer benji ni nt terlepas kot...wait n c...
takut kan jadik mak nie atty, moga2 Allah lindungi anak2 kita dari segala kejahatan...amin...
bkn bangsa asing je cuba merosakkan bangsa kita..
dari kalangan bangsa kita pun cuba nak merosakkan bangsa sendiri..camno??
alaaa, kita wat la jahat sikit,
then bila dah kaya kita insaf lah...
ingat senang ker nak insaf.
mahu meraban memikirkan hidup orang yg kita dahancurkan ...
so stay away from drug
Post a Comment