Mar 1, 2011
PuKuL Satu Pagi Kol Maxis Center
sedang aku sedap tidur, along kejut
Ajak g teman dia g klinik .dia demam
Apalak kaitan along demam ngn Maxis Center
Ceritanya macamnie..Hari Jumaat hari tu Line Hp Maxis aku kena bar
Biasa lah Maxis ..belum cukup due date aku yang sepatutnya 28hb..
Tapi diaorg ni pikir aku ni keje gomen gaji 24hb kot..jadik sukati jer lah bar hp orang kan
Okeh lah tak kisah lah kat situ ..
Nasib aku ada Line lagi satu.Opis punya .jadik tak heran sangat pun kalau kena bar
Jadiknya semalam aku pergi ler bayar , lepas antar firdaus pergi tuisyen
Masa bayar aku tanya , line ni dah kena bar ..bila nak ada line balik
Diaorang cakap after 1 hour ..
Okeh..aku terima walaupun 2 jam pun ..
Lepas pukul 10 jemput firdaus balik tuisyen.
Aku tidur..
Along balik kerja..tu yang ajak teman dia g klinik sekitar pukul 12.30 pagi tadi
Jadik kami ke Pusrawi Kajang
Sampai sana dah pukul 1..lepas tu teragak nak sms si akak ..nak kasi tau kitaorang keluar
Tapi smsnya tak lepas2...
Hampeh betul.
Jadiknya terus kol 123 ..maxis center
aku cakaplah aku dah bayar pukul 8.30mlm.kata atleast 1 hour -2 hour line akan ada balik
Tapi ini sudah berhour-hour ni apa cer..cecite -cecite..nak kena hempuk ke
Time nak membar hp orang cepat je kau kan..tp bila orang dah bayar..kau kasi badservice..memang hampeh
Budak yang jawab panggilan tu cakap .
Owh Puan dah bayar di Maxis ...blablabla
Line kami tak aktifkan lagi..
kenapa kau tak aktifkan lagi.kau tido ke apa
lepas tu okeh kami akan aktif kan sekarang..after 15minutes nanti akan ada line balik
Memang ..haktuihhh..rasa nak maki2 je .tapi leh control lagi..kalau ikutkan memang hakkktuuiiihkan je..
Siap aku cakap .okeh lah ..terimakasih..selamat malam..eh dah pagi pun selamat pagi..
Tapi lepas tu .tak sampai pun 15 minit..ada je dah line..
Jadik kesimpulannya ..
Korang ni tak alert , sepatutnya bila customer dah bayar..ikut lah sistem yang sepatutnya
kalau nak membar line hp orang .dandan ..sekelip mata..
Memang hampeh..nanti lah kau ..aku bertukar balik ke Celcom baru tau.
Padahal aku dengan maxis ni dari zaman datuk kaduk..
Patutlah kaya raya ..!
Okeh..itu kisah malam membawa ke pagi..
Nanti kalau rajin aku citer progress diet aku ..cabaran , godaan nya..
itu pun kot rajin..
.
Jan 25, 2011
Kisah sebenar di Bukit Broga
Cikbedahlaser
ada link ke Blog Mangsa yang diceritakan
pengakuan dari mangsa itu sendiri
Jan 10, 2011
AJL25
Vokal Terbaik :
Tempat Ke 3 :
Tempat Ke 2 :
FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
- WEEKLY WORLD NEWS
p/s : nasib le tak aktif sangat , andai betul ditutup , cuma risau kan banyak gambar simpan kat facebook ..
Jun 17, 2010
Azrinaz diceraikan talak satu
Jun 10, 2010
Montel jadi kan stess..
p/s: entry ni aku dah draf sejak dari hari isnin lagi ..tunggu along bawak gambar balik ..
harap kawan aku tak putus asa..aku pun kena diet lah nampaknya nie .
Jun 2, 2010
Tergamak curi barang kemas ibu
Gadis berusia 17 tahun terbabit dikatakan mencuri barang kemas itu yang dianggarkan bernilai RM13,000 ketika ibunya nyenyak tidur di rumahnya di Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, kira-kira 12.30 tengah malam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, berkata keesokannya, gadis terbabit menyerahkan semua barang kemas itu kepada rakannya dan memintanya menggadaikan semua barangan berkenaan di sebuah kedai pajak gadai.
Menurutnya, sebaik memperoleh hasil gadaian barang kemas, gadis itu membeli sebuah motosikal untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya yang berusia 16 tahun bagi membuktikan kesetiaan cintanya. Ahmad Fadzillah berkata, kehilangan semua barang kemas itu yang disimpan dalam laci di bilik sembahyang mula disedari ibu gadis terbabit yang berusia 40 tahun selepas membuat pemeriksaan. Menurutnya, mangsa kemudian mendesak anaknya menceritakan kejadian sebenar sebelum gadis itu mengakui mencuri semua barang kemas berkenaan. “Mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan apabila anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sanggup berbuat demikian membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
“Susulan laporan mangsa, polis menahan gadis itu di rumahnya, malam kelmarin bersama seorang lagi rakannya yang terbabit dalam kejadian kerana membantu menggadaikan barang kemas mangsa. “Polis juga menahan teman lelaki gadis terbabit yang berusia 16 tahun tengah hari semalam. Kami juga merampas semula motosikal yang dibeli hasil gadaian barang kemas mangsa,” katanya. Menurutnya, tiga suspek terbabit kini ditahan reman seminggu di IPD Temerloh bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
sumber my metro
p/s: macam-macam kerana cinta sanggup curi barang kemas mak sendiri .semata2 nak belikan pakwe motor..
May 26, 2010
Hadapi tekanan kecewa
Oleh ZUHAYATI YAZID utusan.
Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai kekecewaan lain.Bagaimana agaknya reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan.
Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.
''Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.
''Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka. Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif. Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.
''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu? Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?
"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya, hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu," katanya.
Tegas Suzana lagi, minta individu tersebug kenang kembali ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lain yang ada di dalam hidupnya.
''Jelaskan padanya perasaan insan-insan tersayang itu jika melihat dia yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa.
"Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?"
Kata Suzana lagi, pada situasi tersebut kita mungkin perlu tinggikan sedikit suara.
Yang penting takluki dan tandingi emosinya kerana individu yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.
''Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula.
" Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Ketika itu, perlu lawan emosi marah tersebut.
" Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.
''Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. Insya-Allah, dalam beberapa ketika sahaja, dia akan mula kembali tenteram," ujarnya.
Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia.
Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya.
''Dalam situasi sebegini, elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada ketikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya.
"Sebenarnya sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan namun sabar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan," terangnya.
Sebaliknya gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi.
Ceritakan kisah orang lain yang lebih menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan hidup dengan ceria.
'' Minta dia lebih dekatkan diri kepada Allah dan mohon kekuatan daripada-Nya. Insya-Allah, kekecewaan akan beransur hilang walau kisah duka masih belum luput di fikiran," ujarnya.
Hukum ibu bapa cuai
Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
Reda bergelar janda muda
Kisah turun naik mahkamah antara Anne Ngasri dan suaminya Abdul Wafi Hassan, 28, atau Wafi mengundang perhatian banyak pihak.
Lebih-lebih lagi, tatkala lafaz cerai oleh Wafi terhadap dramatis terkenal itu dilontarkan pada 25 Mac lalu, Anne sedang hamil anak ketiga.
Kandungannya ketika itu telah berusia tiga bulan.
Siapa sangka pasangan yang dilihat seperti merpati dua sejoli pada progran Sehati Berdansa itu akhirnya hidup berasingan.
Kisah Lanjut Klik sini Utusan
p/s : tengah pregnant rupanya ..anak2 nya comel ..ann pun lawa bertudung.
May 12, 2010
Apr 26, 2010
Lagi murid cuba terjun dari bangunan sekolah
budak-budak asik nak terjun jer ..minggu lepas pun ada kes budak terjun gak
macam kes yang berlaku nie.budak umur 11 tahun..
cuba terjun bangunan angkara tidak tahan diejek oleh rakan-rakan .
itulah ..rakan-rakan pun satu jangan lah diejek kawan2..andai ade kekurangan
harap kejadian ini tidak berlaku kepada anak-anak kita..
cerita selanjutnya klik sini >>> kosmo
Apr 22, 2010
SMS tipu
Masih ramai terperangkap SMS tipu
KOTA BHARU - Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti namun mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.
p/s: selalu gak dapat sms mcm nie..tapi ignore je lah ..memang tak boleh dipercayai.
Apr 9, 2010
Tolak seks, isteri melecur kena simbah cuka getah
KUANTAN: Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.
Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.
"Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.
Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.
Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.
"Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh," katanya.
Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.
Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.
"Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu," katanya.
Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah.
p/s : apa punya laki lah ..pikir nafsu dia je..nie bini dah cacat ..jadiknya ..anak2 pun jadik mangsa.
apa hukuman patut diberikan kat lelaki macamnie.
Apr 7, 2010
Teknik Buat Syabu
Muat turun teknik buat syabu sejak enam bulan;
Polis temui rahsia dalam stor kondo mewah
KUALA LUMPUR: Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipercayai mempelajari teknik membuat syabu menerusi internet sejak enam bulan lalu.
Perkara itu terbongkar hasil penemuan ‘pen drive’ mengandungi 11 artikel berjudul ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ yang disembunyikan di sebuah stor rahsia di tingkat 10 sebuah kondominium mewah di Jalan Segambut di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai peralatan termasuk beberapa botol cecair kimia, dipercayai bahan campuran membuat syabu turut ditemui dalam stor berkenaan.
MUHAMMAD SABTU menunjukkan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah sambil disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (kanan).
Beliau berkata, suspek sendiri membawa polis ke stor itu pada jam 3 petang, 31 Mac lalu, selepas siasatan lanjut dijalankan ke atasnya.
Pada sidang akhbarnya semalam, Muhammad Sabtu berkata, Benjy, 32, menyewa di tingkat enam kondominium itu, tetapi menyembunyikan semua peralatan dan bahan kimia itu di stor tingkat 10 bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.
“Ada di antara peralatan itu masih bersisa dan belum dicuci. Hasil siasatan juga mendapati semua artikel itu dari luar negara yang dimuat turun dari internet. Ia turut mengandungi beberapa rakaman visual mengenai cara menghasilkan syabu.
“Ini menunjukkan kemungkinan suspek belajar sendiri cara pembuatan dadah itu… mungkin dalam tempoh enam bulan sebelum ditahan polis hasil maklumat risikan,” katanya.
Muhammad Sabtu berkata, semua bahan bukti yang ditemui sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
“Ini bagi memastikan semua bahan itu, termasuk sisa yang ditemui digunakan untuk membuat dadah. Kita turut merujuk Sistem Biofis Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti pemilik kesan cap jari pada peralatan yang ditemui itu,” katanya.
Katanya, prosedur itu penting bagi menyiasat sama ada suspek bekerja sendiri atau menghasilkan bekalan dadah untuk sindiket tertentu di negara ini.
“Polis sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran suspek, termasuk kemungkinan di kalangan rakan artis sendiri,” katanya.
Beliau berkata, polis pada awalnya tidak mahu mendedahkan penemuan terbaru itu, tetapi terpaksa berbuat demikian bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini.
Muhammad Sabtu turut menjelaskan penahanan semula Benjy selama 60 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) adalah sebahagian daripada prosedur siasatan.
“Kita bukan mahu menganiaya sesiapa seperti didakwa kerana setiap tindakan tertakluk kepada undang-undang,” [sumber]
Jun 10, 2009
BI syarat wajib lulus SPM@Pendapat anda ??
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.
Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.
"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.
Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.
"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.
"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.
Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.
"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.
Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.
Silk Highway Jem Pagi nieh
kiranya nie laluan shortcut aku nak ngelak traffic light yang bertimbun aku nak tempuh,
tapi start je dr Sekolah Agama Sg Ramal Dalam..
Kenderaan dah mulai perlahan..kete aku minyak dah lapliplaplip..
cadangnya aku nak isi kt Pam Shell kt Sg Ramal tu hah..
Adeh risau sungguh hati aku..
kut kete nie stop kang.mau bikin tambah jem..jew
tapi aku berjaya ..sampai ke Pam Shell..tu
dan lepas isi minyak ...aku benti jap.tgk..jem gilos nya ..
kol brp ler diaorg yg keje area kl nak sampai..kalo lagu tu jalannya .
slow bangat..
Jun 3, 2009
Kisah Benar dan Sedih..
Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi...













Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.

Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung.

***************************
dapat award dari Gieyana
sebab undi Nureen..mmg cute sgt Nureen
tu sbb kty vote..

POS MALAYSIA -nak hidup lesen..tp tak hidup2..
Akunya Lesen dah nak mati ..Aku cuba ler hidup kan sejak dr ari jumaat lepas..aku gi asik ler benda nie je yg diaorg ltk depan pintu post ofice tu tak pun kat mesin nak amik no
Ari sabtu terai lagi..masalah yang sama tak settle lagi..
..Berapa tahun ko nyer masalah nak settel..
Ari selasa pegi post opis kajang..dah ler kajang punya azab nak cari parking..
sekali masalah yang sama..tak puas ati ngn paper yg terlekat kt pintu tu kot terlupa tanggal ke apa..aku tanya kat kaunter..mmg urusan utk idupkan lesen tak boleh dibuat..kalo nak mampos kat lesen anytime..
Ari nie rabu..seawal kol 8.15 aku tercongok depan post ofis BBBangi..
sekali dpt ler no 2..semangat ko..tp terpandang lagi..PENGUMUMAN..tu aiseh..
tak puas ati tanya lagi kaunter..still tak boleh..
Lunch hour.aku pergi Kajang lak..
tgk..sama gak..ade lagi PENGUMUMAN..
tanya kat kaunter bila masalah ni nak settle..diaorg sendiri tak tau..
tanya ar semua post ofis ke..dia tak tau..camne nak idupkan lesen gtu..
dia kata kena g JPJ Cheras..
Aku cakap ar..takan nak ke Cheras..jauh tu..
lebi baik aku pegi je london ke paris ke..lagi senang..
camner le depa nie..benda gini settle kan ler cepat , kang ade yg memandu tanpa lesen..
kalo kena saman camno..tunjuk gambo yg kita snap..ckp post ofice kertas lesen memandu abis..!!!
p/s : nampak nya ari sok kena lagi berkampung kat POS Malaysia nie..silap2 tido je depan post ofis tu..



