Jan 8, 2015
Renungan
dengan usia MUDA
karena syarat Mati
TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
karena syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.
Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn Nasihatmu
Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA
Bubuhan2ku:
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)
Jul 15, 2011
Allah tambah NÍKMAT jika BERSYUKUR
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Sama ada yang kita suka atau tidak ,
harus lah tetap kita bersyukur
insyallah ada hikmahnya
dengan kehidupan aku sekarang..walupun sederhana..tapi aku happy
Mar 2, 2011
Listen Here My Children!
Make something of yourself
Be successful
Get better Grades
Prove to your teachers you can
You have more opportunities then I ever had
Do your homework
Listen to your teachers
What are they teaching you
You can be anything you want……. anything at all…………
Can not be a failure
Can not fall !
more money please klik here>>> Here
May 26, 2010
Hadapi tekanan kecewa
Oleh ZUHAYATI YAZID utusan.
Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai kekecewaan lain.Bagaimana agaknya reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan.
Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.
''Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.
''Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka. Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif. Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.
''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu? Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?
"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya, hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu," katanya.
Tegas Suzana lagi, minta individu tersebug kenang kembali ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lain yang ada di dalam hidupnya.
''Jelaskan padanya perasaan insan-insan tersayang itu jika melihat dia yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa.
"Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?"
Kata Suzana lagi, pada situasi tersebut kita mungkin perlu tinggikan sedikit suara.
Yang penting takluki dan tandingi emosinya kerana individu yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.
''Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula.
" Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Ketika itu, perlu lawan emosi marah tersebut.
" Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.
''Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. Insya-Allah, dalam beberapa ketika sahaja, dia akan mula kembali tenteram," ujarnya.
Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia.
Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya.
''Dalam situasi sebegini, elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada ketikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya.
"Sebenarnya sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan namun sabar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan," terangnya.
Sebaliknya gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi.
Ceritakan kisah orang lain yang lebih menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan hidup dengan ceria.
'' Minta dia lebih dekatkan diri kepada Allah dan mohon kekuatan daripada-Nya. Insya-Allah, kekecewaan akan beransur hilang walau kisah duka masih belum luput di fikiran," ujarnya.
Apr 7, 2010
Di mana Letaknya Persahabatan Kita
sahabat dari alam cyber yang dah 4-5 tahun aku kenali perkenalan kami bermula dari dunia forum, fp , blog dan fb
walupun jarang kol,sms ..tp alamcyber merapatkan kami..alhamdulillah ..
miss uols..geng moms club..forever..
Mencari sahabat, bersahabat, berteman untuk menjadi penghibur kehidupan adalah lumrah kehidupan.
Manusia tidak hidup berseorangan, bersendirian. Mereka memerlukan sahabat sebagai tempat meluah perasaan, bersama di dalam banyak waktu (untuk sama jantina sahaja ya).
Tetapi pernahkah kita menilai atas dasar apa dibina persahabatan kita?
Apakah persahabatan kita dibina di atas dasar cinta kepada Allah dan RasulNya? Apakah persahabatan itu terbina dengan berasaskan ketaqwaan kepada Allah?
Soalan ini sungguh abstrak, dan mungkin sukar dijawab.
Tetapi jawapannya ada pada diri kita, dapat kita lihat pada hubungan persahabatan kita dengan sahabat kita.
Apakah persahabatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah? Atau semakin jauh kita daripadaNya?
Apakah masa kita bersama-sama sahabat kita diisi dengan kegiatan berfaedah? Atau diisi dengan membuang masa?
Apakah tatkala berbual-bual dengan sahabat kita, kata-kata yang keluar dari lidah kita ialah yang baik-baik sahaja? Atau perbualan kita dengan sahabat kita dipenuhi dengan fitnah lidah seperti mengumpat, fitnah, mengadu domba, lawak lucah dna lain-lain?
Renung dan hayatilah amaran Allah:
“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az Zukhruf: 67).
Imam Ath Thabari rahimahullah mengatakan:
“Pada hari kiamat kelak, mereka yang saling mencintai di atas dasar kemaksiatan kepada Allah ketika di dunia, akan saling saling bermusuhan. Mereka saling berlepas diri (enggan membantu teman mereka)kecuali mereka yang saling mencintai di atas dasar ketakwaan kepada Allah ta’ala.
-----
Jika kita melihat ada kecacatan pada persahabatan kita. Masih belum terlambat. Ubahlah mulai sekarang.
Penuhi masa bersama dengan saling nasihat menasihati.
Penuhi masa bersama dengan bertadarus, saling memeriksa hafazan al-Quran satu sama lain, saling mentadabbur al-Quran.
Penuhi masa dengan bersama-sama mengajak manusia ke jalan Allah.
[bukan bermaksud tidak boleh bergembira dan bersenda gurau ketika bersama].
Binalah persahabatan kita di atas dasar taqwa.
silakan membaca:
http://ikhwanmuslim.com/kaidah-dan-faidah/sahabat-sejati-adakah
entry ni aku copy dari blog Lobai tampin
p/s : renung-renungkan lah
Sep 20, 2009
Pandu Dengan Cermat Semasa Berhari Raya
- Memandu dengan tenang – Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.
- Berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus).
- Tayar – Tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus.
- Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
- Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
- Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.
- Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
- Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.
- Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
- Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.
Sep 19, 2009
Ramai dah pulang keKampung
Pasti ramai yg dah pulang ke kampung..
Tapi Sebelum menghadapi perjalanan jauh pastikan kenderaan anda dihantar untuk
penyelenggaraan. Penyelenggaraan mestilah merangkumi penyelenggaran
komponen-komponen enjin, brek, dan juga tayar. Jangan kerana nak berjimat
kita mengabaikannya salah satu atau kesemuanya. INGAT… keselamatan setiap
penumpang terletak di tangan anda.
Kenderaan yang diselenggara dengan sempurna akan memastikan perjalanan yang
lancar (tidak rosak di tengah jalan), ekonomik dan mempunyai risiko yang
lebih rendah kepada kemalangan.
sumber dari sini
Aug 6, 2009
Jika kejahatan di balas kejahatan
maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan
itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.
LaRoach
Jun 16, 2009
Lima jenis sabar
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan. Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan. |
Suami Yang Baik
-
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. - Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
- Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
- Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
- Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
- Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
- Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
-
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
- Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
- Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
- Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
- Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
- Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
- Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? - Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
- Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
- Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
- Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
- Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
- Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
- Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
- Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. - Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
- Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
- Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. - Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
- Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
- Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
- Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
- Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
- Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
- Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
- Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
- Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
- Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
- Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
- Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
- Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
- Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
- Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
- Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
- Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
- Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
- Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
- Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
May 5, 2009
Cermin Diri Sendiri
seoRang Ahli Fikir Islam berKata
Banyak oRang kenal diri orang lain
Tetapi tidak kenal diri sendiri,
Sebab itu orang sibuk memikirkan
kecacaTan OrAng Lain dariPada
KeCaCatan Diri SenDiri, BuKa HaTi
BuKa Minda.Cerminlah diri Sendiri.

