Sep 20, 2009

Pandu Dengan Cermat Semasa Berhari Raya

- Memandu dengan tenang – Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.


- Berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus).

- Tayar – Tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus.

- Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.


- Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

- Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.

- Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

- Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.

- Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.

- Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.

3 comments:

cheryna zamrinor said...

"Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Hari raya semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan."

Selamat Hari Raya Aidilfitri, atty:)

bagus semua tips2 yg diberi tuh. ape rancangan agaknye pg raye nieh?

joegrimjow said...

petua n tips berguna

joegrimjow said...

blogger permpuan wajib baca
huhuu