sahabat dari alam cyber yang dah 4-5 tahun aku kenali
perkenalan kami bermula dari dunia forum, fp , blog dan fb
walupun jarang kol,sms ..tp alamcyber merapatkan kami..alhamdulillah ..
miss uols..geng moms club..forever..
perkenalan kami bermula dari dunia forum, fp , blog dan fb
walupun jarang kol,sms ..tp alamcyber merapatkan kami..alhamdulillah ..
miss uols..geng moms club..forever..
terjumpa artikel nie..dan menarik minat aku ..jom kita kongsi bersama-sama
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Mencari sahabat, bersahabat, berteman untuk menjadi penghibur kehidupan adalah lumrah kehidupan.
Manusia tidak hidup berseorangan, bersendirian. Mereka memerlukan sahabat sebagai tempat meluah perasaan, bersama di dalam banyak waktu (untuk sama jantina sahaja ya).
Tetapi pernahkah kita menilai atas dasar apa dibina persahabatan kita?
Apakah persahabatan kita dibina di atas dasar cinta kepada Allah dan RasulNya? Apakah persahabatan itu terbina dengan berasaskan ketaqwaan kepada Allah?
Soalan ini sungguh abstrak, dan mungkin sukar dijawab.
Tetapi jawapannya ada pada diri kita, dapat kita lihat pada hubungan persahabatan kita dengan sahabat kita.
Apakah persahabatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah? Atau semakin jauh kita daripadaNya?
Apakah masa kita bersama-sama sahabat kita diisi dengan kegiatan berfaedah? Atau diisi dengan membuang masa?
Apakah tatkala berbual-bual dengan sahabat kita, kata-kata yang keluar dari lidah kita ialah yang baik-baik sahaja? Atau perbualan kita dengan sahabat kita dipenuhi dengan fitnah lidah seperti mengumpat, fitnah, mengadu domba, lawak lucah dna lain-lain?
Renung dan hayatilah amaran Allah:
الأخِلاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلا الْمُتَّقِينَ (٦٧)
“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az Zukhruf: 67).
Imam Ath Thabari rahimahullah mengatakan:
المتخالون يوم القيامة على معاصي الله في الدنيا بعضهم لبعض عدو يتبرأ بعضهم من بعض إلا الذين كانوا تخالوا فيها على تقوى الله
“Pada hari kiamat kelak, mereka yang saling mencintai di atas dasar kemaksiatan kepada Allah ketika di dunia, akan saling saling bermusuhan. Mereka saling berlepas diri (enggan membantu teman mereka)kecuali mereka yang saling mencintai di atas dasar ketakwaan kepada Allah ta’ala.
-----
Jika kita melihat ada kecacatan pada persahabatan kita. Masih belum terlambat. Ubahlah mulai sekarang.
Penuhi masa bersama dengan saling nasihat menasihati.
Penuhi masa bersama dengan bertadarus, saling memeriksa hafazan al-Quran satu sama lain, saling mentadabbur al-Quran.
Penuhi masa dengan bersama-sama mengajak manusia ke jalan Allah.
[bukan bermaksud tidak boleh bergembira dan bersenda gurau ketika bersama].
Binalah persahabatan kita di atas dasar taqwa.
silakan membaca:
http://ikhwanmuslim.com/kaidah-dan-faidah/sahabat-sejati-adakah
entry ni aku copy dari blog Lobai tampin
p/s : renung-renungkan lah
10 comments:
bukan senang nak cari sahabat yg boleh dipercayai...sekali terkena sgt susah utk mempercayai semula..
saya letakkan persahabatan itu di hati..ikhlas...dan dekat di hati walaupun jauh dimata...
hurmm...sahabat kita ramai tp nk carik yg sejati amatlah payah sekali..
till now sedang mencarik sahabat sejati itu...sobsobsob
sahabat sejati bbkn sng nk carik..
kty,
saya pun sronok sgt dpt kenal kwn2 di alam cyber ni..betul wpun x prnh jumpa..hanya berbicara di komen2 blog je..tp terasa ikatan yg terjalin tu..:-)
dah habis termenung kak..sgt menginsafkan :)
true friends are hard to come by nowadays....
thx utk info nie...
mmg elok utk direnung2kan....
hmm...mmg byk kebenarannya. Kita bersahabat bkn masa seronok aje. Biar laa erti persahabatan tu terisi dgn perkara2 yg berguna juga.
herm.... best bersahabat.... semoga persahabatan kita kekal sampai bila2.... lama dah x berkongsi rasa dgn geng mom.. lama sangat
semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat...
Post a Comment