KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.
Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.
"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.
Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.
"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.
"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.
Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.
"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.
Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.
34 comments:
ooo...sebelum ni BM kan syarat wajib..skang dah tukar dah BI???
makin lama makin mencabar anak2 kita
cian kt our kids. tp mmg patut mahir BI. anak has yg tadika tu dulu kalu tanya satu campur satu tak tau..tp one plus one equal to two!!! ampun mama dia org melayu je..hahahah
bm bi ke wajib?
or jus bi je?
tu ar..tp takut ramai lak yg failed..
salam kenal..
Pada pdpt dla... memang bagus juga usul utk mewajibkan subjek BI ni.. kita kena akur kepada tuntutan alam sekarang ni di mana BI memang satu bahasa yang penting utk peningkatan kecemerlangan diri. Sekurang2nya, kita mampu menjadikan anak bangsa kita bersaing dengan negara maju yg lain...kita tak leh nak menafikan yg BI merupakan bahasa pengantaran yang utama.
Kadang2, bila tertengok AF, adalah terasa sangat sedih melihat anak bangsa kita tak 'reti/paham' BI... sepatutnya,...perkara ini tidak berlaku..kalau pun tak dapat nak menulis dengan baik dalam BI, at least dapat memahami BI dengan baik pun dah kira sangat bagus.
Dan akhir sekali.. sebelum nak mewajibkan BI, pihak kerajaan dan kementerian yg berkaitan perlu memastikan,.. kelengkapan, tenaga kerja, infrustruktur, bahan, technologi dan apa jua yg berkaitan mestilah menyediakan keperluan ini dengan cukup dan terkini...
Jika semua infrastruktur dan kemudahan pembelajaran BI ini disediakan dengan lebih luas, maka Visi dan implementasi pula mestilah berjalan seiring.. barulah TERCAPAI.
sekian, terima kasih.
joe ~ bm dam bi wajib lulus.
dla ~ salam kenal , betui pndpt dla..kty pun sgt sokong..
exchange link ye..
Cuba renungkan seketika. Dalam keadaan BM wajib lulus, masyarakat kita sudah sudah bertutur dalam bahasa 'rojak' dan masyarakat bukan Melayu lebih selesa berbahasa Inggers, apa akan terjadi andainya BI pula dijadikan matapelajaran wajib lulus ?
Kelihatan semakin terang dan jelas, BM semakin hari semakin terpinggir. Tetapi Abang long tetap meyatakan bahawa bahasa lain juga perlu dipelajari.
BI wajib kot
4 our future generation
=D
mmg tu semua baik tuk masa dpn n bdk2 pun nanti akan cuba tuk mperbaiki mutu bi mereka tp mslhnya ank melayu ramai yg lemah dlm subjek nih tambah bdk2 luar bandar...jd ksian la mereka.
Skrg nih ramai pelajar melayu yg gagal dlm subjek bm, apatah lg tuk subjek bi...emmmm entah la
aku x menentang pengajaran BI..mmg penting..tmbh2 bila siswazah yg ada skrg..ramai yg lemah dari segi pertuturan dan penulisan dlm BI..tp aku heranlah..napa Indonesia, China, Korea, Jepun..yg x mahir berbahasa Inggeris tp berjaya dan maju..jgn nti Bahasa Melayu terpinggir dan ditelan zaman..jgn nti anak2 kita ilang jati diri melayu...jgn bila tukar menteri je tukar syllabus..tukar semua..yg pening anak2 kita..bila nk buat sesuatu..harap dikaji sedalam-dalamnya kesan, akibat dan cara nk implementasikannya..cuma komen sesen sy..
ninie rasa tu penting sebab mengikut dunia kite skang nie..bahasa paling utama adalah:
1. Bahasa Cina
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa India
4. Bahasa Malaysia...;)
bangga tak?bahasa kiter bahasa ke 4 terutama di dunia tau...;)
ini adalah mengikut kajian dunia tau kak...
abg long,eazy ..tu ler..selain BM..BI pun penting skrg
cikgu ayu..insyallah kalo dah ditekankan..anak2 kita leh buek..
dee ~ aku sokong sgt2 ko..
ninie` tu ler selain BI..mcm2 bahasa lagi kena pelajari..
depa xselesaikan lg
1)isu PPSMI
2)Had subjek
bagi modal air liur(pendpt) mmg sng..tp pd peringkat pelaksanaan..akhirnya..Ckgu dan pljr yg ssh..Cdgn tu bgus tp kena pk pelaksanaan gak...ntahla..Sekali air bah sekali pasir berubah..tkr menteri je akn ada perubahan..TQ
mcm setuju .. but... mana hala nasib BAHASA MELAYU kita?
ummi support 100% dee punya komen :)
jangan jadikan anak-anak kita ini sebagai bahan ujian :(
fikirkan kesan, kebaikan dan keburukannnya :)
naman tu ar..pndpt ko sama mcm dee..tuko menteri..tuko sistem..
ayu ~ tu ler pasal.
ummibatrisya ~ kty pun sokong pndpt dee 100%
sokong 100%
bg aku, blajo tinggi2 pun skang ni, susah tol dpt keje so takyahla letak tahap mana drang.. siankan mengenangkan nasib drang...
pada saya,
saya menyokong usul yang di utarakan oleh kerajaan ini.
lulus dalam bi..
dengan dunia yang makin mencabar sekarang, dunia globalisasi, bi amat penting..kalau nak mintak kerja sekalipun interview dalam bi..
hanya sekadar lulus..bukan mesti A mahupun B, C..sekurangnya student akan ambil kisah akan bi wlpn sedikit..hanya asas kepada pengetahuan mereka..
saya pun bukanlah bijak untuk bertutur di dalam bi..oleh kerana itulah sy rasakan usul yang diutarakan ini wajar.
bukan untuk mengenepikan bm..kerana bm tetap di dalam hati dan asal usul kita juga adalah bm..
cuma sekadar untuk hidup di zaman pancaroba, moden ini..masa kini, tiada siapa boleh terlepas dari bi..
tambahan:
1 lagi yang wajar kerajaan luluskan,
PENDIDIKAN ISLAM.
sekurangnya muda mudi masa kini tahu mengenai asas islam...
nuyu ~ pendidikan islam setuju jugak diserap lebih lg kepd generasi muda
ena ..tu ler pasal..kan
setuju!
sukati weols jerk..mentang2 da lepas..ahaks!
watie ~ wakakakka ..tu ar pasal..ade aku kesah ek..takpe nanti cicit kita speaking london
mmg bagus diwajibkan.. tp bukan bermakna kite nak menjatuhkan bahasa ibunda kite.. BI tu penting gak.. coz senang nak communicate bile dia besar n masuk alam pekerjaan esok2..
klu tak.. diambil sambil lewa jek..
ini bukan masalah rojak lah atau nak pingkirkan BM.mmg BI penting sgt zaman skrg.carik kerja pun nak kita fluent english,kan.saya sokong 100% wajib kan BI..kita still berckp dalam bahasa melayu,kan...
Well,uitm dah lama buat.student yg credit BI n BM je yg boleh masuk.n kat sane pun belajar dalam BI.thats y budak2 uitm senang dpt kerja...
skrg kena pandang ke depan....
tak pernah saya pegi interview ckp melayu kecuali kerja GIANT..
ye, saya setuju.
mmg BI patut dijadikan mata pelajaran wajib lulus. kalau boleh dijadikan bahasa utama wajib lulus. malah saya rasa bukan di kalangan budak-budak sekolah saja, tetapi di institusi pengajian tinggi juga sepatutnya diwajibkan belajar dan berkomunikasi dalam BI.
memandangkan anak-anak kita perlu bersedia utk menghadapi persaingan di peringkat global seelok-eloknya mereka diberikan galakan mulai sekarang. Tempat awam juga patut menggunakan BI sebagai bahasa komunikasi untuk membiasakan mereka bercakap BI. kita juga sebagai ibu bapa harus menggunakan BI sebagai bahasa pertuturan setiap masa demi untuk menggalakkan anak dalam penggunaan BI supaya mereka tidak ketinggalan.
Sekarang perlu pandang ke depan. Tak pandai bahasa melayu pun tak apa kerana BI adalah bahasa global yang penting untuk mereka.
Pendapat den.. tak patut lah.. yang BM pun, nama je rakyat Malaysia, nahu dan tatabahasa pun banyak yang berterabur lagi.. dah nak diagung-agungkan bahasa asing dek sebab ia dikatakan bahasa global... tapi globalkah BI tu sebenarnye?
Cuba fikir kenapa Jepun boleh maju walau mereka tak fasih berbahasa Jepun, begitu juga Korea Selatan yg mampu ada teknologi nuklear.. walau depa cakap pun guna bahasa korea je... China yang boleh menguasai banyak perniagaan di dunia, Arab, Perancis, dan lain-lain negara yang tidak berbahasa Inggeris di dunia ini... sebab yang utama dan penting adalah pemahaman ilmu, barulah boleh maju... cerdik pandai bahasa inggeris mereka menterjemahkan ilmu dari omputih tu untuk diajar kepada anak bangsa mereka supaya mereka lebih bijak pandai dan kemudiannya akan berkhidmat dengan lebih baik kepada negara mereka..
Bahasa perkara kedua... kalau nak sangat belajar bahasa lain, apa kata kita bagi bukan setakat Bahasa Inggeris tapi Bahasa Cina, Tamil, Perancis, Arab, Sepanyol dan lain-lain bahasa dunia diajar sebagai subjek teras dan mesti diambil dan diikuti oleh pelajar hingga tamat sekolah.. hasilnya.. pelajar akan mendapati ia akan lebih dapat dimanfaatkan kelak bila lulus SPM dan membuat keputusan untuk ke U di negara mana sekalipun.. sbb asas bahasa udah ada.. maka mudah lah nak paham ilmu...
Believe me, it takes more than learning one plus one to really understand what BI is.. you had to understand it's grammar, it's structure, it's litreature where in depth when explore then only you'll get the juice of it.. i.e. the knowledge beyond the language itself...
Rather that what the DAMN kementerian is trying to do now.. Skema semborono...they are the no 1perosak bangsa lately...coz they implant the laziness in students.. yg rata-rata who don't want to study just because they did not understand what was taught in school... so end up sapa yang rugi.. rakyat jugakk..... tu yg ramai jadi ah-long, mat rempit, gengstak kampung dusun.. sbb takmo pegi sekolah sbb tak paham apa yang diajari...
sapa ckp tak pandai BM mmng patut kena buang negaralah sbb org2 mcm ni lah yang telah menjatuhkan maratabat bangsa melayu di mata dunia... yang melabelkan melayu malas... melayu mudah lupa.. sebab dalam dirinya tiada lagi semangat patriotik bangsa dan agama... tanah tergadai ke bangsa lain, maruah terjual dek kemodenan.. semuanya dek sebab org2 mcm nilah yang tak mahu menjuangkan semangat bangsa melayu yang salah satunya adalah melalui bahasa yang kita ucapkan setiap hari...
tak pandai BI tak pa sbb kalo tak percaya pegilah tempat lain kat dunia ni.. kalau nak megah sangat BI ni bahasa global kan.. awat mat salleh bila dok kat perancis bwk kamus french , belajaq ckp french instead of org french yg gigih dok kena blajaq bahasa inggeris?? Coz they are proud with their bahasa and if those outsider want to communicate learn their language...
hmmm kesimpulannya minda bangsaku memang masih terus dijajah kerana yg ditampuk itu adalah anak2 penjajah yg masih belum merdeka sebenarnya... jika mereka merdeka, mereka akan yakin dengan kemampuan bahasa sendiri maka akan berusaha untuk melonjakkannya menjadi salah satu bahasa utama dunia, dan bukan sebaliknya....
maaflah atty dah buat jadi macam blog sendri plak... ;D dan ini adalah pendapatku yang ikhlas tentang perkara ini..
wah.. makin susah kan... tapi utk kesenangan anak2 kita gak..
dah agak dah...mesti kuar pasal bahasa jepun.kawan saya japanese,pindah mesia nangis sbb tak tau english langsung...kat sekolah pun diaaam je sbb tak paham sepatah haram.pastu slow2 dia belajar english n BM, dalam masa sethn, dia fluent BOTH!!
see.... penting tak BI?
saya setuju....kita perlu pandang kedepan...
pd kakyong lah kan... bior wajib lulus minima semua subjek yg diambil utk melayakkan dapat sijil penuh SPM.
what's the point belajar semua subjek tp ade yg tak lulus... harus dimotivasikan pelajar utk mencapai kelulusan akademik yg berkualiti.. takkan lah 11 tahun belajar di sekolah & end up bawa result cukup2 makan jer...
kalo asyik diberi kemudahan utk tidak lulus mana2 subjek.. & masih layak dpt sijil penuh, maka sebb tu la budak2 luar bandar malas belajar... *bercakap dr pengalaman sendiri ni.. *
my 2 cent jer..
takpe... setuju aje base inggeris wajib lulus. esok2 kalau ramai pelajar yg dpt 5% pun akan diberi keputusan lulus jugak kalau gomen turunkan graf. selalunya macam tu lah yang terjadi.
Post a Comment