Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
AKIBAT terlalu sayangkan anak dan membiarkan mereka bebas melakukan apa sahaja, manusia kadangkala terlupa sehingga mengabaikan soal keselamatan.
Apabila berlaku insiden atau kejadian yang tidak diingini, barulah kita tersedar bahawa kebebasan atau kurang perhatian yang diberikan itu boleh membawa maut.
Justeru, tidak hairanlah kita kini sering didedahkan dengan berita-berita sedih mengenai kematian kanak-kanak atau bayi di rumah. Tidak salah jika dikatakan ia berpunca daripada kecuaian ibu bapa.
Menuduh ibu bapa terbabit cuai bukan tujuan penulis yang mengutarakan isu ini. Sebaliknya, apa yang ingin dikatakan adalah sejauh mana kita peka tentang keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita agar mereka terhindar daripada sebarang malapetaka.
Kita ambil contoh kejadian seorang bayi berusia sembilan bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah rumah di USJ 6 Subang Jaya, Sabtu lalu.
Siapa yang tidak sayangkan anak. Sudah pasti ibu bapanya sungguh menyayangi anak lelaki tunggal mereka. Namun sudah ditakdirkan, bayi itu merangkak di atas katil yang terletak bersebelahan dengan tingkap lalu terjatuh.
Siapa sangka, rumah yang terletak di tingkat tiga itu tidak dipasang jeriji besi.
Difahamkan, unit-unit kediaman yang terletak di situ, khususnya bukan di aras bawah tidak memasang jeriji keselamatan. Bagi mereka, mungkin pencuri sukar untuk memanjat dan memasuki unit kediaman tersebut yang terletak di aras yang tinggi.
Tetapi siapa pula sangka, jeriji besi itu mampu menyelamatkan nyawa bayi malang tersebut sekiranya ia dipasang.
Pihak polis masih menyiasat kes ini yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sekadar ingin bertanya, adakah kejadian ini boleh dianggap sebagai cuai.
Jika ia berpunca daripada kecuaian, adakah mereka yang bertanggungjawab atas kematian bayi itu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kecuaian boleh dilihat daripada pelbagai sudut.
Seperti yang disebut oleh polis sebelum ini, ibu bapa yang membiarkan anaknya yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal atau memandu kenderaan, boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kecuaian mereka.
Menyebut tentang sikap ibu bapa membiarkan anak memandu tanpa lesen, teringat satu peristiwa yang berlaku dan menggemparkan negara baru-baru ini.
Sehingga kini, tiada tindakan diambil atas kecuaian keluarga terbabit, sebaliknya pasukan keselamatan yang dipersalahkan atas motif politik oleh pihak tertentu, susulan daripada tindakan seorang remaja memandu tanpa lesen (sehingga menemui maut).
Apa yang ingin penulis sebut, sikap segelintir ibu bapa yang terlalu sayangkan anak-anak mereka secara berlebihan sehingga membiarkan anak-anak membuat apa sahaja tindakan biarpun ia melanggar undang-undang.
Apabila sudah berlaku sesuatu kejadian atau insiden, pihak lain yang dipersalahkan. Menyesal ketika itu sudah tidak berguna kerana insan yang disayangi sudah pergi, tetapi janganlah pihak lain pula yang dipersalahkan.
Sikap prihatin ibu bapa tentang keselamatan anak-anak sebenarnya perlu ada. Bukan setakat perlu ada, sebaliknya mesti disertai dengan pengawasan yang rapi dan sempurna.
Ingatlah, anak-anak merupakan amanah yang diberikan oleh Allah. Terpulang kepada kita untuk mencorakkan masa depannya.
entry ni adalah untuk peringatan ..kita sebagai ibubapa..supaya tidak cuai ..
dan kepada anak aku ..akak .atau adik .sila ..amik perhatian ye ..
8 comments:
Jaga elok2 fir ye akak... nanti kene denda... heheheh
salam..akak memang sedih bila baca tentang baby yang jatuh tu..ibu dia tengah pregnant pulak tu..
skrg ni nak pasang grill memang payahlah..kdg-kdg duduk kat kondo nak pasang kena buat surat itu dan ini..leceh tul..
akak takut nak tgk gambar dah tua..padahal dah tua pun.
semuga lepas ni mata kamu bertambah baik..susah bila mata ada problem kan.
sedih bila baca pasal baby tu, kesian kat family dier
x tau nak ckp kak...
benda nak berlaku, ia akan tetap berlaku. pasang jeriji besi mcm mana pon klu da smpi ajal budak tu n Allah say Kun maka Fayakun la ia...
apa pon, beringat sebelum kena n bertindak sebelum terlambat boleh mengelakkan hati menjadi ralat tanpa berbuat apa2...
kak kty, br aje pg tadi heboh kami bercerita sal kanak2 mati digilis dpn mata ibu bapa masa keluar tesco n budak tu berlari ke kereta, kebetulan suami isteri tu jiran kpd kawan kt sekolah. Masa kejadian, ibu bapa kanak2 tu tergaman tgk keadaan anak mereka yg digilis di bahagian kepala...seram sejuk n xdapat gambarkan perasaan ibu bapa
huhuhu ngeri, seram, takut baca komen cikgu ayu...dah la saya ni anak kecik ramai..mmg selalu kena xtra careful pun...
saya sokong ape yg penulis tu tulis...memang ajal maut tu di tgn allah cuma cara kematian je kita tak tau...kalau boleh elak dari kemalangan macam gini, elok lah kita mengelak dan jadi manusia yang lebih carefull!!
we never know how the mother sleeps at night after that night. the writer should be alert.
sungguh. you never know..
Post a Comment