Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
AKIBAT terlalu sayangkan anak dan membiarkan  mereka bebas melakukan apa sahaja, manusia kadangkala terlupa sehingga  mengabaikan soal keselamatan.
Apabila berlaku insiden atau kejadian yang tidak diingini, barulah  kita tersedar bahawa kebebasan atau kurang perhatian yang diberikan itu  boleh membawa maut.
Justeru, tidak hairanlah kita kini sering didedahkan dengan  berita-berita sedih mengenai kematian kanak-kanak atau bayi di rumah.  Tidak salah jika dikatakan ia berpunca daripada kecuaian ibu bapa.
Menuduh ibu bapa terbabit cuai bukan tujuan penulis yang mengutarakan  isu ini. Sebaliknya, apa yang ingin dikatakan adalah sejauh mana kita  peka tentang keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita agar mereka  terhindar daripada sebarang malapetaka.
Kita ambil contoh kejadian seorang bayi berusia sembilan bulan yang  maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah rumah di USJ 6 Subang  Jaya, Sabtu lalu.
Siapa yang tidak sayangkan anak. Sudah pasti ibu bapanya sungguh  menyayangi anak lelaki tunggal mereka. Namun sudah ditakdirkan, bayi itu  merangkak di atas katil yang terletak bersebelahan dengan tingkap lalu  terjatuh.
Siapa sangka, rumah yang terletak di tingkat tiga itu tidak dipasang  jeriji besi. 
Difahamkan, unit-unit kediaman yang terletak di situ, khususnya bukan  di aras bawah tidak memasang jeriji keselamatan. Bagi mereka, mungkin  pencuri sukar untuk memanjat dan memasuki unit kediaman tersebut yang  terletak di aras yang tinggi.
Tetapi siapa pula sangka, jeriji besi itu mampu menyelamatkan nyawa  bayi malang tersebut sekiranya ia dipasang.
Pihak polis masih menyiasat kes ini yang diklasifikasikan sebagai  mati mengejut. Sekadar ingin bertanya, adakah kejadian ini boleh  dianggap sebagai cuai.
Jika ia berpunca daripada kecuaian, adakah mereka yang  bertanggungjawab atas kematian bayi itu boleh dikenakan tindakan  undang-undang. Kecuaian boleh dilihat daripada pelbagai sudut.
Seperti yang disebut oleh polis sebelum ini, ibu bapa yang membiarkan  anaknya yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal atau memandu  kenderaan, boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kecuaian mereka.
Menyebut tentang sikap ibu bapa membiarkan anak memandu tanpa lesen,  teringat satu peristiwa yang berlaku dan menggemparkan negara baru-baru  ini.
Sehingga kini, tiada tindakan diambil atas kecuaian keluarga  terbabit, sebaliknya pasukan keselamatan yang dipersalahkan atas motif  politik oleh pihak tertentu, susulan daripada tindakan seorang remaja  memandu tanpa lesen (sehingga menemui maut).
Apa yang ingin penulis sebut, sikap segelintir ibu bapa yang terlalu  sayangkan anak-anak mereka secara berlebihan sehingga membiarkan  anak-anak membuat apa sahaja tindakan biarpun ia melanggar  undang-undang.
Apabila sudah berlaku sesuatu kejadian atau insiden, pihak lain yang  dipersalahkan. Menyesal ketika itu sudah tidak berguna kerana insan yang  disayangi sudah pergi, tetapi janganlah pihak lain pula yang  dipersalahkan.
Sikap prihatin ibu bapa tentang keselamatan anak-anak sebenarnya  perlu ada. Bukan setakat perlu ada, sebaliknya mesti disertai dengan  pengawasan yang rapi dan sempurna.
Ingatlah, anak-anak merupakan amanah yang diberikan oleh Allah.  Terpulang kepada kita untuk mencorakkan masa depannya.
entry ni adalah untuk peringatan ..kita sebagai ibubapa..supaya tidak cuai ..
dan kepada anak aku ..akak .atau adik .sila ..amik perhatian ye ..
8 comments:
Jaga elok2 fir ye akak... nanti kene denda... heheheh
salam..akak memang sedih bila baca tentang baby yang jatuh tu..ibu dia tengah pregnant pulak tu..
skrg ni nak pasang grill memang payahlah..kdg-kdg duduk kat kondo nak pasang kena buat surat itu dan ini..leceh tul..
akak takut nak tgk gambar dah tua..padahal dah tua pun.
semuga lepas ni mata kamu bertambah baik..susah bila mata ada problem kan.
sedih bila baca pasal baby tu, kesian kat family dier
x tau nak ckp kak...
benda nak berlaku, ia akan tetap berlaku. pasang jeriji besi mcm mana pon klu da smpi ajal budak tu n Allah say Kun maka Fayakun la ia...
apa pon, beringat sebelum kena n bertindak sebelum terlambat boleh mengelakkan hati menjadi ralat tanpa berbuat apa2...
kak kty, br aje pg tadi heboh kami bercerita sal kanak2 mati digilis dpn mata ibu bapa masa keluar tesco n budak tu berlari ke kereta, kebetulan suami isteri tu jiran kpd kawan kt sekolah. Masa kejadian, ibu bapa kanak2 tu tergaman tgk keadaan anak mereka yg digilis di bahagian kepala...seram sejuk n xdapat gambarkan perasaan ibu bapa
huhuhu ngeri, seram, takut baca komen cikgu ayu...dah la saya ni anak kecik ramai..mmg selalu kena xtra careful pun...
saya sokong ape yg penulis tu tulis...memang ajal maut tu di tgn allah cuma cara kematian je kita tak tau...kalau boleh elak dari kemalangan macam gini, elok lah kita mengelak dan jadi manusia yang lebih carefull!!
we never know how the mother sleeps at night after that night. the writer should be alert.
sungguh. you never know..
Post a Comment