taknak orang susah kerana kita..
datang jauh2 jenguk kita
BAYI jaundis perlu didedahkan kepada cahaya bililight sebagai rawatan. – Gambar hiasan |
Antara khasiat minyak EPO:
>> Membantu mengawal atur kitaran haid.
>> Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) - iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
>> Mengurangkan simptom putus haid - panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
>> Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
>> Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
>> Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Merokok adalah tabiat yang tidak sihat, ia menyebabkan gigi, jari dan kuku anda menjadi kuning, dan ia boleh membahayakan kesihatan anda. Dengan sekali hisap, anda menyedut lebih daripada 4000 bahan kimia beracun. Nikotina dalam rokok boleh menyebabkan kanser peparu, kanser mulut dan penyakit kronik yang lain. Malah ahli sains juga menegaskan bahawa orang yang tidak merokok terdedah kepada bahaya yang lebih besar apabila mereka menyedut asap rokok dari perokok lain. Ia juga membazir duit. Seorang perokok yang menghisap sekotak rokok sehari (berharga RM4,mana dpt dah kot harga nie..), membelanjakan lebih kurang RM1,300 setahun untuk membeli rokok � jumlah ini boleh digunakan untuk membeli 30 CD yang asli! Jadi hargailah kesihatan anda�jangan merokok.
SAYA berusia 21 tahun dan sudah berkahwin selama tiga tahun, tetapi belum dikurniakan anak. Saya mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala sejak berkahwin, haid saya mula tidak teratur.
Haid terakhir saya adalah pada Oktober 2008. Secara purata, haid saya datang hanya lima atau enam bulan sekali. Apabila didatangi haid, ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk berhenti.
Saya juga mempunyai masalah senggugut. Doktor memberikan ubat untuk menghentikan darah saja dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah pada rahim. Adakah saya sukar hamil disebabkan haid tidak teratur? Apakah rawatan yang doktor sarankan untuk kami mempunyai cahaya mata?
ALIA,
Temiang, Seremban.
PUNCA haid tidak teratur dan jarang-jarang bukanlah disebabkan penyakit pada rahim. Lazimnya, ia mempunyai kaitan dengan pengeluaran telur oleh ovari kanan dan kiri. Ketiadaan ovulasi ini mengakibatkan masalah kesuburan di samping gangguan haid sebagai masalah sampingan.
Pada mulanya haid jarang-jarang beberapa bulan, kemudian keluar sedikit-sedikit, tetapi berpanjangan. Rawatan mendatangkan mahupun menghentikan haid hanyalah bertindak pada rahim saja, ia tidak merawat penyebab asal atau sebenar. Anda mungkin mempunyai masalah ovulasi, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan ovulasi atau kesuburan.
Selain itu, pemeriksaan lain dapat dilakukan termasuk ujian air mani suami.
credit to metro
p/s : aku mengalami masalah yang sama..jugak..nie..lom ade masa nak check up.