- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa berhenti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Jun 25, 2010
Menjaga Tali Pusat Bayi.
Jun 23, 2010
Fibroid
Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
Bagaimana wanita boleh menghidapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
Apakah simptom yang dihadapi wanita?
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:- Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
- Berapa cepat fibroid tersebut membesar
- Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
- Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.Jun 22, 2010
Tip Pemakanan Semasa Menyusu Badan
Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
May 7, 2010
Koma
Apr 30, 2010
Tekanan Darah Tinggi
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan
banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.
Tekanan darah diukur
dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
• Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal
Kategori Sistolik Diastolik
Normal bawah 120 dan bawah 80
Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80 - 89
Hypertensi 140 dan keatas atau 90 dan keatas
Hypertensi sistolik 160 dan keatas dan bawah 90
Penyebabpenyebab
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
• Penyakit buah pinggang
• Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
• Faktor keturunan
• Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk
penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda & dan gejala
• Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
• Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti
pening atau sakit kepala.
• Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor
akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Komplikasikomplikasi
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ
penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis
kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
• Peningkatan mendadak tekanan darah, Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
• Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
-jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
-pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
-buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
-mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak- strok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan
Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara
• Rawatan tanpa ubatan
- Anda perlu mengubah cara hidup seperti
- Kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress
- Rawatan Ubatan
Apr 28, 2010
Demam Urat
aku pernah lah dengar ..tapi belom pernah alami.
dan buat pertama kalinya aku alami..dah beberapa hari
leher dah badan aku sakit2 sampai leher aku nak pusing pun ..tak berapa boleh nie
kawan aku cakap demam urat..maybe ade kebenaran, terjadi demam urat kerana:-
Adakalanya kita terasa kekejangan urat dan otot, kekadang terasa seperti demam, dan adakalanya urat membengkak
Kenapa ia berlaku?
Sakit urat ni ada sebab2 dia:-
*Kalau Demam urat kamu tak biasa bersukan atau sekali-sekala bersukan ~ maybe..sbb aku skrg kan tgh belajar berenang..jumaat lepas ..tanpa buat stretching..aku terus ..buat kuak lentang, rama-rama bagai..(ade ke kuak rama2)
*Kalau kamu suka makan-makanan yang sejuk kamu mudah kekejangan otot~ tak de lak amik benda yg sejuk
*Stress di tempat kerja sebab terlalu sejuk dan kerja yang banyak~ tempat keje tade stress..aku sorg je..takdelak sejuk sgt..keroje pun bukan ade sgt..kalo tak mcmana aku leh fulltime blogging..kecuali kalo kena g luar je lah ..agaknya stress gaji lambat..ekekekke
*Urat kalau anda membengkak perjalanan darah tak jalan ikut saluran yang betul dalam tubuh kita bermacam jenis urat ~ aku tgh alami nie.
badan rasa nak demam..mood pun elek..huhuhuuh..kawan ajak lak makan2..nak buat kejutan bagai..huhuhuh..takde mood.
Apr 27, 2010
Mengantuk Satu Penyakit
Oct 11, 2009
Diet Afrika Selatan
Menurut penelitian Medical Research Council, pola makan mereka warga pedesaan di Afrika Selatan dianggap lebih sehat daripada penduduk di kota besar. Sebab, warga desa ini lebih banyak mengonsumsi makanan dengan nutrisi yang lebih lengkap.
Makanan yang dikonsumsi merupakan tumbuhan liar berupa sayuran dan umbi-umbian seperti ubi, daun labu, morogo (semacam bayam), dan sebagainya. Cara memasaknya pun lebih sehat misalnya direbus, dikukus, atau dibakar.
Apa saja yang perlu diperhatikan saat menjalani diet Afrika Selatan ini?
Nikmati variasi makanan
Bangsa Afrika Selatan sangat menyukai ragam bahan makanan dalam menu sehari-harinya. Mereka juga selalu mencari inovasi bahan makanan baru yang sehat. Bahan makanan yang lebih bervariasi akan memberi hasil yang lebih beragam. Selain tak membosankan saat dimakan, Anda juga bisa merasakan banyak asupan nutrisi.
Variasi sumber karbohidrat
Selama ini kita terlalu mengandalkan nasi beras putih sebagai sumber karbohidrat. Padahal, banyak sumber karbohidrat lain yang lebih baik daripada beras putih. Misalnya beras merah, sereal gandum, roti gandum, pasta, dan sebagainya.
Ganti karbohidrat dalam menu sehari-hari Anda dengan bahan yang lebih banyak mengandung serat. Lakukan variasi beras merah atau sereal gandum.
Kurangi bumbu
Menu makanan masyarakat pedesaan Afrika Selatan tidak banyak menggunakan bumbu. Mereka lebih menikmati makanan sesuai rasa aslinya dengan cara direbus atau dikukus. Kurangi gula, garam, dan bumbu lainnya seperti kecap asin dan manis atau saus. Lebih baik ganti dengan minyak zaitun atau minyak sayur.
Minum banyak air
Diet ini mengharuskan Anda lebih memilih minum air putih daripada minuman lainnya. Kurangi soft drink atau kopi yang tinggi kalori dan tidak baik untuk kesehatan jantung
Perbanyak buah dan sayuran sebagai camilan
Di sela makan, biasakan mengonsumsi buah dan sayuran daripada camilan tidak bergizi. Hindari camilan berat yang justru membuat bobot Anda melonjak mosalnya gorengan, keripik kentang, dan sebagainya. Buah dan sayur yang kaya vitamin dan antioksidan akan lebih baik untuk ketahanan tubuh Anda. Setidaknya konsumsi buah dan sayuran lima kali sehari.
p/s: terbaca kat blog Eedany pasal diet afrika..tu yg nak tau ..
Aug 8, 2009
H1N1
1. Demam kuat melebihi 38 darjah celcius
2. Sakit tekak
3. Sakit kepala
4. Letih dan lesu
5. Sakit-sakt badan
6. Batuk teruk tidak berkahak pada perigkat awal
Pesakit juga boleh mengalami:
1. Radang mata(conjunctivitis)
2. Cirit-birit
3. Sesak Nafas
Untuk lebih detail kementerian kesihatan ader wat handbook pasal penyakit nie. korang leh download kat link kat bawah nie..
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=455
Segera dapatkan rawatan doctor secepat mungkin..
credit to jurnalpam
May 12, 2009
Bahaya bekas plastik biasa
WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.
Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.
untuk info selanjut baca sini
Mar 21, 2009
Sarapan itu Penting
Individu yang tak ambil sarapan akan mengalami masalah gangguan emosi, daya ingatan dan tenaga. Selain itu, wanita yang mengabaikan pengambilan sarapan paginya selama dua minggu berturut-turut biasanya akan makan lebih banyak pada waktu makan berikutnya. Malahan,
dia juga mungkin diserang penyakit jantung akibat berlakunya kadar peningkatan low dencily lipoprotein (LDL) di samping kurangnya proses pengaktifan insulin dalam tubuh.
