Showing posts with label firdaus story. Show all posts
Showing posts with label firdaus story. Show all posts

Jul 8, 2015

12 Tahun

3.07.03 - 03.07.15
Genap Muhammad Firdaus 12 tahun
Mama doakan Firdaus di berkati Allah dan berjaya Dunia Akhirat.Amen

Mar 27, 2014

5Hari berKem

Sejak cuti sekolah start mulai 22 March 2014
Firdaus join Kem utk penuhi cuti sekolah dengan perkara yg berfaedah.
Sabtu 22/3/14 dia join Kem di Sekolah Agama yang bertempat di Eco Dusun Bentong Pahang
tapi takde gambar , Tapi masa kem kat Bentong banyak aktiviti lasak dilakukan seperti berakit, flying fox dan jungle tracking , aktiviti night walk terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan..kecewa juga firdaus.Balik Hari ahad sampai di Bangi Pada pukul 3 petang .

Esok nya Hari Isnin 24 - 26
sekali lagi Firdaus ke Kem, Kali nie Kem Inspirasi Khalifah di Country Impian Resort Langat.
Salah seorang tenaga pengajar jemputan adalah Ustaz Don Daniyal

Memula macam kesian ,sebab dia baru balik dari kem di Bentong , takut dia penat
alhamdulillah dia okeh je .. dan satu lagi risau sebab kem Inspirasi Khalifah
Firdaus tak kenal sesiapa pun , alhamdulillah
semalam tanya macamana.
dia kata okeh je , dapat jer sesuaikan diri ..
dia kata berbaloi sangat pergi tak membazir duit katanya ..terimakasih kat ucu sebab belanja utk kem kali ini.
Banyak yang diaorang belajar kali ni . detail tentang solat, sunah2 nabi dan solat jenazah .Ada juga aktiviti Jungle Tracking , diaorang di ajar makan dalam dulang setiap kali makan , dan satu2 acara yg ditunggu firdaus NightWalk sekali lagi terpaksa dibatalkan kerana hari hujan.


Gambar-gambar sepanjang di sana yang sempat mama snap semalam .






ini masa Ustaz Don kasi ceramah pada ibubapa 
macam2 cerita kelakar tapi ada pengajaran yg ustaz Don ceritakan
antara nya dia kata dalam rumahtangga kita wajib paling kurang satu waktu solat berjemaah.


Harap Firdaus dapat banyak ilmu lepas menghadiri Kem-kem ini.

Hari ni Firdaus pagi2 dah ajak pergi klinik untuk cabut gigi, sebab gigi dia mcm nak berdouble.
yang bagus dari dia kecik , mama dah ajar kalo ada gigi nak tumbuh lepas tu gigi yg lama belum cabut, kasi tahu ..sebab nanti kalau gigi berdouble tak cantik..
jadi hari ni ke Klinik Gigi lah kami ..lepas cabut gigi mama belanja aiskerim.

.okeh Firdaus ada lagi 4 hari untuk abiskan cuti.. mama kasi rehat.

Apr 22, 2013

MISSION AT KENARI-ISTANA DARUL AMAN 29th MARCH 2013

 Aku rasa baik aku stop kejap citer mengenai umrah, walaupun hampir sebulan dah aku balik dari mengerjakan umrah..tp cerita pasalnya belum selesai lagi..

kadang bukan apa..hati ni terfikir jugak ,risau kot2 ada yg mengatakan aku eksyen ke..
aku pun kalau boleh taknak bercerita pasal ibadah2 aku di sana sbb takut menimbulkan riak dan sombong

cuma apa yang aku tulis , hanya untuk kenangan diri sendiri..bukan senang nak sampai sana, sekurang2nya bila rindu nak ke sana aku boleh baca balik entry2 aku .

untuk entry kali ni aku cerita pasal Firdaus :-

Oleh kerana aku telah meninggalkan Firdaus lebih kurang 2 minggu lamanya,
jadiknya mama menebusnya dengan menemani Firdaus ke Kedah Untuk perlawanan Persahabatan dengan Team Kenari di Istana Anak Bukit dan Stadium Jitra.

Keputusan perlawanan, ada yg Team TJfC menang..dan ada yang Team Kenari Menang.

lepas 2 hari di sana dalam perjalanan pulang sempatlah kami singgah untuk soping,antaranya kami singgah di Padang Besar.

Dan akhirnya pukul 2 pagi 31 March kami sampai ke Bangi .

penginapan kami semasa di sana, sangat selesa, 
budak2 tinggal kat dorm.

 otw ke istana anak bukit untuk 1st game,di hari pertama



 bas yg bawa kami ke sana dan pengangkutan semasa di sana






 Hari ke 2 di Stadium Jitra



Masa balik ,singgah solat jamak zohor dan Asar di Padang Besar 
sambil soping.

Apa pun seronok trip kali ni..cuma nextime rasanya kalau ada trip lagi mama terai lepaskan fir pergi sorg

sabtu ni firdaus ada camp motivasi anjuran kpi, untuk ketua kelas,Penolong dan pengawas
jadiknya firdaus terbabit..pada mulanya risau nak lepas kan, tapi sebab dah tgk firdaus masa trip pergi Kedah aritu Fir pandai jaga diri ,jadi mama izinkan..



Jul 31, 2012

Kelas Teori di Bulan Ramadhan

Firdaus kan ada masuk Kelab Bola yang diberi nama Tunas Juara FC
Jadiknya sepanjang ramdhan , tiada latihan akan di adakan .
Tapi akan diadakan kelas teori sahaja

Tempat Seperti biasa , di Kolej Polytech Mara Bangi..ceh..mcm student je..heheheeh
firdaus kata seronok kelas nya tak memboringkan..
sebab mamanya ada cakap, kalau boring ,tak payah lah firdaus pergi nanti nextweek..atau dalam hati mamanya , boleh ler mama sambung tido lepas subuh..hahahhahha.
Tapi firdaus kata seronok sangat , dia nak datang tiap2 minggu..
Terus mamanya dalam hati berkata2, melepas gua nak tido lepas subuh..hahahaha..padan muka..

Ini kelas minggu lepas 
Sabtu 28 Julai 2012




Apr 24, 2012

Tak payah dah pakai baju sukan

Semalam lepas ambil firdaus dari sekolah
sampai dalam rumah , firdaus cakap ngn mama dia

mama nanti hari jumaat fir pakai baju sekolah biasa je..
maknanya dia cakap takyah pakai baju sukan

aku pun pelik dan tanya balik , kenapa pulak cenggitu..
cikgu tak nak kasi jasmani ke..sebab sekarang asyik ujan je petang

pic credit to google

Bukan sebab tu firdaus cakap
cikgu kata , kitaorang tak boleh jasmani selama sebulan
sebabnya ada seorang rakan kelas fir tangan dia berjahit, sebabnya masa jasmani aritu , ada yang tertolak kawan, dan sebab kes tu semua orang tak boleh jasmani..

Mama cakap ngn firdaus..tu lah..
lenkali jangan ler tolak2 , ke lasak2 ke..
firdaus jawab..bukannya kawan dia tu sengaja..tak sengaja pun..

Apa pun kesian ler budak2 lain yang nak jasmani..asyik belajar pun tension gak.
dulu firdaus tangan patah pun tak jadi halangan dia nak jasmani..

Tapi bila fikir positif , ada ler sebab kot cikgunya kan..
Kalau fikir negatif..cikgu tu malas kot..
hahhahahhahaha..tapi sian budak2..


Apr 17, 2012

Langsung Tak perasan pun itu artis.

Biasalah rutin aku setiap pagi sabtu dan ahad 
aku akan tengok fir ngn TunasAfc Main bola
dah berapa minggu aku pergi 
langsung ler aku tak pasan

sampai lor semalam masa tengok2 gambar kat fb diaorg 
still tak perasan lagi..tapi dalam hati cakap..aku pernah tengok mamat ni...tapi di mana ye.

sampai ler semalam masa firdaus balik sekolah ,dia cakap..
mama pasan tak ada sorang pelakon tu..terus aku dapat tangkap sapa yang dimaksudkan oleh firdaus..

yang tengah tongkat dagu tuh

cer teka siapa kah.?

dia buat per kat sana..mestilah tunggu anak dia jugak..
tapi anak dia player umur 6 tahun..
boleh tahan.ada bakat jugak..


Ini lah anak Zul huzaimi

pic credit to jaggat.com

.

Apr 5, 2012

Balik Sekolah

Kejadian petang semalam 
masa ambil firdaus dari sekolah 
Mula-mula akaknya pegang tangan
bila dah nak sampai je kereta, nampak mama
excited nak citer apa yg berlaku kat sekolah 

Firdaus cerita ,ada budak perempuan suka 
sangat pukul2 dia..
mama cakap jgn balas ye apa budak tu buat..dia kan perempuan
tapi firdaus cakap dia menyampah betul ngn budak tu

agaknya budak tu nak ngorat kot..



Mar 13, 2012

Keadaan Firdaus Terkini

Alhamdulillah tangan firdaus dah 99% pulih
dah tak perlu nak balut-balut lagi 
cuma firdaus macam tak yakin yang tangan dia dah elok
jadik kami pakaikan dia dengan benda kat bawah ni , bagi menyokong tangan dia supaya tak terjadi 
perkara yang tak diingini, 
firdaus pun lebih berkeyakinan bila pakai benda ni , kalau ke sekolah atau keluar rumah 
dalam rumah jer dia biar tangan dia betul-betul free



Firdaus pun dah baik dari demam
dah ada selera nak makan

Pagi tadi sebelum ayah dia pergi kerja

Ayah dia tegur : eh , ayah tengok perut fir dah maju ke depan jer

Firdaus ngn muka bengang : Mama lah salah ,hari-hari masak sedap,..camne fir tak gemuk..fir tak kasi mama masak..tapi hari2 mama masak.paksa2 fir makan..

Mama masa tu tengah siap2 sarapan untuk si ayah..

Mama : eh mama pulak yang salah ,abis takan ler mama nak bior anak mama kelaparan kan !

Macam-macam..hal..


Mar 1, 2012

Putus selera


Firdaus cakap tahun 2012 tahun dia sakit
dari awal tahun , dengan patah tangannya
masuk feb ,demam pulak ,badan dah tak panas
tapi dia macam lemah je, tak berselera makan

Baru sesuap dua , dia dah tolak tepi
tak selera katanya
macam2 makanan feveret firdaus mama dah masak
tapi firdaus hanya sekadar jamah je

Hari ni firdaus pergi check up tangan dia
semoga bertambah baik,
hari nie ayahnya pulak yang bawa

Mama nak kasi upah tengok Adnan sempit 2 pun firdaus bolayan
maknanya kalau itu pun dia bolayan ,
 memang dia betul2 x sihat ler tu
kalau dia sihat ,awal2 lagi dia dah ajak mamanya tengok

Ni mama ajak, dia diam je,
maknanya memang dia tak larat bawak badan dia ler tu

firdaus cakap, dia sakit nak kurus..

mama senyum je lah dengar..
apa-apa ler fir.


----------
Sent from my Nokia phone

.

Feb 21, 2012

Dekat je pun

Sebenarnya aku dah buat keputusan 
Supaya firdaus ke sekolah kebangsaan dengan menaiki van
walupun rumah kitaorg dekat je..kalau jalan kaki dalam 8 minit je pun..
Tapi sebab faktor keselamatan dan takut aku tak sempat nak amik dia waktu tengahari tu 
sebab kadang2 aku kena jumpa customer tak dapat balik tepat pada waktunya 
jadi jalan yang terbaik adalah biar dia naik van ..walupun ..walupun kalau difikir2kan ..
alahai, sejengkal je umah ngn sekolahnya ..tapi..sebab firdauskan tangannya tak okeh..
risau kalau terjadi apa2 ditengah jalan..jadik baik aku amik tindakan dulu

sampai satu waktu , firdaus dah bersedia jalan kaki balik ke sekolah macam sebelum nie.
sebenarnya tangan firdaus dah sembuh pun
tangan yang patah tu dah elok, tulangnya dah bercantum, tak nampak langsung dah kesan patahnya 
cuma takut masih tidak kuat je..jadik doctor masih suh bandage lagi

maybe lagi 2 minggu baru takpayah berbandage
jadiknya keputusan yang aku buat ni 
untuk fir naik van ke sekolah setiap hari adalah muktamad.
aku sendiri takyah kelam kabut nak pikir nak hantar dia waktu tu..

 doctor suh buat exercise tangan

kena bandage lagi

kadang kita ni tak sampai hati..hari2 runsing fikir keadaan anak2
nak yang terbaik untuk anak2
semalam firdaus dah mula bersekolah setelah sebulan setengah jugak bercuti 
masa nak hantar tu , macam sedih pulak 
risaukan tangan dia..

Tapi alhamdulillah dia okeh je , pandai jaga diri.

.

Jan 30, 2012

Saya bz belajar

Sebenarnya semenjak firdaus tangan patah nie
hari-hari ler mamanya nie membebel

Hari-hari membebel suh tengok2 buku sekolah
suruh buat apa yg patut
ye lah walaupun tak sekolah, buku wajib kena tengok

Jadiknya itu ler yg aku bz kan sekarang
hari2 dok ulangkaji buku sekolah tahun 3

supaya aku boleh ajar firdaus buat kerjasekolah 
lelagi lepas dapat basikal, nie kena lagi tekun
yelah sebelum beli , macam2 syarat kitaorang kasi , dah macam2 janji yang firdaus buat 

Jadiknya dari minggu lepas
lepas dapat basikal , lepas puas enjoy mandi laut semua 
dah tiba masa untuk fokus pada pelajaran , tak boleh main2 
dah nak 3 minggu firdaus tak ke sekolah , ini hari tu g check up 
doctor kasi lagi mc sehingga 16 february , 
Jadiknya aku terpaksa menjadi cikgu yang garang kepada firdaus

pening jugak nak belajar balik..lelagi balik ke tahun 3
dah lain dari dulu 

lelagi kena bahasa arab..terkelu lidah
ye lah time mamanya dulu mana ada belajar bahasa arab
nasib ler firdaus tau jugak bahasa arab..terbalik , udahnya dia pulak ajar mama bahasa arab

Minggu nie firdaus tak boleh lepak umah nenek
Minggu nie kena duduk umah mama..kena abiskan semua sukatan dan homework yang mama kasi



Jan 19, 2012

Cerita 3 hari nak 3 malam di Hospital


Gambar-gambar ni semua masa Firdaus warded aritu
Malas nak citer apa sangat , sikit2 je
ini pun buat tatapan firdaus satu hari nanti

Kenapa tajuk camtu
sebabnya dah abis waktu melawat pada hari ke 3 , hari selasa
baru dpt surat leh keluar
______
Ahad , hari kitaorg check in hospital kiranya
memang dah tau dari hari jumaat , doc kol
suh masuh wad, tangan fir harus jugak dioperate



firdaus ni, memang selalunya berselera jer
Malam tu nurse bawak pergi tingkat 7
siap2 utk buka simen, senang esok nak operation
esoknya seawal pukul 7 , fir dah ditolak ke OT
Depan OT
Mama kena pakai baju biru
mama dapat masuk sampai bilik pembedahan, lepas doc terangkan 
apa patut nak buat, tenangkan fir masa kasi ubat bius,
doc tunjuk tmpt yang patah , lepas tu mama di bawa oleh sorg doctor ke bilik menunggu
tunggu dalam 1 jam jugak ,selepas operation

sayu hati , bila tengok firdaus terlantar 
walupun bukan sakit kritikal ke, tapi tak dpt bayangkan kesakitan 
yg dialami, sayu ati mama, tp tahan je airmata

masa dah balik dari OT
Muka monyok je sebab penangan ubat bius
lepas tu asyik muntah2 jer
esoknya firdaus dah sihat
tak pening dan muntah lagi sbb ubat bius dah habis
jadik lepak tgk tv


Lepas tu datang cikgu ,
ajak pergi Sekolah dalam hospital

Ni sabtu lepas masa bawak pergi check up
kat Az Zahrah,

Macam nie lah keadaan firdaus
yang kuning tu kain yg dibalut ubat kuning , tutup besi

Happy Weekend semua, mama kita cuti lama raya cina nie
Happy Chinese New Year