Apr 19, 2009

Gadis dirogol 15 mat rempit

KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.



"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan.

"Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.



Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.

Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu.

Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.




p/s:- budak-budak sekarang berani sangat nak ikut kawan ler..atau org yg baru dikenali..

harap semua nie takan ter jadi kepada family kita.




*******************************************************************************

dapat lagi award dr fafau fotopages..rasa ramai yg kenal..

thank fau..den berjaya lagi mencopet 3rd commentor...buat kali ke 8..



27 comments:

Liza said...

Baca berita skrg nie makin ngeri, takut kan nak membesarkan anak skrg

♥ Mrs. C ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ Mrs. C ♥ said...

Na'uzubillah.. takut laa.... hrp2 tak berlaku la pada anak2/saudara mara kite. kdg2 org yg nampak baik, tp sebenar nye jahat ade agenda..

CS @ Mama AA's said...

budak skang mmg terlampau brani,

klu kes ni mcm saje serah diri,

sbg guru kat skolah lg pening mcm2 crite dgr...

moga family kita semua dilindungi Nya

Sitie BUm BUm said...

berani tol bdk tu ek?

De' Sal said...

Memang patut kena pun,sape yang suruh gatal2 nak ikut mat rempit tu.kalau anak dara baik bukan senang2 nak ikut budak laki camtu.

Cikgu Ije said...

erkk.. 15? isk. makan diri sendiri.. tu la akibatnya.

semoga jadi iktibar utk kita sume~

Suziey Ahmad said...

ish ngeri la kty baca kisah tu..ya Allah..cedera truk pd bhgan kemaluan..ish..dhla 15 jenis tutt yg masuk..adeiiii.dia [n brani sgt iklt org

~Eila Nur Kaseh~ said...

kakty, tu la budak2 skang dah tak hargai maruah diri..cuba letak malu tu no 1..sure tak jadi kan..agaknya bohsia kot..senang2 je ikut org..cam pompuan murah..hiks..

KV said...

ngeri kan kty.

mie said...

salam....
terlalu ikut kawan...
begitu la akibat nya...

nak tanya ni...
camna buat "you might like these stories"
siap da gambo lagi...
kat mn nk amek tutorial tu ek??

IEYNA said...

salam kak aty....

takut dngr citer2 mcm ni..

pesan ngan nurul, hati2 dlm memilih kwn.... :)

pRincESs_N said...

byk btl kes rogol...rs sgtt x slamat...k.ty..ade dak skola bangi hampir drogol..tp x jd..sbb bdk tu period..ade kt metro smlm..skola mane x to...

joegrimjow said...

kesan bernafsu beso

sue-ab said...

nak salahkan sape tu?...

@LiYaNNuaR ツ said...

15 vs 1... mak aiii... ngeri nya...

Izan said...

sakt ati, sakit jiwa sakit segalanya bila baca berita ni..

Syima Syaz said...

15thn tak sekolah?erm.....

juelee said...

tu la kak..bebudak skang neh menakotkan lebey matang dari usia..
adeh camne la generasi kiter neh akan dtg...

Abang Long said...

Bila sudah berlaku. Barulah semua nak menangis ...

purp said...

nak kata kesian... x lah rasa kesian sgt... sbb mmg mcm serah diri. nak kata bodoh pun x gak sbb pastu tau pun report polis. pendek akal kot, x pikir pjg... dah kene baru tau.
budak2 pmpn, klu baca ni x amik iktibar gak, x tau lah. jgn mggatal nak merayap dgn budak laki!

zino said...

macam2 kisah zaman sekarang ni..

Y@ZeD@ said...

uish takotnye la msia skg nihh.. dh makin berani budak2 skg..!! huhhhhh

Wawa_Nadwa said...

nk menyesal pon dh tak guna benda dh nak jdik.
nape la berani kuar mlm2 ngn bdk2 cam tuh..
pastu dh tak sek..

p-na mama oja said...

huhuh..ngeri.. seram pun ada..x dpt nk bygkan..isk isk

CuTeMiUt78 said...

ish.. ngeri aarrr baca.. minta dijauhkan la sanak saudara dari terlibat...

ct rahani said...

takutnya baca.. arap2 dijauhkan la..