Apr 10, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W dgn Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali


Wallahualam




*************************************************************************

dapat award dari adik yanie..

tq dik..

6 comments:

joegrimjow said...

best best
xpernah denga plak cite ni...
thx ya

Izan said...

bagus jadikan teladan hidup =)

mama wanie said...

a ahh tak pernah dengar..

mulianyer Rasulullah kita kan..

bgmana pulak kita???

Anonymous said...

1st time dengar kisah ni.

kerdilnya diri ni

Anonymous said...

k.ty, betapa mulianya Rasulullah ye? Kite pun x mampu nak emmpunyai sifat yg semulia itu. Susah nak bersyukur. Mkn buah masam, mesti komplen. Org bagi kite hadiah, if kite x suke mesti mulut nak berkata-kata. Subhanallah...

attyfir said...

erda ~ tu ler kan..insaf bila baca kisah nie..