Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Feb 11, 2012

Ini Tidak Adil

Kadang-kadang rasa macam dunia ini tidak adil
Tapi malas nak amik port
Nanti kau tau ler bila aku dah takde kat situ
buat ler semuanya sendiri

Agak2nya , kalau aku ler cakap mcmana orang tu cakap
dapat tak aku imbuhan sebanyak orang tu dapat..mesti nan hado punya

Takpe..ada rezeki, mesti ada yang terbaik untuk diri aku .

Feb 23, 2011

Research

Hari nie saya agak membizi buat research selain menyiapkan payroll
Dari semalam saya mintak uncle..budak-budak semua claim diaorang
sebab saya nak cepat buat payroll dan nak cepat dapat gaji

Tapi boleh lak diaorang cekap ..eh cepatnya..
Saya tau lah korang awal bulan dapat bonus nak dekat 10k memasing ..sebab tu berlagak agaknya bulan nie tak payah bergaji ..tapi aku pulak macamana?

Takan tak nak gaji kot..dah ler gaji aku paling ciput kat sini ..nak lambat2 kan gaji aku pulak..
Aku kasi lempang sorang-sorang kang baru tau

Ujung minggu nie ada banyak kenduri dalam 4 bijik rumah .
Aku macam tade mood ler ..sebabnya tertiba je jerawat naik mencanak-canak kt muka nie..
Masa muda-muda dulu punyalah susah nak naik jerawat..umur dah makin kertu berlambak lak jerawat naik ..macam buat marathon lah pulak kat muka aku ..
Tertiba rasa macam nak buat makeover je..nak suh orang make up sampai ilang semua jerawat kat muka..?

 ke gi ngn muka bermask camnie?

Tapi sompek ke gaji acik keluar sebelum ahad nie..sadis sungguh..! mustahil..kalau idak 3hb..takan gaji punya

okeh kena continue buat research.....

.


.

Feb 18, 2011

Bila Seorang Kawan Berkecik Hati

Dari semalam aku dan geng-geng lama Melcom dok koling sana sini
Ada seorang member baik kami bukan nama sebenar si Nor 
akan adakan majlis persandingannya pada minggu depan
Masalahnya awat ler tak jemput-jemput lagi

Rata-rata aku dapat sms
tanya aku kau pergi ke idak ..nanti kita jumpa sana ate dah lebih 6 taun memasing tak jumpa
Masalahnya Nor memang ada jemput , tapi bulan 10 tahun lepas
Apaler salah nya kalau si Nor nie sms ler balik kekawan confirm kan balik tarikh bersandingnya

Kalau tak dpt datang umah kasi kad pun
Sms je..tak pun kan Facebook ada
Kecik ati kawan-kawan tau !


.

Feb 11, 2011

Kenapa kah kita berrtembung?

Kadang-kadang tanpa disangka kita akan
bertembung dengan seseorang yang kita tak berapa suka
atau dia yang tak suka kita

Tapi bukan kita minta pun pertemuan itu
Atas dasar hormat kau ku sapa, ku tegur bertanya kabar

Walaupun ku tahu  
aku tak suka kau, kau tak suka aku 
aku benci kau , kau lagi benci aku 
walaupun kebenaran kau sebenarnya tahu
amat teramat malu dengan aku 
tapi aku tak kisah, tade perasaan benci itu 
malah menghormati kau


.

Jan 18, 2011

RM1, Duit Jugak

Pagi nie aku sarapan tempat agak selalu jugak kitaorang makan
Biasa lah fir makan roti canai .. akak makan nasi lemak

Aku seperti biasa ilang selera makan dengan secara otomatik
Walupun memula aku order jugak roti canai, lepas tu tertiba taknak makan pulak

Lepas makan , biasalah kena bayar
takan orang nak kasi free lak kan

Aku order roti canai 2
Nasi lemak biasa 1
Teh Tarik 1
Air kosong 2

Totalnya = RM5.60

Aku cakap dengan akak , aiik kenapa macam mahal je , macam sudah terlebih bayar
Si akak pun pergi panggil balik pakcik tadi , suruh kira balik

Lepas kira-kira balik rupanya memang terlebih rm1,
Pakcik tu boleh nak salahkan akak , konon akak salah cakap , akak tercakap teh tarik 2..
ekeleh pakcik ..ko yang amik order tadi , sepatutnya kau takyah orang cakap apa kitaorang makan pun ko dah leh tau ...dah ko yang amik order

Lepas tu kedai ko tadi bukan ramai pun customer
Boleh lah salah kan budak tu , padahal budak tu dah cakap betul

Sampai akak cakap ngn pakcik tu
saya dah cakap betul2 , pakcik yang pekak
tu nasib baik akak cakap pekak je
kalau aku tadi aku tambahkan PEKAK BADAK ,PEKAK BERUANG , PEKAK RIMAU ..
abis semua aku sebut ..kalau aku yang deal tadi .

Lepas tu bukan nak mintak maaf
tak kira lah ko tua ke muda ke
kalau kau dah buat salah , kau mintak lah maaf

Pagi ni dapat akak rm1 lagi lebih buat belanja sekolah
dari kasi taukeh kedai yg dah memang kaya ,
lagi nak kaya buat pe .!

Leh pergi haji balik hari oooh..kalau itu macam kira.

.

Jan 13, 2011

Kau ingat lagi nama aku kan !

Sejak akhir2 nie
Bila aku beli nasi lemak
Peniaga nasi lemak yang selalunya makcik
Dah bertukar kepada seorang lelaki

Owh ye , aku sudah semestinya kenal lelaki tu
Dia pun kenal aku
Yer lah kami pernah satu kelas 2 tahun masa sekolah rendah

Pagi tadi , aku singgah lagi sana setelah sekian lama tak singgah
fir lah ajak singgah

Peniaga nasi lemak @ kawan aku tuh
pun kasi ler salam ,

Kawan aku : Assalamualaikum
aty              : Waalaikum salam , kasi nasi lemak satu ye
kawan aku  : Itu anak kau ye , (tunjuk ke arah fir , sorg je ye )
aty              : 3 anak aku yang paling besar pun dah form 5 ,

Kawan aku tu mulalah tanya itu ini lah , benornya aku malas nak borak2 nie , bukan apa dah lama sangat berlalu , lagipun aku dulu bukan rapat pun dengan dia , lagi dia tu laki-laki bukan perempuan , tu yg malas skit nak ramah tamah

dah siap nasi lemak aku , terus ler aku cakap , terimakasih ye zam!

sekali kawan aku tu leh cakap , owh ko ingat nama aku ye

dalam hati aku ekeleh bangga ler tu aku ingat nama dia , dia tak tau yg benornya aku terjumpa mak dia aritu , aku tanya ler sapa nama anak makcik yg sebaya ngn aku tu sebab aku tau

lepas tu dia tanya lak nama aku , nama kau sapa ye ..aku lupa

aku terus je jawab ko, Peah !, fir pun tersenyum2 masa aku cakap nama aku peah ..

kawan aku tu lak terus muka tercengang2..

cepat-cepat lah aku  blah ..malas nak sembang lelama..kang tak pasal orang ingat itu kekasih gelap aku
dah ler dia memang gelap .

Jan 12, 2011

Track Suits cerut/zip tidak dibenarkan

Semalam adik minta duit nak beli Track Suits
Tapi track Suits yang nak dibeli 
mesti ada ciri-ciri seperti yang cikgu nak

Sebab adik kata cikgu tak kasi pakai tracksuit yang kaki dia ada zip/cerut
Mungkin ada sebablah kot kan cikgu tak kasi pakai yang kaki dia ada zip
aku cuba berfikiran positif
Walaupun akak ngn adik cakap
janji ada jadik le ,cikgu ni banyak sangat songehnya ,kata anak2 aku!

yang camnie kaki dia ada zip/jerut
cikgu tak kasi


yang bawah ni 
dibenarkan!


Walaupun kami bukan orang senang
Masa nak masuk sekolah aritu dah beli 
nampaknya kena beli lagi
Aku cuba jugak lah cari seperti yang cikgu nak tu
Semalam adik dah cari kat Warta tak jumpa

Ari nie aku terai cari lak ,benda2 ni kalau time kita nak cari 
nanti mula lah tade
kadang terpikir
kenapa kat sekolah tak jual je seperti apa cikgu nak
macam beg sekolah ke, tracksuit ke,tshirt ke,setokin ke.tudung
jadik semua ikut spec yang diizinkan senang
budak2 pun takyah nak pandai2 pilih sendiri 
mak bapak lagi senang!
tak bazirkan duit


pic credit to google



Jan 11, 2011

Sana sini situ jem dari pagi bawak ke tengahari



Pagi nie kononnya aku nak ke PublicBank Sg Chua
Aku nak bank in kan cek

Sekali sampai je area Sek 7
kereta dan beratur panjang
sampai ler kat area nak masuk ke tol Sg Chua tu
Jadi Aku buat keputusan masuk je lah ikut tol
Ingat jem sebab nak bayar tol je
walupun sebelum tu dah dengar kat radio, jem disebabkan ada accident

ni ler gambar2 yang aku snap masa kete tak bergerak
dalam2 jem tu puas aku berpikio
nak ikut jalan mana nie , kalau layan kan jem tu , 
ntah kol berapa masuk opis


 akhirnya aku berjaya meloloskan diri dari jem

ingatkan abiskan situ je
sekali time lunch hour , aku nak amik fir antar g sekolah 

jem lagi 



tengahari tu dari sg ramal , masuk je jalan ke Soho tu terus stuck situ 15 minit..
sudahnya fir lambat sikit masuk kelas..
lambat tak lambat lah , tapi budak pagi sudah balik time aku hantar tu 

Punca jem adalah kerana accident
Biar lambat asal selamat
tapi jangan lambat2 sangat sampai bikin orang belakang marah tau!



Jan 4, 2011

Dia Pandang-Pandang , Dia Jeling-Jeling

Semalam sebelum aku hantar firdaus ke sekolah kebangsaan 
Dalam Pukul 12 pm 
Kami ke Maybank 

Kat sana aku terjumpa seorang Hamba Allah 
Aku yang pada awalnya tak perasan

Tapi selepas aku rasa ada orang perhatikan aku 
aku terpandang dia jeling2 
lepas aku toleh kat dia , dia pun senyum , senyum konon ..

Aku senyum ala kadar je
Nak lebih2 sorry ler..tak kose aku 
Aku tak kose dah beramah mesra dengan kau
Tak kose nak sembang2 dengan kau
Aku tade urusan dengan kau

Kalau ikutkan hati aku ,sampai mati aku benci kat kau
Tapi aku taknak simpan benda macam tu dalam hati aku 
Lupa kan je semua apa yang berlaku dan biarkan berlalu ,
walupun tiap kali tengok wajah kau 
Memang sukar melupakan  setiap perbuatan kau

Lelagi bila start tahun baru 
Lelagi Tahun baru nie , korang tak menjalankan tanggungjawab 
Memang bukan salah kau, tapi ada kaitannya dengan kau 

Tak kesah semua tu
Yang penting Hutang budi dibawa mati
Jadiknya tolong jelaskan secepat mungkin

Dec 28, 2010

Responsibility

Many people perhaps think they are very responsible,
but do they really know the meaning of responsibility?

So what we mean by responsibility?

We first need to be responsible for ourselves before we can be responsible for others !







Dec 22, 2010

Maaf lah kawan

Dua tiga hari lepas 
ada kawan aku kol..

Dia kol nak mintak address opis aku 
Aku cakaplah nak buat apa..
dia taknak cakap


Semalam pulak kol lagi 
Siap nak mintak no registration company yg aku keje nie 
Aku tanya lah ko nak buat apa 

Baru dia citer
dia nak buat loan ..nak beli kereta
aku pelik, nak beli kete pun kena ada no registration co ke?
Dia keje sendiri jadiknya tade address company ke camtu lah 
jadik sukati makpak dia je nak pakai company aku punya nama 
lepas tu siap offer aku duit

Aku terus cakap sorry lah 
aku mmg tak dpt tolong
Duit yang ko kasi pun ciput
kalau banyak pun aku tak ingin 

Company nie lah tempat aku cari rezeki
Senang2 je kawan aku nak tabur pasir lak
Perlantakkan ngn dia

Aku bukan heran ko nak kawan aku ke tidak ke
Sebab selama aku kawan ko pun 
Aku tak pernah mintak tolong kau (mmg peel aku bukan jenis nak amik kesempatan pada kawan2 , mintak tolong itu ini , mintak tolong nak pinjam duit ke ..sorry ler )
Jadik aku tak heran takde kawan mcm kau 

Tapi dia mesti tetap jugak akan selalu sms aku ler
sbb dia mana ada kawan lain..aku je kot yg sudi kawan ngn dia 

Kadang pelik dengan orang yg suka amik kesempatan pada orang lain
Aku sebenarnya cukup menyampah
Walupun ko tengok je aku mcm nie ko tau kan sifat aku 
Kalau aku tak suka , aku cakap tak suka

Kadang rimas ada kawan2 macamnie
Keje nya asik minta tolong kawan2
Tak terpikir ke , yang aku ni tak penah mintak tolong dia apa2

Kawan-kawan jugak , kalau sampai jadik lawan 
baik takyah dibuat kawan , tak rugi satu sen pun .
Lagi2 kalau kawan yang macam parasit
asik mintak tolong, naik menyampah dah nak tolong.

Sebab tu aku lebih suka low profile
bukan sombong tapi takut
takut dengan orang yang suka amik kesempatan
Lagipun aku bukan orang kaya 
Takleh nak ikut cara orang 

Hidup dengan dunia sendiri lebih bahagia



Dec 20, 2010

Ketidak Puasan Hati Terhadap I-city

Bersambung dari entry impian anak dara
lepas kami dapat tengok si Akim idaman hati si akak tu 

Sebelum tu benornya kami nak ke toilet
Tapi camne leh lupa lah , lepas dapat jumpa si Akim
Puas le jalan2 sekitar area kedai2 yg kat Steambot tu
Tanya Anggota rela bagai , mana toilet
Anggota Rela tu pun tak tau 

Okeh pendapat aku mengenai i-city
tempat dah cantik, menawan , banyak lampu2
seperti yang reza dan kak engku kasi tau 
seminggu pengunjung i-city mencecah
700 ribu pengunjung untuk seminggu, ramai tu !
parking rm10 satu kereta kalau tak silap , 
kalau silap pun andai rm2 hengget pun dah masyuk

Tapi yang tak beshnya punyalah susah nak jumpa toilet
udahnya aku pergi kat lot2 kedai yg agak jauh ler
agaknya sapa yg tak tahan mesti dah terkucil tengah jalan 
Jadiknya pendapat aku , lebih eloklah disediakan lah Tandas Awam 
untuk kegunaan orang ramai dan surau jugak.

Dec 17, 2010

why am I so happy?

I am excited because this !
Coach

like this one so much..


  to my sis

make my  dreams come true

Dec 14, 2010

Bila Mama dah marah

Semalam selalunya kalau dalam pukul 12.30 pm ke pukul 1 pm
aku akan kol firdaus, tapi semalam kol2 tak dapat

Aku akan mula risau kalau takdpt kol fir
Jadiknya aku bergegas cari fir
biasanya port fir selalu kat Blok 5 , lepak bawah tu sambil main basikal
Sampai2 je situ , aku hon2 ..dia kenal dah hon kete mama nya
terus dia berlari jumpa aku,

Aku terus tanya , kenapa mama kol fir tak dpt, fir tau tak mama risau
mana hp fir ?

Terus dia macam takut2, tapi terus ambil hp dia
Sekali aku tengok, hp dia off
puas aku on tapi tak mau
Aku pun bukak lah belakang , keluar kan bateri
Rupa2 nya terdapat cecair, aku tanya lah kenapa nie

Rupanya, hp tu terkena aiskrim ke apa tah
Terus tertiba aku rasa mcm berhangin
Terus  aku  suruh fir balik
Antar basikal umah nenek, lepas tu ikut mama balik rumah

Puas jugak masa tu fir meraung2 taknak balik
sampai aku terpaksa rotan sekali dua
Terpaksa jugak ajar dia
sebab dia dah buat salah kan , rotan utk kebaikan

Tapi hari nie aku happy sebab dia ada kat rumah
Hati aku happy takyah nak ke hulu hilir nak pantau dia
Kiranya hati aku ni otomatik je tertiba rasa ringan



Dec 3, 2010

Takdir Itu

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke Opis 
dengar Hot Fm,
hari ni topik pasal aduan..apa2 yg kita nak adukan leh kol hot fm 

sekali tu ada pemanggil bernama Ari dia kol
cakap semalam dia sah bercerai dengan isteri dia 
lepas tu ada ucapan untuk isteri dia 
sedih pulak aku dengar Ari merayu isteri dia 

Tapi apa pun kita tak tau 
apa masalah yang melanda diaorang 
apa yang kita boleh buat 
hanya mendoakan yang terbaik buat ari 

lepas tu keluar pulak lagu nie
syahdu betul ..sedih pulak aku dengarnya,sob..sob..sob


Tapi dalam hidup ini 
kita tak jangka , apa yang akan terjadi pada kita
hidup ini umpama roda yang berputar 
sekejap kita di atas , sekejap kita di bawah
oleh itu kita kena senantiasa ingat diri kita

Jangan menghina orang,bongkak,sombong
sebab kita sendiri tak tau nasib kita macamana

Hidup dalam berumahtangga , ada mcm2 permasalahan 
ada suami curang,isteri curang, pasal family ,pasal duit ,pasal anak 
semua tu leh menjadikan sebab kenapa seseorang itu bercerai 

Tapi bukan penceraian itu yang kita minta
semua itu takdir,takde orang dalam dunia nie 
saja-saja nak perceraian itu terjadi

jodoh,maut ,rezeki semua dah ditentukan olehnya 
kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan

hari nie 3 december 2010
aku ucapkan Selamat Hari Jadi, buat seseorang
semoga bahagia selalu 
dan senantiasa ingat akan tanggungjawab , yang diberikan 
tanggungjawab itu amanah yang tak harus dilupakan'
andai tanggungjawab itu dilaksana
aku akan betul2 memaafkan.

Oct 14, 2010

Aku Nampak dia ..terus aku kensel..

Petang semalam ..masa aku nak pergi Pustaka rakyat.
masa aku nak parking ..tertiba .aku ternampak .lah seseorang yang aku kenali .
tertiba je aku rasa tade mood..
lelagi balik keroje..memang tade mood ..nak bertegur sapa..tade mood .nak rewind citer lama..
semuanya tade mood..

Nasib dia tak perasan aku .
Antara aku dengan dia takde hal..
cuma antara dia ngn staff lain..
aku malas nak jawab kalau dia tanya pasal staff  lain .
tade mood nak mengumpat di petang hari .

Jadiknya ..aku pikir2..dari kena jawab macam2.
baik aku blah ..jadiknya aku terus blah dari situ ..kensel nak beli buku latihan firdaus..








Sep 29, 2010

Bila Seorang Sahabat memerlukan ..kita..

kadang aku selalu tertanya-tanya ..
adakah aku cukup baik sebagai seorang sahabat ..
sedaya upaya aku cuba jadik yang terbaik ..
berada disisi sahabat yang memerlukan ku ..

Hari ahad ..petang seorang sahabat.aku kaknida..
yang dulu ada krisis ngn si suami .
call aku ..dia cakap hari isnin dia kena naik mahkamah ..

dari dia cakap .dia citer ..aku tau .dia perlukan aku .
untuk temankan dia..
aku yang pada mulanya terpikir..
isnin aku banyak kerja..dengan minggu ni minggu gaji .banyak kerja..yang aku nak buat..
aku cakap .aku tengok dulu camne..

Tapi setelah aku berfikir satu malam ..
seawal pukul 7am pagi .aku dah tercongok depan rumah dia ..
setelah puas aku pikir..saat macam nie .seorang sahabat memerlukan sahabat nya .
andai aku ditempat kaknida..macamana perasaan aku ..
akhirnya keputusan muktamad aku amik..bersama2..dgn kaknida..
meletakkan diri aku di tempatnya .mungkin ini time kaknida..
mana  tau satu hari nanti .aku pulak perlukan pertolongannya ..
walaupun kerja aku banyak tertangguh..
tapi aku berpuas hati ..dapat susah senang bersama seorang kawan .
yang telah 18 tahun aku kenali ..
yang tak penah sakit kan hati aku .
yang tak pernah tikam aku dari belakang..

kadang aku rasa kaknida nie sebijik macam citer ular emas..si raudhah tu

nanti aku continue cerita di mahkamah..

Sep 20, 2010

Kedai Pakaian Hari-hari @ nyaris nak pelempang salesgirl kurang ajar

Sebelum aku citer pasal raya aku ..
aku nak cerita pasal peristiwa semalam ..
aku ke kedai pakaian hari-hari area Bintang kat Sg Chua ..kajang. .ke ..Seksyen 7 Bangi ..sapa yang tau..tau lah kat mana ..
Aku nak beli baju melayu fir..
esok nak sekolah ..baru ..nak cari baju sekolah ..ate dah cuti lama..sekali tgk .baju melayu ..lututnya koyak ..ganas betui fir..nie.

size yang aku nak ..size 30 ..yang ada size 26..nampak cam muat..tapi tak muat..
salesgirl tu kata .amik je dulu .kalo tak muat nanti leh tuka..

jadiknya ..aku pun balik ..terai kat fir..sekali ngam2..
kalau ngam2..kejap je lah pakainya ..jadi aku rasa baik aku pulang kan ..amik size besar skit..

pergi balik kedai ..tu nak minta tukar..salesgirl yang kat kaunter tu kata ..tade size.
okeh ..kalau takde size..aku nak duit balik lah kan .
budak tu kata tade size yg aku nak ..takleh dpt duit..kena amik barang lain ..salesgirl kat kaunter ni okeh lah ..
aku cakap ..barang apa aku nak amik .aku nak beli baju melayu ..takan aku nak amik barang lain pulak .

lepas tu aku suh dia panggil supervisor..atau sapa yg incharge..
adalah pulak ..satu salesgirl sebelah akak nie ..dok ngomel2..
takleh ..amik duit balik .kena tukar barang lain ..
aku dengar apa dia cakap .kenapa lak aku kena tukar barang lain .kalo dah takde kasi je duit balik.
aku cakap ngn budak tu ..kalau u pun .beli brg..brg u  nak tukar takde..u nak ke amik barang lain .
u rasa rugi tak..padahal nanti u kena beli lagi barang yang sama 

budak tu siap jawab 
alor tak rugi nya .tukar je.lah ..
time ni aku rasa dah berasap..
aku cakap ngn dia..sedap mulut kau je cakap kan ..
lepas tu dia jawab lagi ..
aku cakap ..ko boleh diam tak ..
tak berenti lagi budak tu cakap ..membebel2..mengalahkan supervisor dia..
aku terus cakap .kalau ..kau tak berhenti .lagi ..aku lempang muka kau ..
memang time tu aku rasa nak lempang je dah ..tapi aku masih boleh berpikir lagi ..waras lagi 

supervisor dia datang .terus je pulang kan balik duit..
tak de bunyi langsung..jadiknya ..apa masalah salesgirl .yang busybody tu ..ada syer ke apa ngn kedai .tu 
ye ye mempertahankan ..kedai tu .mcm kedai tu bapak dia punya ..tak pasal je ..kalo aku ilang sabar..pelempang aku yang budak tu  dapat..

salesgirl yang lain pun ..tade bunyi..senyap je..tunggu je..supervisor.diaorg datang..budak sekor .ni lak bunyi lebih ..
apapun ..aku ucapkan terimakasih lah pada ketua/supervisor yang incharge..
apa pun ..customer is always right..camne pun kerenah customer.uols kena layan ngn senyuman ..dan pertimbangan .jangan banyak bunyi macam budak salesgirl yang ..potpetpotpet..tu ..

Aug 6, 2010

Sahabat kita

Sebut pasal sahabat
mesti ada macam-macam perangai sahabat yang kita ada.
macam aku ..dari kecik ..sampai ler tahun lepas..aku memang ramai sahabat..
kenapa lak sampai tahun lepas je kan .
kadang -kadang ada sahabat yang baik..yang caring..
tapi ada gak sahabat yang sebaliknya

Sepanjang aku menjadi sahabat kepada orang lain .
aku rasa ..aku tak pernah amik kesempatan .kepada sahabat aku .
dan aku bukan lah jenis seorang sahabat yang suka amik kesempatan kepada orang lain .
kenapalak aku citer camnie kan .

Sebabnya adalah seorang sahabat kepada sahabat aku .
yang bercerita kepada aku .tentang sahabat nya yang memeningkan kepala..
yang menyakitkan hati ..yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan sahabat itu
macam2 jenis sahabat ade..kan .
ada gak sahabat yang bersahabat hanya untuk bersukaria..
kalau sapa jadik sahabat..aku hanya untuk bersukaria..memang kena lupakan ajer lah
sebabnya aku ni bukan jenis ade banyak uwang nak bersukaria..
kalau aku nak bersukaria pun aku lebih selesa bersama anak-anak dan family aku je.

Tapikan .sejak awal tahun nie.lelagi selepas feb 2010.
aku rasa aku agak menyendiri..aku lebih bahagia..bersama anak2 & family ..
kalau ade pun kawan2 lama je..
kalo nak kenal pun gitu-gitu je..
payah nak terangkan ..kalo pasal sahabat nie
cuma ..kalau nak jadi sahabat..jadilah sahabat yang betul2 sahabat.
bukan kerana untuk kepentingan diri ..atau hanya untuk bersukaria.
kerana..bila kita rapat sangat dengan seseorang.bila orang tu mengecewakan kita.
hati kita juga yang akan terluka..

Sebab tu kadang.kita pikir kan diri kita..betul ker kita sahabat yang baik
ada tak kita mempergunakan sahabat kita..walupun dalam segi apa pun ..
hanya bersahabat untuk suka - suka..
mengeratkan silaturahim memang dituntut..tapi berhati-hatilah dalam memilih sahabat..

P/s : arinie aku cuti .nak tukar ifm kete aku ..kalau mana2 sahabat yang jumpa dan kenal aku leh je tegur.aku, aku bukan lah sombong.cuma lebih berhati2..dalam memilih kawan ..