Dec 28, 2012

Silky White BB 2 Way Powder

Bulan nie , beli bedak lain pulak, selalu aku pakai bedak Pixy, tadi aku ke Guardian berdekatan opis aku, takde pulak

Nampak pulak silky girl ni
Jadik apasalah kita cuba
Harga pun tak mahal, mampu je dgn org macam aku nie.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Asalkan kita berada di situ


Dec 21, 2012

21122012 & 22122012

 
pic last year 2011
  Adik gelaran yang diberi, anak ke 2 aku yg sambut hari kelahirannya pada hari ini 21122012
dan kakak anak sulung aku dan satu-satunya anak perempuan aku  yg sambut harijadinya pada 22122012 
masing2 akan genap berumur 17 thn dan 18 tahun.
dah anak bujang ngn anak dara ,sekejap je masa berlalu 
to anak -anak mama ,
I am so blessed to have the two of you.. Love you both. Wishing you a wonderful birthday today & Tommorrow and continued good health and success for 2013.

Selamat Ulangtahun Kelahiran,

Moga diberkati rezeki, jadi anak yang soleh dan solehah

Dipanjangkan umur,

Berjaya dunia dan akhirat…. amin.

♥ ♥ ♥ xoxo : Mama

Dec 17, 2012

Bercamping

Now weols sedang bercuti di tepian pantai.

Firdaus sedang asyik memasang khemah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 12, 2012

12.12.12 special day

 yang berjubah hitam besday girl@wawa, perempuan gemuk sebelah tu abaikan

Hari ini hari yang istimewa untuk seorang sahabat yg telah lama ku kenali dari sejak bangku sekolah rendah
banyak kenangan bersama sahabat ku ini , suka duka pahit manis bersama
Kami ke sekolah menaiki basikal bersama, belajar bersama , pergi pasar malam , tawaf sampai 7 kali bersama ,

Seorang yang sangat tabah , Kami sebenarnya Bertiga , aku adalah yang tertua antara kami bertiga
ditakdirkan menjadi sahabat selamanya , amin ..insyallah
dengan memasing punya tarikh lahir yang unik , kalau aku 5.5, Nor 6.6 dan wawa 12.12

Yang besh setiap kali kali besday diaorg berdua mesti kasi hadiah kat aku..
nak tau hadiah apa , Buah pala..itu je yg mampu masa tu ..budak sekolah mana ada duit..belanja sekolah pun time tu 20 sen..kadang ada kadang tak..itu pun jenuh kot nak kumpul nak beli Hadiah utk aku buah pala tu

Untuk wawa yang sambut harijadinya hari ini , Selamat hari jadi wa..aku bersyukur punya kawan mcm kau ,
walaupun dulu aku tau, aku mcm tak berapa layan ko .. tapi akhirnya kita tau mana sahabat sejati mana tidak
Aku senantiasa doakan kebahagian kau dan family , seperti mana aku tau kau senantiasa mendoakan aku
senantiasa ada nama aku dalam doa kau ..

semoga kita akan kekal bersahabat selamanya ..amin ..

owh ye..semua orang suka pada tarikh yang cantik..seperti hari ni 12.12.12
bukan nak mengagung2 kan tapi fitrah manusia yg unik yang cantik jadi tumpuan

Tapi jangan lupa pada 12 Rabiul Awal (Maulidur Rasul) Nanti okeh..(Jangan lupa selawat ke atas junjungan S.A.W)
Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim)


untuk wawa..selamat hari jadi..

.


ww.Nasi Arab



Dec 10, 2012

Ye aku sudah bertaubat

Sedang aku kusyuk berbbm ngn my anak dara cerita pasal bayaran yuran pengajian, pasal dpt menginap asrama (syukur alhamdulillah)
dapat kol dari seorang sahabat lama

dah bagi salam ..salam pun dah dijawab
terus ler sahabat lama ini bagi soalan cepu emas..

Kawan : ko dah bertaubat ke ty ??
aty : dalam hati pelik jugak soalan nie , tapi jawab je lah ..ye lah ..bertaubat lah dari kurang baik menjadi kepada yang lebih baik lagi , insyallah ..amin .

kawan : Ye lah aku nengok ko lain je sekarang..
aty : apa yg lain ..aku sama je ..takde benda yg berubah pun ..kalo org buat lawak ,aku boleh ketawa lagi , takde pun tak ketawa..aku still ada lepak kedai mamak ..still tgk wayang ..takde apa pun yang lain

kawan : Takde lah ..aku dapat rasa ko lain ..

perasaan aku , bila org tanya part taubat ni , nak kata sensitif ke aku
tak jugak..tapi pelik itu ada sikit..kenapa susah ke orang nak terima perubahan yg baik
asal kita berubah jadik lebih baik ..org chop kita ni bertaubat..seolah2 sebelum ni jahat sangat kah kita ???

Bertaubat ikut cara aku ..dari segi pandangan mata aku
ada banyak cara taubat ..atau dikenali peralihan

kalau dulu kita tak cukup solat lima waktu ,sekarang kita cukupkan ..atau buat lagi solat2 sunat..kira overtime lah ..

kalau dulu kita tak rajin baca quran, sekarang hari2 kita mesti baca , walupun hanya satu muka surat

kalau dulu tak penah jejak kaki ke masjid, sekarang kita cuba solat berjemaah,..cuba pergi majlis ilmu yang di anjurkan di masjid..sbb sesiapa yg rajin berada di majlis ilmu insyallah allah tidak akan melalaikan nya ..

kalau dulu tak pakai tudung atau mendedahkan aurat, sekarang kita pakai tudung..tutup aurat

kalau nak ikutkan banyak nak sebut..tapi jari penat pulak menaip ..
benda ni senang je..

Semuanya datang dari hati , tapi taubat ni pun merupakan hidayah , jugak dari allah
ye lah kalau tanpa hidayah dari allah mana mungkin kita akan bertaubat

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

 ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Tetapi Hidayah dan iman perlu di cari
 sebagaimana sudah dinyatakan dalam surah Ar-Raad, ayat 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Jadi kita jangan pedulik apa orang nak kata pasal kita ,
anggap semua tu cabaran , sebab bukan senang nak senang..lelagi kalau kita nak buat benda yang baik.

.

Dec 9, 2012

Kebetulan

Percutian yg tidak dirancang.
Semalam ke Durian Tunggal ada majlis doa selamat sempena kenduri berkhatan.

Lepas tu terus kami bercadang ronda2 bandar Melaka dan ada pulak rezki kami bercuti ditepian pantai.

Yang paling gembira dan tentulah si FIrdaus. Kalau ikut kan bukan senang nak booked chalet or hotel cuti2 sekolah ni, tapi terai nasib pagi semalam, ada rezki kami..itulah dikatakan kalau rezeki tak akan ke mana. Alhamdulillah syukran.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 7, 2012

Zikir


Salam jumaat semua..

Hikmah berzikir
"Dan org2 lelaki yg byk menyebut (mengingati) allah dan org2 perempuan yg byk menyebut allah, maka allah telah sediakan utk mereka keampunan dan ganjaran pahala yg besar". (Al-Azhab 35).

Lagipun dengan selalu menyebut, mengingati allah jiwa akan menjadi lebih tenang.

Seperti dalam firman_Nya, "ingatlah kamu kepadaku maka aku akan mengingatimu"

Wallahualam.

Tasbih yg dihadiahkan oleh sahabatku yg dibeli di Mekah,suka kalernya, hijau..tq my friend.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.

Dec 5, 2012

Tukar lampu signal

Dua tiga hari ni, aku dapat merasakan kelainan pada lampu signal belah kanan, kelainan yg ku rasakan itulah adalah dr segi bunyi signal itu,

Tertiba je signal tu berbunyi sgt laju,mcm seolah2 bunyi bom jangka yg menunggu saat nak meletop, tak sedap hati betul, ke perasaan haku je.

Jadinya sebab tak sedap hati,terus pergi bawa kereta ke kedai aksesori kereta, suh budak tu check apa yg tak kena,

Rupanya benda tu akan jadi begitu,bila salah satu lampu signal belah kanan samaada lampu belah depan atau belakang sudah terbakar.

Jadinya problem selesai, dengan hanya menukar lampu signal yg baru, yg hanya berharga rm4 sahaja pun..

Baru ler hati senang bila nak bagi signal..bagi signal penting ye adik-adik.

Khidmat pesanan masyarakat: Hati-hati di jalan raya,ingat orang tersayang !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 4, 2012

Best sangat ke pergi MAHA

Budak yang nak sangat pergi MAHA, arii-ari merengek2 nak pergi MAHA.

Walupun dekatlah sangat MAHA tu dengan rumah

Sabtu lepas buat pertama kalinya attyfir sampai, teruk betul, org dr jauh2 siap buat rombongan, awak yg duduk dekat pun tak pernah pergi.

Akhirnya sampai jugak,
Tercapai sudah impian firdaus.nak ke MAHA.

Tujuan nak ke MAHA
Sebab nak tengok Dugong dan nak tengok Rangka IKan paus.

Lepas tu sukati sebab dapat tengok kucing2 comel.mmg comel pun,

Firdaus dah mcm nak mintak bela kucing, itu mmg takdpt ditunaikan, sebabnya kita dok rumah bertingkat2, susah nak bela kucing.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 30, 2012

Sabar dan Tanggungjawab

Kejadian berlaku masa nak balik kerja
dengan riang ria, hati berbunga2 nak balik rumah
Sekali masa nak kunci pintu ofis, mangga kunci buat hal..
Aiseh..puas ler godeh2..tak mau jugak..nak kunci tak boleh
Nak ditanggalkan kunci kat mangga tu pun tak boleh, melekat je berdua, tak mahu berpisah
Masalahnya saya ni nak balik kunci ooooi.

Ambil masa 15min, kty godeh2,,dalam hati..terus tawakal..sabar ty..
kalau ikutkan hati, pintu ofis tu pakai security lock,insyallah dijamin, takan ada boleh masuk kecuali
orang2 yang ada pass kad dan tau security word dia je..

Syaitan dah mula hasut, kau blah je ty, apa de hal
tak akan ada nya yg dapat masuk opis kau tu..
Ikutkan hati memang macam nak blah dah ..

Tapi terfikir pulak...oooit ..komputer kat atas opis aku ada 3 kot..canggih2 lak tu , versi baru selim melim bodynya..skrin besar gabak..(bukan nak menunjuk..ni hati berkata2)
kang tak pasal nak dijadi cerita masuk pencuri kang..naya je..

Kalau ikutkan..tinggalkan saja begitu..sebabnya bigbos selalu lupa nak kunci pintu
okeh je..itu big bos..kalau hilang barang..itu company dia punya ,
Dalam hati terus tawakal..ya allah permudahkanlah..ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
Alhamdullilah terlerai jugak kunci tu,syukur sangat2 kalau tidak, mahu tak lena tidur aku malam nanti..

Hari ni hari jumaat, aku kerja tapi cuti,
yang mana faham..fahamlah..macam biasa aku ni nama je cuti ..kadang mc
kalo bos takde kat ofis ,kena juga ler jalankan tanggungjawab atas dasar tugas dah kasihan.

Hari ni nak pergi Klia , nak jumpa my bff yang akan balik ke Malaysia dari Jeddah
Bukan sebab my friend pergi menunaikan haji pada musim haji yang lalu
sebabnya dia bertugas di sana..

my bff

pic masa raya haji aritu
hah, jgn ler pulak ada yg ckp, eh kty dah selim lah!
x de maknanya itu semua
bergambar dgn menyorokkan bdn tu ye. :)
cuba kalu jumpa live, dlm gmbr dan luar gmbr ada sgt berbeza.

Semoga allah permudahkan segala urusan dan perancangan yang telah kita rancang utk hari ini.Ameen.

.

Nov 27, 2012

7 golongan yang akan beroleh lindungan Allah

Saja jer nak buat entry ni , ini adalah antara kuliah subuh yang kty dengar pada ahad lepas di Surau An nur, jadik untuk peringatan diri  sendiri.

 7 golongan yang akan beroleh lindungan Allah di padang mahsyar kelak…pada hari dan ketika itu tiada satu lindungan pun kecuali lindungan daripada Allah SWT.

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى جَمِيعًا عَنْ يَحْيَى الْقَطَّانِ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا
عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
 (Hadis riwayat Imam Muslim)

 1. Imam/pemimpin yang adil
-ustaz cakap, ini bukan ditujukan hanya kepada iman masjid atau pemimpin negara sahaja
kalau di rumah ,seorang suami juga merupakan iman dan pemimpin kepada isteri dan anak2
begitu juga bukan kepada lelaki sahaja, termasuk juga golongan perempuan ,ibu yang menjaga keluarganya.

 2. Remaja yang hidup beribadat kepada Allah
-maksudnya lelaki dan perempuan yang berumur bawah 40 tahun
yang sepanjang hayat nya beramal dan meninggalkan larangan dan membuat kebaikan
jadinya kalau umur kita belum masuk 40tahun, tapi kita sempat bertaubat nasuha atas dosa2 yg kita lakukan
dan beramal, beribadat bersungguh2 demi agama, insyallah kita tergolong di dalamnya
tapi kalau umur dah lebih 40an , kita kena tingkatkan lebih amalan lagi , sebab dah tentu golongan yang no 2 ni kita dah tak dapatkan.

 3. Lelaki  dan perempuan yang hatinya terpaut dengan masjid
-kiranya suka pergi ke masjid solat jemaah, dengar takzirah , setiap masa kalau boleh nak solat jemaah di masjid, itu tuhan kasi besar pahala dan ganjaran orang yg rajin menunaikan solat di masjid, tapi bukan lah buat solat di rumah itu takde pahala, ada pahalanya, cuma lagi besar pahala solat berjemaah di masjid.

 4. Dua orang lelaki atau perempuan  yang bertemu dan berpisah kerana Allah 
- yang ni kty tak berapa faham sangat , ustaz cerita lebih kurang macamnie lah, 
kalau kita ada janji dengan seseorang, lebih baik kita janji jumpa di masjid dari kita jumpa di kedai mamak, jadik andai salah seorang lewat, yg dah datang awal tu boleh solat sunat dulu ke, mengaji ke dulu sementara tunggu yang sorang lagi datang
-atau lebih khusus kepada lelaki atau perempuan yang selalu beri ceramah atau mengajar kepada kepada kebaikan di masjid.

5. Lelaki yang diajak (berbuat dosa)oleh perempuan yang punya kedudukan dan cantik,
lantas dia berkata “Aku takutkan Allah!” , begitu juga sebaliknya , andai perempuan di ajak lelaki untuk melakukan zina .
- yang ni ustaz kata ,saya tak berani nak kupas, harap jangan ada dugaan macamnie jadik kat kita..mintak dijauhkan.

6. Lelaki dan perempuan yang  bersedekah
hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kirinya (tidak menunjuk-nunjuk)
-kiranya orang yang rajin bersedekah.

7. Lelaki  dan perempuan yang ketika dia berzikir mengingati Allah sendirian..berlinanganlah air matanya.
- orang lelaki atau perempuan yang rajin bangun malam buat solat sunat ,berzikir mengingati allah .


antara ke 7 - 7 golongan di atas ,dapat tak kita 5 ke 6 ke dari senarai di atas ..

Bila ustaz tanya macam tu ,dalam hati ..terus rasa insaf dan terus tekad untuk lebihkan amalan ,insyallah .

Semoga Allah permudahkan urusan ini. Usaha mendekatkan kecintaan terhadap Kekasih MU Ya  Allah,

.

Nov 26, 2012

Biasalah

Hujung bulan ni, biasa nya agak bz,lagilah dah bercuti agak lama minggu lepas.

Bos macam biasa bizi,lagi ujung bulan ni.cuti sekolah pulak,mesti bizi habiskan masa bersama family,makan angin.

Hari ni mcm biasa buat payroll,kira claim..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 25, 2012

My weekend

Selalunya se awal pukul 5 pagi dah bangun,siap2 untuk subuh dan dengar kuliah subuh.

Sekitar pukul 7.30 am hantar fir pergi kelab bola, lepas tu ke taman utk joging, kdg 2 minggu sekali aerobic.

Kadang rasa macam tak cukup masa je dgn semua aktiviti yg ada, tapi syukur alhamdulillah.semuanya seperti yg dirancang,cuma kalo ada yg tak dpt dibuat,seperti yg kita rancang, itu allah ada perancangan yg lebih baik utk hambanya.

Note: ambil nafas jap,lelah aerobik..punyalah besh lagu, lagu anuar zain kot..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 19, 2012

Di Raudah

Gambar yg baru sahaja dibbm,oleh sahabat baik aku
Wawa..dia sedang menunggu turn utk masuk ke Raudhah.

Hati aku membuak2 utk ke sana,
,hari2,aku dpt bbm ,gambar2 sekitar raudhah,masjid nabawi,masjidil haram,

Buat diri ini lg teruja nak sampai sana satu harinanti. Ameen.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 14, 2012

My hometown & salam maal hijrah

Gambar di ambil masa kenduri pada hari raya aidiladha yang lalu.

Kesempatan ini, kty mengucapkan Salam Maal Hijrah,
Semoga allah murahkan rezeki kita,sihat tubuh badan,dan semoga tahun baru ini,akan memberi lebih banyak kebaikan dan ketakwaan..
Ya allah,ampunkanlah dosa2 ku,ibubapaku,seluruh kaum keluargaku dan kaum muslimin dan muslimat sekaliannya.

Semoga kita semua diberkati di bawah lindungan rahmatnya.ameen.

Berita yg baru ku dapat,sahabat ku yg koma,Eran..yg telah koma lebih dari seminggu,telah pun kembali ke rahmatullah sekitar jam 3pm tadi, al fatihah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.amin.

Semoga kakjum tabah menghadapi dugaan ini.

Teringat aku masa umur aku 19thn,masa tu aku honeymoon, dan company my suami masa tu ada trip, kitaorg bercuti bersama.Kitaorang selalu jugak dating sama2, cuma masa tu kty dah kawin , couple eran dan jum belum lagi..

Rasulullah SAW bersabda
"Tidak ada sesuatu mampu menolak takdir kecuali doa" (hadis riwayat Ahmad)

Sebagai umat islam,saat berdepan musibah atau kegagalan adalah perkara yg tidak mahu dihadapi.
Jika berdepan musibah kita perlu redha dan percaya semua yg berlaku ada hikmahnya.

Salam Maal Hijrah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 13, 2012

Jalan-jalan cari makan

Nie semua menu yg di makan sepanjang bulan lepas dan awal bulan nie

Satay- masa ni akak balik sebelum raya haji,kitaorang makan kat anugerah,depan billion ,kat sek 8,suka satay ni,boleh tahan rasanya.

Laksa dan cendol-makan kat sek 4 tmbhn bangi,kedai tepi jalan,kat traffic light,kalo nak ke Econsave kat REko Sentral dr bangi,mesti boleh jumpa,gerai biasa kat bawah pokok,konsep kedai layan diri.Laksanya memang terbaik.

Nasi Beriani Anje - kedainya kat seksyen 15 B.B.Bangi,dekat ngn stadium yg ada roundabout,berdekatan ngn tol Bangi,puashati lah mkn,harga pun berbaloi.

Kenny rogers-kat MetroPoint kajang,masa celebrate besday mak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 11, 2012

Dapat teddy for wedding gift

Cuti sekolah sudah bermula,makanya banyak jemputan kenduri kawin,
hari ni ada 2 jemputan,satu di Bangi,kiranya jiran,dan satu lagi jemputan dari family mertua my cousin, Lea..oh ye tahniah lea,baru dapat baby girl yg comel mcm mamanya,comey mcm maklong..eh..eh nak gak.!
Dapat lawat lea jap je semalam,rupanya waktu melawat kt spital putrajaya kalo ahad bukan mcm yg sebelum ni,sebab aku rasa dulu kalo ahad waktu melawat 12.30pm sampai 7 kan.,rupanya skrg mcm hari biasa je rupanya.

Ok ,balik pasal kenduri,suka kenduri yg kat umah mil lea,food,kuihmuih adalah sangat sedap, dan paling best goodies bag dapat jem,cookies dan utk budak2 dapat teddy bear.

Sebenarnya kan...kita kan, kitakan nak gak teddy bear tu ,comel sangat

----------
Sent from my Nokia phone

Nov 6, 2012

Kakak Take Over

Alhamdulillah,...si kakak ada minggu nie,untuk tolong tunjuk ajar si adik..

Jadik mama tak perlu lagi susahati,tak lena tido..

Ok mama nak beradu..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Planta dan saya

  
pic from google

Apa kaitan Planta dengan saya 
Citernya petang semalam, masa pergi Giant beli barang basah
Tertiba saya disapa oleh seorang indian sister 
Dia tanya kty, 

Indian Sister : Hello miss..boleh tanya ,mana lagi elok , Planta or Marjerin or Butter

atty : Kty senyum2 je lah, (dalam hati adoiyai..ada rupa taukeh kuih ke muka aku nie)
terus ler jawab, dulu2 mmg ler i guna planta or marjerin..sedap je biskut i buat.
tapi rasanya sekarang ramai dah org buat guna Butter..maybe lagi sedap kot.

Indian sister : itulah , i tak tau mana satu yg okeh

atty : u nak buat apa (tanya soalan bodoh) owh u nak buat kuih raya..nextweek u raya kan..
happy deepavali ye sis..

indian sister : okeh tq..please come to my house..blablabla..kasi alamat ..

atty : senyum je..terus cepat2 berlalu..








selalu kalau kty g pasaraya, mesti ada orang akan tegur.
dulu pernah sekali tanya macamana nak buat keropok lekor
rasa dandan kat situ jugak ,haku nak hantuk kepala
manalah aku reti, ada rupa taukeh keropok lekor ke..adoyaiii..

kadang nak tergelak kat situ je , tapi control..senyum2 je..
kang kasi salah info kang..lain lak jadi..elok nak buat keropok lekor..jadik lak durian crepe, sapa nak tolong..

kak , jom kita pekena durian crepe ??

.

Nov 4, 2012

Aktiviti tiap minggu

Selalunya setiap sabtu atau ahad,bukanlah hari nak bersenanglenang, bukan hari nak tido,atau bergolek2 atas katil, memang tak akan dapat, bila lah nak dpt rehat atau sambung tido lama2 bila cuti.

Selalu hari sabtu dan ahad,kty akan berada di padang tgk firdaus training bola, tapi minggu ni di temani ayahnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 2, 2012

Muda lagi nak pergi Haji

Kenapa buat tajuk tuh..
nak pergi haji dah sangat ke ???

Baru2 nie kty ada pergi mendaftar haji..turnnya lambat lagi sekitar umur 78 tahun baru turn kty tiba camtu
tapi itu semua tak penting, janji kita daftar, kalau ada rezeki kita jadi tetamunya ,pasti kita berpeluang menunaikan haji .

Balik citer pasal pergi haji di usia muda, muda lagi ke ? itu persoalannya ?
kty rasa , kty dah tak muda lagi..dah nak masuk 40an dah pun , kalo ikut turn pun lambat lah lagii..ntah ada lagi ke tidak kan..nak pergi pakej swasta memang lah tak mampu

Adalah satu hari tu , kty terjumpa kawan lama
lepas tu dia adalah bertanya , pasal kty ada buat status check in kat Tabung Haji
terus ler si sahabat ni bertanya

kawan : kau nak pergi haji dah ke ty?

kawan :kan muda lagi..eii..buat pe nak gie haji muda2..

aty : lor, aku daftar haji je kot..bukan nak pergi haji sekarang,  taun depan ke!..tapi dalam hati aku ada terniat nak pergi dah ,hari2 itu salah satu doa time aku solat..

kawan : kalau pergi haji muda2 , nanti tak boleh nak enjoy

aty : lor..umur dah nak masuk 40's dah, tak puas lagi ke enjoy..sambil gelak2 ..ntah2 aku yg beriyer2 niat nak pergi haji apa semua..tp ko yang pergi dulu..itu semua kita tak tahu..kan

apa2 pun ,samada ada niat nak pergi ke tidak yang penting sapa2 yg dah ada buku tabung haji ,
atau ada niat nak pergi haji boleh lah mula mendaftar , sebabnya giliran utk pergi haji dah semakin ramai,
lagi lambat kita mendaftar , lagi lama lah giliran kita nanti. 

Cuma sesiapa yang ada duit lebih , boleh je pergi melalui pakej swasta..tapi mesti mendaftar jugak melalui tabung haji ..

semoga satu harinanti kita dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini.amin ya rabbal alamin

Benarlah firman Allah swt dalam surah Al-Hajj ayat 27 yang bermaksud, "Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)".







Lip gloss

Ini my feveret lip gloss dari Maybelline..

Rasanya harga RM9.90 lepas discount 10%,murah jer dan selesa,


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nov 1, 2012

Tokayaki

Along pelik I suka makan tokayaki, hari2 asiklah Tokayaki..minggu lepas,asal ke Jusco atau skrg dah dipanggil AEON,mesti nak beli Tokayaki..

Dulu mulanya along pun tak reti nak makan,lor ni dia yang lebih

Tapi ini citer minggu lepas,minggu ni kty dah addicted big apple, acaner nak selim?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 30, 2012

Mana ?

Mood update blog dah ke laut.
Bercuti dari khamis lepas ,hari ni baru naik keje,
Agak busy sikit nak siapkan payroll..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.

Oct 21, 2012

Rahsia

Dah start berkempen, nampaknya..

Kempen dari rumah ke rumah,
Diaorang tanya, nak undi siapa?

Senyum je lah,angguk2
Undi kan RAHSIA.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 19, 2012

Calendar 2013

Dah dapat kalendar untuk tahun 2013.

Yang uniknya kalendar nie dihasilkan oleh orang2 oku yang tiada tangan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 13, 2012

Rutin Setiap Weekend

Tiap-tiap hujung minggu sabtu dan ahad, macam biasa pagi2 , dah kena hantar firdaus untuk latihan bola.

Minggu depan team TF akan ada perlawanan persahabatan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 11, 2012

Marah bersebab

Ceritanya jadi masa pagi-pagi isnin,firdaus pagi-pagi udah buat mama hangen satu badan.

Apa taknya,jadual tak kemas,buku tak kemas,alih-alih pagi2 dah ngadap ps2,

Terusler mama bertukar jadik naga,berapi-api,berasap2,apalagi teruk firdaus kena marah.

Minggu nie sekolah agama exam akhir tahun, fir nya rileks je,mama yg risau, tu yg mama marah sgt ,tgk fir main je , x ulangkaji

Semalam ,balik dr sek keb ptg,
Terus keluarkan kertas periksa agama,fir dpt markah paling tinggi dlm kelas utk subject fekah,subjek lain ada yg dpt 92,90 ,tp ada satu subject tu dpt 78,mama suh improved lagi.

Minggu depan exam akhir thn sek kebangsaan lak, don't play2 & semoga fir dpt jawab semua soalan, amin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 9, 2012

Burger Double Down

Produk terbaru dari KFC.
Bawa firdaus pergi cuba,masa tu kitaorang baru je balik dari Billion,soping seluar track suit firdaus.

Kejadian hari ahad,hanya mama ngn firdaus jer berdua pergi soping,yg lelain semua taknak ikut.

Lepas tu firdaus lah cadangkan makan burger double down ni kt kfc, firdaus cakap sedap!

Mama tak rasa pun,sebab masa tu kenyang lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Busy sikit


Biasaler awal bulan nie, bz ler skit,
-nak buat statement
-cek account
-nak buat payment utk customer
Macam2 lagilah..

Tapi dalam bz tu, kalo boring,sempat je blogwalking,cuma tak sempat tinggalkan jejak

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 7, 2012

Tangki minyak

Tangki minyak nie ,masuk kali nie ,2 kali dah buat hal.
Tiap kali nak isi minyak,punyalah susah nak bukak tangki minyak tu,puas ler aku tarik2,sampai naik merah2,tangan,hati pun sakit.

Malas nak fikir-fikir,terus ler pergi kedai kereta,suh je budak kedai tu repair.

Rupanya masalah yg sama macam dulu,spring dalam tu dah longgar. Tukar ler yg baru. Alhamdulillah dah senang nak isi minyak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Teman budak ni

Firdaus ni memang suka sangat masuk kedai jual alat2 peralatan sukan,baju,kasut sukan.

Kalau hari cuti ,mesti ajak mama teman dia cuci mata.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 5, 2012

Amir Raja Lawak kerja mcd

Minggu lepas,tingin sangat nak rasa Burger Samurai yang sibuk dperkatakan kesedapannya,sana sini heboh pasal Samurai Burger.

Jadi nak ler jugak kty merasanya,sedap sangat ke,
Along balik keje malam,sekitar pukul 1am,kitaorang drive-thru, budak yg amik order tu ,aku rasa macam kenal je suaranya,

Eh!macam sore amir raja lawaklah,sebijik sgt tau,
Kitaorg siap tanya,ni Amir Raja lawak ke?
Gelak budak tu..
Masa nak bayar,dapatlah tgk empunya sore,kecik,kaler kulit lebih kurang lah,pelanduk 2 serupa.

Pendapat tentang samurai burger,oklah,cuma kty ni suka pedas,jadik prosperity burger tetap no1.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oct 4, 2012

Ww.Kasut Biru


Dah lama beli, tapi baru hari ni nak pakai

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

i tekan no 2 utk Service


Seperti tajuk kat atas ,kty kasi no 2 utk service.
Sapa tau tmpt ni kat mana,mesti tau diaorg ada satu button utk kita tekankan, ada no 1-5 ,kty tekan no 2 ,sebabnya orang duk bertanya ,dan tgh nak tunggu no giliran,org kat kaunter dok besh mengunyah2 tak berenti,
Kty ni keje kilang kicap,tp kalo ada customer ke apa,i tak buat semua tu.
Sedang buat urusan batalkan Hakmilik ,sebab dah abis buat payment tapi bukan urusan peribadi , utk my office.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.

Oct 3, 2012

Sesat ke office

 Gambar di atas memang salah satu laluan ke my ofis

Kadang nak ke tempat kerja pun leh tersesat,mana taknya ,tak pernah ikut laluan yg sama.
ini bukan baru ni tersesat..dah banyak kali ..masa memula dulu..gabra..ye lah ..tak familiar ngn jalan itu
sekarang otai..dah ..takde hal..

Kalau jalan jem,lagilah aku suka lalu shortcut,
 asik  sangat dgr radio,
Tergelak sorg2,senyum2,sambil dengar hotfm,baru tersedar,

Eh di mana aku ni?
Dah sampai kampung orang bunian ke?
Kelamkabut cari jalan pulang ..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone