May 28, 2012

Baling2 Coklat dan jajan

Aktiviti kenduri semalam , my cousin yang perempuan tu 
sebenarnya gambar ni cilok kt fb cousin aku 
aku kelakar , yg kiri kanan perantin ..tolong lempar jajan jugak ..hover dari pengantin.
Acara lempar2 jajan , gula2 ni dah macam tradisi our family 
bukan apa ..saje je nak meriah kan suasana , 
di samping happy kan kanak2 muda dan yang tua pun nyibuk sekali 



May 26, 2012

Nasib tak kena

Kejadian berlaku petang semalam.

Area opis ni byk bengkel kereta,semalam diaorang test drive kereta yg dah siap repair,
lepas tu kereta tu melanggar 2 biji kereta yg berdekatan.

Aku yg tengah busy masa tu.
Terperanjat..terus lari,mengintai dari tingkap..terus aku bersyukur sangat2.alhamdulillah

----------
Sent from my Nokia phone

May 22, 2012

Salah satu wishlist

Punya lah sempoi wishlist besday
Salah satunya 

v

v
Nak makan doyan ngn pulut..

ye lah ,aku kan lama dah demam..seminggu, mesti ada sehari aku demam
Jadiknya ,alhamdulillah minggu lepas, tak demam..
Jadiknya tekak teringin nak makan durian .




Apalagi paksa along beli durian , beli 2 bijik rm30 hengget..
Puas hati dapat makan Pulut durian..


May 21, 2012

Pilih

Orang dah offer nak belanja
jadik kita pilih je

-Vanilla body lotion
-Vanilla perfume oil
-Vanilla body mist
- Vanilla soap

orang tu offer masa besday aritu..

Thank you sgt2 pada yang sudi banjer tu.

I luv u so much

----------
Sent from my Nokia phone

May 20, 2012

Ke pasar jom

Beli stok lauk utk kat umah mak.
Anak-anak slalu lepak umah nenek.
----------
Sent from my Nokia phone

May 19, 2012

Kenapalah kedekut sangat

Nasi ayam nya memang lah sedap sangat.
Harga rm4.50 kot..x kesah mahal,yang penting sedap.
Masalahnya sekeping timun je sayurnya..punyalah kedekut.
Nak kaya pun agak-agaklah.
Letaklah daun salad,tomato,timun 2 keping.

Kat mana kedainya ,berdepan seberang jalan je ngn jpj sek 7

nama kedai malas nak kasi tau,bukan dpt komisyen,dah lah cashier susah nak senyum

----------
Sent from my Nokia phone

May 16, 2012

Kelas terapung

Ingat-ingat lupa atau terus tak hingat ..hahahhahhaha
ye lah dah berapa tahun pulak aku tinggalkan alam persekolahan nie,dah berpuluh-puluh tahun jugak

Cikgu-cikgu masa sekolah rendah , rasanya langsung tak ingat

Masa aku darjah satu
Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang , berdekatan dengan Sekolah Rendah kebangsaan Jenis Tamil, aku sekolah situ sampai darjah 4

Bila Darjah 5 aku pindah ke sekolah
> Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi ,sekarang dikenali dengan SRK Jalan 2 ,bila sekolah kat BBB dah banyak, kat sini aku satu tahun jer

bila darjah 6 aku pindah ke sekolah > SRK Jalan 6,masa ni ini sekolah baru ,semua yang duduk Jalan 6 kena sekolah kat sini

Lepas tu naik form 1 sampai form 5
aku sekolah di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi , sekarang dikenali dengan SMK Jalan 2

Cikgu-cikgu aku banyak dah  tak hingat , dan cikgu yang paling aku suka adalah Cikgu Shamsiah
dia mengajar SRT masa tu , aku dan kawan aku adalah her best student masa tu
Oh ye masa form 1-form 3 aku ambil aliran SRT atau dikenali Sains Rumah Tangga ,mmg seronok lah masa tu , dan Cikgu Shamsiah walupun Guru yang garang tapi baik hati ,

Antara cikgu yang aku masih ingat Cikgu Zubaidah , mmg garang giler
suka brainwash budak2, sampai sekarang aku masih jumpa lagi cikgu ni ,sbb sekarang dia mengajar di SRK Jalan 2 sebagai penolong pengetua kalau aku tak silap lah .

owh ye, masa aku form 3 ,kelas aku dikenali sebagai kelas terapung
di mana , kami takde kelas tetap masa tu , jadiknya sbb kami budak srt , jadik kami duduk kat kelas untuk menjahit, bila ada kelas lain nak pakai kelas tu , kami kena pergi kelas diaorg pulak , jadik itu sebab kami dikenali dengan kelas terapung,setiap kali ada yang nak masuk kelas menjahit, setiap kali itulah kami kena pindah kelas

Form 4 , aku beralih pula ke aliran Perdagangan , mmg agak susah ye lah dari form 1-form 3 aliran SRT
Tertiba form 4 gatal nak amik Perdagangan,
Memang terimakasih sangat pada Cikgu Chong dialah ajar aku banyak perkara pasal perdagangan dan prinsip akaun .

Sempena Hari Guru pada 16 may setiap tahun
aku mengambil kesempatan mengucapkan
Hari Guru kepada semua Guru-guru seluruh dunia
Happy Teacher's Day

owh yer ,cikgu sekolah firdaus dah pesan awal2
kalau nak kasi cikgu hadiah , kasi benda yang cikgu pakai
kalau boleh kasi lah pen ke ,marker ke , pensil warna ke..gudidea gak tu cikgu
tak payah pening memikio nak beli hapa..



May 14, 2012

Cerita satu hari di Hari ibu

Semalam hari ibu,
 kty mengambil kesempatan mengucapkan hari ibu utk semua
Dan semalam , kty ,mak , adik kty ,si akak dan tak ketinggalan si kecik honey
kitaorang semua pergi sambut hari ibu 
Just makan2 ,happy2 jer , kali ni kitaorang bawak nenek pergi makan kat Garden Cafe Alamanda 
Special thansk to adik aka ucu ,sebab belanja kitaorang semua ,
dan happy mother day untuk adik yang kali pertama bergelar ibu..


 us, 
happy mother days to mak
u'are the great mak ever.

tq to mak honey sebab belanja makan
honey yang semakin banyak akal..cepat jalan ye..

.


May 10, 2012

Lepaking

Lepaking , sambil layan satay
semua kejadian masa my bff celebrate besday saya aritu.

.

May 9, 2012

Nekad

Seminggu sebelum keputusan upu keluar , kakak dah ada kasi tau aku pasal keputusan dia
Lelagi pada hari keputusan upu keluar, course pilihan pertama kakak, kakak tak dapat
jadinya dia tolak upu, dan nekad masuk form 6 

Walaupun aku suruh jugak, kakak tetap nekad nak jugak continue study ke form 6
Jadik akhirnya aku bersetuju jer lah, itu masa depan dia, dia sendiri tahu kemampuan dia 
Apapun mama doakan yang terbaik untuk kakak.

Semalam , aku hantar kakak ke sekolah baru kakak
Jadiknya mulai semalam rutin aku akan bertambah bizi, seawal pukul 5.30 bangun ,masak untuk anak2
dan lepas tu pukul 6.40 dah kena keluar rumah , hantar kakak ke sekolah ,sebab kali ni sekolahnya nak kata jauh, kalau jalan kaki boleh jugak sampai..tapi makan masa , sebab bukan macam sekolah yang lama , 
10 minit dah boleh sampai .


Kadang-kadang bila kita fikir, kita ni hanya merancang tapi tuhan yang akan menentukan segalanya 
macam tu jugak dengan keputusan kakak, kalau dulu dia yang bermatian2 taknak continue study form 6, 
dia lah orang pertama yang akan tolak kalau dapat form 6 , tapi last minute tuhan terbalikkan hati kakak , 
dialah yang paling berkobar2 dan bersemangat pulak nak menyahut cabaran ke form 6.
 Kalau dulu dia kata , buat apa masuk form 6, kena pakai baju sekolah balik
Last-last dia lah orang yang paling happy dapat pakai baju sekolah balik
 

Mama doakan yang terbaik untuk kakak, kakak kena study hard sangat2 ,takleh nak main2 lagi 
kena buat betul2 , nanti akak boleh terus amik degree , kalau dapat keputusan stpm yang bagus , insyallah 
 Akak kena kerja keras untuk 3 semester mendatang

Gudluck kakak..

.

May 5, 2012

We celebrate besday together2

May, 
it’s my favorite month
Of the whole year
Because it’s my birthday  (5may)& My Hubby birthday(3 may)
Jadik kitaorang celebrate pada 4 may setiap tahun kasi adil..
Ucapan harijadi untuk diri sendiri
Happy Birthday to me,
Today is my Birthday – it’s fantastic to be 38 and fantastic to be me. 
Alhamdulillah,dah tua2 nie..nak fikir hadiah apa pun ,dah tak penting, yang penting hati happy selalu.



for my along (Hubby)
this is 4 u >>>  No matter how much we fight,
Or don't get to spend together enough time.
I will never be able to explain what you mean to me,
 Happy Birthday to you my  Along.

Hahahhaah..ayat jiwang..
kalau ler along baca..mau 100 tahun ..along dok ungkit..

Happy birthday to kami
.
Along kata ada plan untuk besday kali nie
Yang kami dah rancang awal2..


 

May 4, 2012

Pagi-pagi dah kat sini

Semalam demam lagi
sejak akhir-akhir ni,memang asyik tak sihat,

selalunya lepas pukul 2pm,demam memang akan semakin teruk..bila nak malam,lagi teruk,kadang badan tak panas,tapi sejuk menggigil2.

Semalam ada kerja kat luar,cocer panas sangat,sampai badan aku pun panas,nak jalan pun tak larat,main seret2 je kaki.

Ingat pagi ni nak g keje,tapi pasrah ,badan memang tak larat.
Akhirnya aku mc.
Nak beralih tahun kot..esok my special day..alhamdulillah.syukur.

----------
Sent from my Nokia phone

.

May 3, 2012

Sarapan rm1.50



















Hari-hari pening fikir nak sarapan apa dan di mana.?

Harini terfikir nak makan lempeng,teringat kedai asam pedas.


Amik lempeng + sambal bilis ..
Memang puasati,sedap dan mengenyangkan.

Total harga: lempeng+sambal bilis+air suam = Rm1.50

sangat puashati.

Harini besday insan istimewa..entry nanti2 le..sekalikan je

----------
Sent from my Nokia phone

May 2, 2012

Hujan lebat..sana sini accident..

Kejadian fresh dari ladang
tadi lepas balik , lunch dengan si akak..arinie konon nak diet..taknak lunch..
udahnya perut berbunyi gak mintak di isi

lepas hantar akak balik ofis dia, aku pun nak balik ofis aku..
sekali amik..semua perlahankan kete
rupanya lorong sebelah sana ada accident..ye lah ujan pun lebat..

ada 2-3 bijik kete ternaik..terpusing..semua ter ler..mengakibatkan accident..dan jem

Hujan lebat ni , pada sapa yang memandu..
hati-hati dijalan raya.


Dah berenti kerja balik

Hari nie sampai je opis
tertiba loceng pintu berbunyi..malas betul..baru sampai dah ada orang ni ..memang malaas

sekali dengar satu sore..macam ku kenal jer.
sekali dia naik atas..loh..si ahcong..yang udah berenti 2 bulan..

akhirnya kembali bekerja balik di sini..
hahhahaha..apa2 lah ..janji memasing bahagia..