Saja jer nak buat entry ni , ini adalah antara kuliah subuh yang kty dengar pada ahad lepas di Surau An nur, jadik untuk peringatan diri sendiri.
7 golongan yang akan beroleh lindungan Allah di padang
mahsyar kelak…pada hari dan ketika itu tiada satu lindungan pun kecuali
lindungan daripada Allah SWT.
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ
حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى جَمِيعًا عَنْ يَحْيَى الْقَطَّانِ
قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ
أَخْبَرَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي
ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ
نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ
وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا
عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ
ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ
تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا
تُنْفِقُ شِمَالُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
(Hadis riwayat Imam Muslim)
1. Imam/pemimpin yang adil
-ustaz cakap, ini bukan ditujukan hanya kepada iman masjid atau pemimpin negara sahaja
kalau di rumah ,seorang suami juga merupakan iman dan pemimpin kepada isteri dan anak2
begitu juga bukan kepada lelaki sahaja, termasuk juga golongan perempuan ,ibu yang menjaga keluarganya.
2. Remaja yang hidup beribadat kepada Allah
-maksudnya lelaki dan perempuan yang berumur bawah 40 tahun
yang sepanjang hayat nya beramal dan meninggalkan larangan dan membuat kebaikan
jadinya kalau umur kita belum masuk 40tahun, tapi kita sempat bertaubat nasuha atas dosa2 yg kita lakukan
dan beramal, beribadat bersungguh2 demi agama, insyallah kita tergolong di dalamnya
tapi kalau umur dah lebih 40an , kita kena tingkatkan lebih amalan lagi , sebab dah tentu golongan yang no 2 ni kita dah tak dapatkan.
3. Lelaki dan perempuan yang hatinya terpaut dengan masjid
-kiranya suka pergi ke masjid solat jemaah, dengar takzirah , setiap masa kalau boleh nak solat jemaah di masjid, itu tuhan kasi besar pahala dan ganjaran orang yg rajin menunaikan solat di masjid, tapi bukan lah buat solat di rumah itu takde pahala, ada pahalanya, cuma lagi besar pahala solat berjemaah di masjid.
4. Dua orang lelaki atau perempuan yang bertemu dan berpisah kerana Allah
- yang ni kty tak berapa faham sangat , ustaz cerita lebih kurang macamnie lah,
kalau kita ada janji dengan seseorang, lebih baik kita janji jumpa di masjid dari kita jumpa di kedai mamak, jadik andai salah seorang lewat, yg dah datang awal tu boleh solat sunat dulu ke, mengaji ke dulu sementara tunggu yang sorang lagi datang
-atau lebih khusus kepada lelaki atau perempuan yang selalu beri ceramah atau mengajar kepada kepada kebaikan di masjid.
5. Lelaki yang diajak (berbuat dosa)oleh perempuan yang punya kedudukan
dan cantik,
lantas dia berkata “Aku takutkan Allah!” , begitu juga sebaliknya , andai perempuan di ajak lelaki untuk melakukan zina .
- yang ni ustaz kata ,saya tak berani nak kupas, harap jangan ada dugaan macamnie jadik kat kita..mintak dijauhkan.
6. Lelaki dan perempuan yang
bersedekah
hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang
disedekahkan oleh tangan kirinya (tidak menunjuk-nunjuk)
-kiranya orang yang rajin bersedekah.
7. Lelaki dan perempuan yang
ketika dia berzikir mengingati Allah sendirian..berlinanganlah air
matanya.
- orang lelaki atau perempuan yang rajin bangun malam buat solat sunat ,berzikir mengingati allah .
antara ke 7 - 7 golongan di atas ,dapat tak kita 5 ke 6 ke dari senarai di atas ..
Bila ustaz tanya macam tu ,dalam hati ..terus rasa insaf dan terus tekad untuk lebihkan amalan ,insyallah .
Semoga Allah permudahkan urusan ini. Usaha mendekatkan kecintaan terhadap Kekasih MU Ya Allah,
.