Sep 25, 2013

Ww : Memang Sedap

Pertama kali makan, pendapat aku sgt sedap dan aku sangat suka, lepas ni boleh terai mentarang. Jakun!




posted from Bloggeroid

Sep 23, 2013

Zulkaedah tapi masih beraya

Walupun dah masuk Zulkaedah, tapi kami lagi beraya.
Kejadian berlaku masa cuti Hari Malaysia 16 September 
kami semua beraya ke rumah Makyong
 di Subang Perdana(1 gambar pun takde snap)
lepas kenyang makan di rumah Makyong
 kami gerak pula ke Meru Kelang 
beraya ke rumah Mak Anjang dan Pak Anjang ,
sambil beraya kami melawat Mak Anjang 
yang baru habis pantang dapat baby ke 3 , kiranya sambil beraya ,melawat baby baru.


Antara menu di rumah MakAnjang dan Pak Anjang
Spaggeti ,tengok balik ,teringin lagi
sedap bangat.



Feveret kalo bertandang ke rumah PakAnjang dan Mak Anjang 
mesti Pak Anjang akan masak sup tulang /daging satu periuk besar .


Gambar aku bersama tuan rumah 
Mak Anjang dan baby baru , baby boy @Muaz
Tahniah Pak Anjang dan Mak Anjang 
dapat baby boy .akhirnya 
kena dpt baby boy lagi satu untuk kawan si Muaz.
  Pak Anjang ni adik mak aku ,kiranya Mak Anjang adik ipar kepada mak ,
tapi walupun diaorang ni makcik dan pakcik , tapi usia diaorang jauh muda dari anak buah nya 
Anakbuahnya kertu sudah,.




posted from Bloggeroid

Sep 20, 2013

Kita merancang


Bulan 7 aritu ,aku sepatutnya pergi ke Seri Iskandar Perak untuk hantar si adik continue study
 , cdgnya langsung ke situ ,aku dah pakat untuk singgah Teluk Intan , nak singgah Menara Condong
tapi last minute cancel.

Tapi kalau dah rezeki tak ke mana,
 hari rabu aritu ,Aku sampai ke sana tanpa apa planning .
Rabu aku berada di Teluk Intan sebab melawat Pakcik Matnor yang sedang sakit di Hospital Teluk Intan.
Kami konvoi 3 biji kereta ke sana bersama adik-adik sepupu dan juga maklong serta mak aku.
(alhamdulillah Pakcik Matnor dah kembali stabil, semoga allah terus memberinya kesihatan yang baik.Amen)

Jadi langsung ke sana , dah memang rezeki aku ..dapat juga ke Menara Condong .
Aku bukan tak pernah langsung sampai..masa umur aku sekitar 6 atau 7 tahun aku pernah ke sini
bersama Atok aku ,kalau kami nak ke Tapah atau Cenderung Balai ke rumah Makyong atau pakcik Fendi .
tapi itu masa aku budak2..sekarang dah tua , baru dapat jejak balik bandar Teluk Intan.


Dapat lah snap gambar 2-3 keping ,walaupun cuaca adalah sgt panas ketika itu.


 bersama Ikram yg cerdik , 
yang panggil aku Makmok :)


 “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?  

Sep 12, 2013

Keropok Ikan

Semalam rasa mcm malas nak masak
sebabnya Along ada Event kat tempat kerja dia, jadi balik malam nanti perut dia dah kenyang
Jadi bila fikir hanya makan berdua je..mama ngn si adik je , mood masak Off ,
Firdaus kat rumah nenek ,sebab cuti sekolah budak Upsr kan ..

Jadi mama tanya adik nak makan apa
dia kata mama belikan adik keropok ikan je ngn nasi lemak

owh..itu je..sangatlah senang..

gambar dicopy kat Sini

tapi..tapi..idak lah senang seperti yang disangkakan ..
buang minyak haku je ..dah ler minyak dah naik 20sen..setiap liter yang dibazirkan adalah sangat merugikan ..

sangat membuang masa haku je semalam ,sebab 2-3-4 kedai cari keropok ikan ,Nan hado
selalu memang macam tu ,time nakkkkkk sangattt susah nak jumpa.

time takkkkknakkk..ada je depan mata ,abang -abang jual kat masjid.
siap cakap..kak beli lah kak..abiskan keropok saya nie..saya nak balik kelate malam nie gak..
tapi esokkk...nya ada lagi ..tak balik pung kampung maybe ..keropok tak abis jual.
selalu sebulan sekali aku beli..kalau hari2..memang haku tak mampu ..

Hari ni ..kena cari keropok ikan..lagi..udahnya mama lak yang kempunan...

.

Sep 9, 2013

Raudah di hatiku

Alhamdulillah bersamaan Jumaat 6 sept dan Sabtu 7 sept 
aku dapat menghadirkan diri untuk mengimarahkan Masjid Al Hasanah di Bandar Baru Bangi
Berbagai acara diadakan ..antaranya Tanyalah Ustaz ,Tanyalah Ustazah ada yg dirakam secara langsung dan dibuat secara rakaman .


Tutorial Berhijab bersama Diana Amir Dan Heliza Helmi
Dua-dua pun cantik dan kelakar pulak tu 


forum bersama Ustazah Asni dan Farah Adibah 




Rakaman Tanyalah Ustazah Bersama Ustazah NorBayah



Upin Ipin pun ada


permainan ,sukaneka ,mari bercerita , pun ada  

 Budak yang rajin temankan mama

Alhamdulillah bersyukur dapat menghadirkan diri dimajlis ilmu begini 
malamnya pula diada kan Acara Pray4Gaza di Stadium Sek 15 
tapi aku takdpt menghadirkan diri kerana ada majlis rumah terbuka sahabat.





posted from Bloggeroid

Sep 2, 2013

Kuat macam badang



Selalu orang cakap dia gemuk
Selalu orang suruh dia diet
Selalu orang marah dia makan banyak
Selalu orang suruh dia makan sikit

Tapi hasilnya dia boleh pikul beras 10kg ,

Semalam kita ke giant, nak belikan nenek beras,
Dia tau beras yg nenek selalu beli..
Kalau mama yg beli, mama ambik je beras cap rambutan

Tapi dia kata nenek punya beras, beras floral ..
Terus dia pikul pergi kaunter, lepas byr bwk ke kereta yg mama parking agak jauh, sampai umah nenek, pikul pulak naik ting 2.

Mama bangga Ada anak  macam badang!
posted from Bloggeroid