Dec 31, 2013

2013

Sekejap je kita sudah pun berada di hari terakhir 2013 
Sekarang masa berputar begitu cepat..tanpa kita sedari 
Kadang terfikir cukupkah amalan kita.. 
meninggalkan 2013 yang bagiku penuh kenangan manis 
kenangan pahit .. aku rasa takde .. semua pun manis-manis sahaja

Yang lebih manis , bila aku dapat menjadi tetamu Allah pada 14 March 2013 
Kenangan yang pasti akan ku kenang hingga akhir hayat 
dan aku senantiasa berdoa semoga aku dapat menjadi tetamunya lagi .amen .



Dan untuk tahun 2014 
Aku rasa takde azam yang hebat2 pun 
sebab azam lama sepatutnya diperbaharui 
Azam untuk menjadi hamba allah yang solehah, yang istiqamah , yang senantiasa merendah diri 
dan azam yang dah bertahun2 .. nak kurus kan badan 
ini harus nekad .. kang risau kalau ada rezeki , mana lah tahu kan 
itu semua darinya .. kang tak larat nak buat ibadah .. harus nekad utk kuruskan badan . 

Akhir kata untuk penutup 2013
terimakasih pada semua yang sudi singgah ke blog Attyfir 
maafkan kty kalau ada salah dan silap 
dalam penulisan selama ini .

Dan selamat Ulang Tahun Blog
tak sangka dah 6 Tahun Blog
Attyfir
Attyfir tercipta
gabungan nama Atty + Firdaus = Attyfir
sebelum tu sebenarnya kty ada
buka blog As Attyalong
tapi dah delete. 



 Selamat Tahun Baru .

Dec 24, 2013

19 Tahun

Agak terlewat buat entry besday Adik dan kakak yg telah berlalu pd 21 dan 22 december lepas.

Rasa semalam mama, baru je hantar kakak ngn adik masuk darjah satu..

Tapi itu semua dah berbelas tahun yg lalu. Sekarang kakak ngn adik dah bukan kanak2 tp sudah meningkat remaja.

Mama selalu mendoakan kakak ngn adik menjadik anak2 yg soleh dan solehah.berjaya dunia dah akhirat.






Selamat harijadi adik yg ke 18 dan utk kakak yg ke 19 thn.
Happy hirthday anak_anak mama. I hope uols will be person better than before.

Love U.
Mama.

posted from Bloggeroid

Dec 10, 2013

Dah Lama tak dengar Ceramah

Last Bulan 10 rasanya ke aku tak hengat
bila last aku dengar ceramah Ustaz Don.
Bukan apa ..semua ustaz pun kalau ada masa aku cuba hadirkan diri dengar ceramah
dari takde buat apa , aku pergi jer ..depan umah mak aku jer pun
tapi tiap kalo Ustaz Don buat ceramah ada jer hal aku .

Alhamdulillah sabtu lepas berkesempatan mendengar ceramah dari Ustaz Don



 semua gambar aku ambil di KPI FB Page

Selain kasi ceramah  pada sabtu lepas Ustaz Don merasmikan 
pembinaan bumbung KPI.




Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu
Lebih baik daripada mendirikan 1000 rakaat solat sunat.
Lebih baik daripada menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah.
Lebih baik daripada menziarahi 1000 pesakit.
Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah ke perkuburan.


Cuba muhasabah diri semula dalam sehari berapa kali kita buat solat sunat?
 Dalam seminggu berapa kali?? Sebulan??
 Boleh kira pakai jari kan.
Menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah. Menziarahi 1000 orang pesakit, jururawat mahupun doctor tidak mampu untuk melakukannya dalam satu hari. Menghantar 1000 jenazah ke perkuburan, dalam 1 tahun mungkin sorang dua sahaja yang kita sempat hantar kan?? Tapi keistimewaan yang Allah bagi umat Nabi Muhammad dengan hanya menghadiri satu majlis ilmu kita akan dapat ganjaran tersebut. Bukan sama pahalanya tetapi lebih baik dari empat perkara di atas. Subhanallah!! Nak lepaskan ke peluang ni?? Sesungguhnya majlis ilmu di dunia adalah merupakan taman-taman syurga. Kalau nak masuk syurga Allah yang tersangat indah dan hebat yang tidak dapat dibayangkan itu kita kenalah masuk taman-tamannya dulu.

Jom kalau ada masa , kita luangkan ke Majlis Ilmu
Sabtu ni bersamaan 14 December ada majlis ilmu di Surau Bangi Perdana , Panel Ustaz Azhar Idrus.
Jumpa di sana .



Dec 8, 2013

Dia Temankan Saya



Kat rumah ni, mama ngn Firdaus je yg minat durian
Kalau borong durian,mama ngn Firdaus je yg mengadap,makan beriyer-iyer

Tapi hari ni,mama masak kan pulut + santan sekali, sbb fir nak rasa mcm masa mama mkn kat Hatyai.

Walaupun minat durian, baru makan masuk 5 biji,kepala poning.

Tapi sian fir,dia.nak makan pulut, selain dgn durian, dia nak makan dgn mangga,

Beriyer le fir bawa buah mangga, dia ambik kan umah kawan
sekali mangga tu belum masak, tak sedap nak mkn dgn pulut.

posted from Bloggeroid

Dec 4, 2013

WW: JLN JLN CARI MAKAN

NasiLemak @Restaurant Al Nasa Sek 7 BBBangi


Mihun Sup @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi


Nasi Ayam Biasa @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi


Satay Samuri Kajang


Bandung Cincau @Tat Nasi Ayam Sek 15 BBBangi




.
posted from Bloggeroid

Dec 2, 2013

Hujan Banjir

Sekarang musim hujan kan 
Asal petang je hujan 
kadang hujan lebat sangat , jadik aku stay kat ofis 
tunggu hujan berenti

Bila hujan agak reda aku pun terus gerak balik 
masuk je kawasan Bangi,hujan masih lagi lebat 
Dalam hati , macamana lah aku nak balik umah ni 

sampai kawasan rumah ,air dah naik setakat buku lali
aku terus duduk dalam kereta, tunggu hujan reda skit 
sambil tunggu nak hilangkan boring aku main POU kat hp aku 
dulukan aku tak suka tau main game ,tapi sejak Fir donlod POU kat hp aku 
aku kena tolong jaga POU..aku pulak ler yg ketagih nak main ..


Tak sabar aku nak tunggu 
hujan reda, perut lapar bangat ,dalam kepala terfikir dah ni 
dapat makan sedap nie 
terus aku redah je hujan 
tapi malang , nya air penuh kat jalan , abis kasut aku .
kasut kesayangan aku .. dah rosak , usianya pun dah masuk 6 bulan ,
hari hari pulak kena hujan ,kesian kasut aku



kasut yang aku beli  di Butik Zalora Online Malaysia ,aku serasi sangat dengan Zalora 

Nampaknya aku kena ushar lagi kasut kat Butik Zalora Online Malaysia


Macam ada yang berkenan jer dah..macam suka jer ..
tak sabar nak soping kasut , jubah

jom semua
soping di
Zalora Online Shopping 

.