May 31, 2014

Bila Orang Hargai

Sabtu lepas punya cerita
Last minute, malam jumaat baru Firdaus kasi tahu,esok kena pergi sekolah ambil reportcard.
Bila tau, nak kena ambil report card, mama yg nerves lebih, macam mama yg ambil periksa .
Asyik tanya Along, camne lah result Firdaus ni.

Esok bangun pagi, siap2, along cakap sebelum kita pergi sekolah, kita pergi sarapan dulu.Tapi Firdaus tak setuju, nak pergi sekolah cepat.

Jadi ikut je lah cakap Firdaus, sampai sekolah tepat pukul 8 pagi.
Sessi ambil report card kat Dewan sekolah, sekali rupanya kami lah parents yg pertama sekali utk 5 Mulia.

Alhmdulillah keputusan Ujian Firdaus, Memuaskan , cuma kena improve bahasa English lebih lagi.

Dan yang paling besh , pagi tu
Cikgu kelas Firdaus pakai tudung yg dihadiahkan sempena Hari Guru.



Comel je Cikgu gayakan tudung.
.

posted from Bloggeroid

May 26, 2014

Tragedi 23 May 2014

Kejadian berlaku sekitar pukul 11.00 pagi,hari jumaat 23 May 2014
Blok yg aku tinggal mengalami kebakaran
Yg amat dasyat.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.
Cuma keadaan rumah jiran mmg teruk, satu barang pun tak dpt diselamatkan.

Jiran atas rumah aku tingkat 5 dan 4 pun
Boleh tahan juga teruknya.
Bilik utama rosak teruk.








Dikesempatan ini.aku nak ucapkan berbanyak2 terimakasih pada sahabat2 , sedara mara yg bertanya khabar, yg mengirimkan sumbangan,
Hanya allah sahaja yg mampu membalas budi baik kalian.

posted from Bloggeroid

May 21, 2014

Dah nak terima menantu

Selamat bertunang untuk Iza ,
 adik sepupu aku yg sebaya dgn my anak bujang yg berusia 19thn.
Iza adalah anak Makyong ..dah nak dpt menantu dah makyong.


Adik sepupu yg muda belia bersama kakak sepupu yg dah Tua Bangka.


Jaga diri sepanjang alam pertunangan.
Pertunangan bukan lesen untuk menghalalkan perhubungan.


.
posted from Bloggeroid

May 9, 2014

Raya dah dekat

Pejam celik pejam celik
Kita dah nak sambut ramadhan.
Dah ganti ke puasa..?
Kty alhamdulillah tahun lepas full..

Sebut pasal ramadhan..lepas ramadhan hari raya..macamana dengan persiapan raya tahun ini..

Sebenarnya kitaorang tak plan lagi nak tema kaler apa.

Main cincai je.
Tapi sebab dah dapat baju melayu utk kaum adam ni..jadi maybe utk kaum hawa berbeza skit..kita tgk kot mana berkenan..beli siap jugak nanti.




Ada 4 pasang baju melayu.
Aikk kaum Adam ada 3 orang je.
Utk firdaus spesial skit dia dapat 2 pasang ..

Harga total baju melayu ni..
Kalau dengar.. memang terlajak laris x hengat sampai boleh pengsan.
Dan mutu kain yg sangat tiptop.

posted from Bloggeroid

May 8, 2014

Partime

Alhamdulillah kakak dah abis Pratikal
Di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat.
Selalu jugak dengar kakak citer pengalaman pahit manis kakak bekerja disitu selama 6 bulan .
Seronoklah dengar.Suruh tulis kat blog dia yg dah terdampar sepi,banyak je alasan.

Lepas abis pratical, kakak bosan duduk rumah. Jadi kakak pun ngajar budak2 tuisyen sementara tak dpt kerja lain.
Memula bising susahnya nal dpt partime.





Tapi allah maha mendengar.
Memula langsung takde rezki
Tapi lepas tu allah kasi rezki berganda2 .
Selain dari ajar tuisyen, sekarang kakak partime di kedai kek.Tapi jangan ingat kakak teror lak tau buat kek, masih dlm proses pembelajaran lagi.

Dan selain itu kakak kerja juga di Pusat Tuisyen setiap sabtu ahad.

Tanya jugak, penat tak,dia kata selagi muda..larat kerja je.

Macam tu jugak dgn si adik.
Selain belajar siangharinya , malam partime jual burger dan sabtu ahad kerja catering.

Mama tak pernah halang, janji jgn lupakan pelajaran, sekurangnya mereka dapat beli apa2 yg dihajat dengan usaha mereka sendiri.

.

posted from Bloggeroid

May 5, 2014

Syukur

Ya Allah, dihari jadiku ini, Dihari dimana usiaku bertambah,aku yang kerdil ini, yang hanya selalu meminta ini, izinkanlah ku untuk bersujud dan bersyukur di hadapanmu, ya Allah..
Jadikanlah aku perempuan/isteri yang solehah, bagi agama ku, suami ku dan keluargaku serta negara dan semua makhluk cipta'anmu ini,

5 May 2014 Genap lah usia ku 40 tahun .
Alhamdulillah syukur ya allah kepada mu atas segala kurniaan mu.. atas taufik dah hidayahmu..jangan jd kan aku insan yg alpa kepada agamamu .semoga aku terus diberikan taufik dan hidayah.
Amen .Ya rabbal Alamen.






.

Terimakasih pada semua family, sahabat yg mengingati.hanya allah yg mampu membalas doa kalian.

posted from Bloggeroid

May 3, 2014

With Love


Selamat Hari Lahir buat
Along  my bestfriend
My soul.My Love ,My Husband
On 3 May

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.Amen.



posted from Bloggeroid