Trip ke Hatyai ni aku ikut rombongan bas
satu company nie..terpaksa dirahsiakan..
satu company nie..terpaksa dirahsiakan..
kami bergerak malam 15 March lebih kurang
dalam pukul 11 malam dari Kuala Lumpur.
dalam pukul 11 malam dari Kuala Lumpur.
Masuk je bus , Pastikan semua yang pergi dah ada
doa perjalanan pun dah dibaca
Ketua kumpulan dah siap-siap kasi Air mineral , burger , nasi lemak
Banyak sungguh makanan, kalau nak top up ,
amik ler sendiri kalau tak malu
amik ler sendiri kalau tak malu
Tapi disebabkan dah malam , perut kekenyangan sebenarnya .
Masa dalam bus , disebabkan malam ,
bukan nampak pun pemandangan
bukan nampak pun pemandangan
lagi pun kat Malaysia jer pun, setakat highway utara selatan dah berapa kali pun , aku drive sendiri
jadik tak heran sangat pun , nak tengok apa2 kat luar tingkap tu
Jadiknya layan mata , tidur.
Tau-tau je dah sampai Changlun sekitar pukul 5 am,
Ada yang tukar duit , ada yang pergi toilet
ada yang berenti makan , isi perut ,
bekal burger ngn nasi lemak
yang Ketua Group bawak pun banyak je lagi
yang Ketua Group bawak pun banyak je lagi
Ini lah awek yang ajak aku g Hatyai tu
Kat Changlun ni jugaklah , Driver bus siap2 kasi white Card yang dia dah isikan siap-siap utk semua orang
Jadi kami cari jer sendiri nama memasing , tinggal sign jer
Driver Bus ni jugalah merangkap penjaga kami ,
jaga kami semua semasa kat sana
jaga kami semua semasa kat sana
sangat kelakar orangnya , asyik ler ingatkan kami
jangan ilangkan white card tu
jangan ilangkan white card tu
Kalau ilang sangatlah susah katanya .
lepas urusan kat Changlun selesai , disebabkan subuh pun nak masuk , kami pun pergi masjid
solat jemaah beramai-ramai ,amik masa dalam 40 minit jugak
lepas tu terus ke Imigresen Malaysia dulu , kami bus yg No 2 ,
jadik senang ,pantas ,sebab orang belum ramai .
Lepas tu ke Imigresen Thailand ,dekat ngn Danok
sini pun pantas macam yang aku cakap entry sebelum ni
Driver bus sudah kasi sikit uwang.
Kat Sini , Ada sorang Tourist Guide yang akan ikut kami
Pada mulanya , ingat orang Thai ,tapi pandai cakap melayu
rupanya orang indonesia , namanya Saudi
orang nya kelakar sangat
Saudi ni rajin betul ajar kami
cakap Thai, macam2 dia ajar
Lepas chop je pasport , sebab awal lagi
Jadik Saudi bawak kami ke Nora Plaza
Nora Plaza ni tempat barangan kulit
Bila sampai sana , nanti ada staff yang akan
edarkan kad discount 20%
edarkan kad discount 20%
Ada macam2 benda jual kat sini
Masa kat sini ler , 1st time nak masuk toilet kat Hatyai ni
Tapi toilet dia len macam sikit
sebab badan aku yang gebus ni , aku mcm tak confident je
nak masuk toilet dia..takut toilet dia roboh pulak nanti .
Kami diberi masa dalam 1 jam round2 kat dalam Nora Plaza nie
Kiranya ini tempat pertama kita orang stop
ada yang dah soping bagai nak rak
Cer cari mana satu aku ???
Masa memula sampai Nora Plaza nie
ada orang snap gambar kita , macam kat Langkawi tu kan
Kat sini harganya 100bhat = RM10
Lepas dari sini kami ke Kilang jual gajus
Next entry pulak..
.
9 comments:
bila baca entry kty terus sy jadi rindu kt hatyai..5 tahun lepas sy ikut rombongan bas mcm kty nilah..tempat mkn pun yg sama kami stop utk mkn..toilet yg sama :P nora plaza yg sama :)
apapun hatyai mmg best kan kty :D
wah best kak ty....dah sampai sane hah cuti2....syok2....tak sabar nak tgk cite pasal kilang gajus tu kak...mestimenarik nieh....
hubby dh g hatyai dulu.. t x lps2 nk g lg...
best ye soping kak? tu makan pulut mangga kat tp sungai yg org muslim dok jual.. sedapkan pulut mangga dia?
hat yai mmg happening soping & makan2 bess!!
wah best pergi rombingan kompeni sbb dapat pergi tempat yg kiterang tak pergi..
bestnye jln2 hatyai
wah ebstnya kak cuti2 hatyai.. bila la nk sampai gak.. huhu..
mmg berselisih je kita kak ty, sy pegi 9 hingga 13 Mac...x pegi pun ke nora plaza nih
mm...rasanya tak murah mana sgt pun kan barangan kulit dia tu. tp bila dh bg kad diskaun, hehe..kita akan rasa rugi kalo tak gunakannya, hehe..
Post a Comment