Aug 30, 2012

Beraya di Pusara

Tajuk..tak hengat..menakutkan..tapi setiap manusia yang hidup pasti mati kan 
Sepatutnya pagi raya tu tak bercadang pun nak ke kubur,
sebabnya sehari before raya, aku sudah ke kubur arwah abah, sebabnya takut bulan mengambang
aku tak boleh nak ziarah kubur, sbb perut mcm sakit je sokmo

Tapi bila sampai kat rumah mertua, diaorg semua takde, semua pergi ziarah kubur arwah atok along, 
Jadiknya langsung ler kami ke kubur jumpa  family mertua dan beraya di sana.

ada along dicelah2 kubur itu
kami semua, dah siap2 baca yassin semua, sebab masa tu along join family dia 
dikubur arwah atoknya ,



lepaking ,sementara tunggu along abis baca yassin

Tapi pada raya ke 2 ,seawal pukuk 8 pagi ,kami ke kubur lagi
sebabnya pada 23hb August  genap  7 thn arwah abah , meninggalkan kami semua
Ingat nak pergi ler pada tarikh 23 tu..tapi rasanya memang tak sempat, nak datang peyet..
sekali betul pun..

Al fatihah utk arwah abah dan arwah sedara mara..semoga ditmptkan dikalangan org2 yg beriman.amin.

.

Aug 27, 2012

Attyfir Raya 2012

Bagi kami yang punyai family kecil ni , raya tu tetap meriah
Setiap tahun macam biasa, aku hanya beraya di Bangi 
Lepas solat raya, balik rumah mak sendiri..snap2 gambar semua kat rumah mak aku 
makan  semua, baru gerak ke rumah mak mertua yang hanya di belakang rumah mak je pun..

Ini antara gambar2 raya tahun nie
kebanyakannya kami photoshoot kat luar je
masa balik dari beraya singgah kat taman..snap je gambar sementara masih berbaju raya..








Aug 26, 2012

Pulang

Kakak dah pulang ke asrama.
Kitaorang dah ada kat kampung dari hari jumaat lagi.

Jumaat pergi beraya di Felda Gedangsa..lepas tu terus ke kampung halaman beraya di sana.

Alhamdulillah,perjalanan pergi dan pulang,dipermudahkan,tak jem pun. Syukran.

Insyallah takde aral,kami akan berada lagi di kampung pada 8-9 sept.

Bila aku tengok kalendar,tiap weekend takde kt Bangi.


----------
Sent from my Nokia phone

Sebesen besar bahulu

Larat ke nak abiskan?
----------
Sent from my Nokia phone

.

Aug 25, 2012

Beraya

Dah masuk 7 hari beraya,baru kami beraya di kampung.

Beraya raya ,tapi kena jaga makan..semua kuih manis2..sedap2..tapi takut badan makin menggebus.


----------
Sent from my Nokia phone

Aug 24, 2012

Merajuk di Hariraya

Merajuk ke? Mana ada merajuk.
Tapi sibuk ajak mama pergi Mamak..cari roticanai

----------
Sent from my Nokia phone

Aug 22, 2012

Make up

My make-up raya..
Yang asas je..tak pandai make-up pun.

----------
Sent from my Nokia phone

Aug 20, 2012

Ada hati nak pakai Fareeda

Jumaat sebelum nak raya,
hajat hati nak le pegi butik fareeda..nak le merasa makai tudung yg tersohor itu.

Bila sampai turn,belek2,takde kaler yg aku nak.
Alhamdulillah tak abis duit.
Nak sedapkan hati sendiri,
aku pakai tudung apa2 pun ,aku tetap meletopz ,tetap comey...hahaha poyo punya statement..

Aug 19, 2012

Ampun Maaf Di Pinta

Kty mengambil kesempatan ini , 
ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua yang sudi singgah di blog kty 
andai ada salah dan silap , harap di maafkan.


Aug 13, 2012

Final check Up

Live dari hospital serdang.
Tapi ada lagi 150 org baru sampai giliran firdaus..baru nak buat pendaftaran,belum nak g xray..nak jumpa pakar otorpodik (ejaanhentamje).

Kalau ikutkan nak je pegi swasta..tp file fir kat cni pulak.

Update terkini : Sekejap je settle..tertiba je laju, lepas je register terus antar firdaus g xray..dari sana , firdaus tunggu turn sorg2..mama g pakar otopordik amik no..tak sampai 15 min..firdaus pun sampai..kedian no ktaorg pun dipanggil..tak sampai 1 jam stgh semua settle..alhamdulillah..
Tangan firdaus pun dah pulih...dpt mc satu hari..sukati firdaus..


----------
Sent from my Nokia phone

Aug 4, 2012

Bantulah Alia Haryanie

Alia Haryanie ,seorang ibu tunggal yg masih muda
Yang menghidap penyakit saraf ,ditinggalkan suami yg tidak berguna
Kalau baca kisah Alia Haryanie , memang sangat2 menyayat hati
Mana sakit..mana anak lagi, memang sungguh sedih 
Bagaimana anak2 dengan ibu yang sakit 


Nak baca kisahnya >> Alia Haryanie

Jadi sebagai hamba allah yang perihatin 
Marilah kita bersama-sama meringankan bebannya , 
takdpt banyak sikit, pun mencukupi ,janji kita ikhlas
 
Maybank Acc No :553104558862)

(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
 
.

Aug 3, 2012

Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar




Beli di Pasaraya Giant dengan Harga Rm10+.
Tapi kalau boleh beli Jenama "BRAGG" sebab lebih natural/organic
kty ni ada org beli kan ..

  
Khasiat Cuka Epal

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Epal Cider atau cuka epal bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 10 ribu tahun dahulu, ilmuan perubatan telah menggunakan epal cider dicampur madu sebagai tonik kesihatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan.


Di Malaysia, masyarakat cina telahpun sedia maklum tentang cuka epal, dan kebanyakan keluarga ada menyimpan dan mengamalkan minum cuka epal setiap hari. Namun, masalah utama adalah rasa dan bau cuka epal yang tidak enak.

Tahukah anda bahawa cuka epal digunakan sebagai tonik kuat tentera Julius Ceaser dan pahlawan Samurai jepun?

LAGI KHASIAT CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya. 



 Cara pengambilan
Boleh di ambil dengan dua cara. 
Cara pertama, 1 sudu cuka epal dicampur dengan sedikit madu asli. 
Cara kedua adalah dengan mencampurkan 1 sudu cuka epal dan segelas air.
Boleh juga dicampur dalam masakan.
Atau dicampurkan Satu sudu cuka epal + satu sudu serbuk organic.

Info Credit to Sini