Showing posts with label My diet. Show all posts
Showing posts with label My diet. Show all posts

Aug 3, 2012

Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar




Beli di Pasaraya Giant dengan Harga Rm10+.
Tapi kalau boleh beli Jenama "BRAGG" sebab lebih natural/organic
kty ni ada org beli kan ..

  
Khasiat Cuka Epal

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Epal Cider atau cuka epal bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 10 ribu tahun dahulu, ilmuan perubatan telah menggunakan epal cider dicampur madu sebagai tonik kesihatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan.


Di Malaysia, masyarakat cina telahpun sedia maklum tentang cuka epal, dan kebanyakan keluarga ada menyimpan dan mengamalkan minum cuka epal setiap hari. Namun, masalah utama adalah rasa dan bau cuka epal yang tidak enak.

Tahukah anda bahawa cuka epal digunakan sebagai tonik kuat tentera Julius Ceaser dan pahlawan Samurai jepun?

LAGI KHASIAT CUKA EPAL

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya. 



 Cara pengambilan
Boleh di ambil dengan dua cara. 
Cara pertama, 1 sudu cuka epal dicampur dengan sedikit madu asli. 
Cara kedua adalah dengan mencampurkan 1 sudu cuka epal dan segelas air.
Boleh juga dicampur dalam masakan.
Atau dicampurkan Satu sudu cuka epal + satu sudu serbuk organic.

Info Credit to Sini  




Mar 2, 2011

Dari diari diet

Hari nie 28 February
Aku berazam dan kuat kan semangat untuk berdiet

Aku bermula dengan berat 80kg (benornya tak timbang pun )
rasa nya lebih kurang tu lah

Aku target nak turun sekitar 55 kg -50 kg

Jadi menu aku untuk 1st day

 Sarapan : Telur dadar / air masak 5 cawan
lunch : Ayam goreng dua ketul / air 5 cawan
dinner : Tomyam 2 mangkuk,ikan goreng 2 ekor /air 5 cawan



Untuk hari pertama , siang hari aku rasa okeh je
tapi lepas ku dinner ..malam tu sakit kepala sangat-sangat tp aku boleh control lagi.
mungkin bukan kerana sebab aku diet..sebabnya aku kalau nak datang bulan mmg akan kena migrain

Apapun untuk hari pertama
Alhamdulillah aku berjaya ! tak amik nasi..dan tak amik gula ,
dan berjaya minum air masak sebanyak 15 cawan sehari

Caiyork ..Atty

owh ye aku ada buka blogdiet
utk listkan apa progress dan apa aku makan

sapa nak terjah >>> attydiet

Feb 28, 2011

Diet bermula

Okeh hari nie aku akan mula diet 

Takleh dah nak makan fastfood
atau segala makanan yang mengandungi gula atau kabohidrat
Jadiknya untung ler sapa yang nak belanja aku ..
Aku hanya minum air masak je..


Kalau nak tau apa yang aku boleh makan atau tidak 
Aku ikut cara adik dzul nie diet.
Harap aku kuat semangat macam adik nie 

Jom Terjah blog  

Tapi mesti baca dari bab 1 dan kena khatamkan tau !

Attyfir Boleh..Insyallah .
Harap raya ni aku dapat berbaju kebaya..hihihiihihi