Minggu ni agak busy sikit
Ada macam-macam hal nak kena uruskan..
Alhamdullilah selesai sudah, syukur sangat2..
Dan Percayalah pada kekuatan kuasa Doa itu
Bila kita berdoa, inshallah allah makbulkan, cuma bila? Cepat atau lambat je..
Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah,membuat org tidak percaya kepada percaya,
Dan pohon lah doa hanya pada allah,berdoalah bersungguh2 kepadanya..
Alhamdulillah goodies bag pun siap sudah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jun 27, 2013
Jun 19, 2013
Jun 13, 2013
Masjid Terapung & Selamat Tinggal Tanah Haram
Masa perjalanan kami dari Madinah ke Mekah
Kami mengambil masa sekitar dalam 6 jam untuk sampai ke Mekah
Tapi perjalanan balik dari Mekah ke Jeddah dalam 1jam setengah
Tapi group kami sempat singgah di Masjid Terapung Laut Merah.
Rasanya mana-mana group umrah mesti wajib singgah sini.
sempatlah kami round-round sekitar masjid
dan buat solat tahiyatul masjid , aku hanya solat di ruang terbuka di luar masjid
sebabnya aku suka lepak kat luar..sebab banyak angin
dah tentu lah kerana masjid berdekatan laut jadi angin sepoi-sepoi
kami juga sempat makan malam , di tepi-tepi sepanjang jln ke masjid . Kiranya kami dinner awal hari tu.
Tapi kami tak lama di sini , dalam 1 jam je..tak sempat solat maghrib pun
kami teruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah ,dan solat jamak di surau area situ.
Masa kami sampai di Lapangan Terbang Jeddah, kami mencari troli utk bag.
ada jer staff airport tu..tapi diaorg tawarkan rasa 10sar utk troli atau lebih, tak berapa ingat dah, aku cari je troli sendiri ,tolak sendiri
Di Airport ,baru TA ,kasi balik pasport kami ,
lepas tu setiap jemaah di kenakan 10sar sorg untuk melepasi pemeriksaan Imigresen,
kiranya siapa2 yg melebihi timbangan beg nya ..terlebih muatan ,kira beruntung..takde charge dikenakan ..aku nya beg masa pergi sekitar 13kg , balik dalam 19kg..beg sepatutnya tidak boleh melebihi 20 kgs jer.. kiranya group kami ber5, Pak Anjang dah siap2 bayar 50sar.. baru-baru nie , abang ipar aku baru balik dari umrah ,
dia cakap group diaorg kena byr lebih..ikut rundingan memasing kot.
selesai pemeriksaan imigresen, beg pun dah check in ,
yang tinggal pada aku hanya hand carry luggage , yg dalamnya ku letakkan 3 botol air zam-zam ,hati risau jugak, takut air zam2 yg aku bawa ni tak lepas , sbb mutawif cakap tidak dibenarkan , sebab setiap jemaah akan dibekalkan 10liter air zam-zam di Klia nanti.
selepas tu kami pun bersedia untuk check in , di tempat menunggu .
di sini kami menunggu lebih kurang dalam 1 jam .. sekitar pukul 12am ,ada bus dtg
aku dan group yg lain terus naik bus ...dan kami dihantar direct ke tangga flight kami .
tak perlu jalan jauh2 nak ke kapal terbang ..syukur alhamdulillah , senang hati sangat bus hantar sampai ke tangga kapal terbang ..senang untuk mak ..sebab mak dah tak larat sangat masa tu , demam teruk.
dan aku paling happy , sebab ke semua air zam-zam aku lepas..alhamdulillah dipermudahkan .Bukan apa, Ini air zam-zam yang hari2 aku bawa dalam beg , masa aku buat tawaf , org kata elok untuk anak2.
akhirnya kami sampai Malaysia sekitar pukul 1.30pm , awal dari yang dijadualkan ,.
semua family sedia menanti ,
walaupun hati sedih dan rindu pada tanah suci Makkah ..tapi kerinduan dan tanggungjawab pada Family perlu diutamakan .
Akhir kata dari ku, untuk semua ahli group ,
untuk mak ,adik ,maklong dan Pak Anjang , aty ucapkan terimakasih tak terhingga,
syukur sangat , urusan kita dipermudahkan ,group kita tiada masalah ..semua berkat kerjasama satu sama lain .Tiada dugaan yg hebat kami terima ,syukur ,cuma kdg demam skit2 tu biasa lah
kesihatan aku pun baik je semasa di tanah haram..cuma ada ler hari nak last tu mcm nak demam masa balik dari masjid lepas asar , tp balik bilik cepat2 makan ubat ,tido kejap..pukul 6 waktu Mekah bangun siap2 untuk solat jemaah maghrib di Masjidil Haram.
Alhamdulillah lepas tu tak demam dah .
kalau ada sikit-skit itu , orang kata sakit itu penghapus dosa.
Tips penting :-
kepada sesiapa yang akan pergi menunaikan Umrah.
Banyakkan membaca, bertanya dan pergi kursus ,
pergi ler kursus berkali pun..jgn sekali..berkali2 takpe ,ilmu pengetahuan tentang umrah dan haji amat penting sgt2
tanpa ilmu , banyak yang kita tak tau , yang akan merugikan diri kita. Sebab nak sampai bukan senang kan ..perlukan banyak wang ringgit ,tenaga dan masa...
Jadi semasa kita di Tanah Haram ,buatlah banyak2 ibadat ,
rajin-rajin lah tawaf sunat , buat seberapa banyak umrah yg boleh kalau badan siihat dan tenaga ada .
semoga satuhari nanti kita semua berpeluang lagi ke tanah suci ..
kali ini kalau boleh , hajat aku untuk menunaikan Fardhu Haji ..inshallah
semoga doa-doa ku diperkenankan .amen.
Akhir kata semoga semua amalan kita diterima dan kita terus Istiqamah.amen.
Ladang Unta & Hudaibiyah
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah
Tawaf Wida

Entry lain Pasal Umrah:-
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah
Tawaf Wida
Jun 12, 2013
ww.Penang jalan2 antar pengantin.
Pada 1 June yang lalu ke Penang
1st night ,weols stay kt Marina Tower Condo
Bilik Utama
2nd Night , Di TM Resort
Dua2 tempat pun ada kolam mandi
Tapi Tm Resort , tepi laut..tu yg besh berganda utk budak2.
Ke Penang atas urusan Meraikan Cinta Aril & Ana
Selamat Pengantin Baru
Balik kitaorg naik feri.
.
Jun 10, 2013
Tawaf Wida Kami
23 March 2013 hari terakhir kami semua akan berada di Bumi Mekah.
selesai aku di Hijir Ismail
aku terus melangkah kaki pulang ke hotel
Kami semua sibuk mengemas bag
kami bercadang turun kejap ke kedai berdekatan hotel
Aku bukan apa ,teringat nak beli jubah untuk anakdaraku
Mak ngn maklong pun nak tengok2 lagi apa barang yang boleh dibeli
Dapat lah aku sehelai jubah untuk anakdara ,
tapi muat kat aku.acaner tu..
jadik jubah itu aku yang punya..padahal size “S”
(perasan selim lah tu..x de maknanya )
Tapi dalam sekitar pukul 10am ,
ada makcik aku yg datang ke lobi hotel untuk berjumpa kami semua,
Group makcik aku sampai hari jumaat dan tinggal di Maqam Hotel,
tapi kami dah nak balik baru ada kesempatan berjumpa dengan izin allah.
Sekitar pukul 11.30 kami bercadang untuk makan tengahari,
Menunggu pihak hotel menyediakan makanan tengahari ,
tapi diaorg lambat,maybe mutawif tak kasi tau
Yang hari itu kami akan keluar dari hotel,
mak dan maklong menunggu pihak hotel menyiapkan hidangan tengahari..
aku dan adik pegi beli makanan di kiosk berdekatan hotel
lepas tunggu mak dan maklong lunch ,
kami terus ke masjid untuk solat Jamak takdim zohor dan Asar
Tapi Zohor kami buat 4 rakaat , dan asar di qasar kan .
Macam biasa kalau time zohor ,cuaca adalah panas melampau
Kami haritu kira dah lambat , agak susah untuk mencari ruang
Dan akhirnya kami dapat ruang solat dekat kawasan tangga.
Selesai zohor kami bergegas untuk buat tawaf wida,
sebabnya pukul 2 bas akan gerak ke Jeddah.
Dengan orang yg ramai di dalam masjid ketika itu ,
memang agak kucar kacir suasananya.
Aku ,maklong berdua..tertiba je terpisah dengan mak dan adik
Tapi kami sudah berjanji,apa-apa kita jumpa di dataran tawaf.
Masa aku dan maklong sampai tengok
Pak Anjang sudah sedia menunggu kami
Masa aku sampai kat Pak Anjang di dataran tawaf
Aku dan maklong melihat seorang jemaah wanita sedang solat
Dan ada baby sebelah wanita itu..
Kesiannya lah aku tengok baby tu,
kena panas..dah lah cuaca panas ya rabbi
Terus Maklong aku dok tutup muka baby dengan buku
,menangis-nangis baby tu kepanasan..
Sambil itu aku mencari-cari mak dan adik.
Untuk tawaf wida, kami ambil kan mak wheelchair juga
(1st time tawaf pakai wheelchair..kalau sebelum ni saie je )
Sebab nya risau kalau mak buat sendiri ,takut ambil masa yang lama .
lagipun hari tu mak demam.
Jadi tawaf wida bermula, orang adalah sangat-sangat ramai walaupun panas ya amat.
Kali ini aku amik pusingan jauh, sebab kalau buat pusingan dekat , orang akan berhimpit-himpit di rukun yamani dan HajarAswad.
Selesai jer tawaf macam biasa solat sunat tawaf baca doa..
Doa yang aku baca antaranya ialah :-
- Semoga allah menerima umrah ku dan menjadikan umrah ku, umrah yang mabrur
- Semoga allah tidak menjadikan kunjungan ku kali ini yang terakhir, jemputlah lagi aku menjadi tetamunya.
- Dan akhir sekali semoga allah perkenankan doa2 ku yang dia redhai, dan permudahkan urusan ku dunia dan akhirat
dan semoga terus berikan ku taufik dan hidayah.
Masa berdoa perasaan aku sedih sangat masa ini..
selain dari doa yang aku baca ikut kata hati aku,
aku pun baca doa ikut buku yg TA kasi.
Perasaan masa itu takdapat digambar kan ..
Info mengenai Tawaf Wida
Tawaf Wida juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal.
Bila kita selesai sahaja tawaf wida, kita tidak dibolehkan lagi membuat sebarang kegiatan jual beli ,tangkap gambar
Seelok-eloknya segeralah keluar dari tanah haram.
Untuk tahu lebih lanjut pasal tawaf wida ,
google ye..kena belajar betul-betul..takut kang ada yang tersalah info..payah.
Selesai sahaja tawaf dan solat sunat tawaf baca doa semua ,
kami pun melangkah kaki meninggalkan masjidilharam..
Terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh lagi kearah kaabah..dalam hati terus berdoa semoga dapat menjadi tetamunya lagi.
Kaki terus melangkah laju menuju ke hotel , tiada aktiviti merakamkan gambar ,
Sampai di hotel kami duduk di lobby ,menunggu bas datang menjemput kami , sekitar pukul 2pm ,akhirnya bas sampai
Pekerja hotel memasukkan bag jemaah semua ke dalam bas..
dan tiba saat kami meninggalkan mukabumi Mekah.
selamat tinggal ..semoga satu hari nanti
aku akan menjejaki tanah haram lagi.
ameen.
Entry lain Pasal Umrah:-
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah
Jun 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)