Showing posts with label UMRAH. Show all posts
Showing posts with label UMRAH. Show all posts

Jun 13, 2013

Masjid Terapung & Selamat Tinggal Tanah Haram

Masa perjalanan kami dari Madinah ke Mekah
Kami mengambil masa sekitar dalam 6 jam untuk sampai ke Mekah
Tapi perjalanan balik dari Mekah ke Jeddah dalam 1jam setengah
Tapi group kami sempat singgah di Masjid Terapung Laut Merah.
Rasanya mana-mana group umrah mesti wajib singgah sini.



sempatlah kami round-round sekitar masjid
dan buat solat tahiyatul masjid , aku hanya solat di ruang terbuka di luar masjid
sebabnya aku suka lepak kat luar..sebab banyak angin
dah tentu lah kerana masjid berdekatan laut jadi angin sepoi-sepoi


kami juga sempat makan malam , di tepi-tepi sepanjang jln ke masjid . Kiranya kami dinner awal hari tu.




Tapi kami tak lama di sini , dalam 1 jam je..tak sempat solat maghrib pun
kami teruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah ,dan solat jamak di surau area situ.

Masa kami sampai di Lapangan Terbang Jeddah, kami mencari troli utk bag.
ada jer staff airport tu..tapi diaorg tawarkan rasa 10sar utk troli atau lebih, tak berapa ingat dah, aku cari je troli sendiri ,tolak sendiri


Di Airport ,baru TA ,kasi balik pasport kami ,
lepas tu setiap jemaah di kenakan 10sar sorg untuk melepasi pemeriksaan Imigresen,
kiranya siapa2 yg melebihi timbangan beg nya ..terlebih muatan ,kira beruntung..takde charge dikenakan ..aku nya beg masa pergi sekitar 13kg , balik dalam 19kg..beg sepatutnya tidak boleh melebihi 20 kgs jer.. kiranya group kami ber5, Pak Anjang dah siap2 bayar 50sar.. baru-baru nie , abang ipar aku baru balik dari umrah ,
dia cakap group diaorg kena byr lebih..ikut rundingan memasing kot.

selesai pemeriksaan imigresen, beg pun dah check in ,
yang tinggal pada aku hanya hand carry luggage , yg dalamnya ku letakkan 3 botol air zam-zam ,hati risau jugak, takut air zam2 yg aku bawa ni tak lepas , sbb mutawif cakap tidak dibenarkan , sebab setiap jemaah akan dibekalkan 10liter air zam-zam di Klia nanti.


selepas tu kami pun bersedia untuk check in , di tempat menunggu .
di sini kami menunggu lebih kurang dalam 1 jam .. sekitar pukul 12am ,ada bus dtg
aku dan group yg lain terus naik bus ...dan kami dihantar direct ke tangga flight kami .
tak perlu jalan jauh2 nak ke kapal terbang ..syukur alhamdulillah , senang hati sangat bus hantar sampai ke tangga kapal terbang ..senang untuk mak ..sebab mak dah tak larat sangat masa tu , demam teruk.

dan aku paling happy , sebab ke semua air zam-zam aku lepas..alhamdulillah dipermudahkan .Bukan apa, Ini air zam-zam yang hari2 aku bawa dalam beg , masa aku buat tawaf , org kata elok untuk anak2.

akhirnya kami sampai Malaysia sekitar pukul 1.30pm , awal dari yang dijadualkan ,.
semua family sedia menanti ,

walaupun hati sedih dan rindu pada tanah suci Makkah ..tapi kerinduan dan tanggungjawab pada Family perlu diutamakan .

Akhir kata dari ku, untuk semua ahli group ,
untuk mak ,adik ,maklong dan Pak Anjang , aty ucapkan terimakasih tak terhingga,
syukur sangat , urusan kita dipermudahkan ,group kita tiada masalah ..semua berkat kerjasama satu sama lain .Tiada dugaan yg hebat kami terima ,syukur ,cuma kdg demam skit2 tu biasa lah

kesihatan aku pun baik je semasa di tanah haram..cuma ada ler hari nak last tu mcm nak demam masa balik dari masjid lepas asar , tp balik bilik cepat2 makan ubat ,tido kejap..pukul 6 waktu Mekah bangun siap2 untuk solat jemaah maghrib di Masjidil Haram.
Alhamdulillah lepas tu tak demam dah .

kalau ada sikit-skit itu , orang kata sakit itu penghapus dosa.

Tips penting :-
kepada sesiapa yang akan pergi menunaikan Umrah.
Banyakkan membaca, bertanya dan pergi kursus ,
pergi ler kursus berkali pun..jgn sekali..berkali2 takpe ,ilmu pengetahuan  tentang umrah dan haji amat penting sgt2
tanpa ilmu , banyak yang kita tak tau , yang akan merugikan diri kita. Sebab nak sampai bukan senang kan ..perlukan banyak wang ringgit ,tenaga dan masa...
Jadi semasa kita di Tanah Haram ,buatlah banyak2 ibadat ,
rajin-rajin lah tawaf sunat , buat seberapa banyak umrah yg boleh kalau badan siihat dan tenaga ada .

semoga satuhari nanti kita semua berpeluang lagi ke tanah suci ..
kali ini kalau boleh , hajat aku untuk menunaikan Fardhu Haji ..inshallah
semoga doa-doa ku diperkenankan .amen.

Akhir kata semoga semua amalan kita diterima dan kita terus Istiqamah.amen.

Entry lain Pasal Umrah:-

Ladang Unta & Hudaibiyah
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah
Tawaf Wida

 




Jun 10, 2013

Tawaf Wida Kami


23 March 2013 hari terakhir kami semua akan berada di Bumi Mekah.

selesai aku di Hijir Ismail 

 aku terus melangkah kaki pulang ke hotel

 Kami semua sibuk mengemas bag 

kami bercadang turun kejap ke kedai berdekatan hotel

sempat kami semua last soping 

 

 

 

Aku bukan apa ,teringat nak beli jubah untuk anakdaraku

Mak ngn maklong pun nak tengok2 lagi apa barang yang boleh dibeli

Dapat lah aku sehelai jubah untuk anakdara ,

tapi muat kat aku.acaner tu..

jadik jubah itu aku yang punya..padahal size “S”

(perasan selim lah tu..x de maknanya )

sempat posing

Tapi dalam sekitar pukul 10am ,

ada makcik aku yg datang ke lobi hotel untuk berjumpa kami semua,

Group makcik aku sampai hari jumaat dan tinggal di Maqam Hotel,

tapi kami dah nak balik baru ada kesempatan berjumpa dengan izin allah.

  Sekitar pukul 11.30 kami bercadang untuk makan tengahari,  

 Menunggu pihak hotel menyediakan makanan tengahari , 

tapi diaorg lambat,maybe mutawif tak kasi tau

Yang hari itu kami akan keluar dari hotel, 

  mak  dan maklong menunggu pihak hotel menyiapkan hidangan tengahari..

aku dan adik pegi beli makanan di kiosk berdekatan hotel 

lepas tunggu mak dan maklong lunch ,

kami terus ke masjid untuk solat Jamak  takdim zohor dan Asar

Tapi Zohor kami buat 4 rakaat , dan asar di qasar kan .

 

 

Macam biasa kalau time zohor ,cuaca adalah panas melampau

Kami haritu kira dah lambat , agak susah untuk mencari ruang

Dan akhirnya kami dapat ruang solat dekat kawasan tangga.

Selesai zohor kami bergegas untuk buat tawaf wida, 

sebabnya pukul 2 bas akan gerak ke Jeddah.

Dengan orang yg ramai di dalam masjid ketika itu ,

 memang agak kucar kacir suasananya.

 

Aku ,maklong berdua..tertiba je terpisah dengan mak dan adik

Tapi kami sudah berjanji,apa-apa kita jumpa di dataran tawaf.

Masa aku dan maklong sampai tengok 

Pak Anjang sudah sedia menunggu kami

Masa aku sampai kat Pak Anjang di dataran tawaf

Aku dan maklong melihat seorang jemaah wanita sedang solat

Dan ada baby sebelah wanita itu..

Kesiannya lah aku tengok baby tu,

 kena panas..dah lah cuaca panas ya rabbi

Terus Maklong aku dok tutup muka baby dengan buku 

,menangis-nangis baby tu kepanasan..

 

Sambil itu aku mencari-cari mak dan adik.

Untuk tawaf wida, kami ambil kan mak wheelchair juga

 (1st time tawaf pakai wheelchair..kalau sebelum ni saie je )

Sebab nya risau kalau mak buat sendiri ,takut ambil masa yang lama .

lagipun hari tu mak demam.

Jadi tawaf wida bermula, orang adalah sangat-sangat ramai walaupun panas ya amat.

Kali ini aku amik pusingan jauh, sebab kalau buat pusingan dekat , orang akan berhimpit-himpit di rukun yamani dan HajarAswad.

Selesai jer tawaf macam biasa solat sunat tawaf baca doa..

 

 Doa yang aku baca antaranya ialah :-

-          Semoga allah menerima umrah ku dan menjadikan umrah ku, umrah yang mabrur

-          Semoga allah tidak menjadikan kunjungan ku kali ini yang terakhir, jemputlah lagi aku menjadi tetamunya.

-          Dan akhir sekali semoga allah perkenankan doa2 ku yang dia redhai, dan permudahkan urusan ku dunia dan akhirat 

dan semoga terus berikan ku taufik dan hidayah.

Masa berdoa  perasaan aku sedih sangat  masa ini..

selain dari doa yang aku baca ikut kata hati aku, 

aku pun baca doa ikut buku yg TA kasi.

Perasaan masa itu takdapat digambar kan ..

 

 

Info mengenai Tawaf Wida

Tawaf Wida juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal.

Bila kita selesai sahaja tawaf wida, kita tidak dibolehkan lagi membuat sebarang kegiatan jual beli ,tangkap gambar

Seelok-eloknya segeralah keluar dari tanah haram.

Untuk tahu lebih lanjut pasal tawaf wida ,

google ye..kena belajar betul-betul..takut kang ada yang tersalah info..payah.

Selesai sahaja tawaf dan solat sunat tawaf baca doa semua ,

kami pun melangkah kaki meninggalkan masjidilharam..

Terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh lagi kearah kaabah..dalam hati terus berdoa semoga dapat menjadi tetamunya lagi.

Kaki terus melangkah laju menuju ke hotel , tiada aktiviti merakamkan gambar ,

Sampai di hotel kami duduk di lobby ,menunggu bas datang menjemput kami , sekitar pukul 2pm ,akhirnya bas sampai

Pekerja hotel memasukkan bag jemaah semua ke dalam bas..

dan tiba saat kami meninggalkan mukabumi Mekah.

selamat tinggal ..semoga satu hari nanti 

aku akan menjejaki tanah haram lagi.

ameen.

 

Entry lain Pasal Umrah:-

Ladang Unta & Hudaibiyah
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah

 


May 30, 2013

Masjid Tanaem dan Cara Solat Sujud Sajadah


Seawal pukul 1am, aku dah bangun.
Aku terus kol Pak Anjang ,
suruh bangun sebab nak pergi miqat di Taneem
Yang akan pergi miqat hari tu,aku ,Pak Anjang ,
Maklong serta Makcik Zaharah dan Makcik Hamidah 
Ini merupakan umrah terakhir kami sebelum kami balik ke Malaysia .
Kami semua berkumpul dilobby hotel ,setelah cukup korum ,
Kami pun cari teksi depan hotel.

 Masjid Tanaem@pic credit to google

Sesiapa nak buat umrah sendiri boleh sewa van atau teksi , 
banyak je leh dpt depan2 hotel, 
nanti diaorg sebut, tanaem..tanaem..miqat-miqat..
Kitaorg sewa teksi naik berlima..
terpaksa berhimpit-himpit skit..
sebab nak sewa van mcm alang-alang jer
Sempit pun sempit ler.. sewa teksi ke Tanaem , 
orang teksi tu minta mula-mula 100SAR ,
Tapi kty tawar-tawar dapat 80SAR,je ..tapi kitaorg tak bayar dulu
..sampai Tanaem, suh driver teksi tunggu, 
solat Tahiyatul masjid, solat sunat ihram , 
lepas tu pergi balik kat teksi,
 driver bawa sampai ke Masjidil haram, baru bayar tambang.
Tapi kali ini driver teksi tu berenti kan kami 
di belakang kawasan Saie , Area Bukit Marwah.


 
 pic credit to google

Dari kawasan Saie kami terus menghala ke Dataran Tawaf ,
untuk buat Tawaf Umrah
Alhmdulillah ,walaupun orang agak ramai, 
kami selesai tawaf lebih kurang dalam masa 30minit.
Macam biasa selesai tawaf ,
kami buat solat sunat tawaf dan baca doa ,
kali nie hati adalah sangat sayu..
Berdoa supaya allah menjemput lagi ,
kami semua menjadi tetamunya ,
semoga allah ampunkan dosa2 ku, 
dan makbulkan doa2 yang diredhainya.
Masa nie hanya aku dan Maklong jer berdua..
yang lain semua dah buat hal sendiri2, 
tapi aku suka buat tawaf sendiri2, feeling lebih skit..
Masa aku Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim,
aku pada mulanya agak risau, sebab keadaan orang yang lalu lalang,Masa aku buat umrah,aku bawa beg sling aku, setiap kali melakukan umrah, atau ke masjid ,beg sling itam aku,memang aku akan senantiasa bawak.Aku tak bawa bag yang TA kasi ,aku pakai beg sendiri tapi jenis sling , sebab beg aku besar skit dari  ygTA sediakan

contoh beg yg kty pakai

Jadinya setiap kali aku solat sunat tawaf,aku akan solat 
dengan beg tu sekali di badan aku, aku pusingkan 
beg tu kearah belakang dan tawakal je lah .
sebab perlu diingatkan ramai ye pencuri
 disekeliling Kaabah,walaupun itu tempat suci,
tapi penjahat tetap menjalankan kerja
tapi aku bersyukur tiada kejadian 
yang tak diingini sepanjang aku berada di sana.
Macamtu jugak masa di Raudhah ,
org ramai ,jadik solat dengan bag2 sekali..
Tak payah ler korang semua fikir..
nanti kalau korang semua ada kat situ,
automatic jadik tau mcmana nak buat.

Masa aku solat sunat tawaf ,rakaat yang terakhir,
dan aku sujud agak lama sebab berdoa,aku perasan
Ada seorang perempuan menjaga aku, 
setiap kali orang lalulalang
,dia tolong elakkan dari jemaah lain terpijak aku..

“Hajjah Solat..hajjah solat"..dia kata macamtu
jadi jemaah lain tidak lalu depan aku yang sedang sujud
Sampailah aku selesai solat. Bila aku bagi salam je ,perempuan tu dah tiada ,aku tak sempat ucapkan terimakasih pun, semoga allah membalas budi baik perempuan itu.

Selesai Solat sunat di Dataran Tawaf ,
aku dan Maklong terus buat Saie,
Ini adalah Saie terakhir kami,
PakAnjang awal-awal dah meninggalkan kami ,
atas arahan kami sendiri, selesa lagi buat sendiri –sendiri, dari menunggu-nunggu .

Pagi tu keadaan di tempat Saie adalah sangat terlalu ramai Jemaah..ramai dari biasa
Sampaikan penuh setiap ruang , 
tempat orang berkerusi roda pun 
penuh dengan Jemaah yg berjln kaki

Rupanya aku baru sedar,Haritu hari Jumaat ,
Arab bercuti pada hari itu.
Maka ramailah antara mereka mengambil peluang
 membawa family melakukan umrah.

Kali ini aku dan maklong banyak berdiam, dan membaca doa serta berzikir, masing-masing dengan penghayatan memasing ,sebenarnya hati memasing sedih, dalam kepala banyak benda yg difikir..dapatkan aku datang lagi ya allah ..,dapatkah aku bersaie lagi .
 Sampai ke pusingan yang ke 4 macamtu , aku Tanya pada Maklong, maklong penat tak..?? kalau penat ,kita stop dulu minum air ,lepas tu duduk kejap..kita takpayah rushing sangat ,..kita rileks je ..aku kasi pendapat ,

Jadiknya Maklong setuju, dengan idea aku,
 kami berehat di tepi –tepi, di mana terdapatnya air zam-zam.
Lepas agak lama melepaskan penat lelah,kami sambung balik Saie
Dan akhirnya walaupun kepenatan, 
kami Berjaya selesai kan Saie kami ,

Lepak di Bukit Marwah dan bertahalul. Oleh kerana Subuh akan masuk dalam masa 30 minit lagi ,jadi aku dan Maklong bercadang untuk solat subuh di Area Bukit Marwah, sebab kami sudah agak kepenatan untuk menempuh orang yang terlalu ramai. Tapi kali ini kami berada di Luar Kawasan Marwah ,kiranya dapatlah hirup udara fresh waktu pagi..terasa angin meniup ,dingin sekali..hilang segala penat lelah buat umrah tadi.

Sambil menunggu-nunggu azan subuh..kami baca al-quran, berzikir
Orang sungguh sesak mencari tempat untuk solat subuh..
Tertiba ada sepasang suami isteri dari Negara mana ntah, datang depan kitaorang ,
Dengan bawa kasut apa semua main campak je depan kitaorang..
Hangin juga maklong aku, ye lah diaorang tak letak dalam plastic..
kan ke kotor kasut-kasut tu,
Jadinya Maklong tolak kasut tu kat tempat lain ..dengan solat bercampur laki perempuan..nak cakap pun malas..
Sebab maybe fahaman kita lain-lain.

Oleh kerana hari ini merupakan Hari Jumaat,
 jadi nya solat subuh akan ada Sujud Sajadah.
Nasib masa di Malaysia 
aku pernah juga lakukan Sujud Sajadah nie..
jadi tak rumit sgt bagi aku,
sebab aku dah faham..ramai juga jemaah yang lain
 tak buat sujud sejadah,kerana kurang pengetahuan bab sujud sajadah


Nota : Jadik perlu diingat ye ,pada sesiapa yang nak pergi umrah atau mengerjakan haji,wajib belajar cara  Sujud sejadah..sujud sejadah kalau kita tidak buat ,maka terbatallah solat subuh kita,sebab kita tidak mengikut imam.


DOA SUJUD SAJADAH

Kebiasaannya di Masjidil Haram (dan juga di masjid-masjid / surau-surau di Malaysia) pada solat subuh hari jumaat imam akan membaca surah as-sajadah. Apabila sampai kepada ayat ke-15:

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَاخَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩



"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur."



imam akan sujud.  So makmum mesti ikut sujud, kalau tak sujud batal solat subuhnya sebab tak ikut imam.

Semasa sujud bacalah tasbih berikut dalam hati:

سَجَدَ وَجْهِيَ  لِلَّذِيْ  خَلَقَهُ  وَصَوَّرَهُ  وَشَقَّ  سَمْعَهُ  وَبَصَرَهُ  بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

فَتَبَارَكَ اللهُ  أَحْسَنُ  الْخَالِقِيْنَ



"Telah sujudlah mukaku kepada (Allah) yang telah menciptanya dan membentuk rupanya lalu ia membukakan pendengarannya dan penglihatannya dengan daya dan upaya-Nya. Maka Maha Berkat Allah itu sebagai sebaik-baik Pencipta."


Lepas tu imam akan bangun semula dan sambung bacaan surah sejadah sampai akhir surah,



kemudian baru rukuk seperti biasa.



Tips : 
- Di galakkan untuk pakai beg sling yg TA kasi ..lagi2 warga tua, sebab kalau jadi apa2 orang tau kita dari mana ..atau pastikan bawa namecard hotel yg kita tinggal..

 - kalau kita pergi bergroup..dengan makbapak ke sanaksedara lain ke..pastikan semua ada handphone,
kalau takde beli ler handphone murah-murah..janji leh kol , sampai airport jeddah ada orgjual simcard beli..sebab senang kalau jadi apa2,seperti hilang ke..boleh org lain cari kita..pastikan bawa hp sentiasa ,kalau time solat tu silent kan..



entry pasal air zam-zam tu terkeluar awal..hehehe


Entry lain Pasal Umrah:-