bila last aku dengar ceramah Ustaz Don.
Bukan apa ..semua ustaz pun kalau ada masa aku cuba hadirkan diri dengar ceramah
dari takde buat apa , aku pergi jer ..depan umah mak aku jer pun
tapi tiap kalo Ustaz Don buat ceramah ada jer hal aku .
Alhamdulillah sabtu lepas berkesempatan mendengar ceramah dari Ustaz Don
semua gambar aku ambil di KPI FB Page
Selain kasi ceramah pada sabtu lepas Ustaz Don merasmikan
pembinaan bumbung KPI.
Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu
Lebih baik daripada mendirikan 1000 rakaat solat sunat.
Lebih baik daripada menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah.
Lebih baik daripada menziarahi 1000 pesakit.
Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah ke perkuburan.
Cuba muhasabah diri semula dalam sehari berapa kali kita buat solat sunat?
Dalam seminggu berapa kali?? Sebulan??
Boleh kira pakai jari kan.
Menyedekahkan 1000 dirham di jalan Allah. Menziarahi 1000 orang pesakit, jururawat mahupun doctor tidak mampu untuk melakukannya dalam satu hari. Menghantar 1000 jenazah ke perkuburan, dalam 1 tahun mungkin sorang dua sahaja yang kita sempat hantar kan?? Tapi keistimewaan yang Allah bagi umat Nabi Muhammad dengan hanya menghadiri satu majlis ilmu kita akan dapat ganjaran tersebut. Bukan sama pahalanya tetapi lebih baik dari empat perkara di atas. Subhanallah!! Nak lepaskan ke peluang ni?? Sesungguhnya majlis ilmu di dunia adalah merupakan taman-taman syurga. Kalau nak masuk syurga Allah yang tersangat indah dan hebat yang tidak dapat dibayangkan itu kita kenalah masuk taman-tamannya dulu.
Jom kalau ada masa , kita luangkan ke Majlis Ilmu
Sabtu ni bersamaan 14 December ada majlis ilmu di Surau Bangi Perdana , Panel Ustaz Azhar Idrus.
Jumpa di sana .
8 comments:
seronok dpt dgr ceramah di masjid or dimana saja.
tapi lyn dpt tgk kat tv jer.. huhuhuh
kadang ada org nk pg dgr ceramah pilih2 ustaz nyer kak... nk yg glamor2 je...
jika pasang niat pn dh dpt pahala apatah lagi hadir bersama ke majlis ilmu...Alhamdulillah...
alhamdulillah..
dpt kty dgr ceramah kan
sy ni lama tk pegi kak.
ada pon kt tv je..
bestnya...
klu dpt dengar ceramah memang best. tambah tambah ustaz don..
Alhamdulillah..
Manfaatkan masa yg ada..
Berada di majlis agama ibarat mempersiapkan diri untuk berada di salah sebuah taman-taman syurga..
Alhamdulillah.. ^^
salam singgah :)
selain ilmu, byk juga kelebihan yang akan dapat..Alhamdulillah
Post a Comment