Jan 29, 2014

Bercuti



Gambar takde kaitan dengan cerita.

Hari ini saya sudah bermula untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Sesuatu yang sinonim dengan raya cina adalah buah limau.

Buah limau dan diriku adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Minggu lepas aku makan buah limau sehari sebijik..padah yg aku terima ,terus aku tak sihat,memula sakit tekak lepas tu demam,batuk ..aku sedari memang dari dulu aku adalah alergic dengan buah limau.

Taubat dah tak nak usik..bila badan tak sehat kalau cuti lama pun xde faedahkan.

Tapi alhamdulillah aku dah sehat.

Selamat bercuti semua.
Hati hati di jalan raya pada yg balik ke kampung.

posted from Bloggeroid

Jan 27, 2014

Bayou Resort

11 January yang lalu kami ke Melaka lagi
sambil bercuti yang sebenarnya kami menghadiri majlis perkhawinan sepupu aku si Manis 18"

Jadi alang kepalang dah ke Melaka .
kami pun sewa ler Bayou Resort ..kali ke 2 kami ke sini
dulu pergi ngn adik kali ni aku anak banak dan mak je ..
kami sewa studio apartment je ada 2 katil je ..tapi luas..cukuplah kami ber4 org sahaja
Yang lain tido je atas toto..penjimatan 





seronok betul diaorg nie..

malam kitaorg pergi rumah pengantin 
sebab malam sabtu pengantin Nikah 

gambar pengantin nikah tade..kitaorg je..jadi ler kan .

malam terakhir di melaka 
kami g jalan2 naik Cruise , naik taming sari 
firdaus terkilan tak dpt masuk kapal besar ..
nextime pulak lah ye


di majlis persandingan esoknya ..
gambar kitaorg je jugak..
pengantin takde..hahhaa.
yang benornya kali ni malas nak snap gambar..
itu geng Attyfir Closet bersama Mak ucu aku ..kiranya nenek ucu pada kakak
sebaya kakak ngn nek ucu nya

Majlis Bertandang seminggu kemudian 
di Puncak Alam Selangor

hah..ni je gmbr ngn pengantin..kira oklah kan
dari takde langsung .

kakak..setia menunggu..


besh + puashati 
sebab dapat makan kambing bakar 
walaupun terpaksa beratur lama .


Jan 24, 2014

Generasi Al-Quran


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

 Saya berkesempatan menghadiri kuliah Maghrib pada

16 RABIUL AWWAL 1435H / 17 JANUARI 2014 (JUMAAT)
Penceramah : Ust. Mohd Asshik Abu Hanipah
Tajuk : Membangun Generasi al-Quran

Atas Permintaan Doc ,
kty benornya tidaklah reti  nak kupas2 nie.
tapi kty terai ambil yang mana penting jer

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT,
 Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran
Antara kebaikan membaca Al Quran ada 15, antaranya :
* Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
* Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Kita kena didik anak2 diri sendiri supaya cintakan Al Quran ..
walaupun hanya dengan membaca satu helai setiap hari ..tapi dengan istiqamah
dapat menjadikan teladan kepada anak2 dengan harapan untuk melahirkan generasi Al-Qur'an yang beriman kepada Allah dan mengamalkan keseluruhan Sunnah Nabi saw dalam seluruh aspek kehidupan.

Jadikan Al quran itu sahabat baik

Sesungguhnya, diharapkan generasi anak -anak kita yg cintakan Al-Quran akan menjadi generasi RABBANI yang berperanan mencorak ummah Islamiah seterusnya membentuk masyarakat yang berilmu, beramal dan patuh dengan segala perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.


Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Semoga kita sama2 mendapat ilmu.
Sama-sama muhasabah diri ..
  "yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk itu adalah kelemahan diri sendiri"

.

Jan 22, 2014

WW: #SWEDENLETTHEMGO



http://swedenletthemgo.blogspot.com/

Paksa Makan



Makan pun terpaksa..sejak 2 menjak ni mcm malas je nak makan..

Nak dieettt ler sgttttkannnn..

Tapiii..bila.x makan..mula lah aku sakit kepala..sampai sakit belakang..

Siap package. Kepala pusing..
Muntah muntah..

Atleast aku kena ada biskut.
Kalo tak dia punya gigil tu, tak boleh ckp..sindrom apakah ini??
atau sebab Faktor Usia.

Camne nak diet nii..
Kalo dah sakit kepala menyerang nak bwk kereta pun tak larat.
Boleh 2 hari sindrom sakitnya.

Penyelesaiannya..kena cukup makan..
Sarapan.Lunch..terai skip dinner..kot tak pening.
posted from Bloggeroid

Jan 21, 2014

Dunia Baru



Selamat menempuh dunia baru utk Manis
Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa dan hingga ke syurga.
Amen.

posted from Bloggeroid

Jan 20, 2014

Sipi sipi jer

Dah setengah bulan kita masuk tahun 2014..ini baru 1st time dpt snap gambar Firdaus.

Bukan Senang nak snap gambar budak ni.
Makin besar makin low profile.

Nie pun sipi2 je.. baru dia setuju.


posted from Bloggeroid

Jan 18, 2014

Yee Mee



Seronok betul cuti cuti nie.
3 hari cuti,tapi kali nie tak ke mana.
Cuma ada ler keje pasal bisnes sikit.hantar brg pada customer..

Dah selesai urusan, baru kitaorg pergi makan..

Yee mee jadi pilihan..
FoodCourt Jusco Equin .Rm7.50

posted from Bloggeroid

Jan 16, 2014

Jalan Kaki

Nak cerita pasal jalan kaki ke sekolah .
Walaupun rumah aku dekat jer dengan sekolah
tapi Firdaus tetap aku hantar ke sekolah , sebab alang-alang aku nak pergi kerjakan ..
tapi awal pulak aku pergi kerja.. aku masuk kerja pukul 9am..
Jadik aku pergi sarapan ..atau singgah rumah mak dulu .atau pusing balik rumah ..lipat kain ..

Tapi aku perasan tiap kali lepas hantar Firdaus ke sekolah
Hari2 aku nampak ada satu budak ni jalan kaki ke sekolah ..aku dapat agak jugak dia dari mana
kena seberang jalan besar bagai ..budaknya lebih kurang Firdaus berisi lagi dari Firdaus ..

Kesian juga..rasa mcm nak tumpang kan je kalo sehala laluan..
tapi dalam hati berfikir maybe maknya suruh anaknya yang berisi itu exercise sikit kot..

Pada mulanya aku bercadang tahun ni nak suruh Firdaus naik Van waktu balik sekolah
sebab aku risau kalau aku tertiba ada hal ..tak dapat ambil waktu balik sekolah lagi hari jumaat
sebab Jumaat kan balik awal 12.30..

Tapi mengenangkan tambang Van pun dah naik Harga .. lepas tu Firdaus kata
takpe ..hari jumaat je dia jalan kaki balik sekolah sbb dia tak boleh tunggu kalau mama lambat..sebab dia nak pergi solat jumaat.

Padahal budak tu dah besar..tapi mamanya bukan main lagi risau
Firdaus lagi buat permintaan nak naik basikal pergi sekolah...
lagi lah mama tak kasi..lebih kau jalan kaki dari naik basikal..

Bil letrik naik mendadak bulan ni kat rumah aku ..walupun aku bukan pakai heater..termos letrik bagai .
kena start berjimat cermat .. dah suruh along siap pergi TNB..cek kot salah kira..

Apapun tahun ni kena buat penjimatan berganda..


Jan 8, 2014

Malang Tidak Berbau



Jiran Accident depan rumah je.
Kata orang yg langgar kalau bawak kes pergi balai,jiran yg salah.. memanglah tak dinafikan ,jiran parking tmpt laluan kereta lalulalang,masalahnya memang kebykan nya pun parking situ je.. nak kata semua penduduk flat parking depan tu .. jadi org yang lalulalang kenalah waspada senantiasa

Tapi bagi aku,org yg langgar lagi salah,
Takan tak nampak kereta park situ..yang ko bawak macam org mabuk todi apa ke halnya kan..

Bayangkan lah kalo kereta jiran aku tak parking situ. Tapi budak2 nak pergi sekolah yg berdiri tegak tunggu van tepi tu..takan ko nak langgar gak..nampak.sgt ko bwk kete mcm org mabuk ..jln lurus pun ko boleh bwk bengkangbengkok..

Tapi aku malas nak masuk campur hal diaorg..
peringatan utk aku juga,lepas ni jgnlah parking situ,bior jauh takpe
Sebab malang kan tak berbau..kita tak tau..lak nasib kita.
posted from Bloggeroid

Ww.Alhamdulillah


posted from Bloggeroid

Jan 3, 2014

Doa dan bacaan sebelum tidur

Rasulullah SAW
berpesan kepada Aisyah RA :
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat
perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari
akhir
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh”
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat
perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-
akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.” Bismillaahir
rohmaanir rohiim,
Qulhuallahu ahad’ Allahushshomad’ lam yalid’ walam
yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)
2. “Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum
aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari
kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii
‘alaa Muhammad wa’alaa alii Muhammad (3x)“
3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha
illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. “Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir
maka seakan – akan kamu telah melaksanakan ibadah haji
dan umroh“.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi
Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)
*Untuk bisa dijadikan amalan kita bersama.
Kalau berkenan silahkan dibroadcast ke saudara Muslim
yang lain. Rasulullah SAW bersabda ilmu yang bermanfaat
ialah salah satu amal yang kekal bagi orang yang
mengajarnya, meski hanya 1 ayat,dan meskipun kita sudah
meninggal dunia




Info dan gambar from Google.

posted from Bloggeroid

Janji Bersama

Utk sambutan besday kakak dan adik utk dec 2013, kami hanya pergi makan2 dan lepak2..tgk movie jer.
Diaorg berdua pun dah besar.. lagi si adik yg agak susah skit kalo nak ke mana..bersama kitaorg..
sejak dah besar dia jadi kurang skit nak ikut g mana2..suka duk umah tgk tv..ptg kuar main bola..
Jadi mama dah blocked date pd hari 21 dec.sempena besday diaorg.
Hari2 pesan.Agaknya sampai bosan adik dgr mama bebel.

Tanya gak adik nak hadiah apa.
 Tapi siadik yg agak pendiam dan jenis tak kesah..
jawapan nya, taktau,apa2 je .

Kalo kakak mcm biasa bdk pompuan, sng..
Mama tau apa yg kakak nak..mama belanja beli baju dan kasut je utk kakak..

Tapi sebab mama tau ,sebenarnya adik teringin nak buat facial, jadik mama belanja adik buat facial. Adik ni ada masalah muka jerawat skit. Itu kot dia nak sgt buat facial.Merasalah adik buat facial..

Kita org pilih makan ayam penyet je ,sbb si adik ni tekak kampung skit.


beli 2 slice cake SR




Beshnya adik dapat buat facial .Tercapailah hajat 

posted from Bloggeroid