Feb 20, 2014

Kakak dan Syasya Solero

Lama dah kami jumpa Syasya ni atas urusan bisnes.
Baik budaknya sopan santun, cakap lemah lembut..sawadikap.. dia campuran kedah thai.
Masa kitaorang jumpa dia, dia baru balik dari ziarah ibunya di Kedah , sbb ibu dia sakit masa tu..tapi allah itu lebih menyayangi ibunya..ibunya telah meninggal dunia masa raya cina kalau tak silap. Al fatihah , semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Setiap apa yg terjadi pasti allah dah tentukan yang terbaik utk kita, macam tu jugak dgn kes syasya pasal video macam cantek jer , macam lawa je , syasya suka mata syasya..sejak video tu keluar buat dia jadi popular dah rezeki melimpah ruah alhamdulillah. Semoga yg terbaik utk beliau.
Bak kata pepatah " Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu kan !"


Budak budak perempuan kalau dah berjumpa apa lagi selfie jer lah.




kenapalah kakak tu ..mesti tgh dok fikir 
siapa cantik dia ke syasya ler tu
sapa cantik tak penting 
biar tak cantik tapi ada budi bahasa.
budi bahasa budaya kita.
posted from Bloggeroid

Feb 19, 2014

Nasi Goreng Cauliflower



Sebab diri sendiri yg masak..
memang terbaik..sedap..
rasa mcm real nasi goreng kg.
nak resepi ke? 

cauliflower - ikut suka hancur2 kan ikut suka
cili api ,bawang merah , putih ikut suka - tumbuk kesemuanya
ikan bilis goreng ikut suka 
telur sebiji

panaskan minyak 
tumis cili yang ditumbuk tadi 
dah garing skit cili , masuk kan sikit je air,
pecah kan telur 
lepas tu masukkan cauliflower ngn ikan bilis , 
gaul sampai masak ..
garam jgn lupa ,letak lah secukup rasa.



posted from Bloggeroid

Feb 18, 2014

Bahagia selalu

16 February 2014 , aku menghadiri jemputan majlis perkhawinan Blogger Kojah @ azzah

Pergi bersama dgn si kakak dan fir.
Sampai di sana terjumpa blogger Dee Kuntum
rasa agak bertahun kami tak berjumpa..akhirnya dapat ketemuan.





Kojah dan suami..
selamat penganti baru 
semoga bahagia hingga ke jannah.Amen.
maaf tak dpt nak salam pengantin
 


Yang besh , tetamu dpt bawak balik gmbr sndiri..spesel kan.


posted from Bloggeroid

Feb 14, 2014

Sabar itu indah



Salam jumaat..
Sekarang aku tengah mengajar diri untuk bersabar..sabar untuk macam2 perkara.

Salah satunya, bersabar mengawal hawa nafsu makan.
Memang susah..tapi kita teruskan juga
Walupun byk godaan.
Time tu lah org nak belanja makan, time tu lah mak nak masak sedap2..memang takdpt lah nak terima ajakan.. dan makan apa mak masak.Alhamdulillah semua faham.. jiwa kena kental..

Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar.
Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah
ayat 155 yang bermaksud:
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan
sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-
orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa
musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi
raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan
mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. ”

Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah.

Jangan marah pula, kalau ada kalangan family kita sakit..tertiba ada org ucap innalillahi wa inna ilaihi raaji'un , .
Org tu bukan berniat nak mendoakan kematian ye.

posted from Bloggeroid

Feb 12, 2014

Nasi Arab





Boleh tahan juga rasanya.
Harga berpatutan. Rm12.90

Restoran Bistro d'Huffaz Seksyen 7.



posted from Bloggeroid

Feb 11, 2014

KFC GOLDEN WRAP CHICKEN



Baru dapat merasa hari ni.
Tahun lepas ada lah merasa 2x kalau x silap.

Sekali tu aku makan kat kfc sg chua , masa tu aku rasa..ya allah sedapnya..sbb terasa rempah dan yg penting pedas .

Utk kali ni aku cuba di kfc yg sama
Bagi pendapat aku
-ayam macam besar..sebab aku rasa kenyang sangat.
-di dtgkan dgn satu set air berkabonat.ini yg lemah.sbb aku sdg cuba utk tidak minum air bergasss. Jadi order gak air mineral.
-harga kalau x silap satu set ngn air gas tu rm13 brp sen ntah.
- yeah aku berjaya tak usik air gas tu.bawa balik umah mak.
-akhir kata dari aku..kalau ada sesiapa yg rasa nak belanja aku.. kfc golden wrap chicken ni mmg sgt dialu2kan.
Sbb aku tgh berdiet x makan nasi.
Aku lor ni jadi pemaging dan pendaun je.

Wish me luck.

posted from Bloggeroid

Feb 10, 2014

Sama


Sama tinggi dah dengan mama.

Pejam celik hari ni dah start keroje.
Minggu Baru ,azam baru

Start Minggu ni , Firdaus akan mula tuisyen setiap malam
Akan menjadikan aku lebih sibuk.
Lagi minggu ni Along , kerja shift petang, jd jemput Fir sekolah agama dan hantar ke Tuisyen menjadi tanggungjawab aku.

Adik tak dpt nak tolong mama, dia tiap malam busy ngn kerja partime jual burger cari duit poket.
posted from Bloggeroid

Feb 6, 2014

Sushi

Firdaus dari hari tu..hari hari
Cakap kat mama nak ajak makan Sushi.
Mama tak suka sushi..
Firdaus start suka sebab belajar ngn PakUcu.

Bukan main lagi..dia makan , tak pandang kiri kanan dah



Kan main lagi..suka..terlepas lah kempunan..dia sorang je yg makan..
Mama ngn kakak makan sekeping camtu , jer sedap jgk.. tapi boleh lah.. tak brp sgt kat tekak








Bukan main lagi Firdaus ucap terimakasih..terimakasih mama. Terimakasih mama.. kan main bodek lagi.
Nextime mama belanja lagi ye..
Belajar rajin_rajin.

.

posted from Bloggeroid

Feb 5, 2014

Pisang Goreng Cheese



Sapa nak terai boleh cari kat Nilai 3
Dari jalan besar depan simpang ke 3 kalau tak silap,depan kedai lampu.


posted from Bloggeroid

Feb 3, 2014

Terlampau rajin






Abaikan tangan gemuk..sbb tuan tangan pun gemuk.

Kejadian berlaku petang sabtu, balik dari jejalan..
Rajin sangat nak masak walaupun penat,
Ye lah suami dah bawak jalan2..

Jadi mesti anak2 lapar..suami lapar
Jadi rajin sangat , masak Nasi goreng tomyam .

Tapi masa goreng keropok, nak alih minyak dalam bekas minyak,aku terjirus lak tangan sendiri
Kecuaian betul ,tp kan bukan sebenarnya
Bekas minyak tu panas..aku tak tahan panas pegang bekas minyak tu..tangan aku terkena minyak..bekas tu terpelanting .. dan terkena tangan..banyak semua jejari halus mulus belah kiri semua kena..

Memula kena tak rasa , tak sampai 2 second fuh..kepanasan..terus g amik lotion..amik colgate sapu kat tgn.

Tak juga dpt meredakan kesakitan, tgn ..denyut..
Terus amim air sejuk lak..rendam..mmg lega..tp bila angkat tgn..sakit..

Jadi aku rasa baik aku tahan je jari2 aku dari aku rendam dlm air sejuk..aku sapu krim. Jampi2 ngn ayat suci al quran..legalah skit..

Ambil masa 3_4 jam ilang sakit denyut2.
Hari ni isnin okeh dah..dah tak sakit..tapi ngelembung..

Along dah pesan jgn masak..tapi hari ni nak masak rendang ayam..tekak ni ngada lak nak makan.. cuba cari kat kedai..boleh takde lak rendang ayam

Apalagi jom masuk dapur, jadi masterchef..hilangkan trauma kepada minyak masak..

Setiap sakit itu penghapus dosa...alhamdulillah..

posted from Bloggeroid