Jumaat lepas bersamaan 21 March 2014
aku dan anakdara aku si kakak berkesempatan join
Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul.
Kami sampai se awal pukul 6.30 itu pun lambat
sebab berpusing-pusing cari parking alhamdulillah dapat parking
di Presint 2 di Wisma Galeri ke kalau tak silap
dari situ kami berjalan kaki ke Masjid Putra
Kami diberi cenderamata berupa Sejadah,
Surah Yassin dan Buku Selawat.
Aku dan kakak terus masuk ke dalam masjid untuk mengambil wudhu
dan ready utk solat jemaah maghrib dan isyak .
Selepas solat maghrib diadakan solat hajat.
selepas solat isyak diadakan sekali lagi Solat Hajat untuk memohon #mh370 ditemui dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Untuk solat hajat selepas isyak ini kami mulakan dahulu dengan beristigfar beramai2. Masa nie keadaan menjadi sayu dan sedih ..
Selesai solat hajat dan solat isyak ,semua beramai-ramai berkumpul di dataran depan masjid
untuk berselawat beramai2 . Syahdu sangat masa ni sebab kita selawat ramai2
yang paling sedih masa last bacaan doa dibacakan , ramai yg mengalirkan airmata.
Apapun sehingga semalam kita semua rakyat Malaysia dan satu dunia sudah di umumkan
oleh Perdana Menteri yang Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Apapun kita seluruh rakyat Malaysia bersedih dan bersimpati kepada keluarga mangsa
Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Alfatihah utk mangsa2 yang beragama islam dan takziah kepada yg non muslim
semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman bersama orang2 yg soleh dan solehah .amen
5 comments:
bestnya kak ty dpt join majlis selamat perdana.. lyn dpt tgk di TV jer.. seronok sgt..
semoga keluarga mereka terus tabah..
sejak habib popularkan selawat ni.. hiburan malaysai sedikit berubah.
lps nih kene bt selalu majlis ilmu mcmni kan kak... tak salah nk berhibur tp lg bagus kalu kite selitkan ngn aktiviti berilmu mcm nih... semua ujian ini Allah dh tentukan bt kita, mungkin saja menguji sejauh mana kita dpt bersatu
Seronoknya dpt join selawat perdana..alhamdullillah.. moga mendapat keberkatan dari Allah..
tak sabar tau T nak join majlis yg sebegini kat masjid qariah T tu.. lagi 2-3 tahun boleh la join. bila Aleesya dah besar kan.. eee tak sabar tau
Post a Comment