Hari ini hari bapa
di saat semua orang menyambut hari bapa..
aku tidak menyambutnya kerana
aku sudah tidak punyai bapa yang ku panggil abah
Minggu lepas aku pergi umah adik .aku
sambil lepak-lepak ..aku belek album lama2..
sedang asyik menyelak helai demi helai album
tertiba mata aku terpaku pada satu wajah ..
wajah abah..ye telah hampir 5 tahun abah pulang ke rahmatullah
dan sepanjang tu ..wajah abah mungkin sedikit pudar ..dari ingatan..
bila aku tatap wajah abah di album tu .
baru aku perasan ..lain benar muka abah saat tu .
percaya tak?
esok tu masa aku drive ..nak ke kajang ..
lepas aku sentap dengan seseorang ..
tertiba aku bercakap pasal arwah abah dengan kakak anak perempuan ku
tertiba akak cakap ..
mama ..akak hampir lupa wajah atuk ..
haritu kita tgk album..nampak atuk ..akak rasa nak menangis .
maka kami berdua tertiba rasa syahdu ..
tanpa kami sedari ..kami nangis..
nangis mungkin rindu kat arwah..
terus kami singgah ke pusara abah aku .
dan hari itu aku sangat emosi
satu yang aku ingat pasal arwah ..
dia sangat suka memasak utk aku dan adik aku .
masakan abah sangat sedap
walaupun hanya main campak-campak ..
dan abah aku sangat suka kepada budak2..
al fatihah untuk abah di sana
semoga ditempakan dikalangan orang-orang yang berimah ..amin
along dipusara arwah abah