Jun 12, 2013

ww.Penang jalan2 antar pengantin.

 Pada 1 June yang lalu ke Penang

 1st night ,weols stay kt Marina Tower Condo

 Bilik Utama

2nd Night , Di TM Resort
Dua2 tempat pun ada kolam mandi 
Tapi Tm Resort , tepi laut..tu yg besh berganda utk budak2.


Ke Penang atas urusan Meraikan Cinta Aril & Ana
Selamat Pengantin Baru

Balik kitaorg naik feri.



.

Jun 10, 2013

Tawaf Wida Kami


23 March 2013 hari terakhir kami semua akan berada di Bumi Mekah.

selesai aku di Hijir Ismail 

 aku terus melangkah kaki pulang ke hotel

 Kami semua sibuk mengemas bag 

kami bercadang turun kejap ke kedai berdekatan hotel

sempat kami semua last soping 

 

 

 

Aku bukan apa ,teringat nak beli jubah untuk anakdaraku

Mak ngn maklong pun nak tengok2 lagi apa barang yang boleh dibeli

Dapat lah aku sehelai jubah untuk anakdara ,

tapi muat kat aku.acaner tu..

jadik jubah itu aku yang punya..padahal size “S”

(perasan selim lah tu..x de maknanya )

sempat posing

Tapi dalam sekitar pukul 10am ,

ada makcik aku yg datang ke lobi hotel untuk berjumpa kami semua,

Group makcik aku sampai hari jumaat dan tinggal di Maqam Hotel,

tapi kami dah nak balik baru ada kesempatan berjumpa dengan izin allah.

  Sekitar pukul 11.30 kami bercadang untuk makan tengahari,  

 Menunggu pihak hotel menyediakan makanan tengahari , 

tapi diaorg lambat,maybe mutawif tak kasi tau

Yang hari itu kami akan keluar dari hotel, 

  mak  dan maklong menunggu pihak hotel menyiapkan hidangan tengahari..

aku dan adik pegi beli makanan di kiosk berdekatan hotel 

lepas tunggu mak dan maklong lunch ,

kami terus ke masjid untuk solat Jamak  takdim zohor dan Asar

Tapi Zohor kami buat 4 rakaat , dan asar di qasar kan .

 

 

Macam biasa kalau time zohor ,cuaca adalah panas melampau

Kami haritu kira dah lambat , agak susah untuk mencari ruang

Dan akhirnya kami dapat ruang solat dekat kawasan tangga.

Selesai zohor kami bergegas untuk buat tawaf wida, 

sebabnya pukul 2 bas akan gerak ke Jeddah.

Dengan orang yg ramai di dalam masjid ketika itu ,

 memang agak kucar kacir suasananya.

 

Aku ,maklong berdua..tertiba je terpisah dengan mak dan adik

Tapi kami sudah berjanji,apa-apa kita jumpa di dataran tawaf.

Masa aku dan maklong sampai tengok 

Pak Anjang sudah sedia menunggu kami

Masa aku sampai kat Pak Anjang di dataran tawaf

Aku dan maklong melihat seorang jemaah wanita sedang solat

Dan ada baby sebelah wanita itu..

Kesiannya lah aku tengok baby tu,

 kena panas..dah lah cuaca panas ya rabbi

Terus Maklong aku dok tutup muka baby dengan buku 

,menangis-nangis baby tu kepanasan..

 

Sambil itu aku mencari-cari mak dan adik.

Untuk tawaf wida, kami ambil kan mak wheelchair juga

 (1st time tawaf pakai wheelchair..kalau sebelum ni saie je )

Sebab nya risau kalau mak buat sendiri ,takut ambil masa yang lama .

lagipun hari tu mak demam.

Jadi tawaf wida bermula, orang adalah sangat-sangat ramai walaupun panas ya amat.

Kali ini aku amik pusingan jauh, sebab kalau buat pusingan dekat , orang akan berhimpit-himpit di rukun yamani dan HajarAswad.

Selesai jer tawaf macam biasa solat sunat tawaf baca doa..

 

 Doa yang aku baca antaranya ialah :-

-          Semoga allah menerima umrah ku dan menjadikan umrah ku, umrah yang mabrur

-          Semoga allah tidak menjadikan kunjungan ku kali ini yang terakhir, jemputlah lagi aku menjadi tetamunya.

-          Dan akhir sekali semoga allah perkenankan doa2 ku yang dia redhai, dan permudahkan urusan ku dunia dan akhirat 

dan semoga terus berikan ku taufik dan hidayah.

Masa berdoa  perasaan aku sedih sangat  masa ini..

selain dari doa yang aku baca ikut kata hati aku, 

aku pun baca doa ikut buku yg TA kasi.

Perasaan masa itu takdapat digambar kan ..

 

 

Info mengenai Tawaf Wida

Tawaf Wida juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal.

Bila kita selesai sahaja tawaf wida, kita tidak dibolehkan lagi membuat sebarang kegiatan jual beli ,tangkap gambar

Seelok-eloknya segeralah keluar dari tanah haram.

Untuk tahu lebih lanjut pasal tawaf wida ,

google ye..kena belajar betul-betul..takut kang ada yang tersalah info..payah.

Selesai sahaja tawaf dan solat sunat tawaf baca doa semua ,

kami pun melangkah kaki meninggalkan masjidilharam..

Terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh lagi kearah kaabah..dalam hati terus berdoa semoga dapat menjadi tetamunya lagi.

Kaki terus melangkah laju menuju ke hotel , tiada aktiviti merakamkan gambar ,

Sampai di hotel kami duduk di lobby ,menunggu bas datang menjemput kami , sekitar pukul 2pm ,akhirnya bas sampai

Pekerja hotel memasukkan bag jemaah semua ke dalam bas..

dan tiba saat kami meninggalkan mukabumi Mekah.

selamat tinggal ..semoga satu hari nanti 

aku akan menjejaki tanah haram lagi.

ameen.

 

Entry lain Pasal Umrah:-

Ladang Unta & Hudaibiyah
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah