23 March 2013 hari terakhir kami semua
akan berada di Bumi Mekah.
selesai aku di Hijir Ismail
aku terus melangkah kaki pulang ke hotel
Kami semua sibuk mengemas bag
kami bercadang turun kejap ke kedai berdekatan hotel
sempat kami semua last soping


Aku bukan apa ,teringat nak beli jubah
untuk anakdaraku
Mak ngn maklong pun nak tengok2 lagi apa
barang yang boleh dibeli
Dapat lah aku sehelai jubah untuk
anakdara ,
tapi muat kat aku.acaner tu..
jadik jubah itu aku yang punya..padahal
size “S”
(perasan selim lah tu..x de maknanya )

sempat posing

Tapi dalam sekitar pukul 10am ,
ada makcik
aku yg datang ke lobi hotel untuk berjumpa kami semua,
Group makcik aku sampai hari jumaat dan
tinggal di Maqam Hotel,
tapi kami dah nak balik baru ada
kesempatan berjumpa dengan izin allah.

Sekitar pukul 11.30 kami bercadang untuk
makan tengahari,
Menunggu pihak hotel menyediakan makanan
tengahari ,
tapi diaorg lambat,maybe mutawif tak kasi tau
Yang hari itu kami akan keluar dari
hotel,
mak dan maklong menunggu pihak hotel menyiapkan hidangan tengahari..
aku dan adik pegi beli makanan di kiosk berdekatan hotel
lepas tunggu mak dan maklong lunch ,
kami terus ke masjid untuk solat Jamak takdim zohor dan Asar
Tapi Zohor kami buat 4 rakaat , dan asar
di qasar kan .
Macam biasa kalau time zohor ,cuaca
adalah panas melampau
Kami haritu kira dah lambat , agak susah
untuk mencari ruang
Dan akhirnya kami dapat ruang solat dekat
kawasan tangga.
Selesai zohor kami bergegas untuk buat
tawaf wida,
sebabnya pukul 2 bas akan gerak ke Jeddah.
Dengan orang yg ramai di dalam masjid
ketika itu ,
memang agak kucar kacir suasananya.
Aku ,maklong berdua..tertiba je terpisah
dengan mak dan adik
Tapi kami sudah berjanji,apa-apa kita
jumpa di dataran tawaf.
Masa aku dan maklong sampai tengok
Pak
Anjang sudah sedia menunggu kami
Masa aku sampai kat Pak Anjang di dataran
tawaf
Aku dan maklong melihat seorang jemaah
wanita sedang solat
Dan ada baby sebelah wanita itu..
Kesiannya lah aku tengok baby tu,
kena
panas..dah lah cuaca panas ya rabbi
Terus Maklong aku dok tutup muka baby
dengan buku
,menangis-nangis baby tu kepanasan..
Sambil itu aku mencari-cari mak dan adik.
Untuk tawaf wida, kami ambil kan mak wheelchair
juga
(1st time tawaf pakai wheelchair..kalau sebelum ni saie je )
Sebab nya risau kalau mak buat sendiri ,takut
ambil masa yang lama .
lagipun hari tu mak demam.
Jadi tawaf wida bermula, orang adalah
sangat-sangat ramai walaupun panas ya amat.
Kali ini aku amik pusingan jauh, sebab
kalau buat pusingan dekat , orang akan berhimpit-himpit di rukun yamani dan
HajarAswad.
Selesai jer tawaf macam biasa solat sunat
tawaf baca doa..
Doa yang aku baca antaranya ialah :-
-
Semoga allah
menerima umrah ku dan menjadikan umrah ku, umrah yang mabrur
-
Semoga allah tidak
menjadikan kunjungan ku kali ini yang terakhir, jemputlah lagi aku menjadi
tetamunya.
-
Dan akhir sekali
semoga allah perkenankan doa2 ku yang dia redhai, dan permudahkan urusan ku
dunia dan akhirat
dan semoga terus berikan ku taufik dan hidayah.
Masa berdoa perasaan aku sedih sangat masa ini..
selain dari doa yang aku baca ikut
kata hati aku,
aku pun baca doa ikut buku yg TA kasi.
Perasaan masa itu takdapat digambar kan
..
Info mengenai Tawaf Wida
Tawaf Wida juga dikenali sebagai tawaf
selamat tinggal.
Bila kita selesai sahaja tawaf wida, kita
tidak dibolehkan lagi membuat sebarang kegiatan jual beli ,tangkap gambar
Seelok-eloknya segeralah keluar dari
tanah haram.
Untuk tahu lebih lanjut pasal tawaf wida
,
google ye..kena belajar betul-betul..takut kang ada yang tersalah info..payah.
Selesai sahaja tawaf dan solat sunat
tawaf baca doa semua ,
kami pun melangkah kaki meninggalkan masjidilharam..
Terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh
lagi kearah kaabah..dalam hati terus berdoa semoga dapat menjadi tetamunya
lagi.
Kaki terus melangkah laju menuju ke hotel
, tiada aktiviti merakamkan gambar ,
Sampai di hotel kami duduk di lobby
,menunggu bas datang menjemput kami , sekitar pukul 2pm ,akhirnya bas sampai
Pekerja hotel memasukkan bag jemaah semua
ke dalam bas..
dan tiba saat kami meninggalkan mukabumi Mekah.
selamat tinggal ..semoga satu hari nanti
aku akan menjejaki tanah haram lagi.
ameen.
Entry lain Pasal Umrah:-
Ladang Unta & Hudaibiyah
Solat Jenazah
Air Zam-zam
Masjid Tanaem &solat Sujud sejadah