Sep 3, 2010

Kenyang makan spaggetti

Semalam ..dah takde idea nak masak apa..
last-last terpikir nak masak spaggetti 
anak -anak pun suka betui..
masing-masing bertambah-tambah makan ..sampai kejung perut.
fir pun .kalo tiap kali buka posa slow je selera makan '
semalam banyak gak dia makan .

ini jer lah menu kitaorang semalam ..
airnya pulak sirap selasih .air wajib setiap hari 
tade kuih muih ke dessert ke..
tapi alhamdulillah .kenyang..

Yuhanis@ Epilog Syurga Cinta

Semalam ..aku pergi Metro Point 
cari barang ..
masa aku sampai sana .aku ada nampak seorang model ..
tengah posing depan Restoren Lemon Grass..
pakai baju kurung modern kaler oren .

Dalam hati aku..shotting utk raya lah kot.
sekali aku lalu .tepi model tu nak tengok .lawa ke..
sekali akak cakap ..ni pelakon Yuhanis tu lah ma..
yang kita tengok petang tadi ..

Aku puas refresh.pala otak nie..aah lah .
lepas tu dia senyum..aku pun tegur lah 
petang tadi .baru tengok u kat tv..
lepas tu dia cakap ..owh ..citer epilog tu ye..

Dalam hati aku .tah .aku benornya idak le tau .tajuk citer tu apa
sebab aku main tengok sambil masak..tak pasan citer tu tajuknya apa..lagipun jarang tengok 
semalam lah aku baru ada can nak layan..sekali jumpa lak pelakonnya secara live.
orangnya peramah lah ..
Tapi tak kuasa nak snap gambar,
sebabnya ..aku ada banyak benda lagi nak kejarkan..dalam erti kata lain ..
nak soping..

Sep 2, 2010

Berbuka Kat Luar

Dah hujung-hujung nie.tak tau dah nak masak apa untuk berbuka
Jadiknya ..semalam .puas tanya anak-anak .korang nak makan apa.
memasing pun takde idea..

Jadiknya ..aku cakap .kita makan kat luar je lah .
ambil firdaus dari sekolah ..dengan jalan jem apa semua .5.50 baru sampai umah .
solat asar..firdaus mandi ..tunggu akak siap .adik siap bagai .
kol 6.20 baru gerak dari umah .
ingat kan dah lambat..kitaorang setuju nak makan kat .MCD je.
sampai MCD..pukul 6.40 orang belum ramai lagi..

firdaus ..alhamdulillah .tinggal posa 2 ari je setakat nie 
nasib tak merengek lapar ke apa..

dapat berbuka..terus senyum ..
selain makan mcd..aku ada beli kuih muih .kat tepi2 warta tu 
beli air laici..air asam jawa..fir dia asyik minum je..tak makan pun