Jun 18, 2014

Selepas 6 Bulan



6 Bulan dah sekolah, kasut sekolah pun hancur.
Kena beli yang baru, lagi lah si Firdaus ni aktif kat sekolah sukan apa semua, lagi lah hancur kasut sekolah

posted from Bloggeroid

Jun 16, 2014

Pindah

Kakak nextweek dah kembali ke Politeknik selepas lebih 8 bulan berada di Bangi , minggu depan kakak kembali utk sem ke 5 di Poli.

Dukacita , utk sem kali ini , kakak tak dapat hostel, jadi kena cari rumah sewa.

Jadi 6 June hari tu, aku dan kawan2 kakak pergi ler mencari rumah sewa
Alhamdulillah dapat walaupun jauh dari Poli.takpe lah kakak lagi setahun je



Ini lah rumah sewa kakak
Banyak kali aku pesan, duduk dengan kawan2 kena banyak muafakat, kena kerja sama jangan gaduh2.

posted from Bloggeroid

Jun 13, 2014

Baki

Semalam ke satu kedai , lepas berurusan aku kasi note rm20
lepas tu makcik tu pulangkan rm6 ,
masa aku ambil baki , dok kira2 eh bior benor, brg hrga barang tu?

sehinggalah aku melangkah keluar kedai, dan aku baru perasan
makcik tu dah salah kira
jadi aku masuk balik dalam kedai
dan kasi tau makcik tu, makcik salah kira

boleh makcik tu cakap
lain kalau awak kena kira siap2 dalam kedai, kalau dah keluar kedai dah tak boleh mintak lagi kalau salah kira?

owh boleh macam tu ye?
saya nak pastikan saya salah atau makcik salah, sbb tu saya dok fikir2 lagi.scan kepala saya samada saya kasi rm10 atau rm20 lepas cek poket saya, mmg confirm saya kasi makcik rm20

makcik tu terus bebel2 ,
dgn ada satu customer menyokong pulak makcik tu..
nasib ler aku malas nak layan, lantak korang ler makcik kakak ooi letih mulut korang
yang aku tahu aku nak baki aku rm10,
memula aku mmg macam panas hati je ngn cara makcik tu jawab ..senang je kan
dah ler kau tak mintak mahap, lagi nak bebel, kalau kau kira cara kaedah kau tu
asik silap kira je.. leh gi haji balik hari , sebab orang tak boleh tuntut baki yg makcik kira
aku macam nak sound je makcik tu, takpe lah makcik , saya halal kan je rm10 tu, (tp ckp dlm hati,sbb taknak lawan..orang tuaaa...sabar )

kadang2 orang tua ni rasa dia je betul.cuba bertolenrasi skit,
lepas tu cuba kalau salah minta maaf , tak rugi

lepas dapat baki haku, aku minta maaf , no heart feeling lah makcik .semua org melakukan kesilapan..

malam tu , aku buka puasa , ada org minta sedekah , aku kasi je rm10.. sebab aku rasa duit tu mmg bukan hak aku..lepas tu makcik yg aku kasi tu siap menangis..sedih..

aku pun sedih.. sedih dengan apa2 yg jadi pada sekeliling kita, dengan mcm2 ragam manusia
kekadang lebih baik berdiam dari beriyer2 menegakkan kebenaran, Silent is Better, allah kan ada
dan jangan terlalu fanatik pada sesuatu , apa kita buat kena bersederhana.

.