Jun 30, 2011

Bila kita Bersedih tanda Allah masih sayang akan kita

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah.
Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi,
selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu.

Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita.
Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya.
Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.


Berpegang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya.

Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.


.

4 comments:

Unknown said...

btul tue kak,
hadapi ujian yg diberikan oleh-NYA,
dgn hati yg tabah....

CuTeMiUt78 said...

yup betul kak....

| SUE | said...

yer betullll..!

Softtouch [Hanim] said...

betul tu kty...kalu kita ditimpa ujian tanda Allah syg kan kita n supaya kita xlupakan DIA