Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah.
Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak  memandangnya lagi,
selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah  dengan ujian itu.
Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan  kita.
Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya.
Mungkin  ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah  bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.
Berpegang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling  setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan  baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:
1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya
2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita
3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya
Tetapi,  asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi  kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak  diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan,  supaya kita ingat kembali padaNya.
Supaya kita rasakan kembali kasihNya  yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya,  dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.
.
4 comments:
btul tue kak,
hadapi ujian yg diberikan oleh-NYA,
dgn hati yg tabah....
yup betul kak....
yer betullll..!
betul tu kty...kalu kita ditimpa ujian tanda Allah syg kan kita n supaya kita xlupakan DIA
Post a Comment