Malam tadi kami ke Flora lagi atas permintaan firdaus
sebab hari tu dia tak puas tengok bot berhias dan fireworks atau dikenali Malam Keajaiban
Jadik layan kan je..
Kami pergi bertiga ,mama,akak dan firdaus
Nak jadik cerita, kami dapat port baik semalam, betul2 bawah khemah..ada kerusi mengadap tasik
mcm vvip kira..hahhahhaa..caner leh dapat..biarlah rahsia..
Oleh sebab aku duduk berdua je ngn si akak
tertiba ada ler satu kakak tu tanya aku
Kakak tak dikenali : Dik , ada ker bot berhias malam nie
attyfir : Ada kak , pukul 9 malam nanti dia start, dah mcm keje kat kementerian pelancongan gitu kan..
Sapa nak pergi bercuti bersama attyfir (iklan..tertiba..jer ..)
Lepas dah menjawab soalan si kakak yg tak dikenali tu..
tertiba kakak tu rajin pulak berborak2..terpaksa lah aku pun jadik ramah, sampai naik penat rahang aku mengukir senyuman ..
Dan tertiba soalan kakak tu ..
Kakak tak dikenali : korang berdua jer ke ? merujuk pada aku dan my daughter ler kan
attyfir : eh tak..kami bertiga..tunjuk firdaus yg kat kerusi depan
kakak tak dikenali : Mak uols tak ikut ker?
attyfir : tak kak..mak saya kat umah ,sambil aku senyum..kang tak senyum kata sombong lak kan
kakak tak dikenali : oh uols 3 beradik jer lah ye..
attyfir : lor..kak..bukan 3 beradik kak! tapi 3 beranak..diaorg berdua ini anak2 saya..
kakak tak dikenali : lor ye ke..tak mcm anak beranak pun..macam adik beradik je..berapa orang anak , yg budak perempuan tu anak dara u ke ?
attyfir : yup..anak2 saya..ada sorang lagi bujang kat umah..
kakak tak dikenali: terus kenalkan anak dara dia yang sebaya kakak jugak kat seblh.
kakak tak dikenali : u mudanya lagi..mcm tak percaya je..
attyfir : owh ye ke kak muda apanya nak masuk 40 dah,mungkin..malam ni malam jumaatkan kak..kalu malam jumaat saya mmg nampak muda belia..hhahahhahha,.terus aku gelak..
kakak tu pun gelak, dan terus asyik tak percaya yang kitaorg ber3-3 an ni anakberanak..
lepas tu terus ler kitaorg berborak sakan, sampai rahang aku naik lenguh.
Yang anakdara si kakak tu pun , bila borak ngn aku asyik panggil aku kakak,terpaksalah aku redha, walupun ada anakdara sebaya ngn dia..(ke suka..sampai nak terjun tasik..hahhahahha)
Tapi firdaus happy sbb dapat tgk bunga api ngn bot berhias yg siap ada lagu2 negeri memasing..memang happening..
Layan gambar yang kelabu
Di mana Firdaus??
Dari Negera China
Negara Kenya
Ini bot berhias kegemaran saya ,Negeri Sembilan
Kenapa saya suka..saya bukan org N9
tapi sebab lagu tema, poie pokan dan lagi satu
sebab baru balik dari bukit tinggi dan padangkan
Aura Istana Basa Pagar Ruyong tu still dalam memory
Budak yg excited ,lari sana sini
orang risau dia ilang
ini dia dah berdiri,sebab dia kasi kerusi dia kat satu nenek cina
terharu mama..anak mama tinggi budi pekerti
dari atas pentas, firdaus angkat kerusi bawak turun
kasi nenek cina tu duduk
Kita satu Malaysia
Jom cuti-cuti malaysia ..
saya ada dua trip lagi nak terbang sempena cuti2 Malaysia....
Bila lah nak bawak firdaus ke USS..sapa nak banjer.?
.