Jan 24, 2014

Generasi Al-Quran


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

 Saya berkesempatan menghadiri kuliah Maghrib pada

16 RABIUL AWWAL 1435H / 17 JANUARI 2014 (JUMAAT)
Penceramah : Ust. Mohd Asshik Abu Hanipah
Tajuk : Membangun Generasi al-Quran

Atas Permintaan Doc ,
kty benornya tidaklah reti  nak kupas2 nie.
tapi kty terai ambil yang mana penting jer

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT,
 Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran
Antara kebaikan membaca Al Quran ada 15, antaranya :
* Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
* Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Kita kena didik anak2 diri sendiri supaya cintakan Al Quran ..
walaupun hanya dengan membaca satu helai setiap hari ..tapi dengan istiqamah
dapat menjadikan teladan kepada anak2 dengan harapan untuk melahirkan generasi Al-Qur'an yang beriman kepada Allah dan mengamalkan keseluruhan Sunnah Nabi saw dalam seluruh aspek kehidupan.

Jadikan Al quran itu sahabat baik

Sesungguhnya, diharapkan generasi anak -anak kita yg cintakan Al-Quran akan menjadi generasi RABBANI yang berperanan mencorak ummah Islamiah seterusnya membentuk masyarakat yang berilmu, beramal dan patuh dengan segala perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.


Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Semoga kita sama2 mendapat ilmu.
Sama-sama muhasabah diri ..
  "yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk itu adalah kelemahan diri sendiri"

.

5 comments:

NM03 said...

bak kata mak saya, satu muka surat sehari pun takpe... betul tak kak...

eMMe said...

kuakui, diri ini lemah.. selemah2nya... terima kasih Kak ty sebab berkongsi ilmu di pagi ni.. moga kite diberkati Allah swt...

lieyalatif said...

alhamdulillah....perkongsian yg menarik kak...beruntung akak dpt selalu pergi kelas2 agama mcm nieh....

in sha Allah kak, moga ditetapkan iman untuk terus menjadikan al quraan bahan bacaan lepas solat ....amin..

Dr K said...

Terima kasih banyak berkongsi ilmu ni...moga usaha awak ini diberkati NYA...insya allah mengalir pahala awak setiap kali org yg membaca ni,amalkan apa yg di baca

wantie said...

cuba jugak curi masa utk membaca. Tapi kalau T baca time subuh, Naiim cakap rasa best je tido sambil dengar ibu baca quran..

hahaha..best le kan sebab iblis tu gi peluk dia