Firdaus join Kem utk penuhi cuti sekolah dengan perkara yg berfaedah.
Sabtu 22/3/14 dia join Kem di Sekolah Agama yang bertempat di Eco Dusun Bentong Pahang
tapi takde gambar , Tapi masa kem kat Bentong banyak aktiviti lasak dilakukan seperti berakit, flying fox dan jungle tracking , aktiviti night walk terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan..kecewa juga firdaus.Balik Hari ahad sampai di Bangi Pada pukul 3 petang .
Esok nya Hari Isnin 24 - 26
sekali lagi Firdaus ke Kem, Kali nie Kem Inspirasi Khalifah di Country Impian Resort Langat.
Salah seorang tenaga pengajar jemputan adalah Ustaz Don Daniyal
Memula macam kesian ,sebab dia baru balik dari kem di Bentong , takut dia penat
alhamdulillah dia okeh je .. dan satu lagi risau sebab kem Inspirasi Khalifah
Firdaus tak kenal sesiapa pun , alhamdulillah
semalam tanya macamana.
dia kata okeh je , dapat jer sesuaikan diri ..
dia kata berbaloi sangat pergi tak membazir duit katanya ..terimakasih kat ucu sebab belanja utk kem kali ini.
Banyak yang diaorang belajar kali ni . detail tentang solat, sunah2 nabi dan solat jenazah .Ada juga aktiviti Jungle Tracking , diaorang di ajar makan dalam dulang setiap kali makan , dan satu2 acara yg ditunggu firdaus NightWalk sekali lagi terpaksa dibatalkan kerana hari hujan.
Gambar-gambar sepanjang di sana yang sempat mama snap semalam .
ini masa Ustaz Don kasi ceramah pada ibubapa
macam2 cerita kelakar tapi ada pengajaran yg ustaz Don ceritakan
antara nya dia kata dalam rumahtangga kita wajib paling kurang satu waktu solat berjemaah.
Harap Firdaus dapat banyak ilmu lepas menghadiri Kem-kem ini.
Hari ni Firdaus pagi2 dah ajak pergi klinik untuk cabut gigi, sebab gigi dia mcm nak berdouble.
yang bagus dari dia kecik , mama dah ajar kalo ada gigi nak tumbuh lepas tu gigi yg lama belum cabut, kasi tahu ..sebab nanti kalau gigi berdouble tak cantik..
jadi hari ni ke Klinik Gigi lah kami ..lepas cabut gigi mama belanja aiskerim.
.okeh Firdaus ada lagi 4 hari untuk abiskan cuti.. mama kasi rehat.