Aug 22, 2014

Al fatihah

Seawal pukul 5 am pagi ni aku bangun je dari tidur, terus cek hp
Kot ada customer wasup or pm kt facebook.
Ternampak kat wall fb, papa ekin@mummysya telah meninggal dunia.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun .
Semalam 21.8 genap juga arwah abah telah meninggalkan kami selama 9 tahun.
Dan hari ini juga jenazah #mh17 selamat sampai di Malaysia
Marilah kita sedekahkan al fatihah utk semua arwah.semoga ditempatkan
Dikalangan orang2 yg beriman.amen.



DAN SUNGGUH KEMATIAN juga akan datang kepada kita,cuma kita tidak tahu bila dan masanya.

posted from Bloggeroid

Aug 20, 2014

Pakai Kain Batik



Semua tau, aku ada menjual Tudung
Salah satu yg bakal release on 23hb sabtu ni
Adalah Whitelabel batik hijau dari Aidijuma.
Semua pun kata tudung ni tak lawa
Macam nk g bendang jr pakai tudung batik atas kepala.

Sampai kan ada yg cakap..kasi free pun x nak..hahhha.sampai gtu sekali.
Bagi aku its okeh.cuma dlm hati trfikir jugak apakah juma kekurangan idea.

Tp sebab aku ada selai.puas aku offer semua pun jual mahal.
Aku pakai je lah..hanya yg ada confident level tinggi je berani nak pakai.
Antaranya aku dan Norjuma Habib.

Cuma Juma more beautiful than me.
Apa pun kalau nk order tudung pls contact me okeh.
Sempat..dan sesiapa nk jemput openhouse pun boleh.
Inshallah kalo free aku sampai.

.

posted from Bloggeroid

Aug 12, 2014

Raya Di Kampung


Alhamdulillah ada rezki tahun ni beraya di kampung tmpt kelahiran ku.

Masa sampai , rezki kami makcik aku buat kenduri doa selamat dpt cucu baru.
Terus pergi kenduri belakang rumah nenek.
Ye lah satu kampung pun semua saudara mara, sepupusepapat.



Sebelum gerak gie kenduri sempat posing .

Tapi kan aku sebenarnya lama dah balik kg,tapi tak tido kt umah kg.
Satu sebab toilet,jauh ke bwh
Mak dah tak larat turun naik kalau kena pergi toilet.

Dan satu lagi, semenjak nenek aku ada jumpa ular
Aku sendiri rasa mcm fobia je.
Jd tiap kali balik kg.kitaorg sewa hotel atau homestay

Lepas tu sebab alang kepalang antar kakak yg belajar kt sana.jd ambil kesempatan beraya di kg.

Malamnya pakcik2 aku semua buat bbq.
Happening le malam tu.
Kaum wanita semua bersenang2 , tinggal makan je. Semua disediakan oleh kaum adam je.



Tahun depan tak tau lg beraya ke tidak di kampung.
Macam nak sewa homestay je kt tgh sawah padi .nak merasa suasana kampung di raya pertama.

.
posted from Bloggeroid

Aug 7, 2014

Bukan Baju Raya

HariRaya Ke 4


Dah tak tahu nak beraya dekat mana
Lepas tu kitaorg cadang pergi beraya rumah maklong.
Sepatutnya raya ke 4 ni
Aku masuk keje.
Udahnya sebab mental dan fizikal masih lg mood raya, jadi jom le beraya.

Pagitu awal pagi dah sampai rumah mak
Pakai baju keroje je ler.
Lepak sembang ngn mak.langsung takde mood nak pergi kerja
itu yg pergi beraya umah maklong serabai je..

yg sikakak tu pulak , dia pakai baju aku masa anakdara
masa aku umur 18 thn tu
aku bising gak, aiik punya banyak baju lain, baju fesyen datuk kaduk tu jugak kau berkenan

Terus wasup bos sebab kita dah ada plan beraya.
Saya ikut cadangan U cuti 1 mggu.
Hari tu bos tanya, yati ..u cuti 1 mggu ye?
Jawapan bagus je
Tgk camne dulu..kalau rajin saya kerja,kalau malas saya cuti.
Yg pasti ,selasa 5hb Ogos baru naik kerja.

Mampu tak mampu ..cakap dgn bos camtu!
Tapi itu lah yg aku kasi tau bos.
Kalo kat opis pun bukan aku ada kerja.
Payroll semua dah siap.

Jadi akhirnya lama jugak le bercutinya.
posted from Bloggeroid

Aug 6, 2014

Selfie Raya



Raya ke 2
Sambil beraya rumah kawan2
Aku dan anak2 sempat ler singgah kat taman mana ntah , aku pun tak berapa tahu.
Melayan le bebudak ni Selfie
Kadang2 aku terfikir
Skrg aku dah tua.kalau tahun2 depan
Larat ke lagi aku melayan anak2 aku ajak bergambar..






posted from Bloggeroid

Aug 4, 2014

Raya Pertama

Raya Pertama tiap tahun sama jer
Raya rumah mak,lepas tu raya rumah mertua.




Macam biasa tiap tahun, kalau raya mesti ada rendang , nasi impit itu wajib
Tp mak selalu nya mesti msk nasi putih.
Sambal udang, bawal goreng, cili kicap
Nmpknya diet udah ke laut.

Masing2 dok pulun nasi putih pulak dari menu hariraya.

posted from Bloggeroid