Showing posts with label my friend. Show all posts
Showing posts with label my friend. Show all posts

Aug 22, 2011

9 Tahun ,Mencari

Setelah hampir 9 tahun aku menjejak sahabat baik aku
yang aku kenali sejak dari sekolah rendah

Akhirnya kami bertemu jugak di muka buku
itupun masa tu aku ada terserempak kawan lama aku si sham kat pasar malam
rupanya dia dah jumpa dulu kawan aku si wawa ni

Si Sham lah kasi tau kat wawa , dia ada jumpa aku
dan wawa pun add aku kat muka buku
si wawa pun tak guna nama betul , jadik bila aku cari mmg payah lah nak jumpa
dengan tak letak gambar kat profile picture , mmg takleh nak cam



Tiap kali solat..memang aku doa untuk berjumpa dia
sebabnya kami memang kenal sejak dari kecik , dan selalu kongsi masalah

Terputus hubungan , bila mana aku tukar no hp atau hp aku hilang ke mcm tu ..
last masa tu wawa keje kat Qatar ,kami masih lagi berhubungan melalui telefon
tapi tak perasan tah mcmana , tertiba leh lost contact..

Alhamdulillah , doa aku diperkenankan olehnya
akhirnya wawa sendiri yang add aku di mukabuku
masa tu aku tengah sahur kt Mcd
online mukabuku , tertiba ada message
pelik gak ngn nama tu ..sekali rupanya wawa..
rasa nak menangis , bila tau itu wawa..syukur alhamdulillah

Sekarang wawa pun dah balik malaysia , selepas sekian lama duduk kat dubai
insyallah esok lusa kami nak jumpa..tak sabar nak jumpa ..nak cerita
banyak benda yang nak dikongsikan .

satu berita gembira menjelang syawal ..
syukran..

Sayu  rasa hati bila ramadhan semakin meninggalkan kita ,

.