Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Jun 22, 2012

3rd day di Bukit tinggi..

Hari ke 3 seawal, seawal pukul 7 dah turun ke lobi hotel
tapi kali turun ngn bag yg beranak pinak
masa pergi satu beg, balik berbeg2..
masa pergi bag ringan,
 balik bag mencapai berat 10kg..sapa ler tu ..
Aku punya beg pun mencapai 8kg, padahal mana ada beli hapa pun
hanya sedikit hadiah buat adikberadik, anak, mak,mil je pung

lepas sarapan, seawal pagi kami dah terjah balik Yenie Bordir
sebabnya atas permintaan aku sendiri..nasib ler TA kitaorg nak jugak layankan kerenah
Pergi hanya kerana semata2 nak beli kebaya nyonya
Untuk pengetahuan semua, yang minat kebaya nyonya nie
Kebaya nyonya ni takde ye kat Pasar Atas..puas aku cari tak jumpa
Dua tingkat pasar atas aku round , non hado
itu yang malam tu cakap kt sally ngn ctnora
tak kira..esok kena gak pergi Yenie Bordir
CtNora selaku ketua , setuju je..

Itu yang minta TA repeat balik Yenie Bordir,
sbb ctu je yg ada pada mulanya,
Kat situ jugak lah ahli rombongan lain amik peluang tukar duit malaysia ke rupiah,
 sebabnya duit rupiah sudah kering.

Dari Yenie Bordir , kami singgah dikedai Bika Talago
Yg menjual sejenis kuih lebih kurang lempeng kelapa kalau kat malaysia
boleh tahan jugak rasanya ,sedap + lemak2 kelapa

 
 dari situ repeat pula ke Pandai Sikek, ada gak yang masih tak puas ati selagi barang yang nak dibeli tak dpt beli, TA yang baik hati , layan kan jugak..tu yang besh..bior semua happy,puas hati pulang Malaysia..takde kempunan.amik masa 2 jam jugak kat Pandai Sikek nie,
sambil melawat kampung, tgk live org kampung ate duit rupiah makin susut..jadik cuci je mata.
Ada satu kedai kat Pandai Sikek ni murah kain dan telekungnya,tapi aku lupas sudah nama kedainya 



Dari Pandai Sikek, perut pun lapar , jadi kami ke Restoren Pauh Piaman yg terkenal dgn ikan laut
tapi kami tak makan sgt pun ikan laut, feveret aku kat sini ,sambal ikan bilis ngn petai bakar..teringat2 sedap sgt.Tapi aku teringat kwn2 yg lain, yg makan ikan gulai..sibuk kata pedas..pedas..sekali aku tgk..mana ler tak pedas, udah ler masak lemak cili api..letak lagi dlm kuah tu cili potong..mau tak pedas giler..nasib tak sakit perut.hahahha..nak tergelak kalau ingatkan balik .Total kami makan untuk 6 org adalah ir145k dalam rm40 lepas tu bahagi lak 6..cer kira..cerkira..berapa..tapi kalau tak silap, kitaorg tak bayar,
kak fida bayar..terimakasih kak fida..luv u..tertiba sebab banjer.. :)




Lepas perut kenyang, terus kami ke Panorama & Ngarai Sianok, yang terkenal dgn lobang Jepang
kat sini kami santai2 sambil bergambar, kat sini pun ada kedai2 jualan, harga pun murah2 jugak..

Lubang Jepang

Ngarai Sianok

Lukisan kat kedai ni murah2 belaka

Tak lama di Panorama , kami gerak ke Sulaman Hajah Rosmah, tengok camner org belajar menyulam.
geram je rasa, macam nak terai jugak..tapi kalau aku yg terai mau hancur kot kain tu
paling yg aku tak tahan..rasa amarah..bengang..semua..ada ye lah..sebabnya kat sulaman hajah rosmah ni,
aku terjumpa kebaya nyonya, lawas giler ,dan harga pun murah banget..sakitnya hati aku ..
Tapi lepas tu istighfar banyak2..ingat tuhan..dah bukan rezeki aku, hahahhaha.nak sejukkan hati punya pasal.
Walhal sampai lor ni terbayang-bayang, terkenang-kenang
ada je gambar kebaya tu..lawa sgt ,tp taknak hati panas, malas nak ltk gambar, lupakan saja

Ini student yg baru belajar sebulan di sini


bergambar dengan Puan Hajah Rosmah

Selesai cuci je mata Kat Sulaman Hajah Rosmah, kami terus bergerak ke Tabek Patah.
Nak ke sini , jalannya macam biasa , bengkang bengkok, tapi punya pemandangan yang indah, sejuk je mata dan hati yg amarah terkenang kebaya nyonya purple menarik tertarik..rasa nak tarik2 rambut..jer kalau ingat..SUDAH CUKUP SUDAH..yg punya banyak memory..

Tabek Patah ni tempat lepaknya cantik, view gunung ganang mendamaikan hati, kena pulak kopi free yang cukup pekat..lepas tu apalagi beli lah sikit apa yang patut, kopi, pisang salai, kerepek2 untuk menjana pendapatan penduduk kampung.Ada kilang kopi kat sebelah kedai Tabek Patah nie.

Dari Tabek Patah kami ke Batu Sangkar, sebabnya kami nak melawat Istana Basa Pagar Ruyung
Kat sini Istananya besar giler tapi hanya replika je..nak tau lebih lanjut..google lah sendiri
fees kalau tak silap ir10k lebih tapi sorg je wakil dari setiap group.

Bergambar di Istana Basa Pagar Ruyong


Boleh jugak kalau nak cuba baju tradisional ,ada jugak disediakan.
Dari Istana Basa Pagar Ruyung, kami singgah melawat Tasik Singkarak,  memang besar..semua kata laut..mcm laut, tapi tasik, kat sini ada jual  ikan bilis beli tamban tu,
 aku beli 1/2kg = ir30k, tp banyak dptnya.Tak rugi beli

Menderu2 ombak ,tapi ini bukan laut
Ini Tasik Singkarak, Tasik ke2 terbesar di Sumatera Barat


Selesai di Tasik Singkarak kami teruskan perjalanan pulang ke Padang, sepanjang perjalanan kami,
terdapat pemandangan kampung..org berjualan hasil tanaman, antarannya betik..kat sini besar2 betiknya.
Lepas tu berenti lagi makan durian, yang unik disini duriannya makan dengan pulut, pulut yg mcm ketupat, yg direbus dalam santan, rasanya lemak2, makan pulak dgn durian mentah, mmg sedap

Betik gadang

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke padang, sekitar pukul 9pm waktu indonesia kalau tak silap kami sampai ke padang , perut semua kelaparan, jadi TA kami bawa kami makan di Kg Cino..selesai makan sekitar pukul 10pm, TA kami si Aldi bawak round2 sekitar padang, lihat jambatan Siti Norbaya, live penduduk padang, tapi gambar tak snap pun sbb dah malam , kamera tak canggih pun ..

Sampai di Hotel Bunda sekitar pukul 11 malam gtu..kemas apa yang patut, bersihkan diri, terus lena di ulit mimpi..mimpi kebaya purple..gtu..

Day 4 
Seawal pukul 4 pagi , pihak hotel kejutkan kami..jadi semuanya bangun bersiap2, jumpa kat lobi sekitar pukul 5 am..terus makan , alas perut , gerak dari hotel ke airport makan masa dalam 30 minit.
Alhmdulillah  semua urusan ngn pihak imigresen beres, pasal beg lebih ke kurang kg ke .kitaorg bekerjasama dgn geng2 yg lain..Sekitar pukul 10.30 am waktu malaysia, aku pun selamat sampai di Lcct..alhamdulillah..risau jugak.kot tertinggal flight ke apa ..ke..syukur alhamdulillah.

Sarapan lontong kuah lodeh putih

Muka tak cukup tidur

Bunda Hotel

Kami yang comel,
Terimakasih semua, semoga satu hari nanti
kita berjumpa lagi ye..

Terimakasih pada semua geng2 yg baru kenal, walupun dihari kita pergi tu baru nak beramah mesra,alhmdulillah kita mcm adikberadik,tolong menolong, top up menopup mana kurang..mana lebih, terimakasih pada yang belanja..halal kan mana terkurang terlebih.
Cantikkan..aku ada beli camni :) utk si akak

Bukit tinggi ni yg seronoknya sbb boleh soping giler2 telekung dan kain sulaman, selain itu sesiapa yang orang minang , boleh tau asal usul  , lihat budaya dan adat minangkabau.Pemandangan kampung yg mendamaikan,.

 Yang buat trip ni lagi happenning adalah kerana Travel Agent kami si Aldi, orangnya peramah, kelakar, sambiltu suka cerita mcm2 pasal sejarah , asal usul sesuatu tmpt tu , memang tak kering gusi kami ketawa dan buat kami tak terasa penat duduk dlm bus berjam2.


Tips ke Bukit Tinggi bagi kty :-
1- Baik kalau nak soping tmpt pertama pergi Sulaman Hajah Rosmah
2- Ke Pandai Sikek
3-Saisuak
4-Baru pasar atas, tp kedai2 luar pasar atas pun murah..
kedai2 depan kfc /pizza pun murah area Bukit tinggi Jam Gadang. (knp aku tak senaraikan Yenie Bordir, sbbnya bagi aku ler mahal dari tmpt lain, lagi pun pergi mana pun sama je, telekung, kain sulam.repeat aritu semata2 nak kebaya nyonya.
5- Jangan lupa pergi rumah gadang, istana basa pagar ruyong,tasik singkarak,
panorama semua tu tmpt wajib pergi 
6- kalau g padang sebenarnya wajib melawat Jambatan Siti Norbaya, Batu Malim Kundang di Pantai Air manis (kami takdpt pergi,sbb kami naik bus, bahaya, jalan kecik tak sesuai utk bus, l
agipun sampai padang dah malam)
7- Jangan asyik soping je, sampai lupa asingkan duit tax utk airport ir100k, asingkan awal2.. 
8- Last tip, masa pergi bawak je beg kosong, percayalah balik mesti penuh punya... :)

Kepada yang baca entry ni..perlu diingat, semua gambar2 adalah milik kty dan kawan2, jdk jgn senang2 curi lepas tu tagged kat wall fb kawan2 ye..itu mencuri namanya..tak elok ye..kang kena sumpah jadi malim kundang..sapa nak jawab..hahahhaha


Jun 20, 2012

2nd day Tasik Maninjau>>Pasar Atas> Jam Gadang

Hari ke dua seawal pukul 7 am waktu indonesia ,
 kami sudah berada di lobi hotel
terus kami bersarapan, hari itu kami dihidangkan menu nasi goreng, mihun goreng, bubur kacang hijau , rasanya sangat sedap.

Pukul 8 bus sudah sedia menanti, kami apa lagi teruskan perjalanan ke Tasik Maninjau
Nak menuju ke tasik maninjau, jalan yang dilalui banyak corner2, kalau dlm bahasa indonesianya , kelok, sampai kelok 44,memang mencabar jalannya, menjerit2 kami dlm bus, takut bus terbabas, tapi driver bus, selambar je, kami yang lebih.

Sebelum sampai , kami berenti di beberapa tmpt , salah satunya kedai bernama Bundo Kanduang.
Kat sini ada jual kerepek2, antaranya kerepek labu,jengkol(jering),lala dan macam2 lagi



Lepas tu kami teruskan perjalanan menuju ke kelok 38 or 39 , kty sendiri pun tak brp ingat
dari sini kita boleh nampak Tasik Maninjau, kat sini pun ada orang berjualan telekung, baju, sebeniar,
kami pun apalagi, bergambar, membeli belah menjana pendapatan penduduk kampung.




Dari situ kami gerak pulak ke kelok 44,
 untuk menikmati pemandangan Tasik Maninjau
 lebih dekat lagi,sambil bergambar.

selesai dari melawat Tasik Maninjau , kami pun gerak ke destinasi seterusnya 
memula TA ajak makan, tapi kami kenyang lagi , jadi cadangan akan dihantar terus ke Pasar Atas, tmpt paling popular di Bukit Tinggi, di situ lah terdapatnya mercu tanda bukit tinggi Jam Gadang.
Tapi sebelum sampai ke pasar atas kami singgah di Kedai Anisa 
Kat sini mcm biasa jual baju2 sulam..harga okeh


tapi ada kedai yg kat tepi Anisa jual tshirt dan sebenier, bg kty mahal 
lepas tu yg jual kerek , tak boleh nak tawar langsung, harga fridge magnetnya

Kat pasar atas , kami berkesempatan makan Nasi Kapau(Gulai Kampung)
lepas je perut kenyang, kami mulakan pencarian kami di Pasar Atas
Macam biasa byk terdapat kedai2 baju sulam, telekung, baju moden semua ada.

 Pasaraya di Bukit tinggi

 Jam Gadang Mercu tanda Bukit tinggi


Nasi Kapau

lebih 4 jam di Pasar atas , pukul 4pm , kami ke Jam gadang bergambar lepas tu gerak balik 
ke hotel menaiki kereta kuda. 1st time seumur hidup aku naik kereta kuda nie , bayaran yang dikenakan Ir50k utk satu kereta kuda, tp kalau pandai tawar , boleh dpt lagi murah


Masa naik kereta kuda nie, benarnya,kami ketawa ada ,takut ada
sebab kesian ngn kuda yg bawak kami yg montok2 nie
terjelir lidah kuda tu kot..huhuhuhu

Balik hotel , terus solat,mandi siap2 pukul 5 bus datang amik kami semua , gerak pergi spa 
kty pun massage badan jugak ,massage satu badan dikenakan bayaran Ir100k per person 
Tapi kty tak recommended tempat yang kty pergi tu , kurang bagus perkhidmatannya.
Sepatutnya lepas berurut kami akan dibawa menyaksikan persembahan tradisional minangkabau.
Tapi oleh kerana semua ahli rombongan sudah kehabisan uwang, jadik kami kensel
Makanya TA kami bawak kami round2 pasaraya kat Bukit tinggi , lepak2 menghirup udara segar di Area Jam Gadang, lepas tu balik ke Hotel, kami pun dinner tmpt semlam lagi di Warong Djan djan 
 Malam ke dua ni kty makan mihun goreng dan jus epal kena dalam Ir21k

waroeng djan djan ni sebelah je ngn Hotel Nikita
berdekatan , jalan kaki tak sampai pun 5 minit


 Balik dari makan kami merayau2 di hotel karisma, ada jugak orang jual2 kat sini 
lepas tu pergi cari org jual durian , kami pun beli 2 bijik dengan harga Ir20k , lepak makan kat busstand.

sempat posing sebelum masuk bilik memasing.
semua pun muka happy even baru kenal

balik bilik memasing packing barang, sebab pagi2 esok nak check out


Tips: Kat depan hotel karisma ada juga orang jual2 mcm telekung, shawl..murah2 kalau pandai tawar.
lagi satu diingatkan, jalan ke bukit tinggi, ke Tasik maninjau , atau jalan nak balik ke padang adalah banyak selekoh ,rasanya kalau ada yang tak tahan jalan byk pusing2 mau mabuk.Tapi alhamdulillah group kitaorg takde yg mabuk, walupun ada sorg pregnant, maybe sebab group kitaorg asyik ketawa, bercakap..jadik sampai tak sedar jalan bengkang bengkong kot.



Jun 19, 2012

1st day Padang>> Bukit Tinggi

Seawal pagi pukul 3am, sudah bangun , masak utk anak2 dulu sebelum aku sendirinya berjimba2
lepas tu gerak ke rumah nora di Bukit Mahkota, kerana aku park kete kat rumah nora dan tumpang nora ke Lcct , sebelum ke Lcct , kitaorang pick up kat fida kat Nilai, 1st time aku jumpa dia, 
orangnya lembut je dan baik hati .

Kemudian kitaorang terus dihantar oleh suami nora ke Lcct .(Tq Aloy..sudi jadi supir kami.)
Kebanyakannya aku dah ada jumpa masa 1st gathering ,seminggu sebelum kitaorg pergi ke padang >> bukittinggi, jadi masa berjumpa kembali pada hari kami nak ke padang, 
kebykannya kami dah tau nama ,dan dah kenal..
tengoklah senyuman memasing..dah tak sabar nak g jalan2


Untuk 1st day punya itternery kami adalah seperti berikut:-
- breakfast di lamun Ombak
-lembah anai air terjun
- Rumah gadang muzium (boleh cuba pakaian tradisional)
- lunch restouran PAK DATUK
- SHOPPING TIME ( SaiSuak, pandai sikek, )
- check in hotel (Hotel Nikita)
- Malam ke Yenie Bordie tmpt jual telekung ngn kain sulam jugak
- Dinner  di Warung djan jan

Sambung balik citer pasal trip nie

Flight kami ialah pukul 7.50 dan kami sampai sekitar pukul pukul 8.30 waktu indonesia.
Sebaik sahaja sampai di Airport padang , kami disambut oleh TA kami si Aldi, orangnya kelakar, memang tak rugi kami semua dapatkan si aldi sebagai Tourist Guide kami.

Naik je bus , tersedia sarapan, Tapi kami tetap dibawa sarapan di Rumah Makan Lamun Ombak oleh Aldi



Kat sini ada kami terai Murtabak Mesir, tp gambar lupas nak senap.

Lepas sarapan kami terus Ke Lembah Anai




Dari lembah Anai kami teruskan perjalanan ke Bukit tinggi 
Tempat pertama kami singgah ialah Rumah Gadang, 
Di rumah gadang ni kita boleh mencuba baju tradisional orang minang 
Masa belum sampai sini..memang aku mcm beriyer2 nak terai..tapi bila sampai je..terus kensel niat.
Fees masuk rumah gadang ni ir4k, terai baju minang ir50k
Tapi sebenarnya seronok kalau cuba pakai , geng yang lain semua terai jadi perantin minang kabau
Aku ngn kak lang je tak terai, tapi okeh gak boleh jadi photograper





Dari rumah Gadang , kami dah tak sabar2 nak abiskan rupiah yg berjuta2 kami bawak tu
Jadi our TA ,si Aldi pun berentikan kami di satu kedai baru namanya Saisuak
yang menjual telekung sulam, baju sulam, kain pelekat,batik..

Kat sini harga agak berbaloi jugak

lepas dari sini kami makan tengahari
di kedai makan Pak datuk



Lepas perut kenyang, kami gerak lagi utk bersoping menghabiskan rupiah yang ada
kali ni kami dibawa ke Kampung Pandai Sikek
Apa maknanya Pandai Sikek, maksudnya Pandai sikat.
Kat sini rata-rata penduduk kampung terdiri dari peladang
yang mengusahakan tanaman sayuran




Kedai2 di Pandai Sikek

Oleh sebab semua pun dah kepenatan
kami cadang balik ke Hotel untuk rehat2 kan badan
Kami menginap di Hotel Nikita
walaupun bilik takde aircond ataupun kipas angin
alhamdulillah suhu dingin je, tapi tak ler sejuk mcm kat cameron di waktu malam


Dapatlah rehatkan badan dalam 2 jam
Tepat pukul 8pm, aldi datang jemput kitaorang
round-round bukit tinggi
dan sekali lagi ke tempat soping baju sulam
Yenie Bordir, kat sini kty rasa mcm mahal sikit
Tapi baju kebaya pendek tu sama je kat tmpt lain pun
cuma telekung mahal sikit dari tempat lain

Balik dari Yenie Bordir , kami singgah makan di warong Djan djan
boleh tahan kedai ni , harga pun berpatutan
paling direkemen makan adalah mihun goreng, mmg sedap sangat

Selesai makan, kty ke cyber cafe bersama kak fida, saja tinggalkan pesanan utk tersayang di Malaysia di fb dan blog, sbb talian hp takde line, lepas tu kty decide beli simkad indonesia,
Cyber cafe tu kty main tenet dalam 1/2 jam lebih skit je dikenakan bayaran Ir1k=30sen je camtu
lepas tu beli simcard Ir10k, kty top up Ir20k=jadi dalam simcard ada dlm sekitar Ir28k, tapi tahan sampai kty balik malaysia hari ke 4 , walupun main tenet , kty masuk fb , twitter..masih tak abis2 creditnya ..mmg berbaloi..

nanti -nanti kty update 2nd day .